Laporan Keciciran Murad 1972

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Keciciran Murad 1972 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,148
  • Pages: 5
LAPORAN JAWATANKUASA DI ATAS KAJIAN PENDAPAT MENGENAI PELAJARAN DAN MASYARAKAT (LAPORAN KECICIRAN MURAD) Laporan Murad dibentangkan pada tahun 1972 merupakan laporan yang diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor ketika beliau menjadi Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran di Kementerian Pelajaran. Fenomena keciciran yang wujud sejak dari awal penubuhan sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin serius sekitar tahun 1960-an telah membawa kepada pembentangan laporan ini. Laporan ini adalah hasil daripada kajian beliau dalam “Operasi Sedar” yang dilancarkan bagi mengatasi masalah keciciran pelajar di luar bandar akibat kemiskinan tegar dalam tahun 1969. Jawatankuasa bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jawatankuasa Polisi dan Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Polisi dianggotai seramai 10 ahli dan diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor manakala Jawatankuasa Teknikal pula dianggotai seramai 14 ahli dan diketuai oleh Encik Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Selain itu, jawatankuasa laporan ini turut dibantu oleh Profesor Dr. Alan B. Wilson dari Universiti California. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengkaji punca-punca masalah keciciran dan mencadangkan polisi-polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan di samping membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Laporan keciciran ini merupakan sebuah laporan yang lengkap dan komprehensif kerana dilengkapi dengan hipotesis, statistik sebagai bukti dan menyatakan perkaitan setiap faktor dengan faktor yang lain dalam mempengaruhi masalah keciciran ini. Selain itu, kajian mengenai keciciran ini dilaksanakan di semua negeri yang melibatkan semua jenis kawasan tempat tinggal iaitu bandaraya, kota-kota besar, pekan dan luar bandar, para pelajar pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Dalam laporan ini, dua aspek penting yang dikemukakan ialah mengenai faktor masalah keciciran dan cadangan bagi mengatasi masalah keciciran ini. Laporan ini mengemukakan tujuh faktor yang menyebabkan keciciran dan enam cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Faktor-faktor yang dikenalpasti menyebabkan masalah keciciran ini meliputi aspek ekonomi, budaya, psikologi, sosial dan pendidikan. Faktor pertama ialah taraf sosio-ekonomi yang meliputi tiga aspek iaitu taraf pekerjaan ibu bapa atau ketua keluarga, taraf kelulusan ibu bapa atau ketua keluarga dan barangan yang dimiliki di rumah. Laporan ini menyimpulkan bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Taraf kelulusan ibu bapa yang rendah pula bukan sahaja menyebabkan taraf ekonomi adalah tetapi tetapi turut mempengaruhi kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam kalangan anak-anak. Manakala kajian terhadap barangan yang dimiliki di rumah seperti televisyen, radio dan mesin basuh dapat memberikan gambaran jelas mengenai taraf ekonomi sesebuah keluarga tersebut. Faktor seterusnya ialah keberuntungan seseorang iaitu bermaksud kelebihan yang dimiliki oleh seseorang berbanding orang lain dari segi pendidikan, pendapatan mahupun kelulusan. Faktor ini merangkumi dua aspek iaitu bahan bacaan di rumah dan taraf makanan dan pemakanan. Bahan bacaan yang disediakan oleh ibu bapa untuk anak-anak turut mempengaruhi masalah keciciran ini iaitu anak-anak yang tidak didedahkan kepada aktiviti pembacaan akan menjadi hilang minat untuk meneruskan persekolahan mereka. Selain itu, taraf makanan dan pemakanan turut dititikberatkan oleh Laporan Murad dalam mengenal pasti masalah keciciran ini. Taraf makanan dan pemakanan ini adalah saling

berkaitan dengan taraf sosio-ekonomi keluarga tersebut iaitu keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah dan bilangan anak yang ramai tidak mampu untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan kaya vitamin secara berterusan. Manakala bagi faktor pendidikan dan pekerjaan, Laporan Murad membuat kesimpulan bahawa semakin tinggi tahap kelulusan pendidikan seseorang maka semakin tinggi peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Masalah keciciran ini turut berlaku disebabkan faktor guru-guru yang merupakan menjadi sumber ilmu pengetahuan dan punca motivasi para pelajar. Menurut Laporan Murad, terdapat segelintir guru yang memberikan jangkaan atau pengharapan yang rendah dan memberikan pandangan yang negatif terhadap pelajar terutamanya yang berasal daripada keluarga yang bertaraf sosio-ekonomi yang rendah. Laporan Murad juga mengklasfikasikan sikap pelajar terhadap pendidikan sains sebagai salah satu punca masalah keciciran. Dua penyataan Laporan Murad mengenai sikap terhadap pendidikan sains ialah lebih tinggi tahap pendidikan ibu bapa, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajran sains dan lebih tinggi tahap sosioekonomi, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajaran sains. Kedua-dua penyataan ini adalah saling berkaitan iaitu pemikiran anakanak yang tinggal di luar bandar dan berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah terhadap kepentingan mata pelajaran sains dan teknologi adalah agak negatif dan seterusnya membawa kepada masalah keciciran. Masa perjalanan ke sekolah juga dititikberatkan dalam kajian ini iaitu didapati kebanyakan pelajar luar bandar yang terpaksa berjalan kaki ke sekolah mengalami keletihan yang seterusnya membawa kepada sukar memberi tumpuan dan kurang minat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. Faktor lain yang membawa kepada wujudnya masalah keciciran ini ialah faktor

perbezaan komuniti iaitu kajian bahagian ini melibatkan pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Selain mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah keciciran, Laporan Murad turut membincangkan mengenai cadangan-cadangan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran ini. Antara cadangan tersebut ialah mewujudkan pengecualian membayar yuran bagi pelajar-pelajar tertentu yang telah dikenal pasti. Hal ini demikian kerana tindakan kerajaan mengadakan pengecualian yuran ini akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dan seterusnya mengurangkan berlakunya masalah keciciran. Cadangan seterusnya ialah pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak terutamanya pelajar yang mempunyai ibu bapa yang kurang berkemampuan dan bilangan tanggungan yang ramai. Pemberian bantuan dan biasiswa ini adalah sebagai galakan kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka. Laporan Murad turut mencadangkan kerajaan mewujudkan sekolah berasrama untuk menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal di kawansan pedalaman dan jauh dari sekolah. Suatu rancangan khas dan skim pinjaman buku teks turut dicadangkan oleh laporan ini bagi mengatasi masalah keciciran ini. Rancangan khas adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) manakala skim pinjaman buku teks pula dicadangkan agar bebanan ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah dapat dikurangkan. Laporan Murad juga mencadangkan diwujudkan rancangan kesihatan di sekolah iaitu kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan. Pelajar akan diberikan perkhidmatan kesihatan secara percuma di sekolah seperti mendapat suntikan yang diperlukan dan pemeriksaan gigi percuma. Manakala cadangan

lain laporan ini ialah membentuk suatu sistem sekolah yang disatukan iaitu sekolahsekolah kecil dan terpencil disatukan membentuk satu sekolah yang memberi kemudahan pelajaran yang lebih baik di samping dapat mengurangkan kos pentadbiran pendidikan. Laporan Murad mempunyai kepentingan-kepentingannya yang tersendiri iaitu melalui laporan ini punca-punca masalah keciciran dapat dikenal pasti dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Laporan ini juga menyebabkan lebih banyak sekolah dibina di kawasan luar bandar dengan dilengkapi pelbagai kemudahan yang dan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka. Kajian daripada Laporan Murad ini disifatkan sebagai pembuka mata pelbagai pihak kerana berdasarkan kepada laporan ini punca serta langkah menangani masalah keciciran pelajar terutama di luar bandar dapat dikenal pasti. Malah, hasil daripada laporan ini telah membawa kepada pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks mulai 1975 serta projek Amalan Makanan dan Pemakanan (1976), pemberian biasiswa atau dermasiswa dan juga Rancangan Sekolah Bercantum.

Rujukan: Murad bin Mohd Noor. 1973. Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perangkaan Najeemah Md Yusof. 2006. Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Disediakan oleh: Nurul Izza binti Jimat D20061027107

Related Documents

Keciciran Semua
December 2019 46
1972
May 2020 25
1972
May 2020 23
Hadji Murad
May 2020 3
5. Murad
December 2019 6