Laporan Akhir

  • Uploaded by: nurul faeez
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Akhir as PDF for free.

More details

  • Words: 294
  • Pages: 1
7.0 LAPORAN AKHIR Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana tugasan ini memerlukaan saya menjalankan tugasan di sekolah yang diarahkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu SMK Agama Kuala Lumpur, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur. Setelah lima hari menjalankan tugasan ini, saya dapati ianaya sangat membina sikap positif dalam diri saya. Antara sikap positif yang saya dapati ialah keyakinan diri dalam komunikasi seperti komunikasi dengan pentadbir sekolah, guru-guru, kakitanganm pengawal keselamatan dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan bilik darjah dan menjalankan peraturan di dalam kelas. Di samping itu, saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merngkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform. Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan cemerlang di dalam bidang kokurikulum. Prestasi sekolah sentiasa mengingkat pada setiap tahun terutama GPS sekolah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Teknik dan strategi pengajaran guru-gurulah yang membawa kepada kejayaan para pelajar di samping usaha mereka sendiri. Pihak sekolah juga berperanan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Sebagai contoh, program kelas tambahan pada waktu malam dan petang dilaksankan terutama bagi subjek Sains dan Matematik. Selain itum sekolah ini turut memantapkan sahsiah dan rohani dalam kalangan muridmuridnya. Pelbagai program seperti solat dhuha, solat hajat, bacaan Yassin pada hari jumaat dianjurkan oleh pihak sekolah.

Pihak sekolah juga sentiasa berbincang dan mencari

penyelesaian bagi masalah disiplin yang berlaku di sekolah dan di asrama. Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya mengetahui banyak perkara mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus memahami budaya guru, murid serta sekolahnya.

Related Documents


More Documents from "Muhammad Aulia Habib"