Lab Report Phy Print !!.docx

  • Uploaded by: sasukegirls
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lab Report Phy Print !!.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 989
  • Pages: 7
Tajuk: Elektrik Pernyataan masalah: Apakah sifat-sifat bagi litar bersiri dan litar selari? Objektif: Untuk mengakaji sifat-sifat litar bersiri dan litar selari. Pengenalan: Litar elektrik ialah lintasan lengkap yang terbentuk daripada dawai-dawai penyambung dan komponen-komponen elektrik yang membenarkan arus elektrik mengalir. Satu litar elektrik terdiri daripada satu sumber elektrik, komponen-komponen elektrik, dawai-dawai penyambung dan satu suis. Terdapat dua jenis litar iaitu litar bersiri dan litar selari. Dalam suatu litar bersiri, dua atau lebih perintang disusun dalam satu baris. Arus elektrik mengalir melalui satu lintasan sahaja. Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah. Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala. Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambah, Arus,(I) yang sama mengalir menerusi setiap perintang. Jumlah beza keupayaan,(V) adalah bersamaan dengan hasil tambah tiap-tiap perintang, Vᵀ = V₁+ V₂+ V₃. Jumlah rintangan adalah sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan, Rᵀ= R₁+ R₂+ R₃. Beza keupayaan, V yang merentasi setiap perintang R adalah berkadar terus dengan nilai R itu. (V ∝ R). Dalam litar selari, dua atau lebih perintang disusun dalam beberapa baris. Arus elektrik mengalir melalui lebih daripada satu lintasan. Voltannya sama disemua tempat tetapi arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban. Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain akan terus menyala. Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah. Beza keupayaan,V merentasi setiap perintang adalah sama. Jumlah arus,I adalah bersamaan dengan hasil tambah arus bagi setiap cabang lintasan: Iᵀ= I₁ +I₂ + I₃. Jumlah rintangan adalah 1

1

1

sama dengan hasil tambah tiap-tiap rintangan R₁ +R₂ +R₃ Arus I yang merentasi setiap perintang 1 R

adalah berkadar songsang dengan nilai R(I ∝ ).

LITAR BERSIRI

LITAR SELARI V

I₁

I₃

I₂

Arus mengalir melalui setiap perintang Jumlah arus adalah bersamaan dengan adalah sama

hasil tambah arus bagi setiap cabang

I=I₁=I₂ =I₃

lintasan I= I₁ + I₂ + I₃

Jumlah voltan adalah bersamaan dengan Voltan pada setiap perintang adalah hasil tambah voltan tiap-tiap perintang

sama

V=V₁ + V₂ + V₃

V=V₁=V₂=V₃

Jumlah rintangan (R) adalah sama dengan Jumlah rintangan (R) adalah mengikut hasil

tambah

rintangan

bagi

setiap rumus berikut 1 1 = R R₁

perintang

1

1

+R₂ +R₃

R = R₁ + R₂ + R₃ Rajah 1: Perbezaan Litar selari dan litar bersiri

Hipotesis: Kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar bersiri adalah berbeza dan malap manakala ke kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar selari adalah sama dan terang.

Pemboleh ubah: -

Dimanipulasi: Jenis litar

-

Bergerak balas: Bacaan ammeter, nyalaan mentol

-

Dimalarkan: Bilangan mentol, kuasa yang dibekalkan

Alat dan radas: Bekalan kuasa/transformer, klip buaya, ammeter, voltmeter dan mentol. Prosedur: 1. Bekalan kuasa/ transformer, klip buaya, ammeter dan mentol disediakan. 2. Setiap daripada radas berikut disusun mengikut susunan dalam rajah A iaitu susunan bagi litar bersiri.

RAJAH A 3. Pemerhatian terhadap kecerahan mentol dan bacaan ammeter dicatat dan direkodkan. 4. Eksperimen diulang semula dengan menggunakan susunan dalam rajah B iaitu susunan bagi litar bersiri.

RAJAH B

Langkah-langkah keselamatan: 1. Pastikan tangan tidak basah semasa melakukan eksperimen kerana 2. Pastikan pelajar memakai sarung tangan semasa mengendalikan peralatan elektrik bagi mengelakkan daripada terkena 3. Pastikan bekalan kusa ditutup setiap kali pelajar ingin mengubah susunan litar supaya 4. Memutuskan litar apabila terdapat arus berlebihan untuk mengelakkan litar pintas.

Langkah-langkah berjaga-jaga: 1. Pastikan jarum pada ammeter berada pada “0” sebelum memulakan eksperimen bagi mengelakkan ralat pada bacaan ammeter semasa eksperimer dijalankan. 2. Pastikan terminal pada bekalan kuasa disambungkan dengan betul supaya mentol menyala. 3. Pastikan kedudukan mata adalah berserenjang dengan skala bacaan semasa mengambil bacaan pada ammeter dan voltmeter untuk mengelakkan ralat paralaks.

Keputusan: Jenis litar Bersiri

Selari

Pemerhatian

Inferens

Kecerahan mentol

Bacaan ammeter menunjukkan bacaan arus elektrik

adalah berbeza

yang diterima oleh mentol A lebih tinggi daripada

dimana mentol A

bacaan arus yang diterima oleh mentol B dimana:

lebih cerah

-

Bacaan ammeter sebelum mentol A: 0.14

berbanding mentol B

-

Bacaan ammeter sebelum mentol B: 0.12

-

Bacaan ammeter selepas mentol B: 0.11

Kecerahan mentol

Bacaan ammeter bagi setiap mentol adalah sama

bagi setiap mentol

iaitu 0.18

adalah sama

Perbincangan: Perbincangan dalam eksperimen ini, terdapat dua cara asas untuk menyambungkan komponen-komponen dalam litar elektrik iaitu sama ada secara siri atau selari. Litar bersiri ialah sebuah litar yang hanya terdapat satu lintasan arus sahaja. Selain itu, komponen-komponen litar siri disambung secara hujung ke hujung atau sederet untuk membina sebuah litar lengkap. Manakala, litar selari pula ialah sebuah litar yang terdapat lebih daripada satu lintasan arus. Komponen-komponen litar selari pula disambung secara bersebelah. Ammeter dan voltmeter juga disambung dalam kedua-dua litar. Ammeter ialah sebuah instrumen untuk mengukur arus elektrik dalam litar. Manakala voltmeter ialah sebuah instrumen yang digunakan untuk mengukur beza keupayaan antara dua titik dalam litar elektrik. Dalam aktiviti 1, litar siri dan litar selari, terdapat 2 biji mentol dalam setiap litar. Setelah ammeter dan voltmeter disambung dalam litar, bacaan ammeter dan voltmeter telah dicatat. Dalam litar bersiri, kedua-dua biji mentol didapati menyala pada kecerahan yang sama tetapi malap. Ini kerana, dalam litar siri, terdapat hanya satu laluan arus elektrik sahaja. Voltan akan semakin kurang jika beban ditambah. Semakin banyak beban(mentol), semakin banyak jumlah rintangan. Maka, kecerahan kedua-dua mentol sama tetapi malap. Dalam litar selari pula, didapati kecerahan nyalaan kedua-dua biji mentol adalah sama dan terang. Ini kerana, dalam litar selari terdapat lebih daripada satu laluan arus. Voltannya sama di semua tempat dalam litar selari. Hanya arus yang akan semakin berkurang apabila semakin banyak beban(mentol).

Kesimpulan: Hipotesis diterima. Kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar bersiri adalah berbeza dan malap manakala ke kecerahan nyalaan mentol-mentol yang disambung pada litar selari adalah sama dan terang.

Rujukan Norbie Abu Bakar. (2013). Litar siri dan selari. https://www.slideshare.net/NorbieAbuBakar/litar-siri-dan-selari https://www.pdfcoke.com/doc/52892979/Nota-Litar-Siri-dan-Litar-Selari

Hailmi. (2014, julai 21). Retrieved from www.cikguhailmi.com/2014/07/litar-selari-dan-litarbersiri.html?m=1

Loh Suet Ling, Audrey M.A.L. (2008). Bilingual SCIENCE Form 3. Shah Alam, Selangor: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Nurul Nadia Haron. (2015). Tenaga Elekrtrik. Kuala Lumpur: Institusi Penterjemahan dan Buku Malaysia Berhad.

S.C.Toh, A.S.Ong, Lam Chang Huat. (2012). Ekpres Sains Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Pelangi publishing Sdn. Bhd.

Related Documents

Lab Report#4.docx
May 2020 15
Lab Report 2.docx
July 2020 11
Lab Report 01.docx
July 2020 4
Lab Report#4.docx
May 2020 9
Report Print
November 2019 6

More Documents from ""

Gsa Kajian.docx
October 2019 33
Gpp Tuagsan 1.docx
October 2019 38
Amali Penebat.docx
October 2019 36