Kurikulum Seni

  • Uploaded by: Nas29
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum Seni as PDF for free.

More details

  • Words: 1,092
  • Pages: 5
Kurikulum seni. Tugasan 1

Jelaskan kandungan sukatan pelajaran seni visual STPM.

1.0. Pengenalan. Sukatan pelajaran pendidikan seni visual STPM terdiri daripada tiga komponen utama iaitu melibatkan aspek Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan, aspek lukisan dan juga projek penghasilan karya. Ketiga – tiga aspek ini digunakan di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Setiap aspek ini amat penting serta mempunyai peruntukkan masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Selain itu juga ketiga – tiga aspek itu mempunyai pecahan – pecahan di dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Pecahan – pecahan tersebut perlu diajar oleh guru kepada pelajar di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap aspek mempunyai peruntukkan masa dan guru perlu menghabiskan kesemua sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Iaitu aspek teori seni visual sebanyak 144 waktu manakala lukisan sebanyak 90 waktu dan projek penghasilan karya adalah sebanyak 126 waktu. Waktu – waktu ini mempunyai pecahan mengikut subtopik pengajaran.

2.0.Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual.

2.1.Teori Seni Visual

2.1.1

i.

Apresiasi Seni Visual.

Pengenalan Seni Visual

Tajuk ini merupakan pengenalan kepada Pendidikan Seni Visual untuk tingkatan enam. Bahagian ini mempunyai peruntukan masa sebanyak 144 waktu dan terdapat

beberapa pecahan iaitu Pengenalan Seni Visual (23 waktu), Bahasa Seni Visual (34 waktu), pendekatan sejarah dan kritikan seni visual (57 waktu) dan teori penghasilan (30 waktu). Kesemua topik tersebut mempunyai huraiannya untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Di dalam pecahan pertama Teori seni visual terdapatnya subtajuk Pengenalan Seni Visual (23 Waktu) iaitu huraiannya adalah mengenai pengertian seni visual, Peranan Seni Visual dan pengalamam estetik. Huraian pertama iaitu mengenai pengertian seni visual yang menghuraikan tentang aspek pengkaryaan terutamanya di dalam aliran seni halus dan seterusnya mengenai aspek perekaan yang melibatkan aspek – aspek penting seperti komunikasi visual, reka bentuk teknologi, reka bentuk persekitaran seperti landskap dan hiasan dalaman. Di dalam pecahan pertama ini guru perlu menerangkan aspek – aspek tersebut kepada pelajar dengan jelas serta terperinci supaya pelajar memahami pengertian pengkaryaan dan perekaan. Pelajar harus mengetahui serta membezakan unsur tersebut iaitu unsur pengkaryaan yang melibatkan penekanan makna dan estetik serta perekaan yang menekankan kepada fungsi dan juga estetik. Seterusnya huraian kedua adalah melibatkan Peranan Seni Visual dari sudut Psikologi dan juga sosiologi. Dari sudut Psikologi guru perlu menerangkan unsur kreativiti, sensitiviti, emosi dan juga ekspresi yang merupakan unsur – unsur penting yang perlu difahami oleh pelajar. Manakala dari sudut sosiologi yang mana memerlukan pelajar memahami tentang nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual, pengeluaran serta perniagaan dan perdagangan. Kedua – dua sudut ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar terhadap peranan seni visual dari aspek pembangunan potensi individu, kepentingan sosial dan kemasyarakatan. Selain itu bertujuan menerapkan nilai – nilai yang terdapat di dalam peranan seni visual kepada pelajar – pelajar tentang kepentingan seni visual kepada kehidupan. Huraian subtajuk di dalam Pengenalan seni visual yang terakhir ialah mengenai pengalaman estetik yang melibatkan pengalaman langsung serta pengalaman intelektual. Kedua – dua pengalaman bertujuan untuk meningkatkan pengalaman estetik iaitu keindahan di dalam diri pelajar. Manakala pengalaman intelektual boleh disematkan ke dalam diri pelajar melalui pembacaan dan juga kajian.

ii.

Bahasa Seni Visual.

Di dalam bahasa seni visual terdapat beberapa aspek yang diketengahkan iaitu aspek formal yang terdiri daripada unsur seni, media dan juga teknik. Di dalam unsur seni terdapat penerangan mengenai unsur garisan, jalinan, rupa, bentuk dan juga warna. Manakala prinsip rekaan pula terdapatnya tujuh prinsip yang menjadi prinsip dalam mereka bentuk seperti harmoni, kepelbagaian, keseimbangan dan sebagainya. Seterusnya media pula menerangkan tentang media konvensional serta media baru terutamanya di dalam penghasilan karya, teknik pula terdiri daripada teknik konvensional dan juga teknik baru. Kesemua aspek – aspek ini perlu difahami oleh pelajar terutamanya dalam menghasilkan karya seni. Seterusnya terdapat aspek Makna/fungsi/konteks. Aspek ini mengenengahkan perkara seperti aliran seni, kebudayaan, kepercayaan, persekitaran dan juga nilai utiliti dan hiasan. Kesemua aspek yang terdapat dalam makna/fungsi/konteks ini sangat penting serta bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap pelajar tentang asal – usul kesenian serta nilai – nilai yang terdapat di dalam Pendidikan Seni Visual.

iii.

Pendekatan Sejarah dan Kritikal Seni Visual.

Di dalam pendekatan sejarah dan kritikan seni visual terdapat beberapa konsep yang diketengahkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini mempunyai masa pengajaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 57 waktu.

Konsep – konsep yang terdapat di dalam di dalam pendekatan ini ialah konsep dan kaedah sejarah seni visual serta konsep dan kaedah kritikan seni visual. Konsep yang pertama iaitu konsep dan kaedah sejarah seni visual mempunyai tiga bahagian iaitu maksud sejarah seni visual, tujuan sejarah seni visual dan juga kaedah sejarah seni visual. Seterusnya di dalam konsep ini terdapatnya aspek pengolahan karya, gaya penampilan, period dan juga makna. Kesemua aspek ini bertujuan untuk memahami sejarah kritikan seni visual serta memahami konsep kaedah tersebut. Konsep yang kedua ialah konsep dan kaedah kritikan seni visual. Di dalam konsep ini terdapat tiga aspek utama iaitu pengertian kritikan seni visual, tujuan kritikan seni visual dan kaedah kritikan seni visual. Selain itu terdapatnya pendekatan dan juga strategi di dalam kritikan seni visual iaitu pendekatan jurnalistik dan ilmiah serta strategi diskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan. Pendekatan dan strategi ini amat penting dalam terutamanya dalam menilai karya seni visual.

2.1.2

Teori Penghasilan.

Teori penghasilan ini mempunyai peruntukkan masa sebanyak 30 waktu. Di dalam teori penghasilan terdapatnya subtajuk dalam proses penghasilan iaitu Pembetukan idea, pendekatan dan penjanaan idea, penterjemahan idea dan penyediaan portfolio dan hasil karya. Yang pertama ialah Pembentukan idea iaitu meliputi pengertian idea serta sumber idea. Di dalam pengertian idea terdapatnya perkara penting yang diketengahkan seperti perancangan atau hasrat pemikiran, niat atau tujuan, cita – cita atau aspirasi dan tipa induk (archetype). Manakala di dalam sumber idea pula terdapat lima sumber asas yang boleh dijadikan sumber idea sesuatu penghasilan karya iaitu melalui media massa, teknologi, persekitaran, peristiwa dan juga melalui pengalaman.

Subtajuk yang kedua ialah pendekatan penjanaan idea. Subtajuk ini mengenengahkan enam pendekatan dalam proses penjanaan idea iaitu peniruan, penerokaan, temu bual, pembacaan, pemerhatian dan eksperimentasi. Penjenaan idea ini bertujuan memperkukuhkan sumber idea yang telah diperolehi melalui pengalaman, persekitaran, teknologi dan sebagainya. Subtajuk yang ketiga ialah proses penterjemahan idea. Di dalam penterjemahan idea terdapatnya permasalahan visual, penzahiran idea, pemilihan bahan dan teknik, penghasilan karya sebenar, kemasan dan juga persembahan dan penilaian. Proses ini merupakan proses penghasilan dalam pengkaryaan dan melibatkan aktiviti psikomotor dalam menghasilkan karya. Proses yang terakhir ialah proses penyediaan portfolio dan hasil karya. Proses terakhir meupakan subtajuk terakhir bagi teori penghasilan. Proses terbahagi kepada dua iaitu pengkaryaan dan perekaan. Di dalam proses pengkaryaan terdapatnya cara penghasilan portfolio serta penghasilan karya. Proses ini penting bagi menghasilkan karya mengikut disiplin pengkaryaan. Manakala perekaan juga terbahagi kepada dua iaitu portfolio dan hasil karya.

2.2.Lukisan. 2.3.Projek penghasilan karya.

Related Documents


More Documents from ""