Kurikulum Seni Full

  • Uploaded by: Nas29
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kurikulum Seni Full as PDF for free.

More details

  • Words: 4,229
  • Pages: 25
TUGASAN 1 Jelaskan kandungan sukatan pelajaran seni visual STPM.

1.0. Pengenalan. Sukatan pelajaran pendidikan seni visual STPM terdiri daripada tiga komponen utama iaitu melibatkan aspek Teori Seni Visual (Apresiasi Seni Visual dan Teori Penghasilan, aspek lukisan dan juga projek penghasilan karya. Ketiga – tiga aspek ini digunakan di dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Setiap aspek ini amat penting serta mempunyai peruntukkan masa yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Selain itu juga ketiga – tiga aspek itu mempunyai pecahan – pecahan di dalam sukatan mata pelajaran tersebut. Pecahan – pecahan tersebut perlu diajar oleh guru kepada pelajar di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap aspek mempunyai peruntukkan masa dan guru perlu menghabiskan kesemua sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Iaitu aspek teori seni visual sebanyak 144 waktu manakala lukisan sebanyak 90 waktu dan projek penghasilan karya adalah sebanyak 126 waktu. Waktu – waktu ini mempunyai pecahan mengikut subtopik pengajaran.

2.0.Kandungan Sukatan Pelajaran Seni Visual. 2.1.Teori Seni Visual APRESIASI SENI VISUAL. Pengalaman Seni Visual. Bahasa Seni Visual TEORI SENI VISUAL

Pendekatan sejarah dan kritikal seni visual.

(144 WAKTU)

1

TEORI PENGHASILAN.

2.1.1

i.

Apresiasi Seni Visual.

Pengenalan Seni Visual

Tajuk ini merupakan pengenalan kepada Pendidikan Seni Visual untuk tingkatan enam. Bahagian ini mempunyai peruntukan masa sebanyak 144 waktu dan terdapat beberapa pecahan iaitu Pengenalan Seni Visual (23 waktu), Bahasa Seni Visual (34 waktu), pendekatan sejarah dan kritikan seni visual (57 waktu) dan teori penghasilan (30 waktu). Kesemua topik tersebut mempunyai huraiannya untuk Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Di dalam pecahan pertama Teori seni visual terdapatnya subtajuk Pengenalan Seni Visual (23 Waktu) iaitu huraiannya adalah mengenai pengertian seni visual, Peranan Seni Visual dan pengalamam estetik. Huraian pertama iaitu mengenai pengertian seni visual yang menghuraikan tentang aspek pengkaryaan terutamanya di dalam aliran seni halus dan seterusnya mengenai aspek perekaan yang melibatkan aspek – aspek penting seperti komunikasi visual, reka bentuk teknologi, reka bentuk persekitaran seperti landskap dan hiasan dalaman. Di dalam pecahan pertama ini guru perlu menerangkan aspek – aspek tersebut kepada pelajar dengan jelas serta terperinci supaya pelajar memahami pengertian pengkaryaan dan perekaan. Pelajar harus mengetahui serta membezakan unsur tersebut iaitu unsur pengkaryaan yang melibatkan penekanan makna dan estetik serta perekaan yang menekankan kepada fungsi dan juga estetik. Seterusnya huraian kedua adalah melibatkan Peranan Seni Visual dari sudut Psikologi dan juga sosiologi. Dari sudut Psikologi guru perlu menerangkan unsur 2

kreativiti, sensitiviti, emosi dan juga ekspresi yang merupakan unsur – unsur penting yang perlu difahami oleh pelajar. Manakala dari sudut sosiologi yang mana memerlukan pelajar memahami tentang nasionalisme, persekitaran, propaganda, ritual, pengeluaran serta perniagaan dan perdagangan. Kedua – dua sudut ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar terhadap peranan seni visual dari aspek pembangunan potensi individu, kepentingan sosial dan kemasyarakatan. Selain itu bertujuan menerapkan nilai – nilai yang terdapat di dalam peranan seni visual kepada pelajar – pelajar tentang kepentingan seni visual kepada kehidupan. Huraian subtajuk di dalam Pengenalan seni visual yang terakhir ialah mengenai pengalaman estetik yang melibatkan pengalaman langsung serta pengalaman intelektual. Kedua – dua pengalaman bertujuan untuk meningkatkan pengalaman estetik iaitu keindahan di dalam diri pelajar. Manakala pengalaman intelektual boleh disematkan ke dalam diri pelajar melalui pembacaan dan juga kajian.

ii.

Bahasa Seni Visual.

Di dalam bahasa seni visual terdapat beberapa aspek yang diketengahkan iaitu aspek formal yang terdiri daripada unsur seni, media dan juga teknik. Di dalam unsur seni terdapat penerangan mengenai unsur garisan, jalinan, rupa, bentuk dan juga warna. Manakala prinsip rekaan pula terdapatnya tujuh prinsip yang menjadi prinsip dalam mereka bentuk seperti harmoni, kepelbagaian, keseimbangan dan sebagainya. Seterusnya media pula menerangkan tentang media konvensional serta media baru terutamanya di dalam penghasilan karya, teknik pula terdiri daripada teknik konvensional dan juga teknik baru. Kesemua aspek – aspek ini perlu difahami oleh pelajar terutamanya dalam menghasilkan karya seni. Seterusnya terdapat aspek Makna/fungsi/konteks. Aspek ini mengenengahkan perkara seperti aliran seni, kebudayaan, kepercayaan, persekitaran dan juga nilai utiliti dan hiasan. Kesemua aspek yang terdapat dalam makna/fungsi/konteks ini 3

sangat penting serta bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap pelajar tentang asal – usul kesenian serta nilai – nilai yang terdapat di dalam Pendidikan Seni Visual.

iii.

Pendekatan Sejarah dan Kritikal Seni Visual.

Di dalam pendekatan sejarah dan kritikan seni visual terdapat beberapa konsep yang diketengahkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini mempunyai masa pengajaran yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 57 waktu. Konsep – konsep yang terdapat di dalam di dalam pendekatan ini ialah konsep dan kaedah sejarah seni visual serta konsep dan kaedah kritikan seni visual. Konsep yang pertama iaitu konsep dan kaedah sejarah seni visual mempunyai tiga bahagian iaitu maksud sejarah seni visual, tujuan sejarah seni visual dan juga kaedah sejarah seni visual. Seterusnya di dalam konsep ini terdapatnya aspek pengolahan karya, gaya penampilan, period dan juga makna. Kesemua aspek ini bertujuan untuk memahami sejarah kritikan seni visual serta memahami konsep kaedah tersebut. Konsep yang kedua ialah konsep dan kaedah kritikan seni visual. Di dalam konsep ini terdapat tiga aspek utama iaitu pengertian kritikan seni visual, tujuan kritikan seni visual dan kaedah kritikan seni visual. Selain itu terdapatnya pendekatan dan juga strategi di dalam kritikan seni visual iaitu pendekatan jurnalistik dan ilmiah serta strategi diskripsi, analisis, interpretasi, dan pertimbangan. Pendekatan dan strategi ini amat penting dalam terutamanya dalam menilai karya seni visual.

2.1.2

Teori Penghasilan.

4

Pembentukan Idea.

Teori Penghasilan.

Pendekatan penjanaan idea.

Penterjemahan idea.

Penyediaan portfolio dan hasil

Teori penghasilan ini mempunyai peruntukkan masa sebanyak 30 waktu. Di dalam teori penghasilan terdapatnya subtajuk dalam proses penghasilan iaitu Pembetukan idea, pendekatan dan penjanaan idea, penterjemahan idea dan penyediaan portfolio dan hasil karya. Yang pertama ialah Pembentukan idea iaitu meliputi pengertian idea serta sumber idea. Di dalam pengertian idea terdapatnya perkara penting yang diketengahkan seperti perancangan atau hasrat pemikiran, niat atau tujuan, cita – cita atau aspirasi dan tipa induk (archetype). Manakala di dalam sumber idea pula terdapat lima sumber asas yang boleh dijadikan sumber idea sesuatu penghasilan karya iaitu melalui media massa, teknologi, persekitaran, peristiwa dan juga melalui pengalaman. Subtajuk

yang

kedua

ialah

pendekatan

penjanaan

idea.

Subtajuk

ini

mengenengahkan enam pendekatan dalam proses penjanaan idea iaitu peniruan, penerokaan, temu bual, pembacaan, pemerhatian dan eksperimentasi. Penjenaan idea 5

ini bertujuan memperkukuhkan sumber idea yang telah diperolehi melalui pengalaman, persekitaran, teknologi dan sebagainya. Subtajuk yang ketiga ialah proses penterjemahan idea. Di dalam penterjemahan idea terdapatnya permasalahan visual, penzahiran idea, pemilihan bahan dan teknik, penghasilan karya sebenar, kemasan dan juga persembahan dan penilaian. Proses ini merupakan proses penghasilan dalam pengkaryaan dan melibatkan aktiviti psikomotor dalam menghasilkan karya. Proses yang terakhir ialah proses penyediaan portfolio dan hasil karya. Proses terakhir meupakan subtajuk terakhir bagi teori penghasilan. Proses terbahagi kepada dua iaitu pengkaryaan dan perekaan. Di dalam proses pengkaryaan terdapatnya cara penghasilan portfolio serta penghasilan karya. Proses ini penting bagi menghasilkan karya mengikut disiplin pengkaryaan. Manakala perekaan juga terbahagi kepada dua iaitu portfolio dan hasil karya.

2.2.Lukisan.

LUKISAN (90 WAKTU)

6

Pengenalan lukisan.

Penggubahan.

Lukisan merupakan pecahan kedua di dalam kandungan sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Pecahan ini mempunyai masa yang diperuntukkan sebanyak 90 waktu pengajaran. Di dalam lukisan hanya mempunyai dua pecahan subtajuk iaitu pengenalan lukisan dan penggubahan. Kedua – dua pecahan subtajuk ini bertujuan memperkenalkan tentang lukisan dan penggubahan di dalam lukisan.

i.

Pengenalan Lukisan.

Pengenalan lukisan merupakan subtajuk yang pertama yang bertujuan menerangkan unsur – unsur seperti aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan, pengamatan terhadap bentuk, kedudukan objek, skala dan radar, aspek pencahayaan dan struktur. Seterusnya menerangkan tentang penggunaan bahan dan pengolahan teknik lukisan. Aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan adalah bertujuan supaya pelajar memahami bahasa seni visual di dalam penghasilan lukisan serta bertujuan menerapkan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya. Seterusnya ialah pengamatan terhadap aspek bentuk iaitu melibatkan permukaan keluasan dan ketinggian dan juga jisim. Seterusnya ialah kedudukan objek terdapat pelbagai kedudukan objek iaitu melintang, menegak, dan sesendeng. Pecahan huraian yang ketiga ialah skala dn kadar banding manakala Pencahayaan pula terdiri daripada tiga iaitu cahaya dan bayang, cahaya dan bentuk, serta cahaya dan suasana. Akhir sekali ialah struktur iaitu struktur jelas dan struktur tidak jelas. Kesemua unsur ini bertujuan supaya pelajar mengamati aspek bentuk, skala, dan kadar banding , 7

pencahayan serta struktur supaya karya yang dihasilkan adalah menepati ciri – ciri yang terdapat di dalam aspek – aspek tersebut. Seterusnya ialah pecahan huraian yang ketiga iaitu penggunaan bahan. Terdapat enam penggunaan bahan yang boleh digunakan di dalam menghasilkan lukisan iaitu pensel, charcoal, oil pastels, soft pastels, pen teknikal dan juga pensel warna. Manakala pecahan huraian yang terahir ialah pengolahan teknik lukisan. Terdapat tujuh teknik dalam mengolahkan lukisan iaitu lorekan, silan pangkah (cross hatching), titik, gosokan, garisan selari, garisan kontur serta garisan tidak menentu. Kesemua teknik tersebut penting menghasilkan aspek – aspek pencahayaan di dalam penghasilan lukisan.

ii.

Penggubahan.

Penggubahan merupakan subtajuk yang kedua di dalam penghasilan lukisan. Di dalam penggubahan terdapatnya tiga aspek utama yang mewujudkan kesan iaitu aspek ruang, suasana dan ciri – ciri dan sifat objek. Huraian yang pertama ialah mengenai ruang. Iaitu terdapatnya ruang rata, ruang cetak, dan ruang dalam. Ketiga – tiga ruang ini dikenali sebagai ruang ilusi yang dapat dibentuk melalui ton, warna dan perspektif, Huraian yang kedua ialah mengenai suasana. Di dalam penghasilan lukisan terdapatnya suasana panas, sejuk, tenteram dan juga riang. Suasana – suasana ini timbul melalui kesan penngubahan warna. Huraian yang terakhir ialah mengenai ciri – ciri dan sifat objek. Ciri – ciri dan sifat objek adalah pelbagai dan dilihat dari segi fizikal. Antara ciri – ciri dan sifat objek ini ialah keras, lembut, halus, licin, pejal, kasap, kasar serta lutsinar.

8

2.3.Projek penghasilan karya.

PROJEK PENGHASILAN KARYA

PENGKARYAAN. Seni halus

i.Lukisan. Komunikasi visual.

ii.catan.

Grafik dan Multimedia.

iii.seni cetak.

Reka bentuk teknologi.

iv.arca.

Reka bentuk persekitaran.

Projek penghasilan karya merupakan pecahan yang kandungan sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang terakhir untuk STPM iaitu menglibatkan 9

pengkaryaan. Bahagian ini mempunyai peruntukan masa sebanyak 126 waktu pengajaran.

i.

Pengkaryaan.

Pengkaryaan merupakan subtajuk yang utama di dalam projek penghasilan karya. Di dalam pengkaryaan terdapatnya aliran seni halus yang terdiri daripada lukisan seperti catan, seni cetak dan juga arca. Ketiga – tiga unsur tersebut terdapatnya pecahan penghasilan mengikut media dan teknik iaitu catan yang terdiri daripada cat air, cat minyak dan juga cat akrilik. Manakala seni cetak pula terdiri daripada cetakan timbulan, benaman dan serigrafi. Seterusnya ialah arca yang terdiri daripada arca relief, free standing, kinetik dan instalasi. Manakala terdapat pula pecahan di bawah lukisan iaitu grafik dan juga multimedia. Melalui grafik pelajar akan mempelajari tentang tipografi, identiti korporat, poster, ilustrasi, pembungkusan dan reka tanda. Bahagian ini memerlukan pembelajaran yang berbantukan komputer. Seterusnya ialah multimedia yang terdiri daripada interaktif, liner, animasi dan juga lawan web. Seterusnya

terdapat

juga

rekabentuk

teknologi

yang

mengenai

industri,automobile,seramik, fesyen dan tekstil yang perlu diketahui oleh pelajar. Pecahan yang terakhir ialah mengenai rekabentuk persekitaran iaitu rekabentuk landskap dan hiasan dalam yang juga perlu dititikberatkan kepada pelajar.

3.0 Penutup.

Kesimpulan isi kandungan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual STPM ini merupakan suatu sukatan mata pelajaran yang lengkap kerana terdapat pelbagai aspek yang telah diperkenalkan dan perlu diketahui oleh pelajar. Kesemua bahagian ini perlu 10

difahami dan dikuasai oleh pelajar bukan sahaja untuk menghadapi peperiksaan malah berdasarkan kepada matlamat dan objektif yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Matlamat dan objektif tersebut perlu di sampaikan dan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.

TUGASAN 2.

Pilih dua daripada sepuluh objektif Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah. Jelaskan bagaimanakah objektif tersebut boleh tercapai.

11

1. Objektif 2.

Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

Pembelajaran Topik – topik PSV

Melalui Kertas 2 (SPM tingkatan 5)

Penghasilan Karya.

Penggunaan media.

Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual.

12

Objektif ini merupakan objektif yang yang kedua di dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Objektif ini adalah bertujuan untuk memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual. Objektif ini sebenarnya bertujuan untuk diserapkan ke dalam diri masyarakat terutamanya terhadap pelajar di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Pelbagai cara dilakukan untuk mencapai objektif kedua ini untuk memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni.

i.

Cara mencapai objektif.

Objektif ini boleh dicapai melalui Pembelajaran di dalam topik – topik yang diajar di dalam sukatan mata pelajaran pendidikan seni visual sekolah menengah sama dari tingkatan menengah rendah iaitu tingkatan satu hingga tingkatan tiga mahupun menengah atas tingkatan empat dan tingkatan lima. Di dalam sukatan pelajaran setiap tingkatan satu sehingga tingkatan lima mempunyai topik – topik pembelajaran yang boleh diajar dengan menggunakan kaedah penyelidikan di dalam pelajaran. Manakala bagi tingkatan lima terdapatnya kertas dua yang melibatkan penghasilan karya serta mempunyai portfolio penghasilan karya tersebut. Melalui objektif ini guru perlu berperanan dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan dengan menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai dengan menerapkan unsur – unsur yang boleh menyokong objektif untuk memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya.

13

Objektif ini boleh dicapai melalui penghasilan karya dengan merujuk kepada sumber idea daripada sumber persekitaran, teknologi, media massa, peristiwa mahupun pengalaman. Contohnya untuk menghasilkan sesuatu karya seperti catan yang bertemakan kemerdekaan iaitu bersumberkan peristiwa sejarah dan semasa. Melalui tema kemerdekaan tersebut pelajar perlu menyelidiki semua perkara melibatkan kemerdekaan seperti proses kemerdekaan terjadi, siapakah yang berusaha untuk mencetuskan semangat nasionalisme untuk kemerdekaan, bilakah kemerdekaan diperolehi, dan di manakah penjanjian kemerdekaan dimeterai dan di manakah kemerdekaan negara kita di sambut. Secara tidak langsung pelajar akan mengetahui kesemua maklumat tersebut melalui pembacaan buku mahupun internet. Maklumat – maklumat tersebut perlu digunakan dalam penghasilan karya yang bertemakan kemerdekaan tersebut. Maklumat – maklumat tersebut akan dipilih dengan teliti supaya tema kemerdekaan dalam penghasilan karya tersebut tidak terpesong. Melalui sumber idea itu pelajar – pelajar akan mencari gambar – gambar berkaitan tema kemerdekaan untuk tujuan imitasi iaitu peniruan. Iaitu peniruan dengan penambahan. Selain itu maklumat – maklumat sumber idea itu akan digunakan untuk penghasilan portfolio tersebut. Secara tidak langsung memberi nilai tambah melalui kajian tersebut. Seterusnya semasa penghasilan karya pelajar akan menggunakan pelbagai media untuk menghasilkan karya tersebut. Secara tidak langsung pelajar perlu memahami kaedah dan juga teknik untuk menghasilkan karya yang berkualiti. Contohnya dalam penghasilan karya pelajar perlu memahami aspek cahaya, kadar banding dan sebagainya. Dalam aspek ini guru memainkan peranan penting dalam menerangkan unsur – unsur seni dan prinsip rekaan tersebut. Kajian yang dilakukan oleh pelajar mengenai pencahayaan akan diaplikasikan di dalam penghasilan karya. Penghasilan karya oleh pelajar dengan bantuan guru akan memberi nilai tambah kepada pelajar bukan sekadar di dalam bidang seni malah dalam bidang lain. Contohnya pencarian sumber idea bertemakan kemerdekaan adalah berkaitan dengan unsur sejarah yang diajar di dalam mata pelajaran sejarah di sekolah menengah. Secara tidak langsung objektif tersebut boleh dicapai dengan penggunaan kaedah yang diterangkan.

14

2. Objektif 9 .

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan

dengan keselesaan hidup. Objektif ini merupakan objektif yang kesembilan dan merupakan kesinambungan daripada objektif yang sebelumnya. Objektif ini adalah bertujuan mendidik serta memupuk masyarakat supaya menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan juga kaitan dengan keselesaan hidup. Objektif ini dapat dilihat melalui topik – topik pangajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah iaitu daripada subtajuk apresiasi seni visual dan melalui pengalaman estetik yang diterapkan di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Seni di sekolah menengah. Objektif ini juga merupakan objektif yang amat penting terutamanya dalam melahirkan modal insan yang mempunyai nilai – nilai murni yang diselitkan di dalam Pendidikan Seni Visual.

15

Objektif ini telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan perlu dilaksanakan oleh tenaga pengajar iaitu guru. Objektif ini dapat memberi kesan yang positif kepada masyarakat Malaysia jika dapat dicapai dengan sepenuhnya.

i.

Cara Mencapai Objektif.

Sukatan PSV Sekolah Menengah.

Pengajaran Topik Apresiasi PSV

Pengajaran Estetika PSV

Mempelajari Tentang budaya – budaya di Malaysia.

Menghargai Suasana seni dan persekitaran.

16

Melalui Penyelidikan.

Penghasilan Produk serta karya.

Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan hidup.

Objektif ini boleh dicapai melalui penerapan nilai – nilai yang terdapat di dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah menengah iaitu menengah rendah (1,2,dan 3) dan juga menengah atas (4&5). Di dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Seni Visual terdapatnya topik – topik yang memperkenalkan tentang Apresiasi pendidikan seni visual serta unsur – unsur estetika di dalam pengajaran pendidikan seni. Melalui Pengajaran topik Apresiasi Seni Visual dalam pendidikan seni visual pelajar dapat menghayati serta menghormati suasana seni. Iaitu di dalam topik Apresiasi tersebut pelajar akan mempelajari tentang budaya – budaya masyarakat yang terdapat dalam negara Malaysia. Budaya – budaya di Malaysia adalah pelbagai kerana terdapatnya pelbagai kaum di Malaysia iaitu melayu, cina, india, kadazan, bidayuh dan sebagainya. Melalui apresiasi pelajar perlu mengetahui budaya – budaya yang terdapat di dalam kaum – kaum tersebut dan menghormati budaya – budaya yang dianuti oleh kaum – kaum yang hidup sebumbung di negara ini. Contohnya kepelbagaian anutan agama di Malaysia dan pelajar perlu menghormati agama- agama yang dianuti oleh masyarakat Cina, India dan Melayu. Contohnya melalui penghasilan karya yang bertemakan masyarakat majmuk di Malaysia di dalam pengajaran pendidikan seni visual pelajar juga perlu mengkaji tentang aspek budaya serta sejarah 17

yang terdapat pada semua kaum yang terdapat di Malaysia. Pelajar akan mengkaji satu demi satu budaya dan secara tidak langsung dapat mengenali budaya tersebut dan menghormati budaya masing – masing dan budaya yang terdapat pada kaum lain di Malaysia. Seterusnya pembelajaran Pendidikan Seni Visual di dalam kelas juga membolehkan pelajar menghargai suasana seni dalam persekitaran. Contohnya melalui pembelajaran tentang estetika seni di dalam seni visual pelajar dapat melahirkan rasa keindahan di dalam diri sendiri. Estetika merupakan nilai keindahan daripada estetika inilah pelajar dapat menilai unsur – unsur keindahan yang terdapat di persekitarannya. Contoh yang lebih jelas ialah di setiap pelusuk persekitaran kita terdapatnya unsur – unsur estetik seperti tumbuh – tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Tumbuh – tumbuhan dan juga haiwan merupakan ciptaan tuhan yang mempunyai keindahan tersendiri. Melalui pembelajaran unsur seni warna pelajar juga dapat melihat kepada contoh warna yang terdapat di dalam persekitaran seperti warna harmoni yang terdapat pada tumbuh – tumbuhan dan bunga – bungan manakala warna panas dan warna sejuk dapat dilihat perubahan waktu iaitu senja berwarna merah (warna panas) tengahari yang berwarna biru (warna sejuk). Secara tidak langsung pelajar akan dapat memahami hubungan seni dan persekitaran melalui pemerhatian dan penyelidikan. Kefahaman pelajar tersebut akan memberi nilai kesedaran terhadap alam persekitaran dan tidak sewenang – wenangnya mencemari alam sekitar dan keadaan ini membolehkan manusia hidup di dalam keadaan yang selesa. Nilai murni terhadap pembelajaran Estetika dapat disemai apabila pelajar memahami topik tersebut. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak akan membuang sampah dan apabila keadaan persekitaran kotor akan ada sifat tanggungjawab untuk membersihkannya. Selain itu juga di dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual guru juga perlu mendisiplinkan pelajar seperti membersihkan alatan – alatan dan studio setelah digunakan. Perkara ini dapat mendisiplinkan pelajar terhadap kebersihan. Di samping itu seni juga mempunyai kaitan yang begitu kuat dengan keselesaan hidup. Iaitu semua manusia mementingkan sesuatu perkara yang indah dan selesa terutamanya di dalam kehidupan. Sifat ini merupakan sifat semulajadi manusia dan tidak dapat dikikis. Melalui objektif yang ke sembilan ini dapat di lihat di dalam topik pembelajaran komunikasi visual. Di dalam topik tersebut terdapatnya pembelajarn rekabentuk industri, tekstil dan beberapa lagi. Contohnya di dalam 18

pengajaran rekabentuk industri terdapatnya unsur penting seperti penghasilan produk di dalam penghasilan produk perlunya kreativiiti supaya produk yang dihasilkan menarik dan mempunyai ciri ergonomik iaitu keselesaan dan juga keselamatan. Nilai ini dapat di terapkan di dalam jiwa pelajar tentang keselesaan. Selain itu seseorang pengguna juga akan memilih sesuatu barang yang mempunyai nilai kesenian atau estetik untuk digunakan dan juga mementingkan aspek keselesaan. Contohnya di dalam memilih kenderaan pengguna akan melihat dari segi rekabentuknya yang aerodinamik, cantik serta selesa digunakan. Akhir sekali objektif ini mampu di capai apabila sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) diajar dengan sempurna serta sistematik. Guru juga perlu menerapkan nilai – nilai yang terdapat di dalam setiap topik pengajaran tersebut. Objektif ini merupakan objektif yang penting dan tidak boleh diabaikan.

TUGASAN 3. Bagaimanakah pelajaran Pendidikan Seni Visual boleh berperanan untuk menyediakan asas kepada penyediaan guna tenaga manusia yang berkemahiran untuk pembangunan negara.Bahaskan.

1.0.Pengenalan. Mata pelajaran pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran yang di serapkan bersama – sama mata pelajaran lain di sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 6 manakala sekolah menengah melibatkan tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mata pelajaran pendidikan seni visual di masukkan ke dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah bertujuan untuk menyerapkan aspek – aspek yang terdapat di dalam objektif Pendidikan Seni Visual di dalam KBSM dan KBSR. Objektif – objektif tersebut adalah melalui topik – topik pengajaran PSV bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. Sukatan pelajaran bagi tingkatan 1 hingga 5 terdapat empat bahagian tajuk 19

yang melibatkan seni halus, seni komunikasi visual, rekabentuk dan kraf. Keempat – empat bahagian ini dapat membekalkan asas kepada prospek pekerjaan. Manakala bagi sekolah rendah adalah lebih kepada asas pembelajaran pendidikan seni visual seperti menggambar, membuat corak, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional. Keempat – empat bahagian ini adalah pengenalan kepada seni visual dari sekolah rendah sebelum memasuki sekolah menengah. Selain dari itu terdapatnya objektif yang bertujuan untuk melahirkan golongan tenaga kerja mahir melalui pendidikan seni visual iaitu objektif bagi sekolah menengah iaitu objektif yang kelapan iaitu menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

Carta Mata Pelajaran PSV Sekolah Menengah.

SENI HALUS.

SENI KOMUNIKASI VISUAL.



Lukisan.



Rekabentuk grafik.



Catan.



Multimedia.



Arca.

Cabang Pengajaran seni dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Sekolah Menengah.

REKABENTUK. •

Rekabentuk industri.



Hiasan dalaman.



Landskap.

KRAF. •

Menggambar.



Membuat corak. 20



Batik.



Tenunan.

• Membentuk dan membuat • Kayu. Sukatan mata pelajaran binaan. psv sekolah rendah • Mengenal kraf tradisional.

Carta Mata Pelajaran PSV Sekolah Rendah.

2.0.Isi.

Melalui sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang di ajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dapat di lihat bahawa terdapatnya topik – topik pengajaran yang menyediakan asas kepada guna tenaga. Iaitu dapat dilihat dalam mata pelajaran Pendidikan seni visual untuk sekolah menengah terdapatnya empat bahagian utama di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mempunyai pecahan – pecahan masing – masing. Yang pertama ialah seni halus yang terdiri daripada lukisan, catan, arca dan cetakan. Manakala pecahan kedua ialah seni komunikasi visual iaitu rekabentuk grafik dan juga multimedia, seterusnya ialah pecahan yang ketiga ialah rekabentuk iaitu rekabentuk industri, hiasan dalaman dan juga landskap. Pecahan yang terakhir ialah kraf iaitu batik, tenunan, kayu dan tembikar. Pecahan – pecahan tersebut bertujuan menyampaikan ilmu – ilmu mengenai asas seni seperti seni halus, komunikasi visual, rekabentuk dan juga kraf. Kesemua aspek tersebut akan diajar oleh guru mengikut tempoh masa yang ditetapkan iaitu dalam waktu pengajaran. Ilmu – ilmu tersebut perlu di kuasai oleh pelajar – pelajar. Kesemua ilmu tersebut merupakan asas di dalam bidang pekerjaan. Apabila kesemua asas – asas tersebut telah dikuasai setelah tamatnya pengajian di tingkatan lima pelajar – pelajar yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni akan melanjutkan pelajaran 21

di institut pengajian tinggi mahupun di tingkatan enam. Di institut pengajian tinggi aliran – aliran seni tersebut adalah lebih menjurus kepada bidang pekerjaan seperti yang ditawarkan oleh Universiti Multimedia, Universiti Institut Teknologi Mara dan beberapa buah universiti lain. Aliran – aliran tersebut dapat menjamin peluang pekerjaan yang diperlukan pada masa kini. Keadaan ini kerana Universiti tersebut banyak memberikan kemahiran yang bertujuan untuk membina kerjaya – kerjaya seni selepas bergelar graduan. Antara bidang – bidang seni yang di tawarkan oleh Universiti – universiti tersebut ialah seni halus sepert catan, cetakan manakala bidang pekerjaan dalam komunikasi visual seperti rekabentuk grafik dan multimedia. Bidang – bidang tersebut secara tidak langsung dapat membekalkan guna tenaga di dalam bidang pekerjaan. Guna tenaga yang dilahirkan oleh institut pengajian tinggi IPTS mahupun IPTA adalah tergolong di dalam guna tenaga yang berkemahiran tinggi. Kelahiran guna tenaga yang ramai secara tidak langsung dapat menampung kekurangan tenaga kerja ataupun buruh di dalam kategori mahir terutamanya di dalam sektor pembangunan, perindustrian dan perdagangan. Kelahiran ramai guna tenaga mahir dapat meningkatkan lagi perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Contohnya apabila lahirnya seorang arkitek yang mahir projek pembangunan akan menjadi lebih cepat kerana pengurusan serta kualiti kerja yang dilakukan oleh arkitek tersebut. Tender – tender untuk tujuan pembangunan akan di berikan kepada golongan mahir. Selain itu sumber ekonomi juga dapat ditingkatkan apabila setiap tenaga kerja mahir membuka syarikat sendiri dan memerlukan kakitangan untuk menjalankan pekerjaan dan dari situ sumber ekonomi dapat di hasilkan. Terdapat pelbagai pekerjaan yang berasaskan pendidikan seni yang boleh di perolehi selepas melanjutkan pelajaran antaranya : 1. Pereka laman web. 2. Pereka landskap. 3. Pereka hiasan dalaman. 4. Pereka grafik. 5. Artis digital 3D. 22

6. Pengedit video. 7. Pereka produk. 8. Pereka multimedia flash dan sebagainya.

Kesemua pekerjaan tersebut adalah berasaskan kepada aliran Pendidikan Seni Visual yang di serapkan kepada pelajar daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi. Pekerjaan – pekerjaan tersebut mampu menjana sumber ekonomi negara untuk tujuan pembangunan. 3.0.Penutup. Pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran yang begitu penting dan dapat memberi kelebihan kepada negara terutamanya dari segi bekalan tenaga kerja mahir. Pengeluaran bilangan tenaga kerja yang ramai dapat membantu proses pembangunan negara berjalan dengan lancar. Oleh kerana itu Pendidikan Seni Visual haruslah menjadi mata pelajaran yang wajib bagi setiap pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang – bidang tertentu selepas persekolahan.

23

Bibliografi.

Iberahim Hassan dan Hassan Mohd Ghazali, 2000, Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni Dan Muzik. Tanjong Malim : Penerbitan Fakulti Sains Sosial dan Kesenian UPSI. Md. Nasir Ibrahim dan Prof. Madya Iberahim Hassan, 2003, Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti. Pahang Darul Makmur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Internet. www.hasmadi.blogspot.com www.moe.gov.my www.myartless.blogspot.com www.pdfcoke.com/doc 24

25

Related Documents


More Documents from ""