Krisis Melayu.docx

  • Uploaded by: Jai Haron
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Krisis Melayu.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,457
  • Pages: 9
Assalammualaikum... Nak mintak tolong.. Mintak pendapat dn pandangan mengenai 'Melayu masa kini dan krisis yang dihadapi' InsyaAllah..pandangan akan dibawa ke dalam mesyuarat agung UMNO kawasan saya untuk dibentangkan dan diperhalusi... Sekian terima kasih... Cawangan mana? Tanjung Malim.. Bukan saya yg akan bawa, tapi Ketua Kampung saya, saya ditugaskan untuk kumpul data... Tanjung Malim.. Menarik.. Najib ritu isytiharkan TM sbg kawasan or bandar orang muda kan? Bandar Belia 1 Malaysia.. 1 Malaysia Youth City.. Apa perancangan sebenar 1MYC? En Sholihein.. Perancangannya banyak katanya, Tapi saya xada detailnya.. Klu dah dari TM, saya cadangkan fokuskan kepada isu perancangan itu... Kena fahami dahulu, dan beri tambah nilai atau kritikan membina dlm usaha kerajaan itu.. Kerana itu lebih dekat masyarakat tempatan.. Suarakan suara tempatan, suara akar umbi... Maaf saya katakan, kabanyakkan mesyuarat2 cawangan lebih berkisarkan perang Najib vs Tun.. Sampai akhirnya bertekak x kemana.. Akhirnya, suara akar umbi permasalahan rakyat terabai..

Jai, 1)masalah tanah rezeb melayu byk ditipu oleh org melayu Ramai melayu tipu melayu Masalah ahli umno yang tak sokong kepimpinan tertinggi Masalah ahli umno kaki kipas lipas Masalah pinjaman perumahan kos rendah Pinjaman pelajaran

harga rumah terlalu tinggi..kjaan x boleh control ke Org melayu ramai jadi penunggang agama... menipu org atas nama islam. Masalah Wahabi dalam UMNO

[9:30 AM, 4/1/2016] En Roslee JKKK KG BEROP: Waalaikumusalam Melayu tetap tuan kepada kita orang melayu selagi tanah melayu tidak terjual..kaum lain spt cina india adalah hamba atau kuli kpd kita org melayu. Dari itu perlu pertahankan kedaulatan melayu [9:30 AM, 4/1/2016] En Roslee JKKK KG BEROP: Segala pembangunan yg ada pada hari ini adalah kuli2 org melayu yg buat

[9:35 AM, 4/1/2016] Cikgu Fakrul: Peningkatan modal insan dan aras pemikiran perlu diberi perhatian. Dari situ, generasi melayu akan datang bakal menyinar.

KRISIS IDENTITI MELAYU Bait-bait puisi “Melayu” nukilan Usman Awang masih menghantui benak saya sehingga hari ini. Hanya dengan beberapa rangkap ayat sudah cukup untuk memberi definisi kepada kita siapakah itu sebenarnya Melayu. Setiap rangkap dan ayat yang disusun oleh Usman Awang sebenarnya sudah cukup untuk menceritakan kepada kita siapakah itu Melayu dan asal usul Melayu itu sendiri. Sebagai seorang yang mempunyai semangat kemelayuan yang kuat, sudah pasti puisi Melayu itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada jiwa Melayu saya. Namun, ada bait ayat yang menyentak lena saya. Ayatnya berbunyi: “Bagaimanakah Melayu Abad Ke-21?” Bagaimanakah Melayu Abad Ke-21? Kalian yang membaca artikel ini, mari saya ajak kalian untuk mula membuka mata, lihat rakan sebangsa kalian, bagaimanakah identiti Melayu itu ada dalam diri mereka? “Aku Malu Untuk Mengaku Sebagai Melayu.” Itu adalah ungkapan yang lahir daripada seorang pemimpin Melayu yang kononnya dijulang bagai seorang ulamak. Apakah sebenarnya yang berlaku sekarang? Andai pemimpin tertinggi yang bernama Melayu pun berani membuat kenyataan sedemikian, bagaimanakah keturunan Hang Tuah ini? Apakah darah Melayu sehebat Hang Tuah masih bernafas dalam salur darah mereka? Apakah semangat membara Hang Jebat masih mengalir dalam diri mereka? Mari kita ambil beberapa keratan peristiwa untuk menjadi gambaran krisis yang sedang melanda anak Melayu kita. Hmmm, krisis apakah? Krisis hilangnya identiti Melayu dalam diri mereka. Peristiwa 1 Kalian pasti masih mengingati di mana Kempen Pakai Songkok sambil menonton filem Tayangan Putera? Walaupun kempen yang diketuai oleh Saya Sayang Tun Mahathir Mohammad ini mendapat liputan media, tetapi tahukah anda bahawa terdapat suara sumbang daripada bangsa Melayu sendiri di luar sana yang mempertikaikan kenapa memakai songkok, kenapa tidak serban dan kopiah? Saya bukan mahu pertikaikan pemakaian kopiah dan serban, tetapi hadirnya Islam bukan untuk menolak sebuah budaya dan membawa budaya arab ke dalam bangsa kita. Tetapi hadirnya Islam membetulkan mana yang silap dan mengekalkan mana yang baik. Sebab itu Islam di negara-negara eropah, China dan India, kita dapat melihat masjid di sana mengekalkan ciri-ciri bangsa mereka? Masjid di China tidak ubah seperti pagoda bahkan Laksamana Cheng Ho ketika bersama pelayarannya masih bangga memakai jubah cina dan mengekalkan nama cinanya? Tetapi sayang orang Melayu di Malaysia ini sebenarnya sedang dalam dilemma, antara krisis identiti arab dan Melayu. Mereka itu Melayu tetapi mahu menjadi arab kerana dalam fikiran mereka. “Semakin anda menjadi bangsa arab, maka semakin anda menghidu bau syurga.”

Itulah fahaman mereka yang taksub pada satu parti sampai apa yang berkaitan dengan Melayu semuanya diharamkan sehingga memakai songkok itu pun dilabelkan dengan seribu cercaan, manakala memakai baju Melayu itu dikaitkan dengan UMNO. Apakah yang sebenarnya yang sedang berlaku ini? Andai mahu memperjuangkan kembali pakaian tradisional bangsa Melayu itu pun disalahtafsirkan sebagai kuli kepada sebuah parti politik, saya kira bahawa terdapat krisis identity yang sangat hebat sedang melanda sebuah bangsa bernama Melayu. Mereka keliru dengan mengatakan bahawa Melayu itu milik UMNO sehinggakan sanggup membuang nama Melayu dalam diri mereka, tetapi mereka tidak sedar bahawa sesungguhnya UMNO itulah milik Melayu, bukannya Melayu itu milik UMNO. Peristiwa 2 Ketika orang Melayu bersuara lantang mahu menuntut hak mereka, terus dilabelkan racist oleh bangsa lain. Bahkan terdapat orang Melayu yang lain yang turut tumpang sekaki melabelkan orang Melayu yang lantang berjuang dan memperjuangkan bangsa mereka! Kerana alasan apa mereka berkata sedemikian? Racist? Fahamkah mereka akan maksud racist, perkauman atau mahu kedengaran lebih islamik, assobiyah itu membawa definisi apa? Tetapi itulah yang menjadi duri dalam daging umat Melayu itu sendiri. Apabila mereka sudah disuap dengan fahaman, “bilamana kau bercakap mengenai bangsa kau, maka bersiap siagalah untuk menjadi seorang yang racist.” Benarkah apabila kalian bercakap mengenai bangsa kalian, maka kalian itu seorang racist? Untuk bercakap mengenai soal ini, lihat konteks apakah percakapan kalian itu? Andai beliau bercakap mengenai bangsanya, tetapi konteks ayat tersebut berbunyi seperti ini: “Sesungguhnya bangsaku adalah bangsa yang dipilih oleh Tuhan. Sesungguhnya bangsa lain di dunia adalah ibarat anjing, hanya dicipta untuk menjilat tapak kaki kita. Sesungguhnya bangsa kita adalah bangsa yang sangat mulia!” Maka, kalau kalian mahu mengatakan bahawa ucapan di atas sebagai perkauman, maka izinkanlah saya tumpang sebumbung dengan kalian. Ucapan di atas adalah cerminan kepada idealogi Zionis yang berpegang kepada pendapat yang mengatakan bangsa yahudi adalah bangsa pilihan tuhan. Tetapi, mari kita fahamkan konteks bercakap mengenai bangsa dari sudut yang tidak perkauman pula. Bagaimana? Biar saya memberi pencerahan kepada kalian. “Ketahuilah bahawa kita sebenarnya sudah ketinggalan jauh dengan bangsa lain. Bangsa Melayu dahulu hebat, meredah samudera. Bangsaku dulu hebat membina tamadun terkemuka. Maka, kenapa tidak kita ulang kehebatan bangsaku?” Apakah kalian merasakan ucapan di atas berbentuk perkauman? Mempertahankan atau memperjuangkan bangsa yang ketinggalan atau dalam kezaliman bukanlah racist, perkauman ataupun assobiyah. Andai benar sedemkian, mari kita sama-sama menjulang Nelson Mandela sebagai bapa segala racist di dunia kerana BELIAU ADALAH ORANG YANG BEGITU MEMPERTAHANKAN ORANG KULIT HITAM yang ditindas di Afrika Selatan. Ucapan Nelson Mandela di bawah sudha cukup membuktikan segala-galanya. “During my lifetime I have dedicated myself to this struggle of the African people. I have fought against white domination, and I have fought against black domination. I have

cherished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But if needs be, it is an ideal for which I am prepared to die.” (Nelson Mandela) Perhatikan ayat: "... I have dedicated myself to struggle of the african people..." Maka hayatilah dan selamilah maksud perkataan di atas. Begitu hebat lelaki berkulit hitam ini memperjuangkan hak kulit hitam, namun di mana suara sumbang ketika ada tokoh pemimpin bangsa Melayu yang bertanya, “Di mana hak bangsaku Melayu, bukankah mereka pribumi?” Apa yang racist mengenai kenyataan ini? Orang Melayu sebelum menyerahkan warganegara kepada sang yang bertandang, sudah ada perjanjian yang dimeterai oleh orang Melayu dengan mereka, tetapi kenapa selepas puluhan tahun perjanjian itu dimeterai, maka sudah mula keluar pengkhianat yang mahu menyembunyikan apa yang pernah menjadi janji seia sekata sampai mati? Atau janji itu sudah mati dalam hati? Katakanlah begini, bila anda memiliki sebuah rumah, membina sebuah rumah di atas sebuah tanah, tetapi bilamana ada orang mahu menghuni rumah itu, perjanjian antara anda dan dia sudah pun dimeterai, tetapi selepas sekian lama perjanjian itu termeterai, maka tibatiba si dia mula tunjuk besar kepala melanggar perjanjian, apakah anda akan duduk diam sambil tersenyum simpul dan berkata. “Tak apalah. Buatlah macam rumah sendiri?” Tidak! Saya tak nampak bila mempertahankan hak sendiri dikatakan racist, maka sesungguhnya izinkan saya menjadi seorang yang racist! Akhir sekali biarlah artikel ini diselitkan sedikit hadis Nabi sebagai azimat menguatkan lagi artikel ini: Seorang Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah saw, "apakah yang dimaksudkan dengan "Assobiyah itu ? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?" Rasulullah saw menjawab "Tidak! Yang dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”. (Riwayat Abu Daud) Peristiwa 3 Bila datang orang yang cuba mempertikaikan hak kita, mereka tak berjaya kerana kita mendakwa bahawa Mari guna analogi rumah yang saya gunakan dalam peristiwa dua. Anda dan si dia sudah duduk lama dan anda sedar terdapat perjanjian yang mengikat kalian, dan tiba-tiba, selepas sekian lama, maka dia mendakwa bahawa sebelum anda duduk di situ, nenek moyangnya sudah lama memiliki rumah itu. Kalau anda merupakan seorang yang masih mempunyai identity dan perasaan sayang kepada bangsa anda sendiri, pastinya anda mempunyai pengetahuan mengenai rumah anda

maka anda mula mengeluarkan hujah anda bahawa rumah itu milik anda dengan pembuktian dan fakta yang kukuh. Tetapi, apakah anda melihatnya dalam diri anak Melayu kita? Bila datang si kiasu mengatakan Melayu pendatang, apakah anda melihat mereka mempertahankan bahaw mereka pribumi di sini? Hanya secebis tetapi kebanyakan hanya mengangguk, seperti kerbau dicucuk tali. Kerana apa? Kerana mereka sudah tidak mengenali siapakah itu Melayu. Inilah krisis yang paling membimbangkan dalam bercakap mengenai Melayu. Melayu semakin kehilangan identity mereka. Dari akar, mereka tidak lagi mengenai siapakah diri mereka. Bila Hang Tuah Dicinakan, bila Parameswara diindiakan, bila Langkasuka disiamkan, bila Chih Tu dicinakan, maka apakah ada orang Melayu yang mengenali lambang sejarah bangsa mereka ini? Tidak ada… tiada… Kesimpulan Apabila berlakunya gangguan dalam krisis identiti Melayu itu sendiri, maka secara tidak langsung akan munculnya symptom-symptom yang membawa kepada depression. Tekanan yang timbul inilah akibat daripada kehilangan identity mereka. Tatkala mereka harus bersaing dengan bangsa seperti cina, dan India yang mempunyai prestij asal usul mereka, mengenali siapakah bangsa mereka, orang Melayu dimomokkan sebagai bangsa yang bercawat di dalam gua, padahal sebaliknya yang berlaku. Maka secara tidak langsung, bila berlakunya depression daripada perkara ini, orang Melayu akan mula hilang semangat untuk berjuang, orang Melayu mula dirundung perkara negative seperti malas dan sebagainya. Penghujungnya, maka kita terbukti menjadi mangsa character assimilation oleh penjajah. Identiti Melayu itu hilang kerana tiga perkara pokok. 1. Kedengkian dalam politik dan fahaman taksub idealogi politik tertentu. 2. Membuang identity bangsa kerana takut dilabel racist 3. Lupa akan asal usul mereka sehingga menyangka berasal dari Marikh.

ORANG MELAYU DAN KRISIS IDENTITI

Memandangkan orang Melayu telah memasuki zaman moden, cara kehidupan mereka juga sudah bertukar menjadi moden. Serba serbinya moden. Jika dahulu orang Melayu tidak tahu apa itu telefon pintar, androids, Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya, kini semuanya sudah berada di hujung jari orang Melayu. Orang Melayu sudah begitu ramai yang menguasai penggunaan media media dan teknologi baru pada hari ini. Dari satu sudut, saya berasa bangga dengan pencapaian orang Melayu itu. Setidak-tidaknya orang Melayu tidak dianggap kuno atau ketinggalan zaman. Namun, kemajuan teknologi pada masa kini bukan sahaja mengubah gaya hidup orang Melayu tetapi juga turut menghilangkan jati diri mereka. Dalam pemerhatian saya, sifat sifat orang Melayu yang lemah lembut, bersopan santun dan berbudi pekerti tinggi sudah tidak wujud lagi. Apabila orang Melayu sudah menjadi kaya atau sudah mencapai kedudukan tertinggi dalam masyarakat, perasaan sombong mula menular dalam hati mereka. Mereka memandang orang di bawah mereka dengan pandangan hina dan gemar memperlekehkan. Cara percakapan mereka sudah mula berubah menjadi bongkak memandangkan mereka telah diuji oleh Allah dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Golongan muda Melayu merupakan golongan yang paling banyak berubah. Rambut mereka sudah lain benar dengan orang Melayu zaman dahulu. Potongan rambut mereka bukan sahaja sudah mengikut fesyen terkini yang jelas mengarut tetapi juga sudah tidak lagi berwarna hitam. Warna merah, biru, perang, kuning sudah melekat pada rambut mereka. Itu tidak dicampur lagi dengan pelbagai aksesori aksesori yang entah apa apa seperti gelang, rantai dan subang. Ironinya, aksesori aksesori itu dipakai oleh kaum lelaki sedangkan dalam Islam, Rasulullah menentang keras seorang lelaki menyerupai seorang wanita. Inilah akibatnya jika Islam itu difahami dengan logik akal dan bukannya dengan Al Quran dan As Sunnah. Fesyen orang Melayu sama ada lelaki atau perempuan zaman dahulu dan zaman sekarang sudah banyak berubah. Fesyen orang zaman dahulu jelas menutup aurat dan sopan. Fesyen orang zaman sekarang seboleh bolehnya mahu mendedahkan aurat dan kalau boleh mahu mendedahkan seluruh anggota badan untuk tatapan anggota masyarakat lainnya. Pemuda pemudi zaman dahulu bukan senang untuk bercinta. Berjumpa sebulan sekali pun begitu sukar sekali. Kadang kala mereka tidak pernah bercinta pun sebaliknya berkahwin atas dasar kemahuan keluarga. Pemuda pemudi zaman sekarang bukan sahaja selalu berjumpa, malah berpelukkan, berpegangan malah bercumbuan pula di khalayak ramai. Lebih parah lagi ada diantara mereka sudah pun melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dan akhirnya mengandung anak luar nikah. Kemudian membuang bayi itu seperti membuang kertas pembalut gula gula di dalam tong sampah, longkang, di masjid, di sungai, tasik dan sebagainya. Jelas orang Melayu zaman sekarang sedang mengalami krisis identiti. Sedikit demi sedikit mereka membuang identiti mereka sebagai orang Melayu/Islam dan menggantikannya dengan identiti orang orang Barat. Nampaknya cubaan pihak pihak tertentu yang mahu menghapuskan identiti Melayu/Islam dalam diri orang Melayu sudah pun berjaya. Dalam jangka masa seratus tahun akan datang, jika orang Melayu/Islam masih leka, alpa dan lupa, identiti Melayu/Islam ini akan terhapus suatu hari nanti. Jangan hairan bin terkejut jika suatu hari nanti anak cucu kita akan mengetahui akan hal bangsa Melayu dan agama Islam bukan lagi dari buku buku yang ditulis oleh orang Melayu dan orang Islam sebaliknya oleh orang orang Barat. Tatkala perkara itu terjadi, nescaya bertambah rosaklah anak Melayu/Islam yang sudah rosak itu kerana seperti yang kita sedia maklum, orang Barat selalu tidak jujur dalam penulisan mereka dan gemar menyeleweng untuk menyesatkan sesuatu bangsa dan agama.

Sebagai orang Melayu/Islam, kita perlu kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu kembali kepada agama kita iaitu Islam. Jika kita menjauhi agama kita, nescaya Allah tidak akan menjaga kita lagi. Tidak mustahil nasib kita akan sama dengan nasib yang menimpa rakyat Rohingnya dan Bosnia Herzegovina kerana telah terlalu jauh dari Allah Azza Wajalla suatu ketika dahulu. Mahukah kita menjadi seperti itu? Tepuk dada dan tanya iman kita. Sebagai orang Melayu/Islam juga, kita mesti menjaga budaya, seni, gaya hidup dan warisan bangsa kita. Jangan sesekali kita meninggalkannya kelak ia akan hilang diluput zaman. Budaya makan, berpakaian, bergaul, bersopan santun harus dikekalkan dalam hidup kita sebagai orang Melayu supaya generasi baru hari ini dapat mengenalnya dan akan mengamalkannya sampai bila bila. Kalau orang Melayu/Islam terus alpa dan leka, terus mengekalkan cara hidup orang Barat, lupa pada Allah dan Islam, jangan menangis tidak berlagu atau menyesal seumur hidup jika kita hilang identiti Melayu kita dan kita hilang rahmat Allah yang Maha Luas itu. Fikir fikirkan…

Related Documents

Krisis Ekonomi.docx
December 2019 15
Krisis Hipertensi
October 2019 31
Intervensi Krisis
June 2020 4
Global Krisis
May 2020 27
Krisis Listrik_abduh
June 2020 12
Manajemen Krisis
June 2020 14

More Documents from "elka purwasito"