Kps 6043 Naga.docx

  • Uploaded by: naga25
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kps 6043 Naga.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 6,073
  • Pages: 31
ANALISIS SOSIOLOGI TERHADAP DISIPLIN DAN DEVIAN (KPS 6034)

TUGASAN INDIVIDU : PROGRAM INTERVENSI: SHOWER YOUR LOVE & CARE SEMESTER 2 2017/2018 SARJANA PSIKOLOGI PENDIDIKAN

DISEDIAKAN OLEH : SANGKARI A/P CHANDRA SEHGAR (M20171000198) PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. ABDUL TALIB BIN MOHAMED HASHIM

ISI KANDUNGAN BIL

PERKARA

1.0

PENGENALAN

1

2.0

PROFIL PELAJAR

8

2.1 PROFIL PELAJAR 1

8

3.0

REKOD KESALAHAN DISIPLIN PELAJAR

12

4.0

ANALISIS PUNCA BERLAKUNYA SALAH LAKU

5.0

6.0

MUKA SURAT

DEVIEN BERDASARKAN TEORI-TEORI DEVIEN

13

4.1 TEORI AKTIVITI RUTIN

13

4.2 TEORI PILIHANRASIONAL

16

CADANGAN PROGRAM INTERVENSI

18

5.1 SHOWER YOUR LOVE & CARE

18

KESIMPULAN

23

RUJUKAN

24

LAMPIRAN 1: SURAT PENGESAHAN MEMBUAT KAJIAN LAMPIRAN 2: SURAT PERMOHONAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI SEKOLAH LAMPIRAN 3: BORANG TEMU BUAL

1.0

PENGENALAN

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Disiplin adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat dengan tatatertib, tatasusila, akhlak dan kesopanan. Perkataan disiplin merupakan satu perkataan yang begitu sinonim dalam kehidupan kita seharian. Perkataan disiplin ini membawa pengertian yang begitu luas. Perkataan disiplin boleh membawa pengertian yang negatif ataupun pengertian yang positif. Walau bagaimanapun, pengertian negatifnya yang sering menjadi tumpuan dan menjadi satu isu yang amat popular apabila melibatkan individu atau kumpulan yang rapat dengan masyarakat. Di sekolah, disiplin menjadi satu aspek kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas yang amat penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Guru adalah golongan yang perlu memberi penekanan terhadap pemupukan disiplin pelajar-pelajar ketika berada di sekolah. Manakala ibu bapa dan masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajar-pelajar berada di luar sekolah. Disiplin dan kawalan pelajar di sekolah harian sentiasa dikaitkan dengan kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Tumpuan utama para guru melihat disiplin adalah untuk melambangkan kesungguhan dan kesediaan pihak sekolah dengan memberi penegasan yang lebih berkesan. Paling tidak, memberi suatu garis panduan mengenai masalah disiplin yang kerap berlaku di sekolah. Selain itu, bagaimana disiplin dapat dikawal oleh pihak sekolah pada setiap hari serta menerapkan nilai-nilai disiplin, dan membantu meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah laku devian. Salah laku atau devian merupakan bentuk tingkah laku yang menyimpang daripada norma-norma sosial masyarakat. Mereka yang devian adalah mereka yang melanggar peraturan. Para pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah digelar sebagai pelajar salah laku atau pelajar devian. Masalah disiplin di 1

sekolah hari ini sering menjadi tajuk hangat yang dibincangkan oleh pelbagai pihak. Media massa sarna ada cetak atau elektronik sentiasa memberi liputan yang meluas terhadap isu ini. Setiap hari kita akan disajikan dengan beritaberita kemerosotan dalam kalangan pelajar. Menurut Tajul Ariffin Noordin (1990), masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajaran kita. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Perkara yang sangat membimbangkan kita pada masa kini ialah berhubung keruntuhan akhlak pelajar sekolah menengah yang terlibat dalam pelbagai salah laku seperti ponteng kelas, mengganggu semasa pengajaran, penyalahgunaan dadah, berkhalwat, peras ugut, bergaduh, melawan guru dan sebagainya. Perbuatan salah laku ini adakalanya menjadi begitu bertentangan dengan apa yang sepatutnya diamalkan dan dipelajari oleh seorang pelajar. Kini kita dikejutkan dengan satu hakikat yang amat sukar untuk kita 4 huraikan bahawa semakin berkembangnya ilmu pengetahuan, semakin meluas pula keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Menurut Harre dan Lamp (1983), remaja mula melakukan penyesuaian diri yang lebih kompleks dengan keluarga, ternan sebaya dan guru, melalui aktiviti seharian dan kehidupan sosial sesuai dengan perasaannya. Disiplin berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai dan menghayati perlakuan yang diharapkan masyarakat, tetapi sanggup juga taat dan setia kepada sekolah, negeri dan negara. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang tiada masalah disiplin. Pelajar-pelajar yang berdisiplin akan menjamin keselesaan, kekemasan serta suasana rasa hati yang menggalakkan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1995).

2

Peningkatan kes kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar boleh dijadikan sebagai ukuran dalam menilai sejauh manakah keberkesanan sistem pelajaran yang dilaksanakan sekarang dalam usaha melahirkan insan yang kamil. Kurikulum yang dirancangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencakupi segala bidang ilmu pengetahuan untuk menjadikan seseorang pelajar itu insan yang berakhlak mulia dan beramal soleh (Sufean Hussein, 1993). Pengawasan terhadap masalah disiplin pelajar sentiasa diberi perhatian oleh semua pihak baik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun oleh pihak sekolah. Pengetua atau Guru Besar sentiasa mengambil tindakan 5 yang perlu dalam usaha membendung masalah disiplin pelajar (Laporan Salah Laku Pelajar, 1994/95). Peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadi panduan semasa melaksanakan pengawasan disiplin (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979). Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979): "Rakyat yang berdisiplin adalah penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil, liberal dan progresif, seperti cogan kata yang berbunyi: "Rakyat Berdisiplin, Negara Maju." Disiplin merupakan suatu jenis latihan yang melahirkan individu supaya menjadi insan yang berakhlak muIia, berfikiran rasional, sanggup mematuhi undang-undang dan hak-hak individu lain, bertanggungjawab serta sanggup memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Disiplin juga menekankan bahawa disiplin bilik darjah yang baik akan membawa implikasi-implikasi pengajaran dan pembelajaran seperti yang berikut: i. Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar, sistematik serta dalam suasana kondusif dan berkesan. ii. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bawah kawalan bilik darjah secara berdisiplin akan dapat dipertingkatkan lagi. iii. Guru dapat melaksanakan rancangan pengajarannya mengikut masa yang ditetapkan tanpa sebarang gangguan. 3

iv. Objektifpembelajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan berkesan. v. Pelajar-pelajar berasa selamat dan gembira menyertai aktiviti pembelajaran, di samping mengikuti pelajaran dalam keadaan berdisiplin. vi. Keterangan, arahan dan bimbingan guru dapat diikuti dan dipatuhi oJeh semua pelajar dengan tepat dan tanpa sebarang keraguan. vii. Kemalangan di dalam bilik darjah, bengkel dan makmal dapat dielakkan. viii. Nilai-nilai moral dapat dipupuk dengan berkesan dalam bilik darjah yang berdisiplin. ix. Pelajar-pelajar dapat memperoleh kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan sempurna dan mencukupi. Masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar merupakan masalah universal yang dihadapi oleh semua sekolah di dunia (Cotton, 2001). Di Malaysia, masalah disiplin 7 berat sering menjadi perhatian media massa dan terus dibincangkan oleh masyarakat seolah-olah tiada penghujungnya. Pelbagai pandangan telah diutarakan oleh masyarakat tentang perlunya tindakan tegas diambil terhadap masalah disiplin berat yang semakin merosot (Khalim, 2004). Terdapat pihak yang mahu kaedah tradisional, iaitu penggunaan rotan diperkenalkan semula. Ada yang menginginkan guru disiplin diberi kuasa penuh untuk bertindak. Pihak sekolah juga sering dipersalahkan sekiranya berlaku tindakan guru yang agak melampaui batas terhadap pelajar yang bermasalah disiplin berat, seperti mencubit yang keterlaluan, merotan sehingga meninggalkan kesan, mengarahkan pelajar berdiri dalam jangka masa yang agak lama. Kini, berita seperti kemerosotan disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolahsekolah amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai mumi tetapi keadaan ini hanya kelihatan retorika semata-mata. Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan 4

bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dalam kalangan pelajar sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. Satu kes buli yang dilaporkan pada bulan Februari 2009 di sebuah sekolah di Kuala Lumpur, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras. Kejadian tersebut berlaku akibat perebutan seorang gadis yang dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 orang remaja membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma. Mangsa tersebut, Mohd Azlin Mohamad, cedera teruk di bahagian belakang kepala apabila lima orang lelaki daripada kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal, selain menendangnya tanpa belas kasihan. Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa orang pelajar sekolah tersebut melarikan diri meninggalkan mangsa yang berlumuran darah di tempat kejadian. Dalam kejadian jam 9.30 malam, Mohd Azlin Mohamad bersama beberapa rakannya menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja lelaki yang dikatakan keluar bersama ternan wanitanya. Berikutan kejadian tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, polis sudah mengenal pasti dua individu daripada kumpulan lelaki itu berdasarkan soal siasat yang dijalankan. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (Harian Metro, 19hb Februari 2009). Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar ini juga telah dibuktikan dengan kes buli terkini yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Oya, Dalat, Mukah, Sarawak telah mencabar kewibawaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sehingga mantan Ketua Pengarahnya Datuk Alimudin Mohd Dom terpaksa turun padang bagi menyelesaikan 5

masalah tersebut. Tahap disiplin yang membimbangkan ketika ini menyebabkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak polis bagi mencari jalan menangani kes berkenaan agar tidak berlarutan. Mungkin sesetengah pihak, terutamanya ibu bapa menganggap disipJin peJajar merupakan tanggungjawab sekoJah, manakaJa guru puJa mengharapkan bahawa ibu bapalah yang sepatutnya mendisiplinkan anak mereka. Sekiranya perbaJahan ini berterusan, kemungkinan pelajar akan semakin berani untuk melakukan masalah disiplin di sekolah, bahkan berlakunya masalah di luar sekolah (Berita Harian, 8hb Mac 2009). Laporan dalam Harian Metro (19hb Februari 2009) membuktikan bahawa pelajar pada masa kini semakin berani melakukan masalah disiplin berat walaupun amaran telah diberikan. Kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Dalam, iaitu kes yang berkaitan dengan pelajar cuba membakar kereta baharu guru di sekolah tersebut. Keadaan tersebut berlaku disebabkan teguran keras oleh guru wanita terhadap seorang pelajar tingkatan lima yang gagal menyiapkan carta perdagangan telah membawa pengalaman yang menakutkan itu. Guru berkenaan telah melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Jika sabit kesalahan, pelajar berkenaan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Noh Omar (Utusan Malaysia, 25hb Julai 2007) mengakui bahawa masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar dan cara sekolah menanganinya sering menjadi isu dan perhatian ibu bapa serta masyarakat. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan supaya pelajar dan guru mendapat pembelaan yang sewajarnya. Menurut beliau, keadaan ini membimbangkan berikutan Iaporan meluas oleh media mengenai tindakan guru terhadap pelajar yang tidak berdisiplin. Hal ini telah menimbulkan kesan negatif kepada guru dan ibu bapa juga sehingga menjejaskan semangat guru untuk mendidik dan membentuk pelajar sebagai modal insan yang berguna. Selain itu, pihak masyarakat juga hilang kepercayaan ke atas sekolah sebagai institusi pendidikan. 6

Justeru, masalah melanggar disiplin sekolah dalam kalangan pelajar adalah perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci memandangkan pelajar merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan 2020. Disiplin diri dalam kalangan pelajar bertujuan untuk menjadi sebuah masyarakat yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal, progresif dan bertatasusila. Oleh hal yang demikian, semua pihak harus membantu dan bekerjasama, terutamanya ibu bapa, guru-guru, sekolah dan pihak kerajaan dalam hal mengembleng tenaga untuk memastikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat dibendung supaya masalah itu tidak menjadi masalah yang boleh menjejaskan nama baik sekolah sekali gus nama baik negara

2.0

PROFIL PELAJAR

Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji telah berjumpa dengan guru disiplin di sebuah sekolah di Tanjung Malim, Perak. Pengkaji telah berbincang dengan guru untuk mendapatkan profil seorang pelajar yang bermasalah disiplin di sekolah tersebut. 7

Pengkaji telah menjalankan sesei temu bual bersama guru disiplin untuk mengetahui latar belakang pelajar tersebut dan kemudian menemu bual pelajar tersebut bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. Pelajar tersebut merupakan seorang yang dianggap sebagai pelajar bermasalah di sekolah ini dan sering mengulangi kesalahannya walaupun telah ditegur beberapa kali. Profil pelajar telah diperolehi semasa pengkaji menjalankan temu bual bersama pelajar. Borang temu bual telah disertakan sebagai lampiran.

2.1

PROFIL PELAJAR 1

Pelajar pertama yang dipilih ini bernama Gautam (Nama Panggilan) dan berada dalam tingkatan 4. Gautam dilahirkan pada 25 Mei 2002 di Ladang Escot, Tanjung Malim, Perak. Beliau merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik. Gautam menerima pendidikan sekolah rendahnya di SJKT Ladang Escot. Walaupun dikategorikan sebagai pelajar lemah dari sekolah rendah lagi, Gautam berjaya meneruskan ke Tingkatan 1 tanpa ke kelas peralihan. Gautam dikenali sebagai seorang yang peramah. Dia 8

mengenali hamper semua orang di sekolah tersebut terutamanya pelajar-pelajar India. Dia menyatakan bahawa dia suka menegur semua pelajar yang dia jumpa di kawasan sekolah walaupun tidak mengenalinya sebelum ini. Walau bagaimanapun, di rumah Gautam merupakan seorang anak yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Gautam suka memendam perasaan dan keinginannya. Ibu bapa Gautam merupakan orang yang berasal dari estet yang sama tetapi kini Gautam tinggal bersama mak ciknya. Hal ini kerana, ibu Gautam meninggal dunia ketika dia berumur 7 tahun. Sejak itu Gautam dibela oleh neneknya yang tua. Setelah nenek Gautam meninggal dunia dia dan dua orang adiknya dibela oleh mak ciknya manakalan abang dan kakaknya dibela oleh ayahnya sendiri. Gautam menyatakan bahawa mak ciknya seorang yang penyayang dan sentiasa menambil berat tentang dirinya. Pak ciknya pula seoang yang garang dan cepat marah. Gautam dan adik-adiknya juga agak takut di pukul oleh pak ciknya jika melakukan kesalahan. Pak ciknya tidak mempunyai pekerjaan tetap sementara Mak ciknya bekerja sebagai tukang bersih di sebuah klinik. Pendapatan keluarga mereka adalah rendah. Hal ini meneyebabkan Gautam dan adik beradiknya tidak dapat hadir ke kelas tambahan di luar sekolah. Mak cik dan pak ciknya mempunyai dua orang anak yang talah pun mula bekerja tetapi mereka tidak banyak membantu keluarga. Semasa ditemu bual, pelajar ini telah mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan disiplin di sekolahnya. Dia menyatakan behawa antara kesalahan yang di lakukan adalah seperti ponteng sekolah, tidak mendengar arahan guru, merokok di kawasan sekolah dan mengugut pelajar lain untuk mendapatkan duit.Pelajar ini juga telah menyatakan bahawa kesalahan-kesalahan ini telah dilakukannya dengan pilihan sendiri untuk sebab-sebab tertentu. Pelajar menyatakan bahawa dia berasa bosan untuk berada di kelas terutamanya bagi meta pelajaran yang tidak diminatinya seperti Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil. Gautam turut menyatakan bahawa kaedah pengajaran guru yang membosankan serta beberapa orang yang suka memperlekehkan dan menghinanya menyebabkan dia hilang minat untuk menghadiri 9

sekolah. Dia juga menyatakan bahawa pintu pagar yang sentiasa terbuka dan tiada pengawalan ketat dari pihak sekolah memberi peluang kepadanya dan beberapa orang rakannya untuk keluar dari kawasan sekolah pada waktu sekolah. Gautam juga memberitahu bahawa dia tidak pernah ditangkap dan diberi hukuman yang serius sehingga kini, maka dia tidak risau tentang tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah. Tindakan yang selalu dilakukan oleh pengetua adalah memanggil ke hadapan pada waktu perhimpunan dan memalukannya dihadapan murid-murid lain. Bagi mengelakkannya, dia akan ponteng sekolah pada hari isnin ataupun pergi ke sekolah selepas waktu perhimpunan. Bagi kesalahan seperti tidak mengikut arahan dan merokok di kawasan pula, Gautam menyatakan bahawa dia melakukannya untuk keseronokkan. Dia berasa dirinya besar apabila boleh melakukan sesuatu yang disukainya tanpa menurut arahan sesiapa. Dia juga berasa hebat apabila terdapat guru-guru yang tidak berani menegur kesalahannya. Terdapat juga murid-murid yang memuji keberanian Gautam. Hal ini menambahkan lagi keingingannya untuk bertindak mengikut suka hati dan tidak menurut arahan guru. Gautam juga mengaku bahawa dia merokok dan menjual rokok kepada kawan-kawannya. Dia menjual rokok supaya mendapat duit untuk membeli rokok untuk dirinya sendiri kerana dia tidak diberi wang saku lebih dari mak ciknya. Gautam menyatakan bahawa pak cik dan mak ciknya juga tahu yang dia merokok. Pak cik Gautam tidak menegur Gautam kerana beliau juga seorang perokok tegar. Keduadua abang angkat Gautam iaitu anak pak ciknya juga merupakan perokok tegar. Dia menyatakan bahawa mereka kelihatan ‘macho’ apabila merokok. Maka, dia telah mengikut mereka. Gautam juga menyatakan bahawa dia mempunyai rekod mengugut pelajar untuk meminta wang. Dia menolak tuduhan itu kerana dia hanya memarahi pelajar yang tidak membayar hutang rokoknya. Dia mengugutnya tidak akan membelikannya rokok selagi dia membayar hutang dan akan memberitahu pada abang pelajar tersebut bahawa dia berhutang. Menurut Gautan, ia bukanna kesalahannya maka dia mengugut untuk mendapatkan wangnya.

10

Gautam menyatakan bahawa sehingga kini dia tidak dipaksa untuk melakukan sebarang kelakuan negatif oleh rakan-rakannya. Dia melakukan semua perbuatan tersebut mengikut keinginannya dan kesukaannya sahaja. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain. Dia mempunyai pendiriannya sendiri dan tidak suka seseorang mengarahkannya. Dia akan hanya mendengar pada orang bertutur dengan baik dengannya dan bukan memarahi atau mengugutnya. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak tajut pada sesiapa termasuk guru-guru dan pengetua sekolah tersebut kerana dia mengetahui mereka tidak boleh membuat apa-apa kepadanya dan tentu abang-abangnya akan membelanya jika sesiapa mengambil tindakan ke atas dirinya. Apabila disoal tentang kesan berkelakuan melanggar disiplin yang dilakukannya terhadap diri dan orang lain, Gautam menyatakan bahawa ia tidak memberi sebarang kesan negatif yang sangat berbahaya. Hal ini kerana, pihak sekolah tidak terlalu tegas dengan disiplin pelajar. Selain itu, Gautam juga menyatakan bahawa dia telah dilabelkan sebagai pelajar yang bermasalah di sekolahnya, maka ia tidak akan memberi perubahan dalam pandangan guru-guru terhadap dirinya walaupun dia berubah menjadi seorang yang baik. Gautam turut memberitahu bahawa dia yakin bahawa perbuatannya tidak menyusahkan sesiapa. Dia hanya melakukan perkara yang menyeronokkannya. Pak cik dan mak ciknya juga tidak memaksa Gautam untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Meraka hanya mahu dia menghabiskan pelajarannya sehingga tahap SPM dan bekerja bagi menanggung keluarga. Maka dia, tidak mengecewakan sesiapa. Gautam pernah dirotan dan sentiasa dipanggail ke hadapan semasa waktu perhimpunan. Selain itu, tiada hukuman berat yang pernah diterimanya. Gautam juga menyatakan bahawa dia tidak menyesal kerana melakukan kesalahan-kesalahan tersebut kerana tindakan tersebut hanya memberikan kepuasan dan keseronokkan pada dirinya. Dia juga merasakan bahawa perkara yang dilakukannya buanlah kesalahan yang besar. Walau bagaimanapun, dia mengaku bahawa dia menyesal kerana tidak belajar bersungguh-sungguh. Gautam menyatakan bahawa dia ponteng kerana guru11

guru tidak mempercayai kebolehannya dan sering memperlekehkannya. Hal ini menyebabkan benci untuk belajar. Dia menambah bahawa jika guru-gurunya telah melayannya dengan baik tentu dia akan belajar bersungguh-sungguh dan tidak ponteng sekolah.

3.0

REKOD KESALAHAN DISIPLIN PELAJAR

Rekod Kesalahan Disiplin bagi pelajar ini telah diperoleh daripada guru disiplin sekolah tersebut. Walaubagai manapun, guru tidak membenarkan untuk membuat salinan atau mengambil gambar fail rekod kesalahan tersebut kerana terdapat maklumat diri pelajar serta maklumat sekolah. Maka rekod kesalahan hanya di ringkaskan berdasarkan catatan pengkaji semasa melihat rekod pelajar. Berdasarkan rekod kesalahan yang dirujuk, Gautam didapati melakukan kesalahan-kesalahan seperti ponteng sekolah, merokok di kawasan sekolah , melawan guru dan mengganggu murid-murid lain serta mengungkapkan perkataan-perkataan yang kotor dan kesat. Kesalahan-kesalahan ini dilakukan oleh Gautam sejak dia berada di Tingkatan 3 hingga kini. Tiada kes yang direkodkan semasa Gautam berada dalam Tingkatan 1 dan 2. Ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa fakor yang telah mendorongnya melakukan kesalah ketika dia berada di Tingatan 3. Guru menyatakan bahawa tiada tindakan serius yang dikenakan terhadap Gautam kerana sekolahnya tidak mengamalkan system menghukum pelajar secara keras. Guru juga menyatakan bahawa Pengetua sekolah merupakan seorang yang tidak terlalu tegas dengan pelajar maka, mereka menggunakan peluang ini untuk melakukan kesalahan-kesalahan seperti ini. Guru disiplin menyatakan bahawa beliau pernah mengambil tindakan dengan memanggil ibu bapa angkat Gautam (pak cik dan mak ciknya) ke sekolah untuk berbincang tentang kesalahan yang dilakukan oleh Gautam tetapi mereka tidak hadir ke sekolah. Setelah beberapa kali dipanggil oleh guru, hanya abang angkatnya telah datang berjumpa dengan guru disiplin tetapi abangnya hanya menyokong Gautam dan 12

menyalahkan pihak sekolah bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Gautam. Maka, guru berasa bahawa tindakan ini juga tidak memberi sebarang kesan kepada diri Gautam malah dia menjadi lebih berani untuk melawan cakap guru.

4.0

ANALISIS

PUNCA

BERLAKUNYA

SALAH

LAKU

DEVIEN

BERDASARKAN TEORI-TEORI DEVIEN Pengkaji telah mengaitkan faktor-faktor yang telah mendorong Gautam untuk melakukan kesalahan-kesalahan disiplin dengan beberapa teori devian. Antara Teori yang digunakan oleh pengkaji ialah teori aktiviti rutin dan teori pilihan rasional.

4.1

TEORI AKTIVITI RUTIN

Teori aktiviti rutin adalah sub-bidang bagi teori peluang jenayah yang menumpukan kepada situasi jenayah. Teori ini telah dikemukakan oleh Marcus Felson dan Lawrence E. Cohen dalam penjelasan mereka tentang perubahan kadar jenayah di Amerika Syarikat 1947 – 1974 (Cohen Lawrence & E. Felson Marcus, 1979). Teori ini telah digunakan secara meluas dan telah menjadi salah satu teori paling terkenal dalam bidang kriminologi. Berlainan daripada teori-teori yang lain seperti teori kriminologi kriminaliti, teori aktiviti rutin mengkaji kejahatan sebagai satu peristiwa yang mengaitkan jenayah dengan persekitarannya dan menekankan proses ekologinya, dengan itu mengalihkan perhatian dari pesalah secara sepenuhnya. Konsep teori rutin adalah kejahatan yang relatif tidak disebabkan oleh sebabsebab sosial seperti kemiskinan, ketidaksamaan, dan pengangguran. Sebagai contoh, selepas Perang Dunia II, ekonomi negara-negara Barat berkembang dan negara-negara Kebajikan berkembang. Walaupun demikian, jenayah meningkat dengan ketara pada masa ini. Menurut Felson dan Cohen, sebab peningkatan ini adalah kemakmuran masyarakat kontemporer menawarkan lebih banyak peluang untuk kejahatan berlaku. 13

Sebagai contoh, penggunaan kereta telah membolehkan pesalah bergerak lebih bebas untuk melakukan pelanggaran dan, sebaliknya, memberikan lebih banyak sasaran untuk pencurian. Perubahan sosial lain seperti pendaftaran kolej, penyertaan buruh wanita, pembandaran, pinggir bandar dan gaya hidup semua menyumbang kepada pembekalan peluang dan kemudiannya berlakunya jenayah (Cohen Lawrence & E. Felson Marcus, 1979). Menurut Garofalo. J (1987) dan Maxfield, Michael G. (1987), Teori aktiviti rutin mempunyai asas dalam ekologi manusia dan teori pilihan rasional. Dari semasa ke semasa, teori ini telah digunakan secara meluas untuk mengkaji jenayah seksual, rompakan, jenayah siber, pencurian kediaman dan pembaziran yang sepadan, antara lain. Teori aktiviti rutin sering dianggap sebagai "pada dasarnya serupa" untuk teori gaya hidup kriminologi (Hinderlang, Gottfredson, dan Garofalo, 1978). Baru-baru ini, teori aktiviti rutin telah berulang kali digunakan dalam rangka kerja bertingkat dengan teori ketidakaturan sosial dalam memahami pelbagai jenayah kejiranan. Dalam teori aktiviti rutin, kejahatan mungkin berlaku apabila tiga elemen penting dalam kejahatan menumpuk di angkasa dan masa: pesalah yang bermotivasi, sasaran yang menarik, dan ketiadaan penjagaan yang mampu seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah (Cohen, Lawrence E.; Kluegel, James R.; Land, Kenneth C, 1981).

14

Pesalah yang berpotensi adalah individu yang bukan sahaja mampu melakukan aktiviti jenayah, tetapi sanggup melakukannya. Menurut Felson, Marcus dan Cohen, Lawrence E. (1980), Sasaran yang sesuai boleh menjadi seseorang atau objek yang dilihat oleh pesalah sebagai terdedah atau sangat menarik. Cohen, Lawrence E.; Kluegel, James R. dan Land, Kenneth C. (1981), menyatakan bahawa penjaga boleh menjadi seseorang atau objek yang berkesan untuk menghalang pelanggaran yang berlaku dan kadangkadang jenayah dihentikan oleh kehadiran penjagaan yang mudah di ruang dan waktu. Felson, Marcus (1995), menjelaskan bahawa faktor-faktor yang menjadikan sasaran tertentu menarik adalah keadaan dan jenayah tertentu. Tumpuan analisis Teori Aktiviti Rutin mengambil pandangan tahap makro dan menekankan pergeseran luas dalam pola tingkah laku mangsa dan pesalah. Ia memberi tumpuan kepada peristiwa jenayah tertentu dan tingkah laku / keputusan pesalah. Teori Aktiviti Rutin didasarkan pada anggapan bahawa jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berpeluang. Teori ini juga menyatakan bahawa mangsa diberi pilihan sama ada untuk menjadi mangsa terutamanya dengan tidak meletakkan diri mereka dalam situasi di mana jenayah boleh dilakukan terhadap mereka. Berdasarkan kes ini, ketiga-tiga aspek yang dinyatakan dalam teori aktiviti rutin iaitu pesalah laku yang bermotivasi melakuakan kesalahan, peluang dan kekurangan kawalan telah dapat dikenal pasti. Pesalah laku yang bermotivasi berdasarkan kes ini ialah diri Gautam sendiri yang bermotivasi untuk melakukan apa sahaja yang diinginkan dan menyeronokkannya. Peluang pula wujud apabila pintu pagar sekolah sentiasa dibiarkan terbukatanpa pengawalan.

Ini membolehkan Gautam keluar

dari kawasan sekolah dan ponteng sekolah. Selain itu, Gautam juga menyatakan bahawa tiada pengawalan ketat dari pihak sekolah dan pengetua tidak terlalu tegas dalam mengawal disipln. Hal ini telah menyebabkan Gautam melakukan kesalahan disiplin dengan mudah dan berani. Bagi kesalahan melawan guru pula, peluang diwujudkan apabila abangnya menyokong dan membela Gautam apabila berjumpa dengan guru disiplin. Hal ini telah meningkatkan keberanian Gautam untuk terus 15

melawan guru. Berdasarkan aspek-aspek berikut dan faktor-faktor yang dikenal pasti apabila menemu bual Gautam, didapati bahawa teori ini sesuai dikaitkan dengan kes Gautam.

4.2

TEORI PILIHAN RASIONAL

Teori pilihan rasional merupakan teori panas di dalam kajian sosiologi kontemporer. Teori ini merupakan usaha dari salah satu tokoh yaitu James S, Coleman (Ritzer, 2012). Coleman membuat sebuah jurnal “Rationality and Society” yang dibaktikan untuk penyemaian karya dari suatu perspektif pilihan rasoinal. Kemudian, Coleman telah menerbitkan buku yang sangat berpengaruh “Foundation of Social Theory” yang didasarkan pada perspektif tersebut (Coleman, 1990a). Coleman beranggapan bahawa untuk melihat masalah makro maka kita harus mengkaji lebih dulu masalah mikro, kerana masalah mikro yang akan mengarahkan kajian kita agar sampai pada masalah makro. Hal ini kerana, fokusnya pada individu, Coleman adalah seorang individualis metodis yang sambil fokus pada faktor-faktor internal pada fenomena peringkat mikro. Orientasi besarnya pilihan rasional Coleman memiliki idea dasar bahawa “orang-orang bertindak secara sengaja ke arah suatu tujuan, dengan tujuan itu dibentuk oleh nilai-nilai atau pilihan-pilihan” (Coleman, 1990b). Para aktor akan melakukan tindakan-tindakan dalam rangka memaksimumkan manfaat, keuntungan serta pemuasan pada kebutuhan-kebutuhan mereka. Oleh itu ada dua unsur yang harus ada dalam teori ini iaitu aktor dan sumber daya. Tentu sumber daya yang dimaksud dapat dikontrol oleh sang aktor. Coleman memerinci bagaimana interaksi mereka mendorong pada tahap sistem, ini tentu akan menghubungkan isu mikro-makro. (Ritzer, 2012). Beberapa contoh kes yang digunakan oleh Coleman untuk menperjelas bagaimana teori pilihan rasoinal. Pertama adalah perlaku kolektif, tingkah laku kolektif adalah isu makro yang dapat dilihat dari sisi mikro individu pelakunya. Munculnya tingkah laku kolektif kerana aktor menilai keperluan menyandarkan kepentingan atau 16

tujuannya kepada individu lain agar mendapat keuntungan yang maksimum tanpa harus melakukan usaha yang besar. Kedua adalah norma-norma, norma dalam kelompok sosial adalah sebuah upaya yang dilakukan oleh aktor agar individu lain mengawal pengaruh dari aktor agar dapat meningkatkan dan memunculkan satu kesepakatan yang dipersetujui bersama untuk mencegah ketidak seimbangan. Ketiga adalah aktor korporat, munculnya seorang aktor korporat adalah usaha dari kelompok sosial untuk mendorong aktor secara bersama-sama. Ketika aktor berebut dalam pemilihan maka proses pemungutan suara individu-individu adalah isu mikro menuju ke arah makro. Teori ini menjelaskan bahawa seseorang individu melakukan sesuatu dengan mempertimbangkan kebaikkan dan keburukan sesuatu tingkah lakunya. Dalam kes ini, Gautam telah mempertimbangkan kesan positif dan negatif yang akan dihadapinya sekiranya melakukan kesalahan disiplin. Kesan positif yang telah diperoleh oleh Gautam ialah, dia merasakan dirinya hebat dan macho. Selain itu dia juga berasa selesa apabila dapat melarikan dirinya daripada berasa bosan semasa berada di kelas. Apabila di temu bual, Gautam telah menyatakan bahawa dia tidak menghadapi sebarang kesan negatif dengan melakukan kesalahan ini. Dia juga tidak diberi hukuman yang berat yang mampu membuatnya menyesal. Hal ini menunjukkan bahawa Gautam telah membuat perbandingan dan membuat pilihan rasional berdasarkan kekurangan dan kelebihan yang akan dihadapi olehnya jika terus melakuakan kesalahan disiplin. Memandangkan tiada kesan negatif yang telah dihadapinya, maka dia telah memilih untuk melakukannya.

5.0

CADANGAN PROGRAM INTERVENSI

Program intevensi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah program pencegahan dan intervensi pemulihan sosial. Program pencegahan masalah disiplin ialah usaha menyeluruh yang harus dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalah disiplin dan deviem dalam kalangan pelaar sekolah. Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah bercadang untuk merancang sebuah program intervensi untuk dilaksanakan 17

kepada Gautam bagi mengubah sikap dan perangainya serta menjadikannya seorang pelajar yang lebih baik. Walau bagaimanapun, halangan dari pihak sekolah telah menyebabkan program intervensi tidak dijalankan sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Maka, pengkaji hanya mencadangkan program intervensi yang boleh di jalankan di sekolah bagi mengatasi masalah disiplin pelajar secara umum.

5.1

SHOWER YOUR LOVE & CARE

Program ini dicadangkan oleh pengkaji sebagai langkah mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti Gautam. Pengkaji mendapati bahawa pelajar seperti Gautam memerlukan perhatian dan kasih sayang. Memandangkan Guatam tidak hidup bersama ibu bapanya, berkemungkinan besar dia mengharapkan kasih sayang daripada mak cik dan pak ciknya. Walau bagaimanapun, mereka tidak memberikan perhatian dan kasih saying yang secukupnya kepada Gautam. Di sekolah pula, Gautam di pandang sebagai seorang yang negatif dan sentiasa dihina oleh guru-gurunya. Situasi ini menyebabkan Gautam benci kepada guru-gurunya dan ponteng sekolah. Selain itu, Gautam juga telah menyatakan bahawa dia tidak suka di marahi atau diarah, malah dia suka mendengar kepada seseorang yang bercakap dengan baik. Ini menunjukkan bahawa Gautam memerlukan perhatian dan kasih sayang. Memandangkan dia tidak memperolehinya dari ahli keluarga, maka guru juga bertanggungjawab memberi perhatian kepada Gautam. Program intervensi ini juga boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang menagih kasih sayang seperti Gautam. Pengkaji telah merancang program ini dengan berpandukan pada Program Pastoral Care. Program Pastoral Care merujuk kepada perkhidmatan jagaan kerohaniaan dan kaunselinh. Dalam konteks pendidikan, pastoral care bermaksud amalan guru dari segi menjaga kebajikan peribadi dan sosial murid-muridnya. Hornby, Hall & Hall (2003), menyatakan bahawa Pastoral Care merujuk kepada proses pendidikan yang berhubung dengan bantuan yang diberikan kepada murid-murid dari 18

segi peribadi, perkembangan sosial dan moral, bimbingan akademik dan vokasional. Terdapat tiga jenis strategi pastoral, iaitu kaunseling, bimbingan, dan pendidikan peribadi serta sosial. Kaunseling bertujuan untuk membantu murid-murid secara individu atau kelompok begi menangani masalah yang sedang mereka alami serta mengurus kehidupan dengan lebih berkesan. Bimbingan pula bagi membantu murid-murid secara individu atau kelompok untuk membuat keputusan berhubung hal-hal peribadi, akademik dan kerjaya. Pendidikan Peribadi dan Sosial Isu-isu penting boleh diterapkan, diintegrasikan dan disampaikan sebagai satu mata pelajaran yang berasingan oleh guruguru bimbingan, guru kaunseling dan guru-guru lain Merujuk kepada Program Shower Your Love & Care pula, program ini mengaplikasikan konsep yang agak sama dengan Program Pastoral Care dimana murid didekati melalui perhatian, kasih sayang dan kaunseling. Bagi menjalankan program ini pengkaji telah merancang beberapa langkah seperti di bawah:

19

Kenal Pasti

Kaunseling

Mentor

Penyelasaian Masalah

•Bagi langkah pertama ini, guru kelas harus mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah berdasarkan rekod disiplin mahupun pemerhatian guru. • Seterusnya, guru harus mengenal pasti latar belakang keluarga pelajar tersebut bagi memudahkan program ini dijalankan.

• Bagi langkah kedua, guru kaunseling memainkan peranan. Guru kaunseling harus mendapatkan maklumat pelajar dari guru kelas dan berjumpa dengan pelajar bagi berkongsi masalah pelajar. • Semasa sesi kaunseling, guru kaunseling harus meyakinkan pelajar bahawa maklimat yang dikongsi oleh pelajar akan dirahsiakan. •Sepanjang perkongsian, guru harus mendekati pelajar secara emosi agar pelajar yakin bahawa guru bersikap prihatin terhadap dirinya. •Guru kaunseling juga harus mengenal pasti guru yang disukai oleh pelajar tersebut untuk dijadikan sebagai Mentor.

•Guru kaunseling akan menyerahkan maklumat pelajar kepada mentor yang dipilih. •Mentor memainkan peranan penting dalam mengubah sikap pelajar. •Mentor haruslah mendekati pelajar secara profesional dan menjalankan aktivitiaktivitoi bersama pelajar atau Mentee. •Mentor harus mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar serta cuba untuk menyelesaikannya. •Mentor harus memberi keyakinan kepada pelajar bahawa dia mampu mengubah sikap dan menjadi pelajar yang berdisiplin. •Mentor harus mngutarakan kekuatan dan kelebihan diri pelajar supaya dia berasa dihargai. •Mentor juga harus bertanggungjawab menjaga kebajikan pelajar di sekolah. Maka, mentor harus mendapatkan bantuan-bantuan yang diperlukan oleh pelajar sama ada dari segi kewangan mahupun material.

•Langkah ini merupakan langkah terakhir dimana guru bertindak untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar. •Guru menunding kesalahan pelajar melalui perbincangan yang tidak menyinggung perasaan pelajar. •Guru akan mengutarakan kebaikan yang akan dihadapi oleh pelajar sekiranya berubah sikap.

20

Dalam Program ini, Mentor memainkan peranan penting. Mentor harus meyakinkan pelajar bahawa dia akan membela nasib pelajar sekiranya pelajar itu berjaya mengubah dirinya menjadi seorang individu yang lebih baik. Mentor berperanan sebagai ibu bapa kepada pelajar di sekolah. Pelajar seperti Gautam yang memerlukan perhatian, kepercayaan dan kasi sayang tentunya akan dapat diubah melalui kaedah ini. Hal ini sejurus dengan dengan Program Agape Love yang diperkenalkan dan diamalkan pada zaman Red-Indian oleh ketua mereka yang hebat iaitu White Eagle. Penerapan konsep “Agape Love ialah satu konsep kasih sayang yang jarang diketahui oleh masyarakat umum. Ia merupakan satu penerapan nilai kasih sayang tanpa syarat. Pelajar diterapkan dengan nilai menyayangi semua orang tanpa mengira bangsa, agama, keturunan, ideologi, cara dan gaya hidup yang berbeza dan sebagainya. Berbeza dengan program ini, Program Show Your Love & Care menekankan penglibatan guru. Guru harus menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada pelajarnya. Hal ini akan mengubah tingkah laku pelajar dan mendorong pelajar untuk mendengar dan megikut arahan serta nasihat guru. Sepanjang menjalankan program ini, Mentor boleh mengambil peluang untuk menunding kesalahan-kesalahan disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Setelah mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan yakin bahawa nasihat guru adalah bagi memperbaiki dan meningkatkan dirinya, maka pelajar akan mengikuti nasihat guru. Walaupun, guru menunding kesalahan pelajar, ia haruslah dijalankan dengan cara perbincangan supaya tidak menyinggung perasaan pelajar. Langkah ini dirancang sejurus dengan Model Dreikurs yang dikemukan oleh Dreikurs bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Model Dreikurs adalah model paling terkenal untuk perhatiannya terhadap akibat logik. Dreikurs menyatakan bahawa mendisiplinkan sebagai mengajar kanakkanak untuk menentukan had mereka sendiri. Beliau percaya bahawa semua kanakkanak mahu kelakuan mereka mewakili usaha mereka untuk mencapai rasa kepunyaan. 21

Tingkah laku yang buruk adalah akibat salah laku, seperti mencari perhatian. Kaedah terbaik untuk mendisiplinkan adalah untuk menggalakkan tingkah laku positif. Apabila guru menghadapi masalah tingkah laku, Dreikurs menyarankan penggunaan akibat logik dari kelakuan mereka. Maka, ia menjadi tanggungjawab guru untuk mendisiplinkan pelajar dalam sistem pengurusan tingkah laku tatatertib berdasarkan kriteria berikut: a) Menghormati pelajar b) Ketahui pelajar secara individu, c) Ketahui perkembangan, perkembangan, dan kelakuan norma d) Keinginan untuk menerima disiplin sebagai peluang untuk belajar e) Mencegah perkataan penghakiman f) Terhad tetapi menguatkuasakan peraturan koperasi Secara keseluruhannya, pengkaji telah mengemukakan satu Program baru iaitu Shower Your Love & Care berdasarkan dua program intervensi yang sedia ada iaitu Pastrol Care dan Agape Love serta berlandarkan pada Model Dreikurs. Pengkaji percaya bahawa kombinasi ini dalam Program Shower Your Love & Care akan memberi manfaat dalam usaha mendisiplinkan pelajar-pelajar seperti Gautam.

22

6.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah disiplin merupakan masalah yang semakin meningkat pada zaman kini. Salah satu sebab utamamnya adalah keranan kekurangan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Hal ini telah menyebabkan pelajar menjadi semakin liar kerana ingin mendapatkan perhatian. Justeru, isu ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana ia akan memberikan impak yang besar dalam pengurusan disiplin di sesebuah sekolah dan proses pembangunan modal insan seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka, paa pendidik harus mencari langkah-langkah yang efektif untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa. saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata denganberusaha untuk melaksanakan program ini di sekolah.

RUJUKAN 23

Choirun Nisak Aulina. (2013). Penanaman Disiplin Pada Anak Usia Dini. Pedagogia, 2. Cohen, Lawrence E.; Felson, Marcus. (1979). Social Change and Crime Rate Trends: A Routine Activity Approach. American Sociological Review. 44 (4): 588–608. Cohen, Lawrence E.; Kluegel, James R.; Land, Kenneth C. (1981). Social Inequality and Predatory Criminal Victimization: An Exposition and Test of A Formal Theory. American Sociological Review: 505–524. Coleman, J. (1990a). Interview with James S. Coleman. In Economics and Sociology, ed. R. Swedberg. Princeton: Princeton University Press. Coleman, J. (1990b). Foundations of Social Theory. Cambridge, MA: Belknap Press of Harvard University Press. Cotton, K. (2001). Classroom questioning. School improvement research series, 3. Ee Ah Meng. (1995). Sekolah dan perkembangan kanak-kanak : (asas pendidikan 4). Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti. Felson, Marcus. (1995). Those who discourage crime. Crime and place. 4: 53–66. Felson, Marcus; Cohen, Lawrence E. (1980). Human Ecology and Crime: A Routine Activity Approach. Human Ecology. 8 (4): 389–406. Garofalo, J. (1987). Reassessing the lifestyle model of criminal victimization. Beverly Hills, California: Sage. Harre, R. dan Lamd, R. (1983). The Encyclopedic Dictionary Of Psychology. Great Britain: Basil Blackwell. Hindelang, M. J.; Gottfredson, M. R.; Garofalo, J. (1978). Victims of personal crime: An empirical foundation for a theory of personal victimization. Cambridge, Massachusetts: Ballinger. Hornby,G., Hall, E., & Hall, C. (Eds.). (2003). Counselling pupils in schools: Skills and strategies for teachers. London: RoutledgeFalmer. Khalim Zainal. (2004). Perbandingan Sistem Penalti & Konvensional dalam Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah Menengah. Tesis PhD yang tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia. Maxfield, Michael G. (1987). Lifestyle and Routine Activity Theories of Crime: Empirical Studies of Victimization, Delinquency, and Offender DecisionMaking. Journal of Quantitative Criminology. 3 (4): 275–282. Ritzer. G. (2012). Teori Sosiologi. Yogyakarta: Pustaka Pelajar. 24

Sufean Hussin. (1993). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan: suatu pemikiran semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

25

LAMPIRAN 1: SURAT PENGESAHAN MEMBUAT PENYELIDIKAN

LAMPIRAN 2: SURAT PERMOHONAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN DI SEKOLAH

LAMPIRAN 3: BORANG TEMU BUAL SOALAN TEMUBUAL KEPADA MURID 1. Sila perkenalkan diri anda dan latar belakang keluarga anda. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 2. Adakah anda pernah melakukan kesalahan disiplin di sekolah? ___________________________________________________________________________ 3. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh anda? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 5. Mengapakah anda melakukan begitu? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 6. Adakah orang lain atau rakan-rakan memaksa anda melakukan kesalahan tersebut? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 7. Apakah kesan melakukan kesalahan tersebut kepada diri anda dan orang lain? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

8. Apakah denda/ hukuman yang anda terima kerana melakukan kesalahan tersebut? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 9. Adakah anda menyesal kerana melakukan kesalahan tersebut? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ 10. Apakah tindakan anda untuk mengelakkan diri dari mengulangi kesalahan tersebut? ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________

Related Documents

Kps 6043 Naga.docx
April 2020 35
6043
April 2020 16
Skbl 6043 Sintaksis
May 2020 19
Kps[1]
May 2020 26
Lei Municipal Idoso 6043
November 2019 16

More Documents from "Fabricio Pimbomaza"