Korban

  • Uploaded by: Hamba Allah
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Korban as PDF for free.

More details

  • Words: 1,313
  • Pages: 5
KORBAN PENGERTIAN Korban ialah ibadah mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala dengan cara menyembelih binatang dengan niat tertentu dan pada waktu tertentu. Dalil Firman Allah Ta’ala mafhumnya “ Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang korban” (Surah Al-Kausar: ayat 3) Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan baginda telah menyebut Nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut. HIKMAH DAN KELEBIHAN IBADAH KORBAN Sangat banyak hadis Nabi Muhammad s.a.w. mengenai hikmat dan kelebihan ibadah korban antaranya ialah: 1. Mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Sabda Nabi: Ertinya: “Tiada amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari korban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ) 2. Memperingati pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s. ketika diuji Allah Ta’ala agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s. 3. Memberi pertolongan kepada orang fakir & miskin agar lahir perasaan kasih sayang dan tolong-menolong serta gembira pada hari raya. HUKUM MELAKUKAN KORBAN Sunat muakkad (sangat dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta mengikut pendapat majoriti ulama termasuklah sahabat besar seperti Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a, Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain. Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat ianya wajib bagi mereka yang berkemampuan.

َ َ‫ع‬ َ ‫ن‬ ّ ‫ص‬ ُ ْ ‫سو‬ َ ‫ َقا‬:‫ل‬ َ ‫ه َقا‬ ‫م‬ ٌ َ ‫سع‬ ِ ‫ن أِبي هَُري َْرة َ َر‬ َ ‫كا‬ َ ‫ه‬ َ َ‫ه ع َل َي ْهِ و‬ ُ ‫ل َر‬ ْ َ ‫ة وَل‬ ُ َ‫ن ل‬ َ :‫م‬ َ ّ ‫سل‬ ُ ‫ل الل‬ ُ ْ ‫ه ع َن‬ ُ ‫ي الل‬ َ ِ‫ل الله‬ ْ ‫م‬ َ ‫ض‬ ْ َ ‫لنا‬ ّ ‫ص‬ ْ َ ‫ح فَل َ ي‬ ّ ‫ض‬ َ ُ‫ي‬ ُ ‫ن‬ َ ‫م‬ ّ َ ‫قُرب‬

‫رواه أحمد وإبن ماجة‬

Ertinya “Sesiapa yang berkemampuan untuk korban tetapi tidak korban maka janganlah dia dekati tempat sembahyang kami”. Wajib jika telah bernazar dengan mengatakan “wajib atasku korban kerana Allah” atau “Aku akan korbankan kambing ini” atau “Ini korbanku” sambil mengisyaratkan kepada binatang miliknya. Jika telah bernazar, daging korban tersebut haram dimakan / diambil oleh orang yg bernazar tersebut. Tidak dikira wajib jika mengatakan “Ya Allah, inilah korbanku, terimalah ia dariku”.

GOLONGAN YANG DITUNTUT SUPAYA MELAKUKAN KORBAN 1. Islam 2. Baligh & berakal 3. Berkemampuan; memiliki harta yang lebih untuk korban iaitu melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan tanggungannya. SEBELUM KORBAN 1. Seseorang yang telah berniat untuk melakukan korban disunatkan menahan dirinya dari memotong rambut dan kuku bermula dari 10 Zulhijjah hingga selesai korbannya. 2. Niat; Meniatkan korban itu adalah kerana Allah S.W.T. semata-mata, menuruti sunnah Nabi S.A.W. dan Nabi Ibrahim a.s dan bukannya untuk sedekahkan daging atau lain-lain niat. 3. Adalah disunatkan juga untuk menyembelih sendiri (jika berkemampuan) atau menghadiri majlis sembelihan. Jika tidak berkemampuan, hendaklah hadir dan menyaksikan bersama penyembelihan yang dilakukannya. Sebuah riwayat hadith pernah mencatatkan nasihat Nabi S.A.W. kepada Fatimah yang ingin berkorban :

ُ ْ ‫ َفا‬،‫ك‬ ‫مَها‬ ِ ‫ض‬ ِ َ ‫من د‬ ِ ٍ‫ل قَط ْرِة‬ ِ َ ‫شه‬ ِ ‫َقو‬ ِ ِ ‫حي َت‬ ْ ‫ىأ‬ ُ ّ ‫ديَها َفإن‬ ِ ّ‫ه ِبأو‬ َ ‫مى ِال‬ ‫ك رواه البيهقي‬ َ ْ‫ي َغ‬ َ َ ‫سل‬ ِ ‫ف‬ ِ ِ ‫من ذ َن ْب‬ ِ َ ‫فُرل‬ َ ‫ما‬ َ ‫ك‬

Ertinya : "Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama" 4. Tidak harus juga berkorban hanya dengan mengeluarkan harganya atau daging lembu yang telah disembelih dari pasar lalu disedekahkan atas niat korban . Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa sahaja dan bukannya korban yang disyariatkan di Hari Raya Aidiladha 5. Sunat bagi pemerintah melakukan korban menggunakan wang Baitul Mal bagi pihak orang Islam berdasarkan hadith daripada Imam Muslim berikut: Rasulullah s.a.w. telah korbankan seekor kibasy. Dan baginda mengucapkan semasa sembelih: Dengan nama Allah, Ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umat Muhammad. Baginda menyembelih di tempat solat, dimana orang ramai berkumpul untuk solat. Dan baginda menyembelih binatang tersebut dengan tangan baginda sendiri. BINATANG TERBAIK UNTUK KORBAN Yang terbaik adalah unta, diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan 7 kibash (biri-biri) lebih afdhal dari satu unta. Jika tidak mampu diharuskan 1/7 dari unta, 1/7 dari lembu, 1/7 dari kerbau. Yang terbaik sudah tentulah yang paling banyak dagingnya maka lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.

Satu kibash lebih afdhal untuk satu orang dari dikongsi seekor unta dengan 7 bahagian. SYARAT BINATANG KORBAN 1. Umur - Bagi lembu dan kambing mestilah umurnya telah cukup 2 tahun dan sedang memasuki tahun ke-3. Manakala unta mestilah cukup 5 tahun dan sedang memasuki tahun ke-6 Bagi kambing biri-biri mestilah telah cukup setahun dan sedang memasuki tahun ke-2 atau gigi susu hadapannya telah gugur (walaupun belum sampai 2 tahun). 2. Sempurna (tidak cacat) - Binatang hendaklah tidak cacat yang mengurangkan dagingnya. Tidak sempurna (tidak sah korban): 1. Binatang yang tiada otak (kurus) 2. Binatang yang tempang 3. Binatang yang buta sebelah mata, atau kedua mata 4. Binatang yang sakit, berkudis 5. Binatang yang tiada telinga/ ekor atau terpotong sebahagian telinganya/ ekornya 6. Binatang yang sedang bunting atau lepas bersalin (kerana dagingnya kurang ketika ini) Memadai (sah korban) jika: 1. Tiada tanduk, tanduk patah 2. Terbelah telinga, telinga bertebuk lubang 3. Tiada gigi, patah sebahagian gigi 4. Sedikit susu 5. Tiada zakar, dikasi (dipotong biji zakarnya) WAKTU KORBAN Bermula selepas terbit matahari (waktu syuruk) Hari Raya Aidil Adha sekadar sempat ditunaikan 2 rakaat solat sunat dan 2 khutbah. Kemudian waktunya berterusan hingga terbenam matahari hari ketiga tasyrik iaitu pada 11, 12, 13 Zulhijjah. Waktu yang afdhal menyembelih korban ialah selepas selesai solat sunat Aidil Adha. Tidak sah jika sembelih sebelum selesai solat sunat Aidil Adha. Jadilah ia sedekah semata-mata. PEMBAHAGIAN DAGING Afdhal bagi orang yang melakukan korban makan sedikit dari dagingnya untuk keberkatan dan bakinya disedekahkan. Afdhal orang yang melakukan korban makan bahagian hati binatang tersebut. Harus daging korban dibahagikan seperti berikut:

1/3 (sepertiga) kepada orang yang melakukan korban 1/3 (sepertiga) kepada faqir miskin 1/3 (sepertiga) jiran dan saudara mara Namun (dibenarkan) untuk tidak mengikut cara pembahagian ini samada untuk makan keseluruhannya atau kebanyakkannya. Bermakna seekor lembu yang dikongsi 7 bahagian hendaklah diberi 1/21 kepada setiap orang yang melakukan korban tersebut. Jika seekor lembu mempunyai daging yang telah dilapah seberat 60kg, bermakna bahagian seorang yang melakukan korban ialah sebanyak 2.85kg. Dilarang memberikan daging korban kepada tukang-tukang lapah dan penyembelih sebagai upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal), bagaimanapun ia harus jika dia termasuk dari kalangan faqir miskin atau diberikan secara sukarela orang ramai sebagai hadiah. Ulama sepakat tidak membenarkan orang yang melakukan korban untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil korban. Majoriti mazhab termasuk syafie tidak membenarkan. Wajib bersedekah (atas qaul yg ashah) dengan daging yang mentah dan basah kepada fakir miskin. Ini kerana daging yang diberikan kepada orang miskin dan fakir adalah hak mereka. Mereka boleh menjualnya atau memakannya. Daging yang diberikan kepada orang kaya adalah hadiah untuk dimakan dan mereka tidak boleh menjualnya. Dibenarkan untuk menyimpan daging-daging korban (tidak dimakan) walaupun melebihi tiga hari berdasarkan hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh muslim. Dibolehkan berkongsi bahagian binatang korban bersama niat lain seperti niat aqiqah, tujuan makan semata-mata, tujuan jual. KORBAN NAZAR Orang yang melakukan korban nazar tidak boleh mengambil daging korbannya walau sedikit. Jika diambil hendaklah diganti kembali. MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedekah wajib. Namun tanpa khilaf adalah lebih baik untuk mendahulukan umat Islam dalam hal ini. WAKIL KORBAN Sah korban jika dibuat untuk

1. Orang yg masih hidup dengan izinnya 2. Orang yg telah mati jika si mati ada mewasiatkannya. 3. Dibuat oleh wali untuk ahli keluarganya / warisnya tanpa izinnya. Begitulah sebaliknya. Jika dibuat juga tanpa izin atau wasiat si mati jadilah sembelihan tersebut sedekah semata-mata.

Related Documents

Korban
June 2020 22
Korban Salah Tangkap
November 2019 9
2. Korban Victim.pptx
November 2019 21

More Documents from "Dove Lovely"