Konstruktivisme

  • Uploaded by: ayunatul
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konstruktivisme as PDF for free.

More details

  • Words: 610
  • Pages: 17
KONSTRUKTIVISME KHOO SWEE LING NUR AFIFAH BT AHMAD NUR ATHIRAH BT ROSLAN NUR AFIRA FARHANA BT CHE HUSIN RABIATUL ADAWIYAH BT ZULKIPLI

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME • Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan.

• Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. • Mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.

TEORI KONSTRUKTIVISME PSIKOLOGI/ INDIVIDU/ KOGNITIF • Jean Piaget (1896) – keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. • Proses membina pengetahuan juga berlaku mengikut peringkat yang bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif.

• Struktur asas dalam organisasi mental ini dinamakan skema. • Maka, pengetahuan sedia ada yang menjadi asas tingkah laku ialah skema. • Piaget membahagikan adaptasi kepada dua proses, iaitu ASIMILASI dan AKOMODASI.

ASIMILASI • Maklumat baru mempunyai ciri-ciri persanmaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif. • Ini menyebabkan keseimbangan (equilibrasi) berlaku.

SKEMA Premis sedia ada

ADAPTASI Proses penyesuaian

Asimilasi Serap masuk maklumat serupa skema

Akomodasi Ubah suai skema sebelum maklumat baru dapat diserap

Equilibrasi

Disequilibrasi

AKOMODASI • Apabila maklumat baru tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema, akan berlaku ganggu gugat atau ketidakseimbangan dalam struktur kognitif. • Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpanya, maklumat baharu akan diserap masuk.

• Dengan itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi. • Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses penyesuaian diri dengan persekitaran. • Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema juga akan menjadi lebih kompleks.

• Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. • Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan umum kepada khusus. • Melalui proses adaptasi (asimilasi & akomodasi), maklumat dalam strukttur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu. • Oleh itu, pembinaan pengetahuan sentiasa dibuat sepanjang hayat individu.

TEORI KONSTRUKTIVISME SOSIAL • Dipelopori oleh LEV VYGOTSKY (18961934) • Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanakberkembang secara sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan verbal orang lain. • Konteks sosial memainkan peranan utama dalam pembelajaran.

• Konstruktivisme sosial melihat pembelajaran manusia dalam konteks sosio-budaya. • Dalam konteks sosial inilah berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. • Penglibatan dengan orang lain memberikan peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan.

ZON PERKEMBANGAN TERDEKAT • Vygotsky – isi pelajaran mudah dikuasai pelajar jika berasaskan skema ataupun pengetahuan sedia ada. • Zon perkembangan terdekat (ZPD) merujuk kepada tugasan pembelajaran yang sukar dilakukan sendiri oleh pelajar. • Sekiranya pelajar dapat melakukannya sendiri, isi pelajaran tersebut dikatakan berada pada zon bawah.

• Sebaliknya jika pelajar dapat menguasai tugasan dengan bimbingan orang lain, tugasan tersebut berada pada ZPD. • Isi pelajaran yang berada di luar zon aras bawah bermakna tidak berlaku pembelajaran kerana pelajar sudah menguasai isi pelajaran. • Isi pelajaran yang berada di luar zon aras atas, tidak akan dapat dikuasai pelajar walaupun dengan bimbingan orang lain.

• Teknik scaffolding diperkenalkan bagi membantu isi pelajaran yang berada dalam ZPD – iaitu proses membimbing dan membantu pembelajaran. • Scaffolding – peringkat bimbingan dan sokongan yang dilakukan mengikut keperluan pelajar. • Bimbingan akan dikurangkan apabila pelajar telah menguasai peringkat demi peringkat. Akhirnya, bimbingan dilepaskan apabila pelajar telah dapat melakukannya sendiri.

• Teknik yang boleh dilakukan untuk scaffolding ialah: - penjelasan verbal - soal jawab - prompting - cueing - tanda isyarat yang lain

IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KEPADA PENGAJARAN • Teori konstruktivisme mendapat sokongan daripada sebahagian besar ahli psikologi pendidikan. • Masing-masing mengemukakan pandangan dari sudut yang pelbagai, tetapi menjurus kepada konsep yang sama, berdasarkan pembinaan pengetahuan melalui pengalaman sendiri.

Related Documents

Konstruktivisme
June 2020 24
Konstruktivisme
December 2019 44
Konstruktivisme
May 2020 33
Konstruktivisme
May 2020 36
Konstruktivisme
June 2020 23
Teori Konstruktivisme
October 2019 24

More Documents from ""

Konstruktivisme
May 2020 33
Kemudahan Fizikal
May 2020 26