1.0 Pengenalan Psikologi dan Kepentingannya Setiap hari manusia berdepan dengan bermacam jenis situasi. Ada situasi yang sama dialami oleh segelintir individu tetapi dihadapi dengan suasana yang berbeza-beza. Ia telah dialami dari sejak kelahiran dan akan diteruskan hingga ke akhir hayat, dari dahulu hinggalah zaman seterusnya. Pebezaan situasi tersebut akan menimbulkan pelbagai suasana yang dipengaruhi dari perhubungan manusia sesama manusia, perhubungan dengan alam dan situasi sekitar atau dari keadaan batin seseorang individu tersebut. Pelbagai peristiwa akan berlaku, berkembang dan berubah. Peristiwa yang dialami akan menimbulkan pelbagai reaksi dalam perasaan dan jiwa manusia. Akibat daripada reaksi tersebut akan melahirkan tingkah laku yang berbeza terhadap manusia. Contohnya ada manusia yang menerima berita kematian dengan menangis tetapi ada manusia yang boleh menerimanya dengan sabar walaupun pada ketika itu mereka mengalami perasaan yang sama iaitu perasaaan sedih. Justeru itu konsep psikologi dapat difahami terhadap tingkah laku pada manusia yang cenderung untuk mengikuti suatu arah atau cara tertentu yang umum. Walaubagaimanapun mereka akan cenderung untuk melakukan tindak balas yang berbeza semasa berdepan dengan situasi yang tertentu.
1
1.1
Pengertian
Psikologi
‘Psikologi berasal dari dua perkataan, iaitu psyche yang bermaksud ‘jiwa’ dengan gabungan perkataan logos yang bermaksud ‘kajian tentang sesuatu’.
Mengikut kajian Fantinc pada tahun 1974, psikologi didefinasikan sebagai kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan, mimpi, pemikiran dan tekanan. C.M. Cales, mendefinisikan psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku. Menurut beliau juga dapatan-dapatan daripada kajian-kajian tersebut akan dapat digunakan untuk meningkatkan lagi pembelajaran dan pengajaran.
Manakala Crow dan crow telah mentakrifkan psikologi tentang tingkah laku dan perhubungan manusia. Menurut beliau lagi, psikologi berkaitan dengan cara individu atau sekelompok manusia bertindak balas terhadap rangsangan dari alam sekitar.
Davidoff telah mentakrifkan bahawa psikologi sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata. Terdapat dua komponen dalam kajian tersebut iaitu kajian secara nyata atau overt dan kajian secara selindung iaitu covert. Overt ialah kajian mengenai tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai dan seterusnya diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak mengisap jari atau bagaimana kanak-kanak belajar merangkak kemudian berjalan seterunya berlari. Manakala convert pula merujuk kepada kajian berkaitan keperluan, emosi, naluri, kecerdasan atau motivasi dan sebagainya.
2
Justeru itu, Psikologi adalah satu kaedah yang secara saintifiknya berkait tentang pengkajian tingkah laku terhadap manusia dan haiwan. Tentang cara pemikirannya, keadaan sikap, perasaan atau nalurinya, potensi dirinya, kecerdasan, tingkah laku terhadap keadaan sekitar atau tahap keperluannya.
1.2
Konsep pendidikan Bidang pendidikan berkembang sejak awal sama ada secara formal atau tidak
formal. Pendidikan adalah satu bidang meningkatkan potensi diri dari sesuatu yang tidak tahu kepada tahu atau keingginan untuk mempelajari sesuatu yang bermula dalam fikiran yang kemudiannya dilahirkan secara latihan atau praktikal.
Konsep Pendidikan oleh pakar falsafah bidang pendidikan Dewey: Education is a process for improving the man condition. The school was seen as a specialized environment that conceded with the social environment. Langford: Pendidikan ialah satu aktiviti yang mempunyai matlamat yang praktikal dan berbeza dari aktiviti yang mempunyai matlamat berdasarkan teori. Manakala di bawah adalah beberapa aspek pendidikan yang dikemukakan oleh para pendidik secara umum. 1. Pendidikan dilihat sebagai satu bentuk persekolahan formal ketika kanak-kanak pergi ke sekolah untuk memperolehi pengetahuan. Ia menjadi formal kerana pengajaran dan aktiviti pembelajaran dirancang oleh pakar pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif. 3
2. Pendidikan merupakan suatu proses perkembangan iaitu kanak-kanak yang berkembang secara fizikal, mental, sosial, dan emosinya sepanjang hayat. 3. Pendidikan adalah suatu proses yang berterusan. Ia merupasan satu proses sepanjang hidup kerana setiap individu diberi peluang untuk belajar sepanjang hayat, sistem pendidikan ini memberi peluang kepada setiap individu untuk menambah baik diri, berketebukaan dalam mengasimilasi dan mengakomodasi ide baru serta dapat mengemuka dan mempersoal isu-isu serta menjadi seseorang yang peka terhadap alam sekitarnya. 4. Pendidikan juga adalah satu proses yang bersepadu demi mencapai matlamatmatlamat. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan adalah satu proses mencari ilmu yang pada amnya banyak diperolehi secara formal di sekolah atau instituisi pendidikan kerana ia dikelola secara terancang dan teratur oleh pihak tertentu untuk mencapai matlamat dan objektif yang mempunyai hala tuju tertentu. Proses pendidikan ini adalah keperluan bagi setiap inidvidu untuk meningkatkan kehidupan mereka yang boleh dipelajari sepanjang hayat dan bermula sejak kanak-kanak.
4
1.3
Pengertian psikologi pendidikan Psikologi Pendidikan adalah satu bidang kajian saintifik yang dilakukan terhadap
tingkah laku manusia dalam suasana pendidikan. Ia mengabungkan bidang psikologi dan bidang kajian pendidikan yang melihat perkaitan tingkah laku murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian terhadap kedua-dua bidang ini akan membolehkan pembelajaran lebih meningkat.
Konsep Pendidikan oleh pakar falsafah bidang pendidikan Atan Long telah menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah
Manakala Smit telah menjelaskan bahawa psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin pula telah menyatakan psikologi pendidikan ialah kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajararan yang memfokuskan proses-proses pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap dialihkan daripada guru kepada murid dalam bilik darjah, termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajaran.
5
Oleh itu, konsep psikologi pendidikan boleh difahami daripada rajah di bawah. Rajah ini memberi gambaran bagaimana psikologi pendidikan mengabungkan elemenelemen tertentu untuk meningkatkan pembelajaran.
Pendidikan
psikologi
Psikologi pendidikan
Prinsip-prinsip
Teori-teori
Teknik-teknik
Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat diadaptasikan di bilik darjah
6
1.4
Kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru
Seseorang guru yang telah memahami konsep psikologi dan pendidikan akan memperolehi ilmu tertentu untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran pembelajaran yang boleh diguna pakai semasa pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan pendidikan psikologi kepada seorang guru ialah: 1. Guru-guru akan dibekalkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan mengetahui sikap-sikap yang berguna dalam proses pendidikan. Adanya elemen-elemen tersebut boleh digunakan untuk meningkatkan cara pengajarannya dan menambah mutu pembelajaran pelajar-pelajar. 2. Ilmu
psikologi
pendidikan
akan
membekalkan
pengetahuan
tentang
perkembangan yang dialami oleh manusia. Justeru itu, ketika pelajar-pelajar sedang meningkat umurnya ia akan turut merubah proses pembelajarannya. Keupayaan pelajar-pelajar ini untuk memahami sesuatu yang abstrak dan rumit mula meningkat. Apabila seseorang guru memahami situasi tersebut seharusnya dia akan dapat menentukan strategi yang sesuai terhadap pengajarannya. 3. Guru-guru juga akan bersedia untuk memahami keperluan seseorang pelajar. Justeru itu selain daripada guru ia juga akan menyedarkan pihak sekolah tentang keperluan untuk memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar-pelajar. 4. Seseorang guru yang peka juga akan dapat mengesan bakat dan minat seseorang pelajar. Oleh yang demikian, seseorang guru akan dapat membantu pelajar dalam membuat perancangan kerjaya yang diimpikan. 5. Setelah menerima maklumbalas daripada pelajar, seseorang guru akan dapat memikirkan satu cara baru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 7
6. Kajian
perbezaan
terhadap
individu
akan
membantu
seseorang
guru
membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang sesuai agar dapat menjalani aktiviti pemulihan dan pengayaan. 7. Kajian terhadap perubahan tingkahlaku pelajar akan dapat menolong seseorang guru mengawal disiplin pelajar dengan lebih berkesan. 8. Selain daripada itu, psikologi pendidikan juga akan dapat meningkatkan pemahaman seseorang guru terhadap perubahan personaliti dan konsep kendiri muridnya. Dengan itu, seseorang guru akan dapat meningkatkan keberkesanan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukannya.
2. Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah Mengajar kelas terakhir daripada 5 kelas tahun lima memberikan pelbagai cabaran kepada saya sebagai seorang guru baru. Secara umumnya kelas tersebut menempatkan pelajar-pelajar yang memiliki pelbagai masalah, dari masalah disiplin hinggalah soal tahap penguasaan terhadap pelajaran. Pada mulanya, bertugas sebagai seorang guru yang tidak memiliki pengetahuan asas dalam bidang pendidikan telah menimbulkan pebagai tekanan. Pernah saya rasakan seolah-olah telah berputus asa, walaupun kerjaya seorang pendidik adalah cita-cita sejak di bangku sekolah. Sehingga timbul persoalan dalam diri adakah pilihan kerjaya yang diceburi itu tepat dan layak untuk diceburi?
8
Dilema tersebut menyebabkan kelemahan diri dicari, sehinggalah saya mulai jelas tentang keadaan yang telah dialami pada waktu itu. Pengetahuan tentang ilmu psikologi yang perlu diterapkan dalam pendidikan sememangnya amat penting. Guru-guru terlatih yang lebih berpengalaman di sekolah telah menjadi sumber rujukan. Maka pemahaman tentang psikologi pelajar telah menolong dan memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pendidik, yang perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai karenah murid. Antara contoh-contoh terbaik yang pernah saya hadapi ketika mengaplikasikan psikologi di bilik darjah ialah ketika saya mengajar matapelajaran Matematik. Seperti yang dimaklumi, pelajar kelas akhir kebanyakkannya dari kalangan yang amat sukar untuk memahami dan menguasai pelajaran. Pada suatu hari seawal jam 7.40 pagi, saya memulakan kelas seperti biasa dengan sedikit set induksi yang agak mudah untuk difahami oleh pelajar. Walaubagaimanapun, murid-murid telah mula menunjukkan sikap yang tidak memuaskan iaitu dahi yang berkerut seolah-olah sedang berdepan dengan sesuatu yang amat asing dan memandang dengan penuh kecelaruan. Walhal, mereka telah mempelajarinya ketika di tahun empat. Tiba sahaja waktu pelajaran Matematik, anggapan sesuatu yang susah mula menghantui fikiran murid-murid tersebut. Daripada reaksi murid-murid, saya mengandaikan mereka tidak faham atau tidak dapat menguasai pelajaran tersebut. Saya mula menyoal beberapa orang pelajar. Mereka teragak-agak untuk mengatakan faham atau tidak. Apabila disoal kepada pelajar yang mengangguk faham mereka memberikan jawapan yang salah. Maka saya mula berfikir adakah penerangan yang telah diberikan terlalu sukar untuk difahami? Atau adakah cara kerja yang telah ditunjukkan terlalu cepat? Saya telah mengambil keputsan untuk berfikir sejenak mencari kaedah baru untuk memudahkan pemahaman pelajar tersebut. 9
Daripada situasi tersebut telah menyebabkan saya perlu menukar corak pengajaran dan menggunakan pendekatan psikologi yang baru. Pada mulanya, saya telah memikirkan satu cara pengiraan yang mudah dengan meletakkan diri saya di situasi mereka dan merendahkan tahap kefahaman sendiri. Saya perlu memikirkan sekiranya saya di tempat mereka apa yang saya ingin fahami dan bagaimana cara saya ingin memahami perkara tersebut? Kedua, saya telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Kumpulan tersebut terbahagi kepada kumpulan murid-murid faham, sederhana faham dan tidak faham langsung. Kumpulan pertama perlu menerangkan kembali topik pelajaran tersebut dan menyelesaikan satu soalan untuk dinilai tahap kefahaman mereka. Untuk kumpulan ini mereka boleh meneruskan latihan yang seterusnya agar tidak membosankan mereka menunggu guru memberi penerangan kepada kumpulan lain. Manakala bagi pelajar yang sederhana faham, perlu diberi ulangan pelajaran serta boleh merujuk kepada kumpulan yang faham sebagai pembimbing. Kebiasaan kumpulan ini hanya memerlukan sedikit bimbingan dan perhatian serta dorongan untuk mencuba. Akhir sekali kepada kumpulan pelajar yang tidak faham langsung mereka telah diajar secara individu. Ini kerana sepanjang pengalaman sebagai guru, kadangkala pelajar yang menganggap diri mereka tidak tahu atau bodoh ini sebenarnya juga memiliki kepandaian. Namun kepandaian mereka agak tenggelam akibat keadaan. Contoh yang paling jelas adalah subjek Matematik. Seseorang perlu menguasai asas Matematik untuk menguasai topik yang lebih tinggi. Contohnya
mereka perlu mahir tentang nombor,
operasi tolak, darab dan bahagi untuk mempelajari tajuk darab unit liter, bahagi unit isispadu cecair atau sebagainya. Ini kerana sifir yang digunakan adalah sama yang
10
berbeza cuma unit sukatannya sahaja. Malah cara, kaedah dan jalan penyelesaiannya juga adalah sama. Mereka perlu dibimbing untuk menguasai kembali kemahiran asas tersebut. Reaksi seterusnya apabila murid-murid dapat menguasai pelajaran tersebut, guru meminta semua murid menyatakan perasaan apabila berjaya memahami sesuatu pelajaran dan menyelesaikan masalah yang diberi. Tentunya mereka merasa amat gembira. Justeru itu mereka telah memperlihatkan kesungguhan untuk menjawab soalan seterusnya dengan raut wajah yang ceria dan senyuman yang lebih berseri-seri. Suasana yang positif ini telah memberi keyakinan kepada guru meneruskan pelajaran yang seterusnya. Malah, seseorang guru juga telah berjaya mengubah suasana pembelajaran pada hari itu untuk mencapai objektif pembelajaran.
11
Kesimpulan
Kefahaman tentang konsep psikologi akan membantu seseorang guru
dalam
pengurusan bilik darjah serta amalan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh membuat persediaan mengajar berdasarkan tahap perkembangan dan perbezaan murid. Guru juga dapat menyediakan rancangan pelajaran yang bersesuaian dengan tahap penerimaan murid. Teknologi pendidikan yang berkembang boleh dimanfaatkan sebaik mungkin dan merupakan salah satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran. Pemikiran yang kritis, serius, inovatif dan kreatif dalam mencari jenis pengajaran yang lebih berkesan dan bersesuaian amat diperlukan. Penggunaan Sumber Pengajaran Pembelajaran (SPP), contoh-contoh dan kaedah pembelajaran boleh dipelbagaikan untuk menyampaikan pelajaran bagi menghalang murid dari merasa bosan. Ia juga dapat mewujudkan penggabungjalinan antara mata pelajaran.
12