PENGAJARAN OLEH : MOHD IKRAM SHAFIQ ROHADI NADIAH ABU BAKAR RAMLAH KHAIRUDDIN KHAIRUL MOHAMAD ZAINAL
KO NSEP PENGA JARA N 1. Ia merupakan aktiviti/ proses berkaitan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. 3. Ia meliputi perkara seperti aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.
1. Thomas F. Green – tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui pemerolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. 3. Beliau berpendapat, didalam proses pengajaran, aktiviti latihan atau pelaziman adalah satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar.
Manakala, teknik tunjuk ajar atau indoktrinasi adalah digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.
DEFINISI PENGAJARAN
Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolah ilmu dan kemahiran.
PENDEKATAN MENGAJAR
Ko nse p me ngaja r Mengikut Kamus Dewan (1988), pendekatan adalah : cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah.
•
•
Dalam konteks pendidikan,ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Menurut Edward M.Anthony (1963), pendekatan iailah satu set andaian yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik. ( kenyataan dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan)
Pendek kata, pendidikan didalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.
CI RI -CIRI PEN GAJ ARAN 1. Guru memainkan peranan sebagai pengajar dan murid berperanan sebagai pelajar. 3. Hanya bermakna apabila wujudnya pembelajaran. 5. Aktiviti yang paling rapat dengan pengajaran ialah instruksi(mengajar), diikuti dengan latihan, indoktrinasi seterusnya pelaziman.
1. Pengajaran mempunyai erti perkataan dan penggunaan bahasa ataupun simbol 3. Aktiviti pengajaran boleh dijalankan dengan pelbagai bentuk: berpusatkan guru, berpusatkan murid, atau berpusatkan murid dan guru.
1. Pengajaran- meliputi rancangan mengajar, alat bantu mengajar serta strategi, kaedah dan teknik mengajar. 3. Mengajaran- proses interaksi dua hala antara murid dan guru dalam P&P. 5. Strategi dan teknik pengajaran mengandungi unsur sains dan seni.
DEFINISI, JENIS & PRINSIP: 3. INDUKTIF 4. DEDUKTIF 5. ELEKTIF
KONSEP INDUKTIF
KO NSEP IND UKT IF Melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsirkan maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.
Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian kesimpulan yang diberikan. Didalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting.
Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu. Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan.
Contoh-contoh khusus
Memerhati, mengkaji, Mengenal pasti, mentafsir
Membuat kesimpulan
Kaedah induktif adalah salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa.
Contoh-contoh khusus
Ikan emas, Udang, kerang, Sotong, Berudu
Memerhati dan mengkaji
Mentafsir dan Membuat kesimpulan
Bernafas melalui insang
Haiwan hidup didalam air mempunyai insang untuk bernafas
JE NIS PEN DE KATA N INDUKTIF
1. Membentuk satu kesimpulan daripada contoh tertentu. Misalnya mencari segitiga yang sama daripada pelbagai jenis. 3. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan ke bawah.
1. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis struktur ayat bahasa. 3. Membentuk teorem melalui aktiviti induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.
1. Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhatikan tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.
PRI NS IPPRI NS IP PE NGGUNA A N S TR AT EGI INDUKTI F
Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsipprinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan seperti berikut :
1. Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan. 3. Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan
1. Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. 3. Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri. 5. Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya.
1. Contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. 2. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan. 3. Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh. 4. Proses P&P berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh spesifik kepada umum.
KO NS EP DEDUKT IF
De fin is i De duktif Konsep deduktif boleh dikategorikan sebagaisesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus. Kadangkala ia juga digunakanuntuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui.
Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus. Guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.
JEN IS- JENI S DED UKT IF 1. Penyelesaian masalah •
Misalnya setelah murid mempelajari fungsi imbuhan ‘ber’, mereka disuruh membuat beberapa ayat menggunakan imbuhan ‘ber’.
1. Membentuk kesimpulan baru •
•
Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka diminta menggunakan rumus luas segitiga bersudut tegak.
Membuktikan hipotesis •
Ini dapat dilakukan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari.
PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI DEDUKTIF
1. Peringkat permulaan masalah atau hipotesis haruslah didedahkan terlebih dahulu. 3. Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.
1. Kesimpulan,prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah duketahui serta difahamkan. 2. Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah mengikut prosedur yang betul. 3. Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu kesimpulan, prinsip atau teori yang telah dipelajari.
1. Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.
KONSEP elektif
1. Perkataan elektif berasal daripada bahasa inggeris elektif bermaksud pemilihan. 3. Dalam konteks pendidikan, ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk melaksanakan sesuatu pelajaran di dalam kelas. 5. Banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif.
1. Disamping itu, pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan. Khasnya, semasa melaksanakan aktiviti pemulihan dan penggayaan secara serentak. 3. Sehubungan ini, guru akan menggunakan pendekatan dan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan bagi aktiviti penggayaan. Strategi pemusatan guru untuk aktiviti pemulihan.
KO NSEP STRATE GI 1. Kamus dewan (1998)- merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. 2. Ia bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. 3. Dalam bidang pendidikan, merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah telah ditentukan.
1. Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar yang telah disusun. 3. Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. 5. Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dipilih.
STRATEGI PEMUSATAN GURU
1. Guru memainkan peranan yang utama. 3. Didalam bilik darjah, gurulah yang mengawal dan menguasai segala aktiviti pelajaran. Guru banyak memberi penerangan, murid hanya duduk mendengar. 5. Pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru adalah kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita,pengajaran berkumpulan dan sesetengan kemahiran.
Cir i-c iri Pe mu sa tan Gu ru Aktiviti-guru berperanan penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi- antara murid dan guru adalah sehala. Guru banyak bercakap, murid banyak mendengar.
Ciri kepimpinan guru- bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Strategi P&P- lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan- lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.
1. Perkara yang utamakan-pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan. 2. Teknik pengajaran guru-ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafal. Murid kurang berupaya membuat interpretasi. 3. Interaksi murid-guru-pasif dan sifat-sifat sosial yang sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
1. Kaedah pengelolaa- mementingkan keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian. 3. Dibawah strategi ini, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.
STRATEGI PEMUSATAN MURID
Dibawah strategi ini, murid memainkan peranan yang penting. Murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Didalam bilik darjah, guru adalah seorang pemimpin yang memimpin dan membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Sama ada kumpulan atau individu.
Dalam proses P&P, lebih banyak masa diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Perkara yang menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi ini adalah kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran.
Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi JERIS. Ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerapkali digunakan untuk mengkaji kelemahan murid. Penyampain guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid memahami fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan. Dibawah strategi ini, murid dapat menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
STRATEGI BERASASKAN BAHAN / AKTIVITI
1. Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. 3. Dibawak konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. 5. Dengan kata lain, aktiviti- mengandungi segala tindakan dalam P&P.
1. Aktiviti- suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. 2. J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. 3. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. 4. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik.
1. Didalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah. Antaranya aktiviti membaca, menulis, mengira, bermain, berbincang, membuat model, melukis, menyelesaikan masalah, menyanyi dan sebagainya.
1. Penggunaan pelbagai aktiviti P&P yang disarankan diatas telah menghasilkan beberapa kaedah mengajar yang berkaitan seperti kaedah penyelesaian masalah, kaedah perbincangan dan sebagainya. 3. Kaedah ini juga digunakan untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti.
MOD EL -M ODE L PEN GA JARA N OLEH: MOHD IKRAM SHAFIQ ROHADI NADIAH ABU BAKAR RAMLAH KHAIRUDDIN KHAIRUL MOHAMAD ZAINAL
KA EDAH & TEKNI K PE NGA JAR AN 1. Kaedah pengajaran: Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran dalam jangkamasa yang pendek. Dengan perkataan lain,kedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
1. Teknik mengajar: Kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. • Berdasarkan huraian diatas, kaedah pendajaran boleh digunakan sebagai teknik pengajaran apabila kaedah itu dilaksanakan dengan teknik yang sesuai. • Contoh: prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan.
1. SUMBA NGS ARAN Juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming)- merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Oleh itu, sumbangsaran menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan.
a) Prinsip-prinsip sumbangsaran
Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Garis panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang diberikan oleh guru haruslah ringkas dan jelas. Setiap kumpulan harus mengandungi ahli yang terdiri daripada pelbagai kebolehan.
Setiap kumpulan harus memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahlinya mengemukakan cadangan dan idea yang berkaitan dengan topik perbincangan. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
Cadangan atau idea yang dikemukakan, walaupun salah tidak boleh di kritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir.
Setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukakan cadangan. Ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5w (what? why? who? Where? When? ) untuk mengembangkan idea penyelesaian masalah. Ahli-ahli juga digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatkan kemungkinan penyelesaian.
Suasana perbincangan yang tidak formal harus diwujudkan untuk menggalakkan perbincangan. Pastikan masa yang diperuntukkan untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
a) Langkah-langkah Sumbangsaran 3. Peringkat permulaan
Mengemukakan soalan perbincangan Menerangkan tujuan perbincangan Menghuraikan garis panduan perbincangan Membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil.
1. Peringkat perbincangan
Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.
1. Peringkat penilaian dan rumusan
Pelapor-pelapor membentangkan idea-idea didepan kelas Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui.
2. KAEDA H PEN GAJ ARAN TEM ATI K
Tema boleh diertikan sebagai pokok perbicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu perbicaraan atau kajian. Misalnya melukis poster bertema alam semulajadi, menulis sebuah karangan bertema perpaduan berbilang kaum dan sebagainya.
Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan. Mengikut Louis Cohen dan Lawrence Manian (1983), pendekatan tematik amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti berkumpulan Ia akan menjadi pusat idea sebagai titik permulaan pembelajaran.
a) Cara 1
Kumpulan sederhana
Kumpulan cerdas Sub topik
Sub topik
TEMA
Sub topik Kumpulan lambat
a) Cara 2 Kumpulan 2
Kumpulan 1 Topik Y
Topik x Tema
Topik z
Kumpulan 3
Cara 3 Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Kumpulan 1
Topik Y ii
Topik Yi Tema Topik Y iii Kumpulan 3
Kumpulan 2
3. KAEDA H BERCER ITA Bercerita merupakan satu kaedah mengajar yang membolehkan guru menyampaikan isi pengajarannya melalui penggunaan teknik bercerita. Melaui kaedah ini,guru dapat menjalankan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita. 3. Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat,kebolehan,umur dan pengalaman murid serta objektif pengajarannya. 4. Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu.
1. Alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan untuk aktiviti juga harus disediakan. 3. Sebelum memulakan cerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita.
1. Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ejspresi guru. 2. Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi. 3. Pandangan terus ke muka murid secara bergilir. Cara ini amat berkesan untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan.
1. Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi ransangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intinasi guru mengikut watak dan suasana cerita itu. 3. Kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas.
1. Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah dapat mengembangkan daya imaginasi mereka. 2. Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan yang sukar.
4. KAEDA H PER BIN CAN GAN Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan diantara guru dan murid-murid dalam kelas, atau suatu jenis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan dibawah penyeliaan seorang guru.
Pada peringkat permulaan, guru biasanya mengemukakan topik perbincangan dan soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik. Semasa aktiviti perbincangan, muridmurid digalakkan memainkan peranan yang aktif untuk memberi pandangan masing-masing. Guru hanya memberi panduan dan bimbingan sahaja.
Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid-murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.
BENTUK PERBINCANGAN
Perbincangan keseluruhan kelas (diketua seorang Guru)
Perbincangan Kumpulan kecil (biasanya diketuai oleh seorang murid)
Perbincangan keseluruhan kelas
Guru
Guru
Guru
Perbincangan kumpulan kecil (Sesi buzz) Guru
PRINSIP-PRINSIP PERBINCANGAN 3. Pemilihan topik perbincangan a) Guru harus memilih topik yang berasaskan kepada pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid. Tujuannya ialah untuk membolehkan seberapa ramai murid menyertai aktiviti perbincangan.
a) Elakkan topik yang mengandungi isu sensitif, seperti isu perkauman dan agama. Pilih topik perbincangan yang boleh mendatangkan faedah kepada semua orang. c) Skop bagi tajuk yang dipilih haruslah jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukkan masa dalam sesi perbincangan.
1. Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan dimulakan. Cara inibakan membolehkan murid membuat persediaan dan seterusnya mencapai matlamat perbincangan pada sesi akhir. 3. Pengerusi dan pencatat harus dipilih daripada kalangan murid untuk mengendalikan sesi perbincangan.
1. Murid harus diberitahu cara dan peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dan tidak terpesong daripada tujuannya, 3. Semasa aktiviti perbincangan, guru harus menggalakkan dan membimbing semua murid agar melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Peranan guru terhad sebagai fasilitator sahaja.
1. Semasa sesi perbincangan, murid-murid digalakkan mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa. 3. Pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatatkan haruslah dirumuskan. Rumusan ini akan menjadi pertimbangan asas bagi pengerusi membuat ulasan.
1. Sedikit masa harus diperuntukkan bagi guru atau pengerusi untuk membuat ulasan dan kesimpulan daripada hasil perbincangan. Ia penting bagi murid menyedari pencapaian tujuan perbincangan mereka. 3. Sebelum akhir pelajaran, pujian guru haruslah diberikan kepada murid tersebut supaya mereka dapat merasakan idea dan pandangan mereka mendapat perhatian serta dihargai.
5. KAEDA H TUNJ UK CARA (DEMO NS TRASI ) Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasi cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid.
PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA 3. Sebelum demonstrasi a) Guru hendaklah menentukan topik, objektifdan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. c) Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan.
a) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas. b) Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan. c) Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinyasupaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan.
1. Semasa demonstrasi a) Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. c) Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. e) Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.
a) Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas. c) Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.
1. Selepas demonstrasi a) Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul. c) Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat
a) Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.
JENIS-JENIS TUNJUK CARA 3. Model hidup •
Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi.
•
Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan.
1. Model simbolik •
Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru.
2. Model persepsi •
Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan.
6.KAE DAH THE ORY O F CON TRA IN TS (T OC) Teknik TOC ini adalah digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah sama ada peribadi atau akademik. Ia membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir dan berkomunikasi secara sistematik,logik,tepat dan mudah dalam proses penyelesaian masalah.
Kesedaran dan mengenal pasti masalah
Penyataan masalah
Menentukan apa yang perlu diubah
Menentukan Objektif penyelesaian
Mengenal pasti cara penyelesaian masalah
Menentukan apa perubahan yang berlaku
Pelaksanaan cara penyelesaian masalah
Mengendalikan proses perubahan
1. Teknik a wa n Digunakan untuk menyelesaikan masalah konflik, atau memikir tentang sesuatu keadaan, situasi, idea atau sebagainya. Banyak menggunakan kaedah dan teknik mengajar seperti main peranan, perbincangan, sumbangsaran dan pemudahcaraan.
2.Te knik se bab dan akib at Digunakan untuk membimbing pelajar memikir tentang akibat sesuatu idea, tingkah laku, kejadian dan sebagainya. Juga diguna untuk membimbing pelajar membuat keputusan selepas memberi pertimbangan tentang akibat sesuatu masalah yang muncul.
3.Te knik me ncita cita kan k eja ya an Digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan cabaran. Memerlukan teknik merancang secara kolaboratif dan sistematik, serta kemahiran berfikir secara sistematik dan logikal. Banyak melibatkan teknik pemudahcaraan dan kolaborasi.