ADAB MENJALANKAN TUGAS KONSEP BEKERJA DALAM ISLAM
Tidak ikhlas dalam menjalankan sesuatu pekerjaan, tetapi bekerja hanya untuk memperoleh pujian dan sanjungan. Lebih mementingkan keuntungan daripada kepentingan orang ramai. Bersifat hasat dengki terhadap kejayaan orang lain. Tidak menghargai usaha orang lain. Tidak mementingkan kualiti produk perkhidmatan. Membocorkan rahsia-rahsia majikan atau syarikat naungan.
Islam mewajibkan umatnya bekerja untuk memajukan diri,keluarga dan negara.
Bekerja ialah tuntutan dan tanggungjawab manusia di bumi. Pekerjaan ialah suatu amanah yang perlu dilaksanakan sebaikbaiknya mengikut keupayaan dan kepakaran yang .ianugerahkan. Orang yang bekerja dengan ikhlas akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Bekerja dapat meningkatkan ekonomi,memastikan kerukunan hidup serta dapat menyara nafkah keluarga. Pekerjaan yang dilakukan mestilah halal dan bertepatan dengan hukum syarak. ADAB-ADAB KETIKA MENJALANKAN TUGAS
Memulakan setiap pekerjaaan dan aktiviti dengan membaca bismillah untuk mendapat berkat-Nya.
Melaksanakan sesuatu tugas dengan penuh tanggngjawab. Menyelesaikan tugasan pada masa dan tarikh yang ditetapkan
tanpa bertangguh-tanggguh untuk menjana kecemerlangan sesuatu tugas. Pakaian hendaklah sentiasa menutup aurat,kemas,bersih dan sesuai dengan pekerjaan yang dilakukan supaya ibadah solat dilakukan di mana-mana sahaja Bertoleransi,bekerjasama dan saling membantu sesama rakan setugas untuk dapat kesempurnaan tugasan Mematuhi telunjuk ketua selagi arahan tersebut tidak bercanngah dengan hukum syarak.
SIKAP-SIKAP NEGATIF SEMASA MENJALANKAN TUGAS
Menyiapkan tugas tidak mengikut masa yang telah ditetapkan. Bersikap cuai ketika menjalankan tugas. Mementingkan diri sendiri dan tidak bertimbang rasa. Tak bertoleransi dan tak bekerjasama dengan rakan setugas. Malas bererusaha dan sering kali mencuri tulang.
CIRI-CIRI PETUGAS YANG BAIK
Ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Menganggap pekerjaan sebagai ssuatu ibadah. Tekun dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan pekerjaan. Bersikap jujur, amanah, dan bertanggungjawab. Tidak meninggalkan perintah Allah swt semata-mata untuk menunaikan pekerjaan. Istiqamah dalam pekerjaan. Menonjolkan diri dan organisasi naungan.
KELEBIHAN MENGAMALKAN ADAB BERTUGAS
Pekerjaan yang dilakukan sempurna dan mendapat keberkatan. Ganjaran atau pendapatan yang diperoleh daripada yang ikhlas dan beradab menjadi rezeki yang halal. Hasil kerja mendapat faedah yang berpanjangan. Disukai dan disayangi rakan setugas. Hubungan silaturrahim antara rakan setugas rapat. Kasih sayang dan kerjasama dapat dijalinkan. IMPLIKASI TIDAK BERADAB KETIKA BERTUGAS
Kerja tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Hasil produk perkhidmatan tak berkualiti dan gagal memenuhi piawaian yang dikehendaki. Tidak akan mendapat kepercayaan orang lain. Ekonomi negara terbantut. Menghalang pembangunan dan kemajuan negara.