Konflik Remaja Di Sekolah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konflik Remaja Di Sekolah as PDF for free.

More details

  • Words: 2,053
  • Pages: 6
Remaja adalah individu yang telah hidup bertahun-tahun dengan ibu bapa dan kemudian beralih kepada lingkungan yang lebih luas meliputi rakan sebaya, guru-guru serta orang lain. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah dirinya atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya. Rogers (1985) menyatakan antara perubahan nyata yang berlaku pada peringkat remaja ialah mereka mula pandai berfikir, menilai perasaan, mengkaji skrip hidup ibu bapa, mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal tentang keindahan dunia kehidupan orang dewasa yang sukar dicapai baginya. Perubahan emosi dan fikiran ini menimbulkan kegelisahan pada remaja kerana untuk berdikari mereka tidak mampu dan untuk mengikut jejak langkah orang dewasa juga tidak berupaya. Keadaan ini menimbulkan konflik nilai dalam dirinya. Mereka mengalami rasa gembira dan kadangkala kesunyian, berkahayal dengan orang yang dikaguminya, dan cenderung mencontohi dalam pelbagai perkara, seperti cara berpakaian, cara bergaul dan cara berfikir. Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial yang membabitkan remaja hari ini benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah. Justeru itu, guru dan pihak sekolah amnya sangat berperanan dalam mengatasi masalah dan konflik remaja di sekolah kerana kebanyakan masa remaja di Malaysia pada hari ini banyak dihabiskan di sekolah. Bagi mengatasi konflik-konflik remaja di sekolah terdapat pelbagai ilmu yang boleh dipraktikkan oleh para guru dan pihak pentadbiran sekolah. Teori psikologi pendidikan amat bersesuaian jika dapat diaplikasikan secara sempurna. Psikologi Pendidikan merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana teori-teori psikologi boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah (Borich dan Tombori, 1997). Menurut Huffman (2004) dalam buku Psikologi Pendidikan pula psikologi pendidikan merupakan bidang ilmu mengenai ‘pembelajaran tentang proses pendidikan dan memperkenalkan perkembangan intelektual, sosial dan emosi kanak-kanak di dalam persekiratan sekolah’. Bidang psikologi pendidikan membantu guru supaya lebih memahami diri sendiri, memperbaiki dan melangkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya ada pada seorang guru. Guru mesti bercakap di hadapan kelas dengan suara yang jelas dan lantang, menghuraikan fakta dengan tersusun, berpakaian kemas supaya senang dipandang oleh pelajar,

menjalin hubungan mesra dengan pelajar, berkebolehan mengawal bilik darjah dan mempunyai keyakinan diri apabila berada di hadapan bilik darjah. Antara konflik yang sering wujud dalam kalangan remaja di sekolah ialah ponteng. Ciriciri psikologi pelajar yang ponteng agak mudah dikesan oleh guru yang cekap pemerhatiannya. Sikap itu termasuklah hedonisme jangka pendek, negativisme, penyelewengan daripada peraturan sekolah dan pendesakan mengadakan autonomi bagi sekolah. Pelajar yang hedonism mudah berasa bosan apabila sesuatu aktiviti itu tidak menampakkan faedah jangka panjang. Hedonisme adalah kegagalan pelajar memahami perhubungan antara kerja dengan kenikmatan yang kabur berhubung dengan faedah jangka panjang suasana persekolahan. Ini menimbulkan kebosanan. Negativisme pula ialah kegagalan memahami realiti di sekeliling. Pelajar yang ponteng tidak mampu memahami mengapa sepatutnya mereka patuh dan berkewajipan dari segi moral untuk ke sekolah. Desakan untuk memperoleh kebebasan berbuat sesuatu mengikut sesuka hati merupakan satu lagi ciri mereka yang suka ponteng. Kadangkala ada pelajar yang berasa bangga apabila pihak sekolah menghukum mereka. Rangsangan kognitif yang melampau di sekolah akan melahirkan pengunduran dalam kalangan sesetengah pelajar. Mereka “mendapati kemampuan untuk berfikir dan bertindak dengan tegas terjejas oleh penerangan yang terlampau mendadak terhadap pancaindera mereka”, (Alvin Toffler (1970) Future Shock: London & Sydney: Pans Book) dalam buku Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Mereka akan menolak realiti sekolah apabila mereka tidak mampu lagi menerima semuanya itu setiap hari. Dengan itu sekolah menjadi satu realiti yang tidak diingini. Sehubungan itu, seseorang guru boleh menjadikan teori kecerdasan sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada pelajar-pelajarnya. Keadaan ini membolehkan guru mempelbagaikan cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus kepada satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya guru boleh menjalankan pengajarannya berdasarkan lapan kecerdasan yang disarankan oleh Howard Gardner seperti menggunakan kaedah kecerdasan visual/spatial yang melibatkan kecerdasan dari segi keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah. Suasana pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk belajar. Peneguhan positif juga boleh

diberikan sebagai satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohcontoh peneguhan positif yang boleh diberikan di dalam bilik darjah adalah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, member hadiah. Peneguhan positif (Roediger, 1996) dalam buku Psikologi Pendidikan adalah memberikan sesuatu ganjaran yang memuaskan pelajar setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatakan lagi. Sering didengar bahawa guru-guru merungut mengenai sikap pelajar semasa dalam bilik darjah terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajran sedang berlaku. Dari itu, guru memainkan peranan penting di mana guru hendaklah peka terhadap diri setiap orang pelajar dalam bilik darjah sama ada pelajar menumpukan perhatian terhadap perkara-perkara yang berlaku di luar bilik darjah atau terhadap pengajaran guru. Fenomena ini boleh berlaku kerana beberapa faktor antaranya adalah disebabkan oleh suara guru yang kurang jelas dan lantang serta kaedah pengajaran yang kurang menampakkan keberkesananya. Dengan itu, guru hendaklah mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan menggunakan bahan bantuan mengajar yang sesuai untuk menarik minat pelajar. Begitu juga, guru boleh menangani masalah ini dengan menggunakan kebijaksanaannya mengawal kelas secara aktif. Guru juga boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran dengan memberikan beberapa soalan kepada pelajar yang kurang menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Walaubagaimanapun, guru harus memainkan peranan yang bijak untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan aktiviti senaman ringan seperti aktiviti yang menggunakan tangan yang boleh dilakukan pelajar terutama sekali pada waktu tengah hari. Senaman ringan di dalam bilik darjah boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit dan kemudian menyambung semula pengajaran. Selain itu, guru boleh menyuruh pelajar yang benar-benar mengantuk atau tertidur supaya membasuh muka atau mengajukan beberapa soalan supaya pelajar terbabit dapat melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan dan aktiviti pembelajaran secara aktif. Dalam konteks bilik darjah di negara ini, rata-rata di dalam bilik darjah terdapat murid-murid yang pintar, cerdas, sedrhana dan lembab. Kadangkala sesebuah sekolah telah mengasingkan tahap kecerdasan murid mengikut kelas dengan mengubah nama kelas kepada nama-nama bungan atau tokoh-tokoh tertentu. Pengasingan kelas mengikut tahap kecerdasan bukanlah satu langkah yang baik dari perspektif psikologi (Maznah, 1984). Hal ini adalah kerana murid yang pintar tidak semestinya murid itu adalah murid yang kreatif kerana

Woolfolk telah membuktikan hubungan antara pintar dan kreatif adalah tidak signifikan, iaitu bermaksud dalam banyak kes murid yang kreatif lebih tinggi nilainya daripada murid yang pintar. Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru harus menggunakan pendekatan yang sesuai dengan tahap kebolehan pelajar. Dalam kalangan pelajar pandai, guru boleh menggunakan teknik kuliah atau mencari fakta sendiri. Tetapi dalam kalangan pelajar yang lemah, guru perlu menggunakan teknik scaffolding (teknik yang digunakan oleh seseorang yang memiliki kemahiran yang lebih untuk membantu seseorang yang kurang berpengetahuan) yang disarankan oleh Vygotsky dan lain-lain. Pergaduhan merupakan suatu masalah yang berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh guru. Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya pergesaran dan perselisihan antara para pelajar. Ada pelajar yang mengalami tekanan emosi dan pelajar jenis ini akan berasa mudah tersentuh dan tersinggung. Pergaduhan berlaku sekiranya seseorang pelajar itu menggangu, mengejek dan mengusik rakannya di dalam bilik darjah. Kejadian boleh berlaku semasa guru sedang mengajar ataupun berada di luar bilik darjah. Pelajar yang suka bergaduh adalah disebabkan oleh konflik rumahtangga, terpengaruh dengan keadaan yang berlaku di sekitar, keganasan yang dilihat daripada televisyen, bergaul dengan pelajar yang nakal dan suka mengusik pelajar lain dan sebagainya. Guru perlu memanggil kedua-dua orang pelajar yang bersengketa itu dan meminta mereka menerangkan sebab berlakunya pergaduhan itu. Jika perlu, saksi boleh dipanggil untuk member keterangan. Dengan itu, guru perlu mengkaji secara dekat dan mengenal pasti sebab musabab berlakunya persengketaan itu dan perlu memikir dan membuat pertimbangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu. Untuk mengatasi masalah itu, ia bergantung kepada tahap pergaduhan itu dan juga pelajar yang terlibat. Dalam perkara ini, guru seharusnya bertindak sebagai orang tengah dan memainkan peranannya untuk memberi perasaan puas hati kepada kedua-dua belah pihak yang bertelagah itu. Sementara itu, guru boleh memberi nasihat kepada kedua belah pihak agar mereka berbaik-baik semula dan bertolak ansur antara satu sama lain dan tidak menggangu perjalanan kelas. Sekiranya pergaduhan itu berlaku secara berterusan dan guru tidak dapat menyelesaikan masalah itu, dia perlu mendapatkan bantuan daripada guru lain. Percintaan dan keluar bersama mula menjadi isu remaja. Perasaan ini adalah normal dan semula jadi. Guru harus menjelaskan kepada pelajar tentang ‘cinta sejati’, ‘cinta monyet’ dan ‘cinta bodoh’ untuk mengelakkan remaja perempuan dan lelaki kecundang oleh nafsu dan

melakukan perbuatan yang dilarang oleh undang-undang dan mengelakkan terjadinya kehamilan luar nikah. Perasaan cemburu yang mendalam dalam kalangan remaja lelaki dan perempuan akan mendorong mereka melakukan tingkah laku yang boleh membawa akibat buruk kepada diri mereka sendiri. Contohnya remaja lelaki akkan bergaduh dan bertumbuk dengan remaja lelaki lain yang dianggapnya telah merampas kekasihnya. Begitu juga dalam kalangan remaja perempuan mereka akan mengkhianati rakan perempuan lain yang merampas kekasih hatinya. Bruner merumuskan bahawa pelajar dapat belajar pada mana-mana peringkat umur apabila mereka dimotivasi untuk mempersepsi pengalaman-pengalaman melalui pengamatan (insight). Guru tidak boleh mengambil tindakan menghukum pelajar yang bercinta di sekolah dengan merotan mereka di depan pelajar lain. Kementerian Pelajaran juga tidak bercadang sekali-kali untuk melaksanakan hukuman rotan di khalayak ataupun public caning dan kekal dengan pendirian seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 (Kuasa Guru Merotan Murid) kerana hukuman merotan di khalayak ini boleh menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan-kesan negatif dari segi psikologi dan juga perkembangan self-esteem pelajar. Salah Laku Seksual Jenayah seksual di kalangan remaja bukan lagi isu baru di Malaysia. Jenayah seksual remaja dapat didefinisikan sebagai perbuatan seksual secara paksaan yang meliputi perbuatan meliwat, merogol, melakukan kelucahan melampau, membunuh dan menyeksa mangsa menggunakan kekerasan di mana perbuatan-perbuatan itu salah di sisi undang-undang. Antara ciri-ciri remaja Devian mengikut kajian Halcomb (1991), personaliti remaja mempunyai masalah tingkah laku seperti berasa kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang kasih sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi. Punca Salah Laku Seksual Remaja adalah berdasarkan teori fungsionalisme. Teori ini menganggap devian sebagai tidak mempunyai peranan kepada struktur sosial. Teori konflik mengatakan, devian adalah tindakan golongan tertindas ke atas pihak minoriti yang menindas. Teori Subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat, devian berpunca daripada budaya kumpulan yang berbeza daripada budaya masyarakat. Remaja terutama daripada kelas sosial rendah yang tidak berjaya dalam akademik mengalami kekecewaan dan tekanan serta bertindak melakukan devian. Teori interaksionisme Teori interaksionisme melihat devian sebagai perkara subjektif dan proses sosial. Remaja sengaja memilih tingkah laku mengikut kemahuan dan sesuai dengan cara interpretasi mereka. Oleh itu, guru hendaklah mendidik pelajarnya sama seperti mendidik anaknya sendiri. Guru perlu

menunjukkan keprihatinan kepada pelajar dengan mengingati nama mereka, sering bertanya khabar dan berbual-bual dengan pelajar. Guru perlu mengambil berat keadaan pelajar dan bersedia membantu pelajar yang ada masalah. Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu. Keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri. Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina. Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira, menilai, mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P. Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti pengajarn dan pembelajaran (P&P), golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru. Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan kepada murid sahaja. Psikologi Pendidikan adalah suatu bidang yang memberi kefahaman kepada guru tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka supaya guru menjadi lebih prihatin kepada pelajar yang sedang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan social. Perkara tersebut perlu diketahui oleh guru kerana keupayaan dan kecerdasan dan kebolehan tidak sama antara kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Guru yang efektif adalah guru yang melangkah ke dalam bilik darjah dengan bergaya dan dilengkapi dengan ilmu mengenai sifat dan tabii pelajar-pelajarnya.

Related Documents