Komsas Konserto

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komsas Konserto as PDF for free.

More details

  • Words: 902
  • Pages: 7
Bahasa Malaysia. Komsas.

• danial syahiran ho • tingkatan lima • :D

soalan 1 Tema dan Persoalan Tema untuk novel Konserto Terakhir ialah perjuangan hidup seorang anak muda yang berasal dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. Berikut ialah bukti-bukti yang dapat dikaitkan dengan kewujudan tema novel Konserto Terakhir. Melalui novel ini, pengarang mengetengahkan liku-liku yang dilalui oleh Hilmi yang sebelum ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat itu lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi telah bekerja sebagai tukang kebun di rumah bapa saudaranya, Datuk Johari. Setiap kali Hayati bermain piano, Hilmi sengaja mencari kerja yang dekat dengan suara alunan piano itu. Minat Hilmi terhadap muzik semakin memuncak. Dia telah mengusik piano Hayati dan memainkan beberapa buah lagu seperti lagu “anak ikan”. Pengarang melukiskan bakat yang ada pada Hilmi itu yang membolehkan nalurinya menggerakkan jarijarinya bermain piano walaupun sebelum ini dia tidak ada asas muzik dan tidak pernah mengenal piano. Peristiwa itu menyebabkan piano itu rosak dan Datin Salmah memarahi Hilmi. Persoalan yang menarik ialah berusaha memajukan diri. Ini dapat dibuktikan apabila Hilmi belajar muzik dengan En.Bakar. Lama-kelamaan dia menjadi penggubah lagu untuk rakaman dan menang tiga tahun berturut-turut pasta muzik tahunan anjuran RTM. Satu lagi persoalan ialah ikhlas semasa menjalankan tugas. Walaupun terpaksa bekerja sebagai tukang kebun, dia bekerja dengan bersungguh-sungguh. Ramai tetamuyang datang ke rumah Datuk Johari memuji cara Hilmi menggubah halaman rumahnya itu. Persoalan lain yang menarik ialah keangkuhan

manusia akibat sikap sombong dan bangga diri. Hal ini tergambar pada watak Datin Salmah yang sentiasa memburuk-burukkan Hilmi agar dapat menghalaunya dari rumah. soalan 2 Latar Latar tempat bagi novel Konserto Terakhir ialah rumah Datuk Johari. Antaranya kehadiran Hilmi, pekerjaan Hilmi sebagai tukang kebu, hubungan Hilmi dengan Hayati, krisis antara hilmi dengan Datin Salmah, hilmi bermain piano Hayati, hubungan Hayati dengan Mohsin, dan Datuk Johari mati. Latar masa pula ialah sebelum tahun 1980. Pada masa pegawai Inggeris masih bertugas di Malaysia. Contohnya Tuan Milton diminta oleh Datuk Johari memberikan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya latar masyarakat ialah masyarakat bandar yang tidak mengamalkan semangat kejiranan. Ini boleh dilihat dalam hubungan antara Datuk Johari dangan dr.Nathan. Datuk Johari dan Datin Salmah marah kepada Hilmi kerana mengambil tanah hitam yang diberikan oleh dr.Nathan. Datin Salmah juga melarang Mak Minah berbual dangan Mamat dan isteriinya yang bekerja dengan dr.Nathan.

soalan 3 Watak Utama Watak protagonis dalam novel Konserto Terakhir ialah Hilmi. Hilmi memiliki banyak nilai murni yang boleh diteladani oleh orang lain. Nilai murni yang ditonjolkan oleh Hilmi ialah kasih sayang. Hilmi amat menyayangi Hayati sehingga berasa cemburu apabila melihat Hayati berjalan bersama dengan Mohsin. Amanah. Hilmi menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan baik. Sebagai tukang kebun dia menjaga kebun rumah Datuk Johari dengan baik. Kerajinan. Hilmi sentiasa menunjukkan sikap krajinan sama ada sebagai tukang kebun ataupun sebagai pemuzik. Sikap kerajinan inilah yang menyebabkan Hilmi menjadi pemuzik yang terkenal. Kesabaran. Walaupun Datin Salmah memberi layanan yang buruk dan menghinanya, Hilmi tetap bersabar dan tidak langsung menentang Datin Salmah. Ketaatan. Hilmi tetap taat kepada Datuk dan Datin walaupun diberi layanan buruk. Dia juga taat kepada perintah Allah. Walaupun dia sibuk dengan tugasnya, dia tidak pernah lupa mendirikan sembahyang.

soalan 4 Contoh Peristiwa Nilai Kerjasama, Bertanggungjawab, dan Gigih. Semangat kerjasama Encik Bakar pemimpin quartet yang berjaya kerana mendapat sokongan duripada semua ahli kumpulannya yang dianggap seperti satu keluarga. Begitu Juga dengan kejayaan Orkes Hilmi merupakan kejayaan berkumpulan. Semangat ltu ditunjukkan oleh Orkes Hilmi ketiku Hilmi dimasukkan ke hospital dan Pertunjukan Orkes Perdana itu berjaya dan mendapat pujian. Nilai bertanggungjawab dapat dilihat pada Hilmi yang bekerja dengan baik sebagai tukang kebun kerana adalah tugas yang diberikan kepadanya.selain itu Ketua Pengarah RTM menunaikan tanggungjawabnya dengan amanah untuk memastikan persembahan Orkes Perdana RTM berjalan lancar. Akhir sekali ialah nilai gigih. Nilai ini dapat dilihat pada Ketua Pengarah RTM yang berusaha mencari Hilmi pada malam pertunjukan Orkes Perdana. Setelah gagal, dia berusaha pula mencari pengganti.

soalan 5 peristiwa plot Plot klimaks dalam cerita ini ialah Hilmi telah berjaya memainkan pelbagai alat muzik dan menggubah lagu. Akhimya Hilmi ditawarkan untuk menyertai quartet Endk Bakar dan terkenal sebagai ‘Pemain Biola Hikmat Malaysia. Hilmi dan Azizah juga telah menubuhkan Kugiran Dahlia. Hilmi dan Azizah telah diijabkabulkan dan kemudiannya memperolehi seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun rumah tangga mereka tidak kekal lama. Hilmi juga bertambah sedih setelah kematian Encik Bakar. Hilmi juga telah bertungkus lumus menyiapkan satu alrangement yang diberi nama ‘Hilmi Potpouri’ untuk satu Pertunjukan Orkes Perdana. Manakala perleraiannya ialah Hilmi jatuh sakit dan tidak dapat memimpin Pertunjukan Orkes Perdana. Hayati telah muncul menggantikan Hilmi. Pada masa yang sama, di hospital, Pak Karim telah bertemu Datuk Johari dan telah mendedahkan rahsia sebenar Hilmi. Datuk Johari telah insaf dan akhimya meninggal dunia kerana terkejut mendapat berita kematian Hilmi.

soalan 6 Pengajaran Antara pengajaran yang dapat kita pelajari dalam novel Konserto Terakhir ialah jangan mementingkan pangkat dan kedudukan hingga menghina orang lain. Datin Salmah yang memandang hina orang kampung yang miskin kerana tidak setaraf denag kaum keluarganya yang berpangkat tinggi. Selain itu, kita hendaklah ada rasa simpati dan belas kasihan terhadap seseorang yang bernasib malang. Bukti pengajaran ini ialah Hayati bersimpati terhadap Hilmi yang tidak makn kerana dilarang oleh emaknya. Hayati memujuk Hilmi untuk makan. Pengajaran terakhir ialah kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan. Ketua Pengarah RTM insaf perbuatannya yang tidak mentaati perintah Allah s.w.t dan berjanji dalam hatinya akan tat segala perintah-Nya.

Related Documents

Komsas Konserto
May 2020 7
Komsas
May 2020 14
Komsas
May 2020 15
Komsas
November 2019 20
Kelebihan Komsas
June 2020 9
Novel & Komsas
June 2020 7