\.
Rujukan (16)dlm.KKM-171 BKP/13/63/0935 Tarikh:
6 Ogos 2009
Tan SrilDato'/DatinlTuan/Puan, Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 10/2009 PANOEMIK (H1N1) 2009 01 MALAYSIA:
a. LANGKAH PENCEGAHAN BAGI MENGURANGKAN KEMATIAN, b. LANGKAH KAWALAN PENULARAN 01 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI/SEKOLAH. 1. TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan tindakan pelaksanaan aktiviti tambahan kepada pencegahan dan pengawalan Pandemik (H1N1) 2009 bagi memperlahankan penularan dan mengurangkan impak pandemik kepada aktiviti sosioekonomi kepada masyarakat dan negara. 2. LATARBELAKANG 2.1 Penularan pandemik influenza A(H1 N1) ke Malaysia telah memasuki komuniti dan jangkitan tempatan ini dijangka akan melibatkan jumlah kes yang tinggi terutama di tempat-tempat yang mempunyai kepadatan penduduk atau penghuni yang tinggi. Penularan ini perlu diperlahankan bagi mengurangkan beban kepada fasiliti kesihatan juga jangkitan kepada golongan berisiko tinggi. 2.2 Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) telah mengeluarkan pekeliling pada 31 Julai 2009 di mana telah mengesyorkan pemberian awal dalam tempoh 48 jam selepas onset simptom, rawatan anti-viral influenza kepada golongan berisiko tinggi. 2.3 Bilangan kluster kejadian jangkitan influenza melibatkan pelbagai sektor termasuk sekolah I kerja dan di komuniti. Kejadian kluster di sekolah mengakibatkan banyak sekolah telah ditutup terhadap aktiviti pembelajaran pelajar.
A(H1N1) yang meningkat dan institusi pengajian tinggi, tempat dan institusi pengajian tinggi telah dan ini memberi impak negatif
2.4 Taklimat Mencegah Influenza A(H1 N1) di Institusi Pengajian Tinggi telah diadakan pada 1 Ogos 2009. Sesi taklimat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai dari semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan juga pegawai kesihatan daerah terbabit.
3. KEPUTUSAN Bagi mengurangkan impak negatif terhadap aktiviti pembelajaran dan memastikan rawatan awal dengan anti-viral influenza dapat diberikan dengan segera bagi mereka yang berisiko tinggi dan menunjukkan simptom-simptom jangkjtan influenza, Kementerian Kesihatan telah membuat ketetapan berikut; 3.1 Semua kes-kes yang mempunyai simptom jangkitan influenza serta mempunyai faktor risiko(mengandung, obesiti, asma, penyakit paru-paru kronik, diabetik dan golong imuniti rendah), hendaklah diberi rawatan anti-viral influenza serta-merta tanpa perlu membuat ujian pengesahan influenza A(H 1N1). Pemberian rawatan dalam tempoh 48 selepas onset memberi manfaat yang optimum. 3.2 Ujian pengesahan jangkitan influenza hanya perlu untuk kes-kes yang dirawat di hospital. 3.3 Bagi pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi adalah diingatkan bahawa mereka yang bersimptom hendaklah mengelakkan diri daripada menghadiri kelas atau kuliah termasuk aktiviti berkumpulan. Mereka hanya dibenarkan menghadiri aktivitj-aktiviti ini selepas 1 hari bebas simptom jangkitan influenza A(H1 N1). 3.4 Untuk tindakan kawalan yang berkesan penularan penyakit influenza di sekolah atau institusi tinggi, kerjasama semua pihak adalah diperlukan termasuk ibu-bapa dan pelajar itu sendiri seperti yang berikut; a)
Pelajar yang bersimptom influenza hendaklah tidak dibenarkan bersekolah oleh ibu bapa dan hendaklah segera dirujuk mendapatkan rawatan. Mereka hanya dibenarkan bersekolah setelah bebas simptom jangkitan.
b)
Semasa pembukaan sesi pagi atau sebelum memasuki kuliah, para guru atau pensyarah hendaklah memaklumkan pelajar yang bersimptom untuk tidak memasuki kelas dan dirujuk untuk rawatan. Mereka hanya dibenarkan memasuki kelas setelah bebas simptom.
c)
Penutupan sekolah merupakan pilihan terakhir dalam menangani kejadian influenza A(H 1N1) di sekolah atau institusi. Jika penularan terhad kepada kumpulan tertentu, langkah kawalan dan pencegahan hendaklah menumpukan kumpulan ini. Penutupan sekolah atau institusi pengajian tinggi secara total, hendaklah dibuat setelah siasatan dan penilaian risiko yang teliti dijalankan mendapati terdapat justifikasi kukuh berbuat demikian serta dengan persetujuan bersama di antara pihak pejabat kesihatan daerah dan institusi I sekolah.
4. TARIKH BERKUATKUASA Surat Pekeliling ini berkuat kuasa dengan serta-merta.
5. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan hendaklah dikemukakan kepada; Pengarah Kawalan Penyakit Sahagian Kawalan Penyakit Aras 3,4,6 dan 8, Siok E10 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Tel: 03-88834370/88834386 Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" TAN SRI DATO' SERI DR. HJ. MOHO ISMAIL BIN MERICAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, PAHANG CARTA ALIR SARINGAN PANDEMIK INFLUENZA Pesakit datang ke klinik & membaca papan tanda ingatan
Jika ADA: 1. Demam, DAN 2. Batuk ATAU sakit tekak.
TANGGUNGJAWAB
Pesakit; baca papan tanda ingatan.
TIDAK salah satu
Pesakit; ‘self-triaging’.
Ke Kaunter Pendaftaran biasa
YA kesemuanya Kaunter TRIAGE
Tanya & Periksa: 1. Suhu badan >380C DAN 2. Batuk ATAU sakit tekak.
TIDAK salah satu
Jururawat Masyarakat / Jururawat Terlatih
YA kesemuanya 1. Beri mask. 2. Bawa ke Bilik Rawatan Khas.
Pembantu Perawatan Kesihatan
1. Pendaftaran. 2. Pemeriksaan fizikal.
Penolong Pegawai Perubatan / Pegawai Perubatan
KOMPLIKASI YA
TIDAK
RISIKO
TIDAK
YA 1. Beri rawatan ’TAMIFLU’. 2. Discaj ke rumah untuk ’home isolation’. 3. Nasihat kesihatan. 4. Notifikasi. 5. Follow-up.
1. Stabilkan/resusitasi (jika perlu). 2. Surat rujukan. 3. Telefon Bilik Gerakan hospital. 4. Rujuk ke hospital dengan ambulan klinik. 5. Notifikasi.
1. Beri rawatan biasa. 2. Discaj ke rumah untuk ’home isolation’. 3. Nasihat kesihatan. 4. Notifikasi.
Pegawai Perubatan; maklum ke Pakar Perubatan Keluarga
Penolong Pegawai Perubatan / Pegawai Perubatan
Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, PAHANG
Surat Rujukan / ‘Case Note’ Kes Influenza Kepada; Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit / Pakar Perubatan
Tarikh:
Masa:
Nama: Umur:
Bangsa:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh lahir:
Alamat:
No. Tel.: Complaint(s); Fever / Sore throat / Shortness of breath / Difficulty breathing / Body or Muscle ache
General condition;
Examination; Height Temp. RR
m; 0
C;
bpm;
Weight
kg;
BP
mmHg;
BMI
kg/m2
PR
bpm
%
SpO2
Co-morbid (9); Asthma
COPD
OSA
CRF
CCF
CRHD
DM
Thal. Major
Cancer
ChemoRx.
HIV/AIDS
Long term steroid
Pregnant
Tandatangan / Cop Nama:
Cop Klinik: