Kkbi 2009

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kkbi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 4,290
  • Pages: 23
Asal Usul Bahasa Melayu Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu. Antaranya ialah catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu. Selain itu, satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Asal Usul Bangsa Melayu Beberapa teori telah menyatakan bahawa penutur bahasa melayu berasal dari golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, ddan menduduki wilayah Asia Tenggara.Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto. Golongan ini berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru iaitu 2500 Sebelum Masihi keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera. Manakala, kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro. Mereka Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi dan keturunannya ialah orang Melayu di Malaysia.Golongan ini dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto. Ini kerana mereka lebih bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam. Mereka menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Bilangan mereka juga lebih banyak daripada Melayu Proto. Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik, telah mewujudkan variasi bahasa kerana kewujudan pelbagai daerah yang didiami oleh masyarakat Melayu Proto dan Melayu Deutro.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersamasama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: •

Bahasa Melayu Kuno,



Bahasa Melayu Klasik dan



Bahasa Melayu Moden.

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu ialah satu daripada kira-kira 200 bahasa dalam cabang Nusantara, keluarga bahasa Austronesia. Bilangan penutur asalnya sederhana, iaitu yang tinggal di sekitar Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, dan Sumatera. Bahasa Melayu dikatakan mencapai

zaman

kegemilangannya dari abad ke-7

hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca(bahasa perantaraan) dan bahasa pentadbiran. Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat, dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Sistem bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi bahasa Melayu dan pelbagai hal. Bahasa Sanskrit menyumbang kepada pengkayaan kosa

kata dan ciri-ciri keilmuaan

(kesarjanaan) Bahasa Melayu. .

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: A. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)



Ditulis dalam huruf India



Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.



Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

B. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) •

Masih memakai abjad India



Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

C. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) •

Ditulis dalam tulisan Jawi



Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.

Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: •

Zaman kerajaan Melaka



Zaman kerajaab Acheh



Zaman kerajaan Johor-Riau

Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Ciri-ciri bahasa klasik: •

Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.



Banyak ayat pasif



Menggunakan bahasa istana



Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)



Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.



Ayat songsang



Banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden .Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu

mencapai

kedudukan

yang

tinggi,dan

berfungsi

sebagai

bahasa

perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan Negara.

CIRI-CIRI BAHASA Terdapat pelbagai ciri-ciri yang dapat dikesan dalam sesebuah bahasa itu. Pertamanya bahasa sebagai satu sistem. Bahasa sebagai satu sistem bererti bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan. Sistem itu pula bersifat berperaturan. Tiap-tiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu atau struktur sintaksis. Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Bentuk dan kedudukan perkataan dalam ayat dapat memberikan makna kepada sesuatu bahasa. Semua bahasa mempunyai sistem, bunyi dan lambing namun mempunyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Sebagai contoh, sekiranya kita diminta untuk menerangkan struktur bahasa Melayu, kita mungkin tidak dapat menjelaskan secara terperinci, tetapi secara tidak langsung kita tahu tentang struktur bahasa itu dan dapat bertutur dengan mematuhi peraturan dan struktur bahasa itu secara automatik.

Seterusnya ialah bahasa sebagai satu simbol. Untuk pengetahuan umum, pada zaman awal, manusia menggunakan gambar dan objek tertentu untuk menerangkan sesuatu. Kemudian, manusia menggunakan kombinasi bunyi sebagai simbol. Bunyi secara sistematik disusun secara berturutan untuk menghasilkan perkataan yang seterusnya digunakan sebagai simbol untuk semua perkara yang dilakukan dan difikirkan oleh manusia. Bahasa juga boleh dikatakan sebagai ‘simbol’ isyarat bersuara dihantar oleh penutur kepada pendengar dalam proses interaksi. Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-ungkapan yang membentuk simbol tersebut.

Dalam proses komunikasi, tergambar hasrat

penutur untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau perkara kepada pendengar. Dalam hal ini, semua isyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang tertentu. Bahasa juga disebut sebagai alat komuikasi. Keperluan bahasa sebagai alat komunikasi melebihi keperluan sebagai ekspresi diri. Melalui komunikasi manusia dapat menyampaikan semua yang dirasai, difikirkan dan diketahui oleh mereka kepada orang lain. Melalui komunikasi manusia mewarisi dan mempelajari semua yang pernah diperoleh oleh individu yang terdahulu daripada mereka. Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan saluran untuk membolehkan penutur sesuatu bahasa dapat menjalinkan kerjasama dengan penutur daripada bahasa yang lain. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara, iaitu secara lisan atau tulisan. Komunikasi lisan bermaksud penutur mengujarkan bunyi-bunyi bahasa untuk didengari dan difahami oleh pendengar. Komunikasi tulisan pula bermaksud penulis mencatatkan dan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat atau dibaca bagi menyampaikan idea atau perkara yang terkandung dalam fikiran mereka kepada

pembaca.

Penggunaan

bahasa

sebagai

alat

komunikasi

perlu

menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutir, pendengar, topik perbicaraan, latar belakang dan tujuan komunikasi. Seterusnya, bahasa juga bersifat arbitrari yang bermaksud tidak semestinya terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh sebab sifat arbitrari inilah maka kita dapati bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk kepada benda yang sama. Sebagai contoh, apabila ditunjukkan gambar seekor kuda, kita akan menyebut perkataan [kuda] untuk menamakan binatang tersebut. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris ia disebut horse, dalam bahasa Sepanyol disebut caballo, bahasa Perancis membunyikannya sebagai cheval dan bahasa Jerman membunyikannya pferd. Hal ini menunjukkan bahawa simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-

wenangnya, iaitu tiada perkaitan diantara bunyi dengan simbol secara tetap bagi bahasa-bahasa didunia ini. Manusia yang berbeza budaya menggunakan bunyi yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol yang sama. Makna bahasa juga bersifat arbitrary. Sebagai contoh, apabila kita mendengar bunyi ring…ring…ring…, kita dengan sendirinya tahu bahawa bunyi itu ada kaitannya dengan loceng, sama ada loceng jam, loceng pintu atau loceng penjual aiskrim. Kita juga tahu bahawa seseorang telah membunyikan loceng itu dan loceng itu dibunyikan untuk tujuan tertentu. Hal ini bermaksud bunyi itu mempunyai makna yang ditentukan oleh penguna bahasa itu sendiri. Demikian juga binatang yang diberikan nama dog dalam bahasa Inggeris bukan hanya merujuk fizikal binatang itu, tetapi juga terkandung makna ketaatan, kesetiaan, dan pertolongan. Semua simbol bahasa mempunyai bentuk yang dapat dilihat, sebaliknya makna sukar dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol tersebut. Sebagai contoh, berbalik kepada bunyi loceng itu tadi, kita tahu bahawa bunyi tersebut merupakan bunyi loceng tetapi kita tidak tahu tujuan loceng itu dibunyikan; adakah sebagai tanda kecemasan, waktu rehat telah tiba, tetamu datang ke rumah atau minta diberi laluan. Hal ini menunjukkan bahawa makna juga bersifat arbitrari kerana makna merupakan sesuatu yang abstrak. Bahasa juga bersifat unik bermaksud tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur tertentu seperti binaan ayat, susunan huruf yang membentuk perkataan dan golongan kata seperti kata nama dan kata kerja. Sebagai contoh, dalam bahasa Melayu, jatuh dan terjatuh mempunyai bentuk dan makna yang tidak sama. Bahasa Melayu juga dikatakan unik kerana banyak perkataannya diambil daripada bahasa Sankrit. Antara ciri-ciri keunikannya ialah bahasa Malayu merupakan bahasa rasmi Negara. Selapas peristiwa 13 Mei, pihak kerajaan dengan bijaknya telah mengubal satu undang-undang tentang perkara sensitif melarang orang ramai daripada mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Oleh yang demikian, bahasa Melayu telah menyatukan perpaduan dalam kalangan bangsa Malaysia. Bahasa Melayu juga boleh menjadi bahasa perantaraan kerana bahasa Melayu ini unik dan mudah dipelajari. Kenyataan ini dapat dibuktikan apabila pedagangpedagang dari luar negara telah datang dan menggunakan bahasa lingua franca iaitu bahasa Melayu dalam urusan perdagangan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu terdapat dalam pelbagai dialek. Di Malaysia sahaja, terdapat 300 jenis dialek contohnya Negeri Sembilan dan Kelantan. Apabila pertemuan antara

dua dialek yang berbeza dalam satu masa secara tidak langsung kita mengikut dialek yang mereka tuturkan. Bahasa Melayu bersifat lebih tekal dari istilah dan sebutan di seluruh Negara. Istilah yang dipakai di semua negeri sebahagiannya adalah sama namun sebutannya yang berbeza. Bahasa Melayu juga unik kerana strukturnya mempunyai sifat fonem yang jelas iaitu bunyi suku kata yang mudah dieja dengan prinsip yang tetap dan tekal. Bahasa Melayu bersifat sejagat kerana ia berperanan sebagai bahasa pengantar pendidikan. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa rasmi pentadbiran selain menjadi penyatuan dan pemisah. Ia juga bersifat sejagat atau universal, iaitu sesuatu bahasa itu boleh dituturkan dan dipelajari oleh sesiapa sahaja di dunia ini. Setiap bahasa mempunyai penuturnya dan tidak ada peraturan yang melarang individu lain yang mempelajari mana-mana bahasa yang dituturkan di dunia ini. Terdapat keuniversalan sifat bahasa yang terdapat di dunia ini. Perkara ini dijelaskan seperti bunyi bahasa dan makna. Bagi bunyi bahasa, ia bersifat paling asas. Semua bahasa di dunia terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa. Ia dihasilkan oleh alat-alat artrikulasi manusia. Kita boleh mendengar

manusia menuturkan bunyi

bahasa di mana-mana sahaja kita berada di dunia ini. Bagi makna pula, setiap bahasa yang dituturkan mempunyai makna yang dapat difahami oleh penutur dan pendengarnya. Hal ini kerana bahasa amat berguna bagi manusia untuk menyampaikan manyatakan sesuatu kepada orang lain. Bahasa juga bersifat dinamis. Ia bermaksud sesuatu bahasa itu berpotensi untuk berkembang,

membuat

penyesuaian

serta

menerbitkan

pembaharuan

dan

kemajuan. Sifat bahasa sedemikian akan terus berlaku selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan berinteraksi dengan manusia yang lain. Pertembungan kebudayaan dan manusia denagn manusia yang lain menyebabkan pertambahan dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu. Namun demikian, struktur dan tatabahasa sesuatu bahan itu lazimnya tidak akan berubah. Bahasa itu bersifat bervariasi. Ia bermaksud terdapat kebelbagaian bagi satusatu bahasa itu. Kepelbagaian itu boleh melibatkan cara dan gaya mengajarnya, istilah-istilah khusus yang digunakan dan struktur sintaksis bagi sesuatu variasi bahasa itu. Bervariasi ini juga bermaksud sesuatu bahasa itu mempunyai pelbagai dialek yang diujarkan oleh satu-satu kumpulan penutur dan laras bahasa yang digunakan dalam satu-satu bidang ilmu. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa itu anugerah Tuhan yang dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh manusia.

FUNGSI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza antaranya ialah sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu. Sebagaimana yang kita ketahui bahasa rasmi boleh menjadi bahasa kebangsaan akan tetapi bahasa kebangsaan tidak boleh menjadi bahasa rasmi. Sebagai contoh di India bahasa rasmi mereka ialah bahasa Inggeris manakala bahasa kebangsaan mereka ialah bahasa Urdu. Jadi jelaslah kepada kita bahawa bahasa rasmi teteap bahasa rasmi dan tidak boleh menjadi bahasa kebangsaan manakala bahasa kebangsaan boleh dijadikan bahasa rasmi. Jika diteliti, kita boleh mengatakan bahawa bahasa kebangsaan mempunyai fungsi perpaduan. Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat

Bunyi-bunyi vokal dan konsonan dalam Bahasa Melayu Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vi\oakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik [a] [è] [i]

Contoh perkataan Anak, tanah, lada Ela, semak, sate Iring, kita, seri

[]

Emak, betul

Nota

Tidak terdapat di hujung perkataan

[o] Obor, botak, moto [u] Ular, sultan, saku Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

JENIS-JENIS BUNYI Bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:

PENGHASILAN BUNYI VOKAL Vokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi. Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Vokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi membunyikan vokal (i). Contoh: kole, tauge, bendi, elok Vokal Depan Separuh Luas Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e). Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i), dan (e). Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takat Vokal Belakang Sempit (u) Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang Vokal Separuh Sempit ( o ) Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh: obor, solo, polo, toko, orang Vokal Belakang Separuh Luas Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya. Contoh: enam, empat, kenduri, gerai Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]

FONETIK BAHASA MELAYU: KONSONAN Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain. Letupan Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.

Konsonan b_p daerah sebutan pada dua bibir

Konsonan t_d daerah sebutan pada gigi dan gusi

Konsonan k_g daerah sebutan pada lelengit lembut

Letusan

Selain itu, sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan

(afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahanlahan. Keadaan pita suara tidak bersuara. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Konsonan c daerah sebutan pada lelangi keras Sengauan Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan

anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [ ], dan [ ]. Dan keadaan pita suara bersuara.

Konsonan _(ny) daerah sebutan pada lelangit keras

Konsonan _n daerah sebutan pada gigi dan gusi

Sisian Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l]. Keadaan pita suara bersuara.

Konsonan _I daerah sebutan pada gigi dan gusi.

Geseran Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].

Konsonan _th daerah sebutan ialah gigi.

Malaran

Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah

seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. Getaran Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

Konsonan sebutan _r pada daerah gigi_gusi

Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h]. Transkripsi fonetik merakamkan bunyi bahasa setepat mungkin ke dalam bentuk tulisan. Ini membantu pelajar bahasa memahami sebutan sesuatu bahasa dengan lebih jelas dan tepat terutama dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, transkripsi fonetik memudahkan pengkaji bahasa mengenal pasti bentuk dan jenis bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat. Transkripsi fonetik yang digunakan hari ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association yang ditubuhkan oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambanglambang ini sudah banyak kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang transkripsi. KONSONAN PINJAMAN

Geseran bibir-gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara ini, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [maaf] ‘maaf’. Geseran bibir-gusi bersuara. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [v kal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’. Geseran gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran gigi tak bersuara ini, daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa

menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [θ alaθ a] ‘Selasa’ (thalatha), [iθ nen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hadeθ ] ‘hadis’ (hadith). Geseran gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Geseran lelangit lembut tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’. Geseran lelangit lembut bersuara. Cara mengeluarkan geseran lelangit lembut bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ ] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [aeb] ‘ghaib’, [loat] ‘loghat’, dan [bale] ‘baligh’. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA

1.

Bibir atas

11.

Tengah lidah

2.

Bibir bawah

12.

Belakang lidah

3.

Gigi atas

13.

Akar lidah

4.

Gigi bawah

14.

Epiglotis

5.

Gusi

15.

Pita suara

6.

Lelangit keras

16.

Rongga tekak

7.

Lelangit lembut

17.

Rongga Hidung

8.

Anak tekak

18.

Rongga mulut

9.

Hujung lidah

19.

Rahang

10.

Hadapan lidah

20.

Tenggorok

FUNGSI ALAT PERTUTURAN Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

Lelangit

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU

Fonem suprasegmental ialah fonem yang mempunyai ciri-ciri prosodi (ciri fonologi yang melampaui satu penggalan dalam pertuturan berterusan atau kontinum). Dua

istilah lain bagi fonem suprasegmental ialah fonem prosodi dan fonem sekunder. Menurut Nor Hashimah fonem suprasegmental terdiri daripada tekanan, nada dan intonasi. Dalam pembicaraan tentang fonem suprasegmental, Abdullah memasukkan panjang pendek dan persendian. Panjang-pendek … Unsur panjang-pendek ini diberi lambang titik [:] yang dipanggil mora, [:] dikatakan satu mora, [::] dikatakan dua mora dan [.] dikatakan setengah mora. Ada bahasa yang memakai unsur ini sebagai ciri fonemis atau dapat membezakan erti. Dalam bahasa Inggeris ada pasangan terkecil seperti [šip] “kapal”, dan [ši:p] “kambing biri-biri”; [sit] “duduk” dan [si:t] “tempat duduk”. Menurut Abdullah, hal ini menunjukkan unsur /:/ itu bertaraf fonem.

Persendian … Persendian ialah unsur senyap dalam ujaran yang memisahkan perkataan. Persendian diberi lambang [+] dalam transkripsi fonetik. Dalam bahasa Inggeris persendian mempunyai fungsi yang ketara. Misalnya ujaran I scream (saya menjerit) dan ice cream (aiskrim) boleh diberi satu rupa transkripsi [aiskrim]. Tanpa persendian, kedua-dua perkataan itu sukar dibezakan. Apabila persendian digunakan menjadi [ai+skrim] (I scream) dan [ais+krim] (ice cream) kedua-dua perkataan itu dapat dibezakan.

Bibliografi Nota Fonologi KPLSPM 2007 Http://rujuknota.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-bahasa-melayu.html Http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm TATA BAHASA DEWAN EDISI KE TIGA PELITA BAHASA JULAI 2008 OLEH:MOHD JANURI AIYUB http://www.pdfcoke.com/doc/17890847/CIRI-CIRI-BAHASA

Related Documents

Kkbi 2009
June 2020 14
Cover Kkbi
June 2020 21
Kkbi Tp
June 2020 12