Kisah Budak Penjual Kuih.docx

  • Uploaded by: Hazid Izhar
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kisah Budak Penjual Kuih.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 978
  • Pages: 3
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH Asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Yang dihormati tuan pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana.Penjaga masa yang setia dengan masanya.Seterusnya warga dewan yang dimuliakan. Tajuk cerita saya hari ini ialah “ Kisah Budak Penjual Kuih” Dengar…ya… kawan-kawan…., Hari ini Azman begitu gembira dan tidak sabar- sabar untuk pulang ke Kuala Lumpur.Ini kerana sudah hampir seminggu beraya di kampung halaman. Selepas seminggu beraya dikampung, Azman pulang ke Kuala Lumpur.Azman bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat penerbangan Malaysia. Azman masih muda dan bergaya..Kehidupan yang mewah ini tidak menjadikan beliau sombong mahupun bongkak.Malah Azman seorang yang suka membantu.Sikapnya ini disengan olehi kawan-kawan, serta ahli keluarga.Azman begitu gembira kerana dapat menyambut hari raya bersama ibu,keluarga dan sanak saudara Masih terngiang-ngiang suara nenek meminta Azman mengacau dodol .Nenek amat mahir memasak dodol.Dodol hasil tangn nenek amat ditunggu-tunggu anak dan cucu.Begitu juga dengan Azman.Sedang Azman mengimbau saat manis berhari raya dia mula menumpukan pada pemanduan. Azaman Memikirkan highway PLUS tentu sibuk,Ini kerana semua anak perantau pasti sedang bersesak-sesak pulang ke kota. Lalu dia mengambil keputusan menyusuri laluan jalan lama.Azman ingin menikmati suasana kampung yang indah. Azman melalui Teluk Intan.Pekan Teluk Intan merupakan pekan yang menjadi kegemaran Azman kerana pekan ini yang menjadi tempat dia membeli barang persekolahan semasa kecil.Azman melalui Menara Condong yang menjadi tarikan orang luar datang ke Teluk Intan.Menara Condong sangat unik binaanya dan penuh dengan kisah sejarah. Oleh kerana agak keletihan dan ditambah rasa mengantuk ,Azman mengambil keputusan untuk berhenti rehat Azman mahu membasahkan tekak dan menghilangkan rasa mengantuk. Lalu mengambil keutusan untuk berhenti rehat dan singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik tiba,dia memesan makanan iaittu sepinggan mi goreng basah serta teh o ais .Sementara menunggu menu yang dipesanannya sampai,mengeluarkan telefon bimbitnya.Azman ingin membaca berita melalui lamn sesawang Berita Harian. Sedang asyik membaca, tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapannya. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.Azman dapat melihat sedikit pelbagai jenis kuih yang dijualnya,Pakaian budak lelaki itu kemas walapun pakaian yang dipakai agak lusuhWajahnya manis dan memakai selipar yang sudah haus.Dia memandan Azman dengan

pandangan yang penuh mengharap agar kuih yang ditunjukkn akan dibeli oleh AzmanNamun Azman menolak dengan baik kerana dia sudah memesan makanan sebnetar tadi. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap Azman ringkas. Dia berlalu dengan meninggalkan senyuman manis buat Azman. Tidak lama kemudian, pesananmakanan tiba. Azman terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian Azman nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja Azman sekali lagi.. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Azman beredar setelah membayar maknan. Azman dapat melihat gelagat budak penjual kuih itu,Budak penjual kuih Nampak gigih memikul bakul berisi kuih,Walaupun bakul itu agak berat,namun dia tetap membawanya dengan penuh kesungguhan.Demi mencari rezeki ha tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai di Azmitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?" Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar bekereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin Abang perlukan kuih saya untuk adik-adik Abang, ibu atau ayah Abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit Abang tadi pada pengemis tu? Duit tu Abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang." Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Moral : Satu perjalananan seorang kanak-kanak yang begitu taat kepada perintah Allah s.w.t. Semoga menjadi renungan bersama

Related Documents

Kisah-kisah
April 2020 62
Kisah Kisah Sukses
July 2020 37
Kisah Kisah Nabi
November 2019 58
Gambar Budak Kelas 3
July 2020 7

More Documents from ""