َ أَ ْشهَدُ أَ ْن لّ إِلَ ه،ْسنُ عَ َملً َوهُوَ اْل َعزِْيزُ اْلغَفُ ْورُ َوأَ َم َر فِ ْعلَ الَيْراَ تِ َواَ ْمتِثاَلَ أَوَا ِمرِ الِ وَاجْتِناَ بَ ال َفوَاحِ شَ مِ ْنهَا وَماَ َبطَ ن َ حيَوةَ لَِي ْبلُ َوكُ مْ أَيّكُ مْ أَ ْح َ ْت وَال َ ْاْلحَمْدُ ِللّ هِ الّذِى َخلَ قَ الْمَو .ِصلّ وَ َسلّمْ وبَارِ ْك َعلَى َسيّدِنَا مُحَمّ ٍد وّ َعلَى أَِلهِ وأَصْحَابِ ِه أَجْمَ ِع ْينَ وَ َمنْ َتبِ َعهُمْ بِإِ ْحسَانٍِ اِلَ َيْومِ الدّْين َ ال ّلهُ ّم.ُ َوأَ ْشهَدُ َأنّ مُحَمّدًا عَبْ ُدهُ َورَسُ ْولُه.ُل وَحْدَ ُه لَ َشرِْيكَ َله ُ إِلّ ا .َ فَ َقدْ فَازَ ا ُلتّقُ ْون، ُأوْصِيْكُ ْم وََنفْسِى ِبتَقْوَى ال،َ ِاتّقُوا ال.أَمّا َبعْ ُد فَيَا ِعبَادَ ال 58. Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan."(surah yunus) ,SIDANG JUMAAT YANG RAHMATI ALLAH Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa, kerana sesungguhnya orang yang paling berjaya di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sekali gus, sebagai pelajar mudah-mudahan kita sentiasa mempertingkatkan kekuatan jiwa kita untuk menghadapi liku-liku kehidupan di perantauan ini HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH, Tanggal 12 Rabiul Awwal, kita sama-sama menyambut Maulid Nabi kita yang tercinta dan dikasihi Sayyidina Muhammad SAW. Sudah beberapa kurun baginda meninggalkan kita tetapi perjuangan dan pengorbanan baginda sentiasa disambung oleh genarasi-generasi seterusnya tanpa erti penat dan jemu, tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran dari manusia seumpama mana yang dirakamkan dalam Al-Quran sendiri: "Upah yang kuharapkan dari kamu adalah buat kamu. Balasan jasa buatku terserah kepada Allah, kerana ia menyaksikan segala sesuatu.”(saba:47) Yang dimaksud dengan perkataan ini ialah bahwa Rasulullah s.a.w. sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka. Tetapi yang diminta Rasulullah s.a.w. sebagai upah ialah agar mereka beriman kepada Allah. Dan iman itu adalah buat kebaikan mereka sendiri. Begitu indahnya peribadi baginda sehingga sanggup mengorbankan segalanya demi menyambung perjuangan nabinabi serta rasul-rasul terdahulu. Dan menjadi tanggungjawab kita juga untuk menyambung perjuangan baginda dalam kehidupan kita ALLAH SWT juga menyeru ummat manusia agar bergembira dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW. diatas nikmat dan rahmat daripada Allah, biarlah mereka bergembira" (Yunus:58). Perintah ini datang kerana kegembiraan menjadikan hati rasa bersyukur diatas rahmat Allah. Rahmat apakah lagi yang lebih besar selain Rasulullah (s.a.w) sendiri, dan Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (AlAnbiya':107) Kerana Rasulullah (s.a.w) diutus sebagai rahmat untuk semua manusia, kegembiraan menyambut kelahiran baginda tidak tertakluk pada yang Muslim sahaja, bahkan seluruh manusia, sepatutnya melahirkan rasa kegembiraan tersebut. Malangnya, pada masa sekarang ramai Muslim yang beriya-iya menentang perintah Allah untuk bergembira dan menyambut hari NabiNYA.
Saudaraku yang dikasihi sekalian, Pada zaman Nabi (s.a.w), terdapat ramai penyair yang terkenal dan hebat datang kepada baginda dan mempersembahkan kepada baginda rangkap-rangkap syair mereka yang memuji baginda, menceritakan mengenai dakwah dan peperangan yang baginda pimpin dan juga syair mengenai para sahabat. Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang disertakan di dalam Sirah Ibnu Hisham, al-Waqidi dan lain-lain. Rasulullah (s.a.w) amat menyenangi syair yang indah seperti yang tercatat didalam hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut: Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin [ bahasa mungkin tidak menepati kehendak penulis asal - penterjemah] Ibnu Kathir menerangkan didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak 'Abd al - Muttalib!" Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.
Sidang jumaat yang dirahmati sekalian, Namun apakah cara yang terbaik untuk kita sebagai pelajar dapat mengambil intipatiintipati sejarah baginda SAW berdasarkan kefahaman kita untuk diaplikasikan dalam bentuk perjuangan sebagai seorang pelajar Muslim??Persiapkanlah diri kalian dengan tarbiyah yang cukup agar kita juga mampu mencapai pada tahap yang dikehendaki oleh ALLAH SWT. Tanpa tarbiyah yang rapi ummat islam akan sentiasa ditinggalkan dan dipermainkan oleh musuh-musuh islam. Untuk mencapai darjat tersebut, sentiasalah kita perbaharui niat kita, tujuan sebenar kita belajar, objektif dan misi kita sebagai pelajar muslim perlu jelas. Kita bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan yang baik, memakmurkan masyarakat tetapi kita ada tugas yang lebih besar iaitu mempertahankan maruah peribadi kita, agama kita serta mencerminkan keindahan Islam dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Alam siber yang semakin berkembang pesat ini, gunakanlah ia dengan sebaiknya. Jadikanlah ia sebagai medan untuk kita berjuang. Gunakanlah ia ke jalan yang baik, elakkanlah dari menjebakkan diri ke dalam lembah yang melalaikan kita. Ummat Islam adalah ummat yang kreatif, ummat islam adalah ummat yang bersih, ummat islam adalah ummat yang mementingkan masa. Maka, dalam menghidupkan kembali peribadi-peribadi
ini, sentiasalah kita beramal dengan apa yang telah diajar oleh baginda kepada kita. Ummat islam bukan pemalas, ummat islam bukan jenis yang tidak serius dalam urusan duniawi mereka malah ummat islam adalah ummat yang mementingkan kemajuan duniawi dan ukhrawi seperti mana yang diajar oleh ALLAH di dalam AL-quran. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.(surah saba:77)
Khutbah 2…
ِعلَى آلِه َ َصلّ َوسَلّمْ عَلى سَيّ ِدنَا محمدٍ و َ ّ أللهُم.ُ وَأشْهَدُ أَنّ محمدًا عَبْدُهُ َو َرسُوْلُه،ُشرِ ْيكَ لَه َ أشْهَدُ أنْ لَ إلهَ إلّ الُ َوحْدَهُ ل,َل َربّ ا ْلعَاَلمِيْنَ وَا ْلعَاقِبَةُ لِ ْلمُتّ ِقيْنَ وَل عُدْوَانَ غلّ عَلَى الظّالِ ِميْن ِ ا ْلحَمْ ُد َصحَابِهِ َأجْ َمعِيْن ْ وَأ. َل فَقَدْ فَازَ ا ْلمُتّ ُقوْن ِ صيْكُمْ وَإيّايَ بِتَ ْقوَى ا ِ ْ أُو،ِ فيَا عِبَادَ ال،ُأمّا بَعْد.
Sidang pendengar yang dimuliakan, Surah At-taghabun Mimbar mengingatkan sekalian agar kita sama-sama bertaqwa kepada ALLAH dengan mengerjakan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang dirahmati oleh ALLAH. Sama-samalah kita tingkatkan muhasabah kita, perbanyakkanlah taubat kita kepada ALLAH kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita datang untuk menjemput kita. Sidang jumaat sekalian, Sebagai remaja serta pelajar, banyak akhlak mulia yang ditunjukkan oleh baginda kepada kita agar kita dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Yang mungkin sukar untuk kita gambar satu persatu dalam khutbah kali ini. Umpama apa yang dikhabarkan oleh saidatina aishah apabila ditanyakan tntg akhlaq nabi, lalu beliau menjawab ….. Khutbah pada minggu ini mengambil kesempatan untuk memperingatkan agar samasamalah kita sentiasa mentadabbur al-quran menghayati maknanya sedalam yang mampu. Luangkan sedikit masa untuk al-quran kerana al-quran mempunyai haknya tersendiri dalam kehidupan ummat islam. Korbankanlah sedikit masa main kalian untuk berdamping dengan surat cinta ini, yang dilayangkan dari Tuhan yang Agung untuk hambanya yang mendambakan kasih abadi. Mudah-mudahan al-quran akan menjadi pembela kita di hari tiada seorang pun yang akan membela kita nanti. Ayat quran tentang quran.. surah al-waqiah Ayat quran tntg selawat Selawat Doa muslimun penutup