Khulafa Ar Rasyidin.docx

  • Uploaded by: Scott Sheppard
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Khulafa Ar Rasyidin.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 510
  • Pages: 2
EMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN RASULULLAH S.A.W. DAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN PEMERINTAHAN

DAN

KEPEMIMPINAN

RASULULLAH

S.A.W.

DAN

KHULAFA’ AL-RASYIDIN

Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan.

Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara

Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.

Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkaitan dengan aspek politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi, sosial, pendidikan, kekeluargaan dan lain-lain. Dalam aspek politik dan pentadbiran umpamanya, Rasulullah s.a.w. melaksanakan sistem pentadbiran secara syura iaitu secara perundingan dan mesyuarat seperti yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Walaupun Baginda seorang rasul dan makhluk yang paling mulia, namun Baginda tetap meminta pandangan sahabat-sahabat Baginda dalam menjalankan pentadbiran, khususnya dalam perkara yang tiada wahyu diturunkan. Ini menjadikan sistem pentadbiran Rasulullah s.a.w. begitu telus dan terbuka.

Amalan syura ini bukan sahaja dipraktikkan dalam konteks pemerintahan biasa, malah dalam peperangan Rasulullah s.a.w. juga. Contoh yang ketara dalam hal ini ialah ketika menentukan kedudukan tentera Islam dalam menghadapi serangan musuh dalam peperangan Badar, Uhud dan Khandak. Dalam merancang strategi peperangan ini, Baginda berbincang dengan para Sahabat dan menerima pandangan Sahabat tentang kedudukan yang paling baik bagi tentera Islam.

Rujukan Web Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai peperangan yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui laman web berikut: 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Uhud

2. http://id.wikipedia.org/wiki/Pertempuran_Badr

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Ahzab

Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan sepenuhnya sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Qur’an baik dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud, qisas dan ta’zir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan bangsawan dan begitu juga sebaliknya.

Bacaan Sebagai contoh, pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang wanita bangsawan Arab ditangkap kerana mencuri. Setelah dibicarakan dan sabit kesalahannya, maka hukuman telah dijatuhkan ke atas wanita tersebut. Namun memandangkan status kedudukannya yang tinggi, beberapa orang Sahabat meminta supaya wanita ini dikecualikan daripada hukuman tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila golongan bawahan melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman. Demi Allah kalau Fatimah sekalipun yang mencuri, tangannya akan dipotong. (HR. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan peristiwa di muka surat sebelah, apakah kesimpulan yang dapat anda fikirkan? Peristiwa ini menggambarkan bahawa aspek keadilan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. merupakan keadilan sejagat dan sejati. Selain itu, proses perbicaraan dan hukuman juga dijalankan secara terbuka dan telus. Pihak plaintif diberikan hak untuk mengemukakan tuduhan dan pihak yang tertuduh diberikan hak untuk membela dirinya dan hukuman dijatuhkan berdasarkan bukti-bukti yang jelas daripada kedua-dua pihak.

Related Documents

Tareekhul Khulafa
April 2020 0
Ar
November 2019 43
Ar
May 2020 35

More Documents from ""