Kesimpulan Falsafah Dan Mama Punya

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesimpulan Falsafah Dan Mama Punya as PDF for free.

More details

  • Words: 366
  • Pages: 2
Kesimpulan.

Dadah adalah merupakan sejenis bahan yang digunakan dalam perubatan. Walau bagaimanapun,dadah boleh menjadi sejenis bahan yang berbahaya kepada kesihatan manusia serta boleh mengubah fungsi tubuh badan sekiranya disalahgunakan. Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan berlakunya kerosakan dan gangguan mental kepada manusia. Selain itu, penyalahgunaan dadah juga berlaku apabila seseorang individu itu mengambilannya secara berlebihan dan bukan untuk tujuan perubatan serta tanpa pengawasan doktor. Dadah secara semulajadinya memberi kesan negatif kepada individu yang mengambilnya secara salah iaitu dari segi tingkahlaku individu tersebut, sistem badan , imej dan sebagainya. Dadah mempunyai bahan kimia yang beracun yang boleh menyebabkan ketagihan dan kebergantungan hidup terhadap dadah. Disamping itu, pengambilan dadah secara salah juga boleh menyebabkan seseorang itu mudah pitam atau keliru dalam melakukan pekerjaan dan menyebabkan penggunanya berasa sakit dan selalu mendengar suara – suara yang tidak jelas puncanya atau dipanggil halusinasi dan selalu mempunyai perasaan syak wasangka dan keadaan ini boleh menyebabkan seseorang itu akan mengalami masalah sakit otak. Selain itu, dadah juga boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri dan keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kematian. Pengambilan dadah juga boleh menyebabkan seseorang itu bergantung sepenuhnya terhadap dadah secara psikologi. Selain itu pengambilan dadah secara tidak lansung boleh menyebabkan bentuk tubuh seseorang individu akan menjadi susut dan menyebabkan berlakunya perubahan imej seseorang itu. Disamping itu, pengambilan dadah juga boleh menyebabkan simptom tarikan dimana seseorang itu akan mengalami muntah – muntah, ketegangan urat saraf, bersin, cirit birit, seram sejuk, pitam dan kadang – kala situasi ini boleh membawa maut. Pengambilan dadah juga boleh menyebabkan pengambilnya menjadi gila, dan kemungkinan akan mati disebabkan pendarahan yang sering berlaku di dalam otak. Antara kesan buruk yang lain, dadah juga boleh menyebabkan seseorang yang mengambilnya berasa sugul dan kecewa.

Kesan fizikal yang boleh dilihat akibat daripada pengambilan dadah ini ialah tubuh sentiasa menggeletar, resah gelisah, tidak boleh tidur, tidak berasa lapar, rasa ghairah dan suka bercakap berlebihan. Oleh yang demikian , individu perlu menjauhkan diri daripada terjebak dengan gejala dadah ini. Pelbagai pihak juga perlu sama – sama mengembelengkan tenaga bagi mencegah dan mengatasi masalah ini dari terus berleluasa dan menular dalam negara kita. Penagih dadah perlu diberikan rawatan yang rapi samada dari segi kaunseling, detoksifikasi, ataupun pemulihan bagi mengatasi masalah penggunaan dadah ini.

Related Documents

Punya Mama
November 2019 12
Plato Dan Falsafah
May 2020 13
Falsafah Dan Dasar
June 2020 23
Kesimpulan Dan Saran
October 2019 51