Kesenian Dalam Tamadun Islam

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesenian Dalam Tamadun Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,347
  • Pages: 16
Disediakan oleh: Mohd Hilmi bin Sahini Mohamad Nazreen bin Hashim Mohd Fakhrul Azrie bin Abdullah

• Dalam tamadun Islam, kesenian merupakan salah satu cara untuk berdakwah dengan erti kata lain adalah untuk menarik minat orang bukan Islam terhadap indahnya satu-satunya agama yang diredai oleh Allah s. w. t. ini. • Hal ini merupakan salah satu alternatif yang dicerap untuk meningkatkan pembangunan dalam tamadun Islam. • Kesenian tamadun Islam dapat dilihat dalam beberapa bentuk. • Antaranya: Al-Quran Puisi dan Sastera dan lain-Lain lagi…

I. KESENIAN DALAM AL-QURAN • al-Quran atau Quran (bahasa Arab: ‫ القرآن‬al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. • Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. AlQuran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun. • Kesenian dalam al-Quran dapat dilihat dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh, dalam seni memperdengarkan ayat al-Quran, susunan ayat dalam setiap surah dan sebagainya. • Seni memperdengarkan alunan ayat al-Quran dapat dihayati dalam tilawah alQuran, hafazan ayat al-Quran, bacaan surah Yasin, dan sebagainya. Dalam seni bacaan ayat al-Quran memerlukan tajwid (hukum bacaan) yang betul. Hal ini kerana jika hukum tajwid diabaikan akan membawa kepada maksud yang berlainan daripada maksud yang sebenar yang akan membawa kemurkaan Allah s. w. t. • Dalam memperindahkan bacaan al-Quran, soal tarannum (cara bacaan) turut diambil berat.

II. KESENIAN DALAM PUISI & SASTERA • Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik. • Pada lazimnya, puisi merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan berasa rentaknya. Contoh bagi kesuasteraan puisi termasuklah sajak, syair, pantun, gurindam dan sebagainya. • Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya." • Kesusasteraan dapat dilahirkan dalam pelbagai bentuk bahasa. Dan secara kasarnya ia boleh dikategorikan kepada 2 kategori yang besar menurut bentuk bahasa yang digunakan, yakni prosa dan puisi. • Prosa merujuk kepada hasil kesusteraan yang ditulis dalam ayat-ayat biasa, yakni dengan menggunakan tatabahasa mudah. Biasanya ayat-ayat dalam kesusasteraan akan disusun dalam bentuk karangan. Prosa adalah satu bentuk kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi kesusasteraan prosa ialah cerpen, novel, skrip drama, esei dan sebagainya.

• Sekiranya hasil kesusasteraan dikategorikan secara semantik, yakni dari segi isi, kesusasteraan boleh dibahagikan kepada dua kategori yang besar, yakni iaitu naratif dan bukan naratif. • Kesusasteaan naratif merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot. Dengan kata lain, ia adalah bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa, yang mengandungi unsur watak, masa berlaku dan tempat berlaku. • Kesusasteraan ini biasanya dilahirkan dalam bentuk prosa, tetapi dalam keadaan tertentu ia juga dilahirkan dalam keadaan puisi, seperti apa yang dimaksudkan sebagai syair naratif seperti Syair Siti Zubaidah. Kesusteraan naratif adalah satu hiburan yang biasa terdapat dalam kehidupan manusia. • Dalam masyarakat moden, kita dapat menjumpai kesusasteraan naratif dalam bentuk cerpen, komik, filem, drama dan sebagainya. • Kesusasteraan bukan Naratif merujuk kepada hasil kesusasteraan yang tidak mengandungi plot. Bahan sastera ini mengandungi lebih banyak ekspresi pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. • Kesusteraan ini lebih banyak dilahirkan dalam bentuk puisi.

Once upon the time…… • Pada tahun 630 M, tentera Islam menakluk kembali bandar Mekah dari kaum Quraisy. Perlindungan suci Kaabah telah dibina balik dan didedikasikan semula pada Islam, pembinaan semula ini telah dijalankan sebelum kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 M oleh seorang tukang kayu kapal Habsyah dalam gaya aslinya. • Tempat suci ini dapat digunakan sebagai contoh yang paling awal gaya seni bina Islam walaupun tidak sama seperti gaya seni bina Islam hari ini. Dinding Kaabah dihiasi dengan lukisan Nabi Isa, Siti Maryam, Nabi Ibrahim, nabi-nabi lain, malaikat dan pokok-pokok. • Doktrin Islam kemudiannya, bermula dari abad kelapan dengan bersumberkan Hadith, melarangkan penggunaan ikon dalam gaya seni bina, terutamanya ikon manusia dan haiwan. • Pada abad ke-7, tentera Muslim memasuki dan menakluki wilayah yang luas. Setelah kaum Muslim telah mengambil kuasa suatu daerah, keperluan pertama mereka adalah tempat beribadah - sebuah masjid. • Susun atur sederhana merupakan unsur-unsur yang digabungkan dalam semua masjid , penganut Muslim awal membina bangunan sederhana berasaskan rumah Nabi atau mengadaptasikan bangunan-bangunan sedia ada, seperti gereja, untuk kegunaan mereka

• Zaman Keemasan kesenian Islam berlangsung dari tahun 750 hingga abad ke- 16, apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. • Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. • Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati, dan lukisan potret kenit berkembang maju di Parsi. • Seni khat, salah satu aspek tulisan Arab yang penting, berkembang dalam manuskrip dan perhiasan seni bina.

• Sebelum agama Islam berkembang ke Asia Tenggara, masyarakat di rantau ini berpegang pada prinsip dan budaya Hindu. Pengaruh tersebut dapat dikesan secara menyeluruh dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. • Kedatangan Islam telah mencorakkan kehidupan baru yang berbeza daripada zaman sebelumnya. Unsur-unsur baru yang diperkenalkan oleh Islam kekal hingga ke hari ini dan dapat dikenal pasti dalam pelbagai aspek kehidupan yang merangkumi bidang pemerintahan dan pentadbiran, system pendidikan, bahasa dan kesusasteraan, cara hidup, kesenian, dan juga ekonomi. • Pengaruh Islam dalam seni khat dapat di kenal pasti pada batu nisan dan ukiran kayu. Pada batu nisan ini terdapat tulisan abjad Arab dan jawi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran dan hukum. Usaha dan kreativiti penduduk tempatan seterusnya menjadikan hiasan pada batu nisan ini lebih menarik. • Seni khat juga merakamkan ayat suci al-Quran ditatahkan dengan emas, perak, dan permata. Seni khat tertua di Semenanjung terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Terengganu bertarikh 1303 M.. Batu ini merupakan seni khat dalam bahasa Melayu yang menggunakan huruf jawi.

• Unsur khat boleh dilihat pada bangunan masjid, surau dan rumah kediaman, misalnya, kedapatan rangkaian kalimah syahadah dijadikan sebagai hiasan utama. •Pengaruh seni bina Islam dapat dilihat pada bentuk bangunan masjid, kubah, mimbar, mihrab dan menara azan. Bangunan masjid seperti Masjid Ubaidiyah di Kuala Kangsar, Perak dan Masjid Brunei merupakan seni bina yang unik dan terserlah dengan kemurnian Islamnya • Kedatangan Islam ke Asia Tenggara dirintis oleh pedagang Islam. Kemudian, menerusi peranan yang dimainkan oleh kerajaan Islam, agama Islam terus berkembang dengan meluas dan sehingga kini satu pertiga daripada jumlah orang Islam terdapat di Asia Tenggara. • Pengaruh Islam dapat dikesan dalam system pemerintahan Negara di Asia Tenggara contohnya amalan institusi kesultanan di Brunei Darussalam dan Negara kita, Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.. Ye la tu

• Pengaruh seni bina Islam secara keseluruhannya dapat dilihat di Masjid Sultan Ismail (MSI) yang mengamalkan konsep reka bentuk Islam. • Pembinaan MSI bermula pada tahun 1986 dan berjaya disiapkan pada tahun 1990 dengan belanja hampir RM19 juta. • MSI terletak di dataran tinggi di tengah-tengah kampus. • Kedudukan ini juga selaras dengan konsep pembelajaran Islam yang menjadikan masjid sebagai sumber memperoleh dan meyebarkan ilmu. • MSI direka bentuk setinggi 3 tingkat dengan 1 ‘basement’ bawah tanah dan dengan 3 pasang menara berlainan ketinggian bagi mencerminkan 3 aras ketinggian. • Reka bentuknya menggabungkan ciri-ciri reka bentuk seni bina Islam dengan reka bentuk kubah masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Kemasan kubah adalah daripada kepingan tembaga berwarna hijau ‘turqoise’. • Pintu masuk masjid berbentuk pintu masjid-masjid di Iran dan Iraq. • Mimbar masjid berbentuk mimbar Masjid Nabawi dan Masjid Turki yang diperbuat daripada kayu merbau berukiran lada hitam. • Bahagian serambi tepi masjid direka menyamai tempat sa’ie dari Safa ke Marwah di Mekah.

• Pada sebelah lantai terazzo masjid diukir ukiran yang terdapat di masjid-masjid lama di Timur Tengah. • Ukiran pada dinding dalam masjid bermotifkan geometri Islam. Kemasan dinding luar keseluruhannya daripada ‘shanhai plaster’. • Ciri-ciri reka bentuk dapat dilihat di ‘railing’ masjid dan rempat wuduk. Railing masjid diukir berbentuk railing yang biasa terdapat di rumah orang Melayu. • Tempat wuduk direka bentuk bercirikan perigi. • Bagi memastikan pembinaan masjid ini benar-benar menepati hukum dan lunaslunas Islam, pihak Universiti telah mendapatkan khidmat daripada Dato’ Hassan Din Al-Hafiz, Pegawai Agama Istana Negara pada ketika itu.

Related Documents

Kesenian Dalam Islam
November 2019 39
Islam Dalam Tamadun Melayu
November 2019 39
Sunah Dalam Tamadun Islam
October 2019 32
Kesenian Islam
October 2019 26
Tamadun Islam
June 2020 28