Kesan Pencairan Salji 1. Paras air akan meningkat
Air dari pencairan salji pada altitud yang lebih tinggi akan membentuk sungai, dan seterusnya mengaliri ke laut. Tahap laut meningkat secara berterusan pada kadar kira-kira 1 hingga 2 mm setahun, dan pencairan salji adalah satu sebab terbesar untuk fakta ini. Pencairan salji yang semakin pantas di seluruh dunia menyebabkan peningkatan paras air laut semakin banyak. Ini bukanlah fenomena yang biasa seperti air pasang yang kita lihat semasa pergi ke pantai. (Illani, 2018)
Jika kesemua salji cair sepenuhnya, paras air laut akan meningkat 216 kaki atau 66 meter atau lebig tinggi. Ini akan menjadi satu magnitud yang tidak dapat dibayangkan. Tambahan pula kawasan pesisir di seluruh dunia perlu dipindahkan disebabkan banjir, hakisan tanah, dan pencemaran air tawah dengan air garam yang bawa tanah. Kejadian ini akan menjadi bencana global kerana air laut merangkumi 70.8% permukaan bumi yang kita diami ini. (Zuhal, 2011)
2. Lapisan Ais Terus Menipis
Pengukuran yang dilakukan oleh 300 pakar iklim dari lapan negara yang terletak bersempadan dengan Kutub Utara menunjukan dalam tiga dekad terakhir, lapisan ais di lautan sekitar kutub menyusut kira-kira 990 ribu kilometer persegi.
Selain itu, kawasan kutub kini disebutkan mengalami pemanasan global lebih cepat daripada kawasan lain di seluruh dunia. Para pakar iklim juga yakin akan pencetus pemanasan drastik di kawasan kutub adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia. Aktiviti manusia seperti pembebasan gas rumah kaca ke atmosfera akan terus meningkat drastik.
3. Kehilangan habitat haiwan
Terdapat banyak organisma yang bergantung semata-mata kepada salji untuk hidup. Sesetengah haiwan memerlukan suhu salji untuk aktiviti hariam mereka. Tambahan pula, sesetengah spesies burung bergantung kepada spesies ikan yang terdapat dalam air yang dibentuk oleh pencairan salji.
Spesies tumbuhan akuatik akan terjejas terlebih dahulu disebabkan oleh peningkatan suhu air laut dan juga paras laut yang meningkat. Ini akan mengurangkan bilangan spesies ikan, dan seterusnya akan menyebabkan kebanyakan spesies burung sukar untuk hidup.
Selain itu, spesies haiwan yang mendiami di kutub selatan dan kutub utara seperti anjing laut, walrus, beruang kutub dan lain-lain menjadikan ais dan salji sebagai habitat mereka. Pada tahun 2008, beruang kutub telah disenarai oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika sebagai haiwan yang diancam kepupusan. (WWF, 2008)
Hal ini kerana, beruang kutub dianggarkan lebih kurang 25,000 ekor sahaja yang masih ada di keseluruhan kutub utara. Tambahan pula, jika berlakunya pencairan salji yang semakin serius, sesetengah daripada haiwan ini akan menghilangkan habitat mereka dan yang seriusnya akan menyebabkan haiwan itu pupus.
4. Bandar-bandar pesisir pantai akan lenyap
Jika salji di kutub terus mencair, bandar-bandar pesisir pantai yang cantik seperti Miami, Shanghai dan lain-lain mungkin akan berubah atau terus lenyap. (hafiz, 2017)
Dengan ini bentuk muka bumi sesebuah negara juga akan berbeza dari apa yang kita lihat sekarang. Hal ini kerana, apabila pencairan salji semakin bertambah, paras air laut akan meningkat seperti apa yang dikupaskan di atas. Tambahan pula, bandar-bandar pesisir pantai itu mungkin akan lenyap atau menjadi seperti Atlantis pada masa hadapan.
5. Kawasan tanah tinggi akan berubah menjadi pesisir pantai
Didapati lebih daripada 75% penduduk bumi tinggal di kawasan tanah tinggi yang mempunyai ketinggian kurang daripada 300 kaki termasuk kebanyakan kawasan bandar besar.
Menurut kajian baru-baru ini, di kutub bumi terdapat ais yang cukup untuk menyebabkan peningkatan paras laut sebanyak 250-300 kaki. Jika paras laut meningkat sebanyak 250-300 kaki lebih tinggi daripada sekarang, tempat yang rendah akan tenggelam dan kawasan yang tinggi akan menjadi seperti pesisir pantai. (ZOLFAGHARIFARD, 2014)
6. Kejadian banjir
Di tempat yang terdapat salji yang berada di altitud yang tinggi, dan salji itu mencair dengan cepat akan membawa kepada peningkatan input air ke sungai dan seterusnya menyebabkan berlakunya banjir di sepanjang sungai.
Air yang berlebihan ini juga akan menyebabkan pembentukan tasik yang baru, dimana saiz tasik itu akan bertambah besar.
Ini merupakan satu kejadian yang serius untuk dibimbangkan. Hal ini kerana, jika keadaan ini terukan berlaku air yang terdapat di dalam tasik akan bertambah dengan kapasiti yang besar, dan limpahan air daripada tasik bukan sahaja boleh menyebabkan malapetaka yang besar di sekitar itu, malah juga akan menghancurkan segala-galanya organisma di sekitarnya. (Mathias, 2018)
Tamabahan pula, kejiadian-kejadian ini juga akan menyebabkan beribu-ribu orang menghadapi masalah kehilangan tempat tinggal seperti kejadian yang berlakunya di Bangladesh. (Damilola, 2019)
7. Kemusnahan terumbu karang
Terumbu karang memainkan peranan yang penting dalam laut. Terumbu karang berfungsi sebagai habitat semulajadi bagi pelbagai jenis haiwanhaiwan di laut. Ianya membantu pengawalan oksigen dan karbon dioksida serta melindungi pantai daripada hakisan ombak.
Terumbu karang biasanya tumbuh di kawasan tropika dengan perairan yang cetek. Hal ini kerana, terumbu karang memerlukan cahaya matahari untuk hidup.
Selain itu, pencairan salji menyebabkan peningkatan paras laut. Peningkatan paras laut ini menyebabkan terumbu karang akan layu serta mati. Hal ini kerana, terumbu karang ini tidak mendapat sumber cahaya matahari yang mencukupi.
Kesan buruk kepada populasi ikan yang bergantung kepada terumbu karang ini sebagai habitat semulajadi akan berlaku disebabkan oleh kematian dan kehancuran terumbu karang ini.
8. Pengurangan tenaga elektrik dijana daripada hidroelektrik
Penjanaan tenaga elektrik daripada hidroelektrik bergantuung kepada jumlah air yang mengalir di sungai dan empangan. Air sungai ini adalah mengalir daripada kawasan yang tinggi. Walaupun demikian, pencairan salji di kawasan tanah tinggi yang disebabkan oleh pemanasan global ini akan mengurangkan sumber air dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, sekiranya ini berlaku, air di sungai dan empangan akan berkurang dan menyebabkan penghasilan tenaga elektrik daripada hidroelektrik menjadi semakin
berkurang.
Kejadian
pengurangan
tenaga
elektrik
daripada
hidroelektrik ini mungkin akan terjadi di kawasan yang mempunyai salji atau ais.
Walau bagaimanapun, kejadian ini mungkin tidak mengalami masalah di Malaysia. Hal ini kerana, di Malaysia tidak mempunyai 4 musim, Malaysia hanya menerima hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas sahaja.
9. Kewujudan semula penyakit berbahaya
Ais ataupun salji berfungsi sebagai pembersih dan juga berfungsi untuk menyerap dan memerangkan pelbagai bahan kimia berbahaya, racun perosak, virus dan bakteria sejak dahulu kala yang tidak aktif apabila berada dalam suhu beku. Malangnya, akibat pencairan salji dan ais ini, bahan-bahan kimia
yang berbahaya ini mempunyai risiko untuk terbebas kembali ke persekitaran melalui udara dan air.
Di kawasan-kawasan dimana bumi telah dibekukan selama berabad-abad seperti di negara Alaska dan Siberia, pencairan salji ini disyaki sebagai punca wabak penyakit baru. Pada Ogos 2016, Anthrax meletus di sudut kecil Siberia dan lebih daripada 2 ribu rusa telah dijangkiti dan berpuluh-puluh orang dimasukkan ke hospital selepas mayat berusia 75 tahun mencair dan mengeluarkan spora di Semenanjung Yamal.
Anthrax bukan satu-satunya virus yang beku di bawah permafrost. Para saintis berpendapat bahawa wabak bubonic dan cacar juga dikebumikan di tanah beku Siberia. Tanah di dalam bulatan arktik juga terperangkap metana dan gas lain ketika tanah membeku. Disebabkan oleh ia mencair, gas rumah hijau ini akan dibebaskan kembali ke atmosfera, dan menambah kitaran pemanasan global. (brenner, 2018) brenner, l. (2018, july 16). How Does Polar Ice Melting Affect the Environment? Retrieved from sciencing: https://sciencing.com/how-does-polar-ice-meltingaffect-the-environment-13400295.html Damilola, L. (2019). melting glasier. Retrieved from conserve energy future: https://www.conserve-energy-future.com/causes-effects-melting-glaciershumans-environment.php hafiz, I. (2017, September 27). Bandar utama pesisir pantai berisiko hilang menjelang 2100. Retrieved from press reader: https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harianmalaysia/20170927/281552291051107 Illani, R. (2018, september 8). 9 Kesan Pencairan Litupan Ais di Kutub Utara Akibat Pemanasan Global. Retrieved from iluminasi: https://iluminasi.com/bm/10perkara-yang-akan-berlaku-sekiranya-ais-di-kutub-cair.html Mathias, K. (2018, february 24). the effects of melting ice glasiers. Retrieved from help save nature: https://helpsavenature.com/the-effects-of-melting-iceglaciers
WWF. (2008). Retrieved from WWF: https://www.worldwildlife.org/species/polarbear ZOLFAGHARIFARD, E. (2014). Would YOU be underwater if the polar caps melted? Map reveals what our planet would look like if sea levels rose by 260ft . Retrieved from daily mail: https://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article2609338/Would-YOU-underwater-polar-caps-melted-Map-reveals-planetlook-like-sea-levels-rose-260ft.html Zuhal, M. (2011, November 11). Struktur permukaan bumi. Retrieved from wordpress: https://muhammadzuhal.wordpress.com/2011/11/11/struktur-permukaanbumi/
.