Perubahan langskap = 1. Perubahan langskap akibat kegiatan pertanian seperti kawasan hutan yang terdiri daripada tumbuhan semulajadi diganti dengan kelapa sawit,getah atau teh. 2. penanaman secara berteres di cerun bukit menghasilkan lurah kecil. Pencemaran tanih = 1. berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang tidak mudah larut meninggalkan bahan toksid seperti pllumbum dan zink di dalam tanih. 2. kesuburan tanih terjejas kerana kadar kemasinan meningkat akibat penggunaan baja kimia yang berterusan. 3. edaran nutrien terjejas kerana kulat dimusnahkan oleh racun.
Pencemaran sungai = 1. berlaku disebabkan oleh bahan toksid seperti nitrat yang mudah dilarutkan ke dalam sungai.
Hakisan tanih berlaku = 1. pembukaan tanah untuk penanaman getah secara ladang pada peringkat awal mendedahkan tanah dan hakisan mudah berlaku. 2. bahan terhakis mengalir masuk ke dalam sungai. Akibatnya, sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku
hidupan liar kehilangan habitat. Akibatnya kepupusan flora dan fauna berlaku
kehilangan kayu keras berharga akibat daripada penebangan hutan yang tidak terkawal.
Keseimbangan gas dalam atmosfera terjejas. Kandungan gas karbon dioksida semakin meningkat.
Rantai makanan di kawasan hutan terjejas kerana tumbuhan merupakan pengeluar pertama.
menyebabkan penipisan lapisan ozon akibat daripada asap yang terhasil daripada pembakaran hutan
penggunaan pukat tunda, pukat harimau, dan pukat Apollo memusnahkan ikan kecil. Akibatnya, ikan berkurangan. penggunaan pukat tunda juga menjejaskan hidupan laut seperti penyu di persisir pantai di Terengganu. Pencemaran laut berlaku akibat daripada penggunaan kelong seperti di Kukup, Johor. ia juga disebabkan oleh tumpahan minyak daripada kapal nelayan dan tumpahan minyak dari kapal tangki Pencemaran laut menjejaskan pembiakan plakton dan terumbu karang. Akibatnya, hasil ikan berkurangan. hutan paya bakau ditebang untuk projek penternakan ikan menggugat ekosistem hutan paya seperti di Sungai Pulai,Johor. Kawasan pinggir pantai terdedah kepada hakisan ombak
Kegelongsoran tanah berlaku di kawasan perlombongan seperti di Puchong, Kampar dan Ipoh. Tanih di bekas lombong menjadi tanndus seperti di Serdang, Selangor. Kawasan bekas lombong mudah terhakis kerana kurang liputan tumbuhan. bahan terhakis dimendapkan ke dalam sungai dan mencetekkan sungai
Gangguan kesihatan = 1. gangguan kesihatan penduduk akibat fenomena pencemaran udara dan jerebu, pencemaran air, pencemaran bunyi, hujan asid, dan sebagainya. 2.kawasan kilang akan membebaskan dengan banyak bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida, sulfur, gas kloroflorokarbon, dan lainlain yang boleh menyebabkan penyakit gatal, barah kulit, penyakit asma, bronkontis dan lain-lain. Pencemaran udara= 1. Meningkatkan kadar pencemaran udara dan jerebu melalui pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, sulfur oksida, karbon dioksida dan partikel-partikel terampai dalam atmosfera. 2. Terjadi hujan asid disebabkan kualiti air hujan terjejas melalui tindakbalas antara bahan pencemar dengan wap air dalam udara. 3.Pembakaran arang batu dan peleburan bijih besi secara meluas menghasilkan sulfur oksida, debu dan nitrogen oksida yang boleh mencemarkan udara.
Pencemaran sungai dan laut= 1. Air hujan asid yang turun akan disusupkan ke dalam tanah dan akan menjejaskan kualiti sumber air tanah. 2. Pencemaran sumber air permukaan seperti air sungai, tasik, kolam, paya, muara dan laut melalui pembuangan pelbagai bahan enap cemar dan sisa industri. 3. Menyebabkan kandungan BOD dalam sungai meningkat,air menjadi keruh, air berubah warna, berbau busuk, beracun, dan bertoksid. 4. kawasan pinggir laut yang ditebus guna untuk dibina kilang mengalami hakisan ombak.
Suhu meningkat= 1. Meningkatkan kejadian pulau haba atau pemanasan setempat. Suhu akan meningkat disebabkan kepekatan karbon yang tinggi di atmosfera. 2. Terjadinya kesan rumah hijau dan menyebabkan persekitaran menjadi panas
2.
3.
4. 5.
6.
Pelancongan = Masalah hakisan di tanah tinggi dan pantai akibat pembinaan hotel, resort, padang golf, jalan pengangkutan dan lain-lain kemudahan uuntuk kawasan pelancongan. Aktiviti penarahan dan perataan cerun bukit atau kawasan tanah tinggi seperti di tanah tinggi cameron akan mendedahkan permukaan cerun secara langsung kepada hakisan percikan air hujan dan hakisan larian air permukaan. Menyebabkan cerun-cerun menjadi tidak stabil. Fungsi ekosistem hutan seperti habitat, rantai makanan, membekalkan oksigen,mengimbangi karbon dioksida akan musnah apabila ia ditebang untuk aktiviti pelancongan. Perubahan iklim mikro khususnya suhu di kawasan tanah tinggi. Kawasan ini tidak sesejuk sebelumnya akibat pemusnahan hutan secara berleluasa.
Pengangkutan=
3.
Berlakunya tanah mendap akibat penimbusan kawasan lembah seperti tanah paya untuk dibina jaringan pengangkutan.
5.
Pembangunan jaringan pengangkutan turut merosakkan kawasan tadahan air akibat daripada pemusnahan hutan untuk dibina llebuhraya. Walaupun kawasan yang terlibat kecil tetapi kawasan hutan yang berfungsi sebagai storan air bawah tanah akan terganggu.
7.
Sesetengah spesies kehilangan tempat tinggal dan berhijrah ke tempat lain.
4.
Kesesakan jalan raya yang berlaku khususnya pada musim perayaan menyebabkan pencemaran udara.
Perkhidmatan awam dan swasta= 1. Pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi 2. Beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.