Abstrak Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$60 akhir-akhir ini. Pendahuluan Dari pertengahan 1980-an hingga September 2003, harga terlaras inflasi untuk setong minyak mentah di NYMEX lazimnya berada di bawah $25/tong. Pada tahun 2004, harganya mencecah $40, kemudian $50. Pelbagai peristiwa telah menyebabkan harganya mencecah $60 pada 11 Ogos 2005, menembusi $75 untuk masa yang tidak lama pada pertengahan 2006, jatuh balik ke $60/tong pada awal tahun 2007, lalu naik mendadak menjadi $92/tong pada Oktober 2007 dan $99.29/tong untuk niagaan hadapan Disember di Bandar Raya New York pada 21 November 2007.Sepanjang separuh pertama tahun 2008, minyak sering mencatat harga tinggi yang memecah rekod. Pada 29 Februari 2008, harga minyak mencapai $103.05 setong, lalu mencapai $110.20 pada 12 Mac, iaitu rekod keenam dalam tujuh hari berniaga. Harga minyak pada 27 Jun 2008 mencecah $141.71 setong, untuk serahan bulan Ogos di NYMAX (selepas baru mencatat $140.56 setong), di sebalik ugutan Libya untuk mengurangkan pengeluaran, serta ramalan presiden OPEC bahawa harga mungkin mencecah $170 menjelang musim panas (di hemisfera utara). Harga setong maksimum paling terkini ialah $143.67 yang tercatat pada 29 Jun 2008.Harga yang menghampiri takat $95–105 setong (dolar AS 2007) adalah setara dengan rekod terlaras inflasi sepanjang masa pada tahun 1980, tetapi jelasnya telah ditembusi pada suku pertama tahun 2008. Dari segi harga minyak mentah, catatan AS berpandangan bahawa kali terakhir dilihat harga seumpamanya adalah pada 1860-an. Di luar AS, sejarah inflasi dan harga minyak memang berbeza, tetapi pada hakikatnya, selepas dilaras inflasi, harga yang mencecah $120 setong adalah di luar jangkaan sejak zaman terawal sekali penghasilan minyak komersil. Di AS, penggunaan petrol jatuh 0.5% pada dua bulan terawal tahun 2008 akibat harga semakin tinggi, berbanding penurunan sejumlah 0.4% pada tahun 2007. Para pengulas berpendapat kenaikan harga sepanjang tempoh ini disebabkan pelbagai faktor, termasuk laporan dari Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan pihak-pihak lain yang menunjukkan penurunan dalam rizab petroleum, kebimbangan akan kemuncak penggunaan minyak, pergolakan di Timur Tengah, dan spekulasi harga minyak. Sesetengah peristiwa turut menyumbangkan kesan jangka pendek kepada harga minyak, seperti pelancaran misil Korea Utara, krisis antara Israel dan Lebanon, pergolakan mengenai tenaga nuklear Iran, dan "seratus faktor" lagi, termasuk subsidi minyak yang diberi kepada pengguna oleh negaranegara membangun seperti China dan India. Permintaan minyak mentah sedunia naik pada purata 1.76% setahun dari tahun 1994 hingga 2006, dengan pertumbuhan tertinggi 3.4% pada 2003-2004. Kenaikan permintaan adalah yang tertinggi di negara membangun. Permintaan minyak sedunia dijangka naik 37% dari takat 2006 menjelang 2030, menurut laporan tahunan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) yang bertapak di Amerika Syarikat. Permintaan dijangka mencapai 118 juta tong sehari (18.8×106 m3/hari) dari 86 juta tong (13.7×106 m3) pada tahun 2006, dipacu terutamanya oleh sektor pengangkutan.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Dari segi teori, pada asasnya harga ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan naik jika sama ada permintaan bertambah atau penawaran berkurang dan begitulah sebaliknya. Peningkatan permintaan berlaku, antaranya adalah kesan daripada faktor spekulasi dan perang teluk serta berkurangnya penawaran. Kenaikan harga minyak baru-baru ini iaitu petrol daripada RM 1.92 seliter kepada RM 2.70 dan diesel daripada RM 1.58 seliter kepada RM 2.58 telah memberi kesan yang ketara ke atas cara hidup sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan ini dikatakan bertujuan untuk mengurangkan beban Negara dan berpunca dari faktor kenaikan harga minyak mentah dunia. Selain itu dinyatakan juga bahawa kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi hingga menyebabkan faktor kenaikan harga minyak ini diputuskan.
Pernyataan masalah Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan. Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka
Persoalan kajian a. Kenapa harga minyak naik akhir-akhir ini di pasaran antarabangsa? b. Malaysia adalah sebuah negara yang menghasilkan minyak. Jadi mengapa harga minyak di Malaysia perlu dinaikan ? c. Berapa harga minyak di Malaysia berbanding negara-negara jiran? d. Bagaimana Kerajaan memastikan harga minyak lebih rendah daripada negara-negara jiran?
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
e. Bagaimanakah harga runcit produk petroleum ditentukan? f. Berapa harga sebenar minyak dan bahan petroleum jika tiada subsidi? g. Berapakah perbelanjaan Kerajaan untuk subsidi minyak? h. Apakah maksud kehilangan cukai? i. Apakah kesan negatif daripada subsidi? j. Apakah kesan kenaikan harga minyak kepada masyarakat?
Tujuan kajian Bagi menangani ketidaktentuan harga minyak di pasaran dunia dan masa depan sumber tenaga maka saya mencadangkan tiga langkah strategik segera dilaksanakan secara lebih menyeluruh, dipantau Suruhanjaya Tenaga dengan lebih terancang dan melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Pertama mengkaji semula dasar subsidi minyak sedia ada supaya dilaksanakan secara lebih selektif menggunakan kaedah triple bottomline yang mengambilkira faktor ekonomi, sosial dan alam sekitar. “Tarif lestari“ yang baru dirangka perlulah mendorong ke arah pelestarian tenaga, dan tidak seharusnya terlalu terikat dengan faktor populariti menjelang pilihanraya. Sehubungan itu golongan pengubal dasar, ahli akademik, penyiar dan semua pihak yang prihatin mestilah sama-sama membantu memberi penjelasan tentang rasional “tarif lestari” tersebut. Kedua mempergiatkan usaha untuk menguruskan permintaan secara lebih lestari menerusi pengalakan pelbagai aktiviti penjimatan, mempertingkatkan keefisisenan dan memberi insentif supaya pelaburan dibuat pelbagai pihak ke arah pengurangan tahap penggunaan secara pukal. Ketiga mempergiatkan usaha mencari sumber tenaga baru yang digunakan secara besar-besaran sama ada disepadukan dengan grid elektrik kebangsaan atau dibekalkan secara setempat. Antara potensi sumber tenaga tempatan yang murah tetapi masih belum dibangunkan sepenuhnya ialah biojisim dan tenaga solar. Ketika ini, usaha ke arah itu masih belum digembleng sepenuhnya.
Hipotesis kajian Bedasarkan tujuan dan limitasi kajian, dua hipotesis nol dibentuk seperti berikut : •
Ho (1) :Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesan kenaikan harga minyak dalam kalangan masyarakat
•
Ho (2) :Terdapat hubungan diantara status dengan sumber pendapatan sesebuah keluarga di daerah Rompin
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Definisi konsep Di peringkat global sejak kebelakangan ini, minyak bukan lagi satu isu semasa terhad kepada turun naik harga. Dalam perspektif lebih luas, pasaran dan simpanan minyak semasa berkait rapat dengan bentuk tenaga alternatif masa depan. Di beberapa negara, dasar tenaga menjadi penting sepenting aspek keselamatan dan hubungan antarabangsa. Ini begitu ketara di Amerika Syarikat, Jepun, China, India dan Britain. Amerika dan Britain misalnya memperoleh sumber tenaga secara strategik dengan menawarkan dana, teknologi dan pakej pembangunan kepada negara pengeluar minyak utama menerusi syarikat minyak gergasi. Malah sumber tenaga fosil itu juga seringkali digunakan sebagai “senjata diplomatik” dalam beberapa situasi. Ketika ini negara pengeluar utama minyak khususnya anggota pertubuhan OPEC menguasai 80% pasaran minyak dunia. Negaranegara sekitar Teluk Parsi terutamanya Arab Saudi, Iran, Iraq, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE merupaan “telaga minyak” dunia yang masih belum menerokai telaga minyak simpanan masing-masing. Arab Saudi sahaja mempunyai simpanan masih belum diteroka sebanyak 260 billion tong, iaitu 25% jumlah seluruh simpanan minyak dunia. Harga minyak semakin tinggi di pasaran dunia sejak kebelakangan ini berpunca ada kaitannya dengan peningkatan permintaan, khususnya di kalangan negara industri dan krisis serta ketidaktentuan di beberapa buah pengeluar minyak. Permintaan minyak di China menampakkan trend semakin membimbangkan dengan kepesatan pembangunan sektor industri dan perbandaran. Ketika ini China menggunakan 8% pasaran minyak dunia. Hampir separuh diimport. Sebagai perbandingan ketika ini China menggunakan lebih setengah pasaran minyak di China hanya dua tong per kapita setahun, berbanding 12.5 di Eropah dan 26 di Amerika Syarikat. Jika pertumbuhan ekonomi di China terus meningkat, maka tidak mustahil dunia akan mengalami krisis minyak semakin parah. Dari satu segi, peningkatan harga minyak dunia menimbulkan suasana panik di kalangan pelabur dan pengguna minyak utama. Walau bagaimanapun, harga minyak yang tinggi melebihi paras 90 dolar Amerika itu juga menimbulkan kesedaran baru untuk mengurangkan pergantungan terhadap minyak. Selain itu, semakin ketara desakan dan kempen untuk menggunakan tenaga secara lebih efisien, menjimatkan di samping mempergiatkan usaha mencari tenaga alternatif. Pada tahun 1980, minyak merupakan 45% sumber tenaga dunia, berbanding tahap semasa iaitu 34%. Selebihnya ialah gas asli, arang batu, nuklear dan sumber biojisim. Di negara-negara maju, penggunaan minyak lebih tertumpu kepada sektor pengangkutan, misalnya 70% di Amerika Syarikat berbanding 35% di China. Hal ini sedemikian kerana industri permobilan di Amerika Syarikat masih berkembang pesat. Dalam tempuh empat tahun dari 2000 ke 2004, secara purata 17 juta kereta terjual setahun di negara tersebut. Inisiatif mencari tenaga alternatif semakin ketara ketika krisis minyak dan perbalahan negara-negara Islam di Timur Tengah dengan Amerika Syarikat pada awal 1970-an. Ketika itu banyak inisiatif loji tenaga nuklear dan penjanaan kuasa elektrik hidro dimulakan dengan meluas. Bagaimanapun, penggunaan tenaga lain seperti biojisim, angin, suria dan hidrogen masih belum dilaksanakan dengan meluas walaupun telah dimajukan dari segi teknologi. Ini kerana dasar tenaga sedia ada di pelbagai negara masih belum menyediakan iklim sesuai bagi bekalan dan penggunaan secara meluas.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Dari aspek alam sekitar, penggunaan tenaga berasaskan bahanapi fosil menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Kesan negatif kepada alam sekitar itu berlaku semasa proses ketika minyak dibakar dalam enjin dengan penghasilan asap, bahan cemar setempat dan gasgas rumah kaca. (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi di Universiti Teknologi Malaysia, 2004). Punca utama keadaan ini berlaku ialah: • Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0
juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.
• Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi,
khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat.
• Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC seperti Iraq, Nigeria dan
Venezuela;1.- Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu.
• Kegiatan spekulasi harga minyak.
Perbincangan
Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar. Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan kita. Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia, dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak. Walaupun Malaysia mengeluar dan mengeksport minyak, ia bukan ahli OPEC atau negara pengeluar minyak yang besar.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Jika berlaku kenaikan harga minyak yang tinggi di pasaran dunia, ia memberi kesan kepada harga produk petroleum seperti diesel, petrol dan gas memasak (LPG) di negara kita.
Tahun
AS$/Setong
1971
3.21
1973
4.25
1974
12.93
1979
32.11
1980
37.89
1990
23.71
2000
28.14
2001
24.11
2002
25.45
2003
28.84
2004
38.46
2005
59.94
Kenaikan Harga Purata Minyak Di Pasaran Dunia
*Sumber : IMF dan Bloomberg Pada 28 Julai 2005
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
WTI (AS$/Setong) Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalah antara terendah di dunia. Perbezaan harga diesel antara Malaysia dengan Thailand dan Singapura misalnya, sangat ketara. Sebab itu, apabila rakyat negara tersebut masuk ke Malaysia, mereka mengisi penuh tangki minyak kenderaan mereka.
Bandingan harga minyak di rantau ASEAN
Produk
RON97
RON92
DIESEL
Negara
(RM/Liter)
(RM/Liter)
(RM/Liter)
LPG (RM/Kg)
Malaysia
1.62
1.58
1.28
1.45
Thailand
2.29
2.21
1.82
1.65
Singapura
3.76
3.48
2.36
-
Filipina
2.07
2.04
1.78
1.25
Indonesia
1.70
1.64
0.86
-
Brunei
1.20
1.18
0.70
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
1.38
Kerajaan memastikan harga produk petroleum rendah dengan memberi pengecualian cukai jualan dan subsidi kepada semua pengguna bahan petroleum (petrol, diesel dan gas memasak). Dengan adanya subsidi dan pengecualian cukai jualan maka pengusaha pengangkutan awam seperti bas dan teksi boleh menyediakan perkhidmatan yang murah kepada orang ramai. Subsidi juga dapat mengurangkan kos operasi golongan nelayan dan pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan Sarawak. Mekanisma harga yang digunakan untuk penetapan harga runcit produk petroleum telah diwujudkan pada tahun 1983. Secara ringkas, harga runcit petrol, diesel dan gas memasak ditentukan seperti berikut : Kos Produk Petroleum + Kos Operasi + Margin Syarikat Pengedar Produk Petroleum + Komisen Pemilik Stesen Minyak + Cukai Jualan - Subsidi = Harga Runcit Mekanisma harga itu bersandarkan harga pasaran antarabangsa. Berasaskan harga antarabangsa itu, unsur kos operasi seperti kos agihan dan kos pemasaran serta cukai jualan diambilkira untuk harga sebenar. Di Malaysia, harga runcit minyak lebih murah daripada harga di negara lain oleh kerana kita memberikan subsidi dan pengecualian cukai jualan. Sebagai contoh, harga runcit petrol RON97 pada 31 Julai 2005 adalah seperti berikut : Harga Runcit Petrol RON97 (sen seliter) Semenanjung Kos Produk
164.21
+ Kos Operasi
Sabah
Sarawak
164.21
164.21
9.54
8.98
8.13
+ Margin Syarikat
4.45
4.45
4.45
+ Komisen Pemilik Stesen
8.00
8.00
8.00
+ Cukai Jualan
58.62
58.62
58.62
= Harga Sebenar
244.82
244.26
243.41
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
- Cukai Jualan (Pengecualian)
58.62
58.62
58.62
- Subsidi
24.20
25.64
23.79
= Harga Runcit
162.00
160.00
161.00
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi, Pejabat Perdana Menteri 31 Julai 2005
Kenaikan harga minyak sejak 1990 Sebelum 90 Tahun 1990 01/10/2000 20/10/2001 01/05/2002 31/10/2002 01/03/2003 01/05/2004 01/10/2004 05/05/2005 31/07/2005 28/02/2006 05/06/2008
– – – – – – – – – – – – –
RM 0.89 RM 1.10 (kenaikan RM 0.21) RM 1.20 (kenaikan RM 0.10) RM 1.30 (kenaikan RM 0.10) RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) RM 1.33 (kenaikan RM 0.01) RM 1.35 (kenaikan RM 0.02) RM 1.37 (kenaikan RM 0.02) RM 1.42 (kenaikan RM 0.05) RM 1.52 (kenaikan RM 0.10) RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) RM 1.92 (kenaikan RM 0.30) RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
Sumber: IMF dan Bloomberg
Subsidi adalah wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada pengeluar atau penjual sesuatu produk supaya harga runcit produk tersebut rendah berbanding kos sebenar atau harga pasaran. Subsidi merupakan bantuan untuk meringankan beban kepada pengguna. Kerajaan akan terus menyediakan subsidi minyak tetapi akan menentukan tahap subsidi yang mampu ditanggung olehnya. Kerajaan sedang merangka kaedah yang lebih baik bagi memastikan bahan petrol seperti diesel dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak termasuk nelayan, pengusaha kenderaan awam seperti bas dan teksi serta pengusaha pengangkutan sungai di Sabah dan sarawak Penjualan diesel dan petrol adalah tertakluk kepada cukai jualan sebanyak 19.64 sen seliter bagi diesel dan 58.62 sen seliter bagi petrol. Walau bagaimanapun, cukai jualan tidak dikenakan ke atas gas memasak. Cukai jualan ini yang diperkenalkan pada tahun 1983, dikenakan sebagai salah satu punca hasil Kerajaan di samping menjadi alat penstabil harga produk petroleum. Oleh itu, untuk mengurangkan harga runcit produk petroleum, langkah DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
pertama yang diambil oleh Kerajaan ialah memberi pengecualian cukai jualan ke atas produk berkenaan yang menyebabkan Kerajaan mengalami kehilangan hasil cukai. Sejak kebelakangan ini, jumlah pengecualian cukai ini semakin besar. Umpamanya pada tahun 1993, kehilangan hasil adalah RM190.8 juta sahaja tetapi meningkat kepada RM2.6 bilion pada tahun 1999 dan terus meningkat kepada RM7.9 bilion pada tahun 2005. Pengecualian keseluruhan cukai jualan ke atas diesel wujud sejak daripada bulan Oktober 1999 lagi berikutan harga diesel yang semakin meningkat manakala bagi petrol sejak Jun 2004. Salah satu kesan negatif ialah berlakunya herotan pasaran (market distortion) yang boleh menjejaskan ekonomi negara. Ini bermakna harga komoditi berkenaan tidak menggambarkan kos sebenar kerana harga pasaran adalah di bawah harga sebenar. Akibatnya akan berlaku penggunaan yang berlebihan dan pembaziran. Di samping itu, akan timbul kegiatan yang tidak sihat seperti penyelewengan, penipuan dan penyeludupan. Kerajaan tidak boleh biarkan jurang antara harga pasaran dan harga subsidi terus melebar kerana ini boleh menggalakkan penyelewengan. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab membeli diesel pada harga subsidi dan menjualnya kepada kilang/industri pada harga pasaran yang lebih tinggi. Satu lagi kesan ialah berlakunya penyeludupan minyak, khususnya diesel Malaysia untuk dijual ke negara jiran. Ini seumpama memberi subsidi kepada rakyat asing. Akibatnya, kumpulan sasar tidak mendapat manfaat sepenuhnya kerana faedah ini turut dinikmati orang yang tidak layak, yakni orang asing. Negara kerugian besar. Andainya 10 peratus minyak Malaysia diseludup ke luar, ertinya negara kehilangan RM660 juta subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia, berdasarkan subsidi sebanyak RM6.6 bilion yang dianggarkan pada akhir 2005. Juga penyeludupan minyak memerlukan Kerajaan membuat belanja tambahan untuk meningkatkan penguatkuasaan melalui tambahan kakitangan dan peralatan pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyekat penyeludupan. Selain itu, subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah itu boleh diguna untuk memberi manfaat kepada rakyat dan generasi masa depan, yakni anak cucu kita seperti membina sekolah, hospital dan pelbagai kemudahan awam. Pada hari ini, subsidi juga menguntungkan orang kaya yang memiliki banyak kereta berbanding orang miskin yang mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan-tujuan lain yang lebih menguntungkan rakyat jelata. Apabila jumlah subsidi meningkat jumlah wang yang ada untuk pembangunan akan berkurangan. Pemberian subsidi juga mengurangkan keupayaan Kerajaan untuk mengurangkan defisit negara. Tanpa subsidi, harga petrol premium (RON97) ialah RM2.45 seliter dan bukannya RM1.62 seperti harga sekarang. Sebenarnya, apabila seseorang pengguna membeli seliter petrol premium di Semenanjung Malaysia, Kerajaan menanggung beban sebanyak 82.82 sen, yakni 58.62 sen dalam bentuk pengecualian cukai jualan dan 24.20 sen dalam bentuk subsidi. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Perbandingan Harga Tanpa Subsidi
Semenanjung Malaysia Produk
1
2
3
4 =1-(2+3)
RON97 (sen/liter)
244.82
58.62
24.20
162.00
RON92 (sen/liter)
232.18
58.62
15.56
158.00
Diesel (sen/liter)
206.87
19.64
59.13
128.10
LPG (sen/kg)
238.92
-
93.92
145.00
3
4 =1-(2+3)
Sabah Produk
1
2
RON97 (sen/liter)
244.26
58.62
25.64
160.00
RON92 (sen/liter)
231.62
58.62
15.00
158.00
Diesel (sen/liter)
206.31
19.64
58.27
128.40
LPG (sen/kg)
253.32
-
100.32
153.00
Sarawak Produk
1
2
3
RON97 (sen/liter)
243.41
58.62
23.79
161.00
RON92 (sen/liter)
230.77
58.62
14.15
158.00
Diesel (sen/liter)
205.46
19.64
58.02
127.80
LPG (sen/kg)
252.48
-
99.48
153.00
1. 2. 3. 4.
Harga Tanpa Subsidi dan Cukai Cukai Jualan Terkorban Subsidi Harga Runcit (Dengan Subsidi)
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
4 =1-(2+3)
Harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjung sepatutnya RM2.07 seliter. Tapipengguna membeli seliter diesel dengan harga RM1.28 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 59.13 sen seliter dan pengecualian cukai jualan 19.64 sen. Harga pasaran gas memasak (LPG) tanpa subsidi di Semenanjung adalah RM2.39 sekilogram. Tapi pengguna membeli sekilogram LPG dengan harga RM1.45 sahaja. Ini kerana adanya subsidi 93.92 sen sekilogram. Umpamanya, bagi satu tong gas 12 kilogram harga yang kita bayar adalah RM17.40 tetapi harga sebenar ialah RM28.67. Jadi bagi setiap tong gas, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM11.27. Jumlah subsidi bergantung kepada penggunaan minyak. Semakin banyak minyak digunakan rakyat, semakin tinggilah bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaan.
Jumlah Subsidi Petroleum dan Kehilangan Hasil, 2000-2005 (RM bilion)
Tahun
2001
2002
2003
2004
2005 Sebelum selepas Harga 31Julai Harga 31Julai
Subsidi
2.40
0.92
1.82
4.79
7.59
6.63
Kehilangan Hasil
5.08
3.31
4.76
7.15
7.85
7.85
Jumlah
7.48
4.23
6.58
11.94
15.44
14.48
Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas, subsidi yang diberikan pada tahun 2001 adalah RM2.4 bilion berasaskan harga purata minyak mentah WTI sebanyak AS$25.24 setong. Pada 2004 subsidi meningkat kepada RM4.8 bilion berdasarkan harga purata minyak mentah dunia sebanyak AS$41.60 setong. Ini belum mengambil kira kehilangan hasil yang juga kian meningkat sejak 2002, dari RM3.3 bilion pada tahun 2002 kepada RM4.8 bilion pada tahun 2003 dan RM7.2 bilion pada tahun 2004. Bagi tahun 2005, dengan menaikkan harga runcit diesel dan petrol pada 31 Julai 2005, Kerajaan dapat menjimatkan subsidi sebanyak RM1 bilion menjadi RM6.6 bilion pada tahun
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
2005 berbanding RM7.6 bilion jika harga tidak dinaikkan (2004: subsidi RM4.8 bilion) seperti yang ditunjukkan di jadual di atas. Subsidi yang begitu besar merupakan kos melepas kerana jumlah tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lebih produktif dan berfaedah kepada rakyat seperti membina sekolah atau kemudahan awam.
Jika harga minyak naik, hasil PETRONAS naik, hasil Kerajaan juga naik. Tapi pada masa yang sama subsidi minyak yang ditanggung oleh Kerajaan juga naik, dari RM4.8 bilion tahun 2004 kepada jangkaan RM6.6 bilion tahun ini. Jadi, memang benar negara mendapat keuntungan lebih tinggi dengan kenaikan harga minyak kerana pendapatan negara bertambah hasil daripada pertambahan eksport. Namun, Kerajaan perlu bertanggungjawab dalam membelanjakan pendapatan ini. Adalah tidak wajar 100 peratus keuntungan atau pendapatan ini digunakan semata-mata untuk subsidi minyak. Namun begitu perlu diingat, bahawa kita beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja. Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kita. Namun begitu perlu diingat, bahawa kita beroleh keuntungan dari kenaikan harga minyak pada jangka pendek sahaja. Pada jangka sederhana, kenaikan harga minyak menjejaskan ekonomi dunia dan sebagai sebuah ekonomi terbuka, eksport kita akan merosot. Hasil negara akan berkurangan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu dalam jangka sederhana, kenaikan harga minyak sebenarnya tidak menguntungkan kita. Lagipun, sebahagian keperluan minyak oleh rakyat negara ini perlu dibeli dan diimport dari negara lain. Ini bermakna walaupun kenaikan harga minyak dunia menyebabkan hasil bertambah, ia juga bermakna negara perlu berbelanja lebih untuk mengimport minyak pada harga yang lebih tinggi. Subsidi yang diberikan serta pengorbanan hasil memberi kesan ke atas kewangan Kerajaan. Ini dapat dilihat dari lima sudut:- - Pertama, ia menyebabkan perbelanjaan mengurus meningkat. Subsidi sebanyak RM6.6 bilion pada tahun 2005 merupakan 7.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus. Jika tiada subsidi, perbelanjaan mengurus dapat dikurangkan dan ini mengurangkan defisit Kerajaan. - Kedua, jika tidak digunakan untuk mengurangkan defisit, penjimatan daripada subsidi boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan pembangunan. Jumlah RM6.6 bilion tersebut merupakan 23.3 peratus daripada perbelanjaan pembangunan tahun 2005. Jika kos membina sebuah sekolah menengah adalah RM11 juta, jumlah ini dapat membina 600 buah sekolah. - Ketiga,kehilangan hasil akibat daripada pengecualian cukai menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan. Kehilangan hasil sebanyak RM7.9 bilion pada tahun 2005 merupakan 8 peratus daripada jumlah hasil. Kehilangan hasil berjumlah RM7.9 bilion ini jika dikutip, dapat membina 316,000 buah rumah kos rendah. - Keempat,jika digabungkan penjimatan subsidi dan kehilangan hasil berjumlah RM14.5 bilion,defisit tahun 2005 dapat dikurangkan daripada 3.8 peratus daripada KDNK kepada 0.7 peratus daripada DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
KDNK. Ini mengukuhkan kedudukankewangan Kerajaan. - Kelima, dengan defisit yang lebih kecil ini Kerajaan tidak perlu membuat pinjaman yang banyak. Sebenarnya, sumbangan PETRONAS kepada hasil negara adalah mencukupi untuk membiayai sepenuhnya subsidi keluaran petroleum.Namun begitu, perbelanjaan subsidi adalah perbelanjaan hangus. Walaupun Kerajaan boleh membiayai sepenuhnya subsidi yang kian meningkat tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik kerana akan menjejaskan pelaksanaan program lain yang lebih produktif. Oleh itu, jika rakyat dan Kerajaan dapat berkongsi kos kenaikan harga keluaran petroleum dan mengurangkan jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan, sebahagian daripada sumbangan PETRONAS boleh dilaburkan ke dalam aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan baru demi kesejahteraan negara dan rakyat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, PETRONAS telah membuat sumbangan besar terhadap pembangunan negara. Dalam tahun kewangan 2004/2005, ia telah menyumbang RM31 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti. Ini merupakan peningkatan 47 peratus berbanding dengan sumbangan tahun sebelumnya. Jumlah ini merupakan 53 peratus daripada keuntungan kasar PETRONAS sebanyak RM59 bilion pada tahun kewangan 2004/2005. PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala sebahagian besarnya iaitu 70 peratus dikuasai pesaingnya seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet. Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi juga untuk syarikat-syarikat minyak asing. Di Malaysia, PETRONAS mempunyai 3 loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara. Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil 88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari). Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, adalah jelas bahawa untuk memenuhi keperluan, kita juga perlu bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.
TK 99/00 TK00/01 TK01/02 TK02/03 TK03/04 TK04/05 Cukai Pendapatan Syarikat dan Petroleum
6.1
9.9
7.5
Dividen
4.1
4.1
4.1
Royalti 4.1 4.5 6.2 (kepada Kerajaan Persekutuan & Negeri) Duti Eksport Atas Petroleum Jumlah
0.7 13.4
2.6
0.9 19.0
0.7 15.8
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
8.6 5.1
10.5
14.3
5.1
9.1
4.1
0.8 18.6
3.5
1.1 21.3
1.6 31.2
Sumber: Petronas Di samping itu, PETRONAS telahpun memberi subsidi gas untuk sektor tenaga negara ini berjumlah RM25 bilion sejak Mei 1997. Harga gas yang ditetapkan kepada sektor tenaga pada masa ini hanyalah RM6.40 per million British Thermal (mmbtu) sahaja sedangkan harga gas berasaskan harga komersial ialah sebanyakRM25.70 per mmbtu. Harga gas yang rendah ini membolehkan Malaysia mengekalkan tarif elektrik pada tahap yang munasabah. PETRONAS adalah sebuah entiti perniagaan yang beroperasi di negara ini dan di peringkat antarabangsa. Jika sebahagian besar keuntungannya digunakan untuk subsidi, mungkin ia akan dianggap sebagai syarikat yang tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan kredibilitinya. Akibatnya, PETRONAS mungkin diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan antarabangsa. PETRONAS adalah sebuah entiti perniagaan yang beroperasi di negara ini dan di peringkat antarabangsa. Jika sebahagian besar keuntungannya digunakan untuk subsidi, mungkin ia akan dianggap sebagai syarikat yang tidak bertanggungjawab dan akan menjejaskan kredibilitinya. Akibatnya, PETRONAS mungkin diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan antarabangsa. Peranan utama PETRONAS adalah mengurus dan mengekalkan sumber minyak dan gas negara kita. Bagi mencapai matlamat ini, keuntungan mestilah dilaburkan semula untuk kegiatan carigali baik dalam negeri dan luar negeri. Keuntungan juga perlu dibelanjakan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan. Dalam tahun kewangan 2004/2005, PETRONAS melabur 61 peratus daripada jumlah pelaburannya atau sebanyak RM10.7 bilion untuk aktiviti carigali. Jika tidak ada pelaburan baru, Malaysia akan menjadi pengimpot bersih petroleum menjelang tahun 2009. Pelaburan oleh PETRONAS dalam aktiviti carigali, telah meningkatkan rizab minyak negara sebanyak 2-3 peratus setahun. Ini tidak akan berlaku jika semua keuntungan digunakan untuk subsidi. Dalam menghadapi isu subsidi produk petroleum serta kaitannya dengan kedudukan kewangannya,Kerajaan mempunyai tiga pilihan, iaitu: - Mengekalkan harga runcit petroleum walaupun harga pasaran antarabangsa naik.Ini bermakna keseluruhan kenaikan harga produk akan dibiayai oleh Kerajaan melalui peningkatan bayaran subsidi serta kehilangan hasil cukai. Jurang antara harga pasaran dengan harga subsidi juga akan semakin luas. Peningkatan subsidi dan kehilangan cukai bererti semakin kurang peruntukan dapat disediakan untuk tujuan pembangunan negara dan Kerajaan akan berdepan dengan masalah kewangan yang kritikal; atau -Memansuhkan subsidi dan menarik balik pengecualian cukai dan membiarkan harga naik sehingga mencerminkan harga. Dengan ini tiada lagi jurang antara harga pasaran dan harga subsidi. Ini bererti pengguna akan menanggung keseluruhan kenaikan harga tersebut. Beban sepenuhnya akan dirasai oleh semua pengguna produk petroleum. Kerajaan dapat menjimatkan wang yang banyak untuk membiayai projek pembangunan dan rakyat perlu DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
membayar harga pasaran produk petroleum. Namun begitu,dalam keadaan ini Kerajaan mungkin dituduh keterlaluan dan dianggap zalim; atau - Menaikkan harga sedikit seperti keadaan sekarang.Jurang di antara harga pasaran dan harga subsidi dapat dikurangkan. Ini bererti sebahagian kenaikan dipindahkan kepada pengguna dan sebahagiannya ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi. Tanggungan subsidi juga dapat dijimatkan dan penjimatan itu dapat membiayai perbelanjaan yang lebih produktif. Kenaikan harga secara sederhana tidak akan memberi kesan mengejut kepada rakyat dan memberikan ruang untuk rakyat dan pengguna membuat penyesuaian sewajarnya dalam perbelanjaan mereka. Pada pandangan Kerajaan jurang antara harga pasaran dunia dan harga dalam negeri perlu dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu pilihan ketiga, adalah jalan tengah dan merupakan pilihan terbaik. Ini bermakna Kerajaan akan terus menyediakan subsidi dan rakyat berkongsi sedikit dengan Kerajaan dalam menangani kenaikan harga minyak. Kerajaan menggalakkan penggunaan natural gasvehicles (NGV). Antara insentif yang disediakan oleh Kerajaan untuk menggalakkan penggunaan NGV ialah: o pengurangan cukai jalan iaitu 50 peratus untuk kenderaan monogas dan 25 peratus untuk kenderaan bi-fuel (diesel) dan dual-fuel (gasoline); dan menetapkan harga NGV pada paras 50 peratus lebih rendah daripada harga pam petrol. Kerajaan juga sedang menggalakkan penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui (renewable energy)melalui program SREP (Small Renewable Energy Programme) iaitu projek penjanaan kurang daripada 10 MW dengan menggunakan biomass, landfill gas dan mini hidro Bagi projek hidroelektrik, projek yang sedang dalam pembinaan ialah projek hidroelektrik Bakun. Projek ini dijangka siap tahun 2010 dan dijangka dapat menjana kuasa dengan kapasiti 2,400 MW. Di samping itu, Kerajaan juga bercadang memperkenalkan penggunaan biodiesel atau green fuel dengan menggunakan minyak kelapa sawit yang dicampurkan dengan diesel untuk kenderaan. Graf harga
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
minyak mentah
Sumber: IMF dan Bloomberg 26 oktober 2007 Kesan Kenaikan Harga Minyak Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang amat membebankan. Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka. HALUAN juga mencadangkan agar pihak kerajaan mengambil pendekatan yang disarankan di dalam Al-Quran yang dapat mengelakkan kesusahan melampau ketika berlakunya sesuatu krisis. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (AlFurqan:67) Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosadosa[1314] semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Az-Zumar:53) Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan oleh kerajaan hendaklah dilaksanakan sertamerta supaya negara mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk berhadapan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada masa akan datang. Perbelanjaan yang berbentuk hiburan, melalaikan dan tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat hendaklah dikaji semula.Begitu juga dengan projek pembangunan yang berjumlah jutaan ringgit hendaklah dinilai kembali pelaksanaannya ketika ini supaya kos pembangunan negara dapat digunakan secara optimum.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Al-Baqarah:274) Kerajaan juga perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Malaysia dan memberi tindak balas segera supaya keresahan mereka tidak menambah beban kepada kehidupan yang dilalui pada masa ini. Contohnya dengan membuat penyelarasan tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar (caj) perkhidmatan telekomunikasi, air, cukai jalan, tambang pengangkutan awam, (yuran) kesihatan, pendidikan dan perumahan supaya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang terbeban. Selain itu cadangan untuk mengkaji semula semua bayaran yang dikenakan dalam sektor pengangkutan bagi menghalang kenaikan harga adalah wajar dilakukan. Antara cadangan lain pula ialah kerajaan perlu menggiatkan usaha penyelidikan untuk mencari sumber alternatif kepada keperluan petrol seperti minyak kelapa sawit seperti mana tenaga solar juga boleh menggantikan kuasa dalam membekalkan tenaga elektrik. Terdapat pelbagai sumber alternatif yang masih terhad lagi kita gunakan iaitu antaranya tenaga berasaskan angin, suria, hidrogen dan sisa organik. Tindakan memberi potongan harga kepada barang-barang keperluan pengguna agar dijual dalam kadar harga yang berpatutan juga wajar bagi menggalakkan perbelanjaan rakyat. Maka tindakan memperkasakan dasar pertanian perlu digalakkan agar negara berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah secara aktif hingga mampu menampung permintaan kepada sesuatu bahan. Dengan memastikan pengawalan harga bahan keperluan hasil pengeluaran selari dengan permintaan akhirnya akan memberi kesan kepada kelancaran ekonomi. Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Pemberian subsidi daripada kerajaan kepada peniaga sangat penting khususnya golongan yang kurang mampu bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang dan akhirnya masyarakat akan mudah berbelanja mengikut kadar kemampuan. Manakala bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya sekiranya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja atau kita panggil sebagai pendapatan boleh belanja. Seterusnya akan bertambahlah bilangan pengusaha dan pembekal. Kerajaan akan memperoleh semula hasil perbelanjaan rakyat itu menerusi cukai yang dikutip daripada pertambahan bilangan pengusaha dan pembekal berkenaan. HALUAN yakin bahawa kerajaan akan terus memilih pendekatan berjimat-cermat bagi mengekang kenaikan harga bahan bakar minyak supaya penjimatan kos dapat dilakukan dengan sebaik mungkin di samping memikirkan altenatif lain yang lebih bijak bagi menangai permasalahan ini. Hak dan kebajikan rakyat akan lebih terjamin dengan kesepakatan dan permuafakatan yang dibuat hasil dari penelitian yang jitu. Contohnya mengenai pembayaran balik rebat RM625 setahun kepada pemilik kenderaan pacuan empat roda berkuasa 2000cc ke bawah dan bagi motosikal berkuasa 250cc ke bawah akan dibayar RM150 setahun. Sebagai tambahan, kerajaan turut mengumumkan rakyat tempatan yang memiliki kenderaan persendirian dengan memiliki kenderaan enjin sehingga 3000cc di negeri Sabah dan Sarawak kini layak menuntut rebat tunai subsudi minyak berjumlah RM 625 setahun. Walaupun begitu ada sesetengah yang berpandangan bahawa DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
pemberian rebat itu dianggap tidak menyeluruh kerana ada sebahagian besar yang berpendapatan rendah tidak menggunakan bahan api untuk kenderaan persendirian. HALUAN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sama-sama prihatin dengan kesukaran rakyat Malaysia ketika ini menyeru ahli dan orang ramai untuk bersabar dan bijak ketika berbelanja dengan elakkan pembaziran serta memanjatkan doa supaya cabaran dan ujian ini mampu dilalui dengan tabah dan tenang. Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Isra’: 26-27) Dalam keadaan begini kita juga harus berjimat-cermat. Ini kerana pembaziran itu membawa kesan yang amat besar sekali. Perlu di rasai bahawa negara kita kaya dengan pelbagai hasil. Kita perlu bersyukur di atas segala rahmat kurniaan Allah s.w.t. yang menjadikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Sekiranya pembaziran berlaku hak kehidupan yang lain akan terhalang. Kemusnahan dan penindasan akan berterusan. Seharusnya nikmat dan kurniaan yang telah dilimpahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita perlu dirasai dan dinikmati bersama. Seperti mana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa, “...kerajaan turut berasa keperitan rakyat dan berasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini”. ( Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, muka 11) Di dalam Mesyuarat Majlis Inflasi juga ada memutuskan cuti berbayar bagi menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini boleh dinikmati untuk ke sebarang destinasi, kini dihadkan kepada destinasi dalam negeri dan rantau Asean sahaja dengan tempoh tidak melebihi seminggu. Selain itu pengumuman berkaitan pemotongan perbelanjaan awam dan elaun keraian anggota Kabinet sebanyak 10 peratus merupakan tanda keperhatinan terhadap permasalahan ini. Hal ini mengingatkan semula berkaitan contoh yang kita boleh ambil daripada ulama terdahul iaitu ketika zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab’. Ketika itu berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab antara tahun 17H dan 18H iaitu selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini di samping kecemerlangannya dari sudut pendirian dan sikap. Sehingga diceritakan pada suatu ketika 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?". Begitulah contoh teladan yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Sekiranya kita berusaha berjimat-cermat dan merasai penderitaan yang lain dengan berusaha membantu dan mencari penyelesaian, mudah-mudahan masalah yang timbul akan terungkai.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Namun perlu diingat bahawa isu ini, kesan dan penderitaan yang melanda masyarakat bukan hanya sekadar untuk menjadi bahan rintihan atas kesempitan dan bebanan yang dilalui lantas mencari jalan untuk saling menyalahi dan menunding jari. Walaupun hakikatnya perancangan dan keputusan ini melibatkan pihak berkuasa di kalangan manusia, tetapi ada yang lebih berhak dalam menentukan sesuatu perkara yang sebenarnya berada di luar penguasaan kita semua sebagai hamba kepada Maha Pencipta. Allah jua Yang memiliki Segala Yang ada di langit serta Yang ada di bumi; dan Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab Yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak). (Ibrahim:2) Mungkin isu ini boleh dijadikan renungan bahawa adakah kesempitan dan permasalahan yang melanda merupakan suatu bala daripada yang Maha Kuasa. Apabila maksiat melata dan berleluasa, Allah s.w.t. akan menurunkan bencana kepada umat manusia sebagai tanda peringatan daripada-Nya. Kekufuran dan kemaksiatan hasil daripada tangan dan tindakan manusia akan mengundang azab atas balasan setiap dosa. Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (Ar-Rum:41) Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan. Berikutan dengan kenaikan harga minyak, terdapat di kalangan peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan. Pengguna mestilah berhemat dalam perbelanjaan dengan berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan. Di samping itu, pengguna perlu membuat pilihan bijak dengan membandingkan harga dan kualiti barangan dan kedai sebelum berbelanja. Ini secara langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan keluarga. Dengan berbelanja secara berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan pembaziran. 41 peratus dari penggunaan tenaga digunakan oleh sektor pengangkutan. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak, dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak boleh dikurangkan. Rakyat perlu sedar bahawa dalam masa 19 tahun lagi, tiada setitik minyak pun akan dapat dikeluarkan dari bumi atau dasar laut Malaysia.Oleh itu, kita perlu menggunakan hasil petroleum ini dengan berhemat. Kita mesti mencari jalan mengurangkan pergantungan terhadap minyak dan memainkan peranan menggunakan hasil minyak hari ini untuk tujuan produktif. Kita mesti berjimat cermat, jangan membazir dan mencari sumber tenaga alternatif seperti biofuel. Beberapa negara seperti Indonesia dan Thailand telah memperkenalkan DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
langkah-langkah penjimatan tenaga yang radikal. Rakyat negara ini wajar menyokong usaha Kerajaan berhubung dengan penggunaan tenaga secara berhemat. nbsp;Kerajaan akan bertindak tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan (profiteering) berlebihan. Pengguna boleh memainkan peranan dengan melaporkan kegiatan tidak beretika ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil. Peniaga, pedagang dan pengusaha pula perlu bersikap patriotik dan tidak mengkhianati orang ramai dengan menaikkan harga barangan atau jualan sewenang-wenangnya. Metod Reka bentuk kajian Kajian ini adalah berbentuk tinjauan sampel di lapangan dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan ( Dilampirkan) mengandungi dua bahagian seperti berikut: Bahagian A : Butir-butir maklumat diri dan pekerjaan Bahagian B : kesan kenaikan harga minyak terhadap kehidupan seharian Responden tediri daripada penduduk kampung dan masyarakat di daerah Rompin Kajian rintis telah dijalanlkan sebelum kajian sebenar dijalankan. Data yang dipungut telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Life (SPSL- Manual) Subjek Seramai 87 buah keluarga yang berlainan sumber ekonomi dan status. Responden-responden telah dipilih mengunakan kaedah rambang percontohan bertujuan (purposive random sampling) berasaskan kriteria-kriteria berikut: a) keluarga yang mempunyai sumber ekonomi yang kaya, sederhana dan miskin.
b) Keluarga yang berstatus bujang, bapa tunggal, warga emas, berkahwin, ibu tunggal,
duda dan janda
Pembolehubah-pembolehubah Pembolehubah-pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah a) Sumber ekonomi b) Status responden Soal selidik
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Soal selidik yang mempunyai dua bahagian telah digubal oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat tentang demografi responden dan sumber ekonomi atau pendapatan serta status responden dan kesan kenaikan harga minyak terhadap kehidupan seharian. Bahagian pertama soal selidik menyakan maklumat tentang jantina, umur, status, sumber pendapatan atau ekonomi, dan pekerjaan
Bahagian kedua soal selidik mengandungi 50 item yang menghuraikan mengenai masalahmasalah yang dihadapi akibat daripada kesan kenaikan harga minyak dalamkehidupan seharian. Item-item dalam bahagian ini telah diadaptasi daripada versi soal selidik yang digubal oleh Prof Dr. Jamal Ali, Universiti Teknologi Malaysia (1999). Item-item yang disediakan dalam inventori ini adalah dalam bentuk satu perkataan atau frasa-frasa yang pendek. Responden dikhendaki menandakan masalah yang dialami akibat daripada kesan kenaikan harga minyak(KKHM) dalam kehidupan seharian di atas skala likert 1 hingga 5 daripada membebankan hingga memudahkan. Indek bagi KKHM adalah purata markah daripada 30 item selepas menentukan item-item positive dan negatif.
Prosedur Setelah kajian rintis dijalankan dengan 20 buah keluarga yang berlainan sumber pendapatan dan status, beberapa pengubahsuaian telah dibuat terhadap kandungan dalam soal selidik. Kesesuaian dan ketepatan item-item yang diterjemahkan dan arahan-arahan yang disediakan dalam soal selidik dapat dipastikan dalam kajian rintis ini. Beberapa pindaan kecil dan pengubahsuaian telah dibuat terhadap item-item dan istilah-istilah yang didapati kabur. Soal selidik telah disediakan dalam Bahasa Melayu untuk menyenangkan pemahaman. Sebarang analisis statistik tidak dilakukan terhadap data kajian rintisan ini. Prosedur memungut data telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik sendiri . keluarga yang telah dipilih dalam kajian ini diminta memberi kerjasama untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Tiada had masa yang dikenakan untuk menjawab soal selidik. Sebahagian daripada soal selidik dipungut tiga hari selepas diedarkan dan sebahagian lagi dipungut setelah keluarga tersebut selesai menjalani pratikum masing-masing.
Analisis data Soal selidik yang telah dipungut telah disemak. Soal selidik yang lengkap diisi mengikut arahan yang ditetapkan telah diperoses dan direkodkan. Data yang dikodkan telah dianalisis dengan mengunakan cara manual menggunakan program SPSL- Manual. Penganalisis data dalam kajian melibatkan statistik dekskriptif dan statistik inferensi. Penyelidikan telah menggunakan min dan sisihan piawai untuk mengenal pasti dan DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
menentukan masalah yang dialami akibat kenaikan harga minyak terhadap kehidupan seharian sesebuah keluarga. Keputusa kajian juga telah dibentangkan dalam bentuk jadual yang sesuai
Keputusan kajian Daripada 100 set soal selidik yang diedarkan, terdapat 82 set yang diisi dengan lengkap telah diproses. Responden merupakan penduduk yang tingaal di daerah Rompin iaitu kawasan luar bandar.
Jadual 1. Taburan Responden Mengikut Status Status Bujang Duda Janda Berkahwin Warga emas Bapa tunggal Ibu tunggal
% 13.4 12.3 6.8 31.6 3.7 8.4 23.8
Jadual 2. Taburan Resronden Mengikut Umur Umur 25-29 Tahun 30-34 Tahun 35-39 Tahun 40-44 Tahun 45-49 Tahun > 50 Tahun
N 10 30 13 12 8 9
% 12.2 40.2 19.5 16.2 2.1 9.8
Jadual 3. Taburan Responden Mengikut Pendapatan Pendapatan (RM) < 300 500
N 32 27
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
% 29.3 23.5
700 1000 >1500
15 3 5
19.8 12.7 17.5
Jadual 4. Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Jenis pekerjaan Pertani Buruh Guru Nelayan Lain-lain
N 32 27 3 15 5
% 37.8 25.8 5.3 20.5 10.6
Dalam jadual 4 menunjukkan taburan mengikut pekerjaan penduduk. Daripada 82 buah keluarga terdapat 32 orang (37.8%) bekerja sebagai petani, buruh sebanyak 27 orang (25.8%) dan sebagai nelayan seramai 15 orang (20.5%). Manakala responden-responden yang lain bekerja sebagai guru dan sebagainya.
Penutup Hasil kajian ini mungkin dapat memberi implikasi yang bernilai kepada pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam bidang ekonomi. Walaupun tahap atau kesan kenaikan harga minyak di kalangan masyarakat adalah sederhana, namun fenomena ini jika dibiarkan berlaku dengan berterusan sudah pasti ekonomi rakyat akan menurun sehingga boleh menjadi sangat kritikal. Oleh itu, kajian ini mengseyorkan bahawa semua pihak haruslah bersatu padu dalam mengembeling tenaga untuk memastikan inflasi akibat kenaikan harga minyak dapad dikawal supaya tidak usud sebarang konflik sosial dan konflik yang timbul daripada tuntutan masyarakat. Kerajaan seharunya mengambil inisatif bijak dalam membantu menyelesaikan masalah rakyat secara adil dan saksama. Disamping, itu rakyat haruslah sedar akan kepentingan bekerjasama di antara satu sama lain. Masyarakat juga haruslah belajar untuk berbelanja secara bijak agar masalah ini dapat diselesaikan secara terancang. Ini secara langsung dapat meningkatkan kedudukan kewangan keluarga. Dengan berbelanja secara berhemat dan merancang perbelanjaan, pengguna boleh mengurangkan pembaziran. Akhir sekali, adalah dicadangkan kajian-kajian selanjutnya seharusnya menunjukkan strategistrategi pengurusan yang lebih tersusun, teratur dan lebih strategik dalam usaha mencegah masalah inflasi dan kesan kenaikan harga minyak. Di samping itu, adalah lebih membantu dalam penyelidikan sekiranya kajian yang dijalankan berbentuk temu ramah atau kuantitatif untuk menghayati masalah mereka secara lebih mendalam. Kajian-kajian yang sedemikian akan dapat membantu dalam mengumpul maklumat yang lebih meluas atau lebih teperinci DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
tentang ‘attribut-attribut’ yang membina supaya dapat membantu rakyat atau masyarakat dalam menyelesaikan masalah tentang kesan kenaikan harga minyak dalam peringkat isi rumah sehinggalah negara.
Rujukan The Hike in Oil Prices: Speculation -- But Not Manipulation Blok Happy Day
[email protected] 2007 International Energy Outlook: Petroleum and other liquid fuels. U.S. Energy Information Administration (May 2007). Sumber : KPDN & HEP Harga Minyak Mentah BP. Department of Energy. Excel spreadsheet. Economic Planning Unit (EPU) Kenneth Musante. "Oil breaks new ground above $143", BBC, June 29, 2008. Dicapai pada 2008-06-29. (English) Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bloomberg Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, (www.kpdnkk.gov.my) The Association for the Study of Peak Oil and Gas Newsletters Oil Prices and the Iraq War: Market Interpretations of Military Developments by U.S. Navy CCC Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kementerian Kewangan Dipetik dari Berita Harian, Rabu, 11 Jun 2008, muka 11) Malaysia Sumber : IMF dan Bloomberg Pada 28 Julai 2005 Ayat Al-Quran (Ar-Rum:41)(Al-Is(Al-Furqan:67) (al-Isra’: 26-27) (Al-Baqarah:274) (Az-Zumar:53) Asia/Pacific: Scary Oil Andy Xie, MorganStanley economist for Asia, commenting on possibility that oil is financial bubble,(16-Jun-2005). Petronas Prof Dr. Jamal Ali, Universiti Teknologi Malaysia (1999).
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
Unit Perancangan Menteri. Ekonomi Maklumat
Ekonomi, Jabatan Pedana Malaysia: Fakta dan http://www.epu.gov.my
Pertubuhan Himpunan Pendidikan Malaysia
Lepasan Institusi (HALUAN) (PPM 969/88)
HALUAN Malaysia.com Wikipedia, Enciklopedia
bebas
EU Oil Bulletin Fuel prices in EU countries updated weekly, includes information on taxes and VAT. Oil Industry Combined Graph Graph of oil prices in relation to other fossil fuel prices.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG GEMOK
KESAN KENAIKAN HARGA MINYAK KEPADA MASYARAKAT
MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA
910811-01-6085
PN. SYAHARITA BT SHAFFEI FAKULTI EKONOMI SMK TANJUNG GEMOK
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD AFI ADLI BIN HASNUL HAK CIPTA TERPELIHARA