Kesan Ekonomi Dan Politik Terhadap Pelaburan

  • Uploaded by: NAZKO
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kesan Ekonomi Dan Politik Terhadap Pelaburan as PDF for free.

More details

  • Words: 665
  • Pages: 6
PRINSIP PERNIAGAAN

KMA241 SEMESTER 1 09/10 NAMA PENSYARAH:ENCIK AMRAN ABDUL HADI DI SEDIAKAN OLEH:

NO MATRIK:

SHAZRUL AZHAN BIN ABDULLAH DPP091054 MUHAMMAD AL-HAFIZ BIN KHAN MOHD DPP091040 MUHAMMAD AIMAN BIN JAMALUDDIN DPP091039 NORSHAHFUDDIN BIN ZOLLCAPLI DPP091053 1

ZULHUSNI BIN MOHD HUSAIN DPP091044

ELEMEN-ELEMEN EKONOMI DAN POLITIK SERING DI JADIKAN FAKTOR PENENTU DALAM MEMBUAT PELABURAN DI SESEBUAH NEGARA.JELASKAN KENYATAAN TERSEBUT.

POLITIK a) Halangan Perdagangan dan Tarif Halangan perdagangan dan tarif.

Halangan Perdagangan dan Tarif Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di Malaysia.

b) Risiko Politik

Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru. 2

c) Perjanjian Perdagangan Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

d) Cukai Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut: • Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur. • Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.

e) Peraturan Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan 3

tersebut. Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan. Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Ekonomi Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro.

a) Perubahan demografis. Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa 4

membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

b) Aliran Sosial Aliran Sosial Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah: i)

Pembentukan rumah tangga

ii)

Ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh

iii)

Tahap pendidikan

iv)

Corak pembelanjaan

v)

Corak waktu lapang (leisure).

c)Sumber bahan mentah -Sumber bahan mentah turut mempengaruhi pelaburan dari segi kos yang di keluarkan untuk melabur di sesebuah negara.Jika kos bahan mentah di sesebuah negara tersebut adalah mahal,ia 5

mungkin akan menyebabkan sesuatu pelaburan itu mengalami keuntungan yang kecil ataupun megalami kerugian.

d)Lokasi Kos tapak lokasi untuk pembukaan sesebuah firma turut mempengaruhi pelaburan di sesebuah negara.Ini berlaku apabila kos lokasi di sesebuah tempat tersebut adalah mahal ataupun murah.Jika kos lokasi tersebut adalah mahal untuk membuka sesebuah firma,maka ia turut mempengaruhi pelaburan tersebut dari segi keuntungan.

e)Taraf pendapatan penduduk setempat. Turut mempengaruhi pelaburan melalui taraf pendapatan penduduk,sebagai contoh , jika sesebuah negara tersebut mempunyai taraf pendapatan penduduknya adalah rendah maka ia akan mempengaruhi pelaburan dari segi keuntungan pelaburan tersebut.

6

Related Documents


More Documents from "ari nabawi"