1
Isu –isu dalam kognitif
kesannya kepada Akal Oleh: KHAIRUL HAFIZ BIN RAMLI M20071000283
2
Isu –isu dalam kognitif
Pada tahun 1997 hingga April 1999, terdapat seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Antaranya 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan.
3
Isu –isu dalam kognitif
Statistik
Sumber: Agensi Anti Dadah Kebangsaan
4
Isu –isu dalam kognitif
Statistik
Smbgn
Sumber: 5 Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Isu –isu dalam kognitif
Statistik
Smbgn
Sumber: Agensi Anti Dadah Kebangsaan
6
Isu –isu dalam kognitif
Statistik
Smbgn
7
Sumber: Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Isu –isu dalam kognitif
Statistik
Smbgn
Sumber: Agensi Anti Dadah Kebangsaan 8
Pembentangan akan memfokus: Takrifan Akal Takrifan Otak Apa itu Dadah Jenis dadah yang memberi kesan kepada Akal dan Otak Kesan Dadah Pada Akal Kesan Dadah Pada Aspek Lain Penyalahgunaan Dadah dan Dalil Larangannya Kesimpulan
9
Takrifan Akal Imam Al-Ghazali, “Akal ialah kekuatan
pemikiran semula jadi yang dikurniakan Allah kepada manusia agar dengannya manusia dapat mengenali hakikat sesuatu perkara... Akal ialah tempat lahir dan tertegaknya ilmu. Hal ini disebutkan dalam Ihya Ulumuddin. Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya
kepada Tamim Ad-Dari, “Menurut pandanganmu, apakah benda yang paling mulia?” Tamim Ad-Dari menjawab, “Akal.” Berkata Omar Al-Khattab, “Kamu benar. Aku pernah bertanya kepada Nabi soalan yang sama seperti yang aku ajukan kepadamu dan baginda menjawab, ‘Aku pernah bertanya Jibrail berhubung perkara yang paling mulia dan Jibrail 10 berkata akal’.”
Takrifan Akal 2 KEMULIAAN AKAL Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakan anak Adam atas dasar akal yang diamanahkan kepada kita. Allah telah menjadikan kita khalifah di muka bumi ini dan memudah bagi kita segala apa yang di langit dan di bumi. Dengarlah firman Allah ini: bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam, dan Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebaikan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra': ayat 70) 11
OTAK MANUSIA Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan
Allah kepada manusia. Otak ialah bentuk Fizikal Akal Berat otak 3lbs(paun) saja Mengikut Making The Most Of Your Brain terbitan Reader’s Digest, ketika seseorang bayi berumur 7 minggu di dalam rahim ibu, struktur utama otak sudah dapat dilihat dengan jelas. Ketika bayi berumur 3 bulan, urat tunjang (spinal cord) pula mula berkembang. Di dalam rahim ibu, pertumbuhan selsel otak berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang baru (neurones) tumbuh pada setiap minit. Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 100 bilion. Setiap sel ini pula mempunyai 1000 tempat di mana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain. 12
Apa itu Dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang
amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
13
Apa itu Dadah? 2 Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk
kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai "dadah yang disalahguna". 14
Jenis-jenis Dadah? Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberape jenis
seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahguna Kesan utama dadah berbanding dengan ubat-ubatan adalah tindakannya yang agak ketara ke atas otak dan minda manusia sehingga boleh berlaku pergantungan ataupun ketagihan.
15
Jenis-jenis Dadah? 2 Heroin
16
KESAN DADAH PADA OTAK
Sungguhpun kesan utama dadah adalah ke atas otak dan minda, tetapi kesan ini hanya dapat diperhatikan melalui gejala-gejala luaran yang mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti otak dan minda. Ini termasuklah sistem-sistem yang berkaitan dengan tubuh badah seperti sistem jantung, pernafasan, gastro-usus, ginjal dan sebagainya. Ini kerana otak ialah pusat utama yang mengawal segala sistem badan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Pakar Perubatan didapati Dadah sememangnya memberi kesan kepada otak. Seterusnya anda akan melihat bagaimana perbezaan otak manusia yang normal dan otak yang menghadapi masalah kesan daripada 17 DADAH.
KESAN DADAH PADA OTAK 2
Rajah dibawah pula menunjukkan hasil daripada MRI, gambar imbasan otak bagi penagih kokain dan gambar otak manusia normal;
Imbasan Otak Normal Sumber: Santa Clara County Dept of Alcohol & Drug Services Addiction Medicine Division
Imbasan Otak penagih Kokain 18
KESAN DADAH PADA OTAK 3 KESAN PENAGIHAN KOKAIN. Kokain adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake" Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana kesannya boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat. Bagaimana kesan kokain keatas otak lihat slide seterusnya............... 19
KESAN DADAH PADA OTAK 4
Rajah dibawah pula menunjukkan hasil daripada imbasan MRI, kesan kepada otak bagi penagih kokain; Imbasan otak penagih Kokain
Penagih Kokain
Warna kuning menunjukkan terdapatnya kesan kokain Sumber: Santa Clara County Dept of Alcohol & Drug Services Addiction Medicine Division
20
KESAN DADAH PADA OTAK
5
KESAN STIMULAN Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang
merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-typestimulants (ATS)" dan kokain..
Dadah seperti Amfitemin, merencatkan pengeluaran
hormon norendepherine dan serotonin untuk menghasilkan kesan gembira yang semulajadi dan memerlukan dadah ini untuk rasa riang. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya. 21
KESAN DADAH PADA OTAK
6
Dadah juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan keriangan yang`palsu’ seperti ketawa yang berlebihan. Tingkah lakunya turut menjadi agak luar biasa daripada berbagai segi, termasuk kelincahan mahupun dari segi pertuturan.
22
KESAN DADAH PADA OTAK
6
Dadah juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan dimana boleh mencetus keganansan.
23
KESAN DADAH PADA OTAK
7
KESAN DADAH DEPRESEN Ubat "depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan
"tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh. Kesan daripada pengambilan depresen seseorang menjadi tidak aktif tetapi sebaliknya dalam keadaan tertekan dan sugul. Tumpuannya begitu rendah sekali sehinggakan ia tidak begitu memperdulikan persekitaranya. Contoh Dadah Depresen: kodein, ubat tidur/pelali berfungsi dengan menekan aktiviti otak sehingga dapat menghasilkan rasa mengantuk dan tidur.Apabila otak terus tertekan, orang itu akan berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berbagai tekanan fungsi badan seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang turut terjejas. 24
KESAN DADAH PADA OTAK
8
CONTOH KESAN DADAH DEPRESEN Imbasan MRI keatas otak pesakit yang mengalami Depresen
Sumber:
25
Harvard Medical School
Imbasan otak normal
KESAN DADAH PADA OTAK
9
KESAN akibat DADAH DEPRESEN keatas manusia
26
KESAN DADAH PADA OTAK
10
KESAN DADAH HALUSINOGEN Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang
mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar. Orang yang menggunakan Dadah ini, seolah-olah tidak berpijak di alam nyata. Misalnya seorang pengguna dadah jenis halusinogen mungkin merasakan dirinya boleh terbang dan apabila cuba melakukan sedemikian, ianya akan mendapat kecederaan dan mungkin maut. Ada juga ketikanya mereka-mereka yang menggunakan ubatubatan LSD misalnya mendakwa dapat berjumpa dengan Tuhan. Kesemuanya ini adalah khayalan yang mirip kepada fenomena halusinasi. Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan. 27
KESAN DADAH PADA OTAK
11
KESAN DADAH HALUSINOGEN Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh
golongan "hippies" pada tahun 1960-70. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat. Dadah halusinogen adalah antara dadah tertua yang pernah digunakan oleh manusia. Dadah ini terhasil secara semulajadi dalam cendawan, kaktus, dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Etika pengunaan dadah halusinogen bergantung kepada masyarakat dan budaya setempat. Dadah halusinogen diharamkan di kebanyakan negara tetapi sesetengah negara atau masyarakat membenarkan pengambilan dadah halusinogen untuk tujuan tertentu. Misalnya di Amerika Syarikat, pengunaan kaktus peyot (sejenis kaktus yang mempunyai kandungan alkaloid fenetilamina yang tinggi) dibenarkan untuk hal hal keagamaan bagi kaum asli Amerika ( Native American ) Sumber: www.drugs.indiana.edu
28
KESAN DADAH PADA OTAK
12
Asal DADAH HALUSINOGEN adalah dari……
Pokok Pokok Cendawan Cendawan Pokok Pokok dan dan buah buah Pala Pala
Pokok Pokok Cendawan Cendawan
Sumber:
29
www.drugs.indiana.edu
KESAN DADAH PADA ASPEK LAIN Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara Kesan Kepada Penagih Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah. Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja. Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan. Pitam, pengsan, berperasan ganas, rasa ketagihan berlebihan. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.
30
KESAN DADAH PADA ASPEK LAIN Kesan Kepada Keluarga Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Rumah tangga menjadi porak peranda. Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
Kesan Kepada Masyarakat mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah. 31
KESAN DADAH PADA ASPEK LAIN Kesan Kepada Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah : •Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi. •Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah. •Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan. •Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku •Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya. •Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia. 32
PENYALAHGUNAAN DADAH DAN DALIL LARANGANNYA Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah menuntut dan menguasai ilmu. Dadah menutup Fungsi Akal dan Otak yang penting untuk menguasai Ilmu, sedangkan manusia diwajibkan menuntut Ilmu. Seperti kata Imam Al-Ghazali tadi “Akal ialah tempat lahir & tegaknya Ilmu” Surah Ali-Imran ayat 190-191, Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab (iaitu golongan yang berakal). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.” Satu di antara ciri yang terdapat pada golongan ulul albab ialah banyak berfikir. Banyak berfikir tentang penciptaan 33 Allah akan melahirkan ilmu serta penemuan baru
PENYALAHGUNAAN DADAH DAN DALIL LARANGANNYA Seorang penagih dikatakan tidak berakal kerana akalnya tidak berfungsi secara normal dan hanya memikirkan ‘najis’ itu semata hingga sanggup melakukan jenayah seperti merompak dan membunuh. Ini jelas dalam Surah Al-Anfal:22, “Sejahat-jahat makhluk ialah mereka yang tidak berakal” Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (An-Nisa 4:29) Larangan pengambilan dadah adalah jelas HARAM berdasarkan dalil yang diqiaskan kepada ARAK berdasarkan keterangan nas-nas (Al-Quran & Hadis)
34
PENYALAHGUNAAN DADAH DAN DALIL LARANGANNYA Surah Al-Maidah ayat 90 dan 91. “Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya khamar (arak), berjudi, dan pemujaan berhala serta merenung nasib adalah perbuatan keji dan merupakan amalan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengerjakan solat….” SABDA RASULULLAH SAW :”Setiap yang memabukkan adalah Khamar dan setiap khamar adalah haram” Di dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud) 35
CARA MENGATASI Ada terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah penagihan dadah. Seperti mengunakan terapi gantian menggunakan metadon. Terapi Gantian bermaksud menggantikan dadah heroin dan morfin dengan ubatan dari kumpulan yang sama tetapi mempunyai tahap ketagihan dan gian yang lebih rendah seperti Metadon yang dilakukan dibawah preskripsi, pengawasan perubatan dan kaunseling yang sistematik. Projek rintis telah dijalankan oleh: Kementerian Kesihatan, bekerjasama dengan Agensi Anti- Dadah Kebangsaan (AADK), Badan-badan bukan Kerajaan, Universiti dan sektor swasta. Melibatkan 1240 penagih dadah. Bermula pada Oktober 2005 selama 6 bulan di 4 zon (Utara, Timur, Tengah & Selatan). Peruntukkan perbelanjaan: RM 2.3 juta- 72% daripada peruntukkan (RM1,665,072) dibelanjakan untuk pembelian metadon. hasilnya……. 36
Kesan otak setelah menjalani pemulihan
Sumber: Santa Clara County Dept of Alcohol & Drug Services Addiction Medicine Division
37
KESIMPULAN Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagai bentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan. Di dalam memelihara kemurnian dan kesihatan akal, setiap individu harus menyedari bahawa anugerah Allah yang amat berharga itu tidak akan berguna andainya tidak disusuli oleh amalan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga dan memelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah salah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Oleh itu, kita perlu menjauhi Penyalahgunaan Dadah dan samasama membenterasnya DADAH boleh melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan maruah agama. 38
39
Isu –isu dalam kognitif
MRI
40
Isu –isu dalam kognitif
41