KELAB PENGAJIAN MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BAHASA MELAYU
TARIKH : 5 OKTOBER 2018 MASA : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM TEMPAT : RUMAH KONSULTAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (PENA)
ANJURAN BERSAMA : JABATAN PENGAJIAN MELAYU, IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN Program ini merupakan satu program kerjasama antara Kelab Pengajian Melayu dengan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu. Program yang dinamakan Program Perkhemahan Bahasa Melayu ini merupakan satu program yang bertujuan membantu meningkatkan penguasaan penghasilan karya puisi seterusnya dapat membuka minda pelajar untuk meraih kecemerlangan dalam pendidikan dan menjadi seorang guru bahasa Melayu yang profesional. Program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada semua peserta, bahawa dengan adanya program ini, para peserta dapat menggilap dan mengasah bakat dalam menghasilkan karya puisi yang lebih bermutu. Oleh itu, program ini diharap dapat memupuk semangat yang jitu dalam usaha mencapai kecemerlangan serta menjadi modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 RASIONAL Program ini diharapkan dapat mewujudkan satu bentuk jalinan kerjasama antara IPG Kampus Bahasa Melayu dan juga pihak Konsultan Penulis Nasional Malaysia (PENA). Selain itu, program yang dilaksanakan anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu ini diharapkan dapat mendorong dan meningkatkan semangat murid untuk terus belajar sehingga ke peringkat yang tertinggi seterusnya menjadi seorang pendidik yang hebat dalam bidang yang diceburi iaitu bahasa Melayu.
3.0 MATLAMAT Membantu melahirkan guru yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang utama mereka iaitu bahasa Melayu dengan memfokuskan kemahiran penghasilan karya puisi yang bermutu dengan baik.
4.0 OBJEKTIF Selepas program ini dilaksanakan, semua murid dapat:
4.1 Meningkatkan motivasi dalam diri peserta dalam usaha untuk menjadi seorang guru bahasa Melayu yang pakar dalam pelbagai genre bagi bahasa Melayu. 4.2 Berusaha untuk mendapatkan pencapaian akademik dan sahsiah terbaik dalam tempoh menjadi guru pelatih demi mencapai kesejahteraan diri dan masa depan mereka. 4.3 Guru pelatih dapat mempelajari dan meningkatkan kemahiran menghasilkan karya puisi yang bermutu tinggi dan bernilai di mata masyarakat.
5.0 SASARAN Seramai 40 orang pelajar major Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu yang dipilih oleh jawatankuasa program dan Jabatan Pengajian Melayu.
6.0 TARIKH 5 OKTOBER 2018 (JUMAAT)
7.0 TEMPAT Rumah Konsultan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
8.0 IMPLIKASI
BIL.
PERKARA
CATATAN
1
Makanan peserta
Mohon sumbangan IPG Kampus Bahasa Melayu
2
Cenderamata penceramah dan pihak Rumah PENA
Mohon cenderamata IPG Kampus Bahasa Melayu
3
Pengangkutan
1 buah bas IPG Kampus Bahasa Melayu
9.0 CADANGAN PENCERAMAH Dr. Haidi (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG KBM) Encik Maniyamin bin Ibrahim (Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, IPG KBM)
10.0
JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
: Encik Maniyamin bin Ibrahim
Pengerusi
: Lim Ming Wei
Naib Pengerusi
: Salim bin Abdullah Nur Faiqah Nasuha binti Muhd Zafrullah
Pengarah Program
: Nur Faiqah Nasuha binti Muhd
Zafrullah
AHLI JAWATANKUASA KERJA : Pengacara Majlis
: Nur Syamimi binti Ros Azlan
Bacaan Doa
: Aiman Haziq bin Hamzah
Peralatan/Siaraya
: Muhammad Nabil bin Romzi
Dokumentasi
:
Buku Program
: Nurlyana binti Ezani
Makanan
: Siti Nur Shafika binti Md Fakharuzi
Hadiah & Cenderamata
: Khuzaimah binti Abdul Halim
Pengangkutan
: Ahmad Syamir bin Moh Jaafar
Muhammad Farizuan bin Mohd Faizol
FASILITATOR Semua pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu 11.0 TENTATIF PROGRAM
MASA
AKTIVITI
7.30 pagi
Bas akan bertolak ke Rumah PENA
8.00 pagi -8.30 pagi
Pendaftaran peserta dan sarapan pagi
8.30 – 10.00 pagi
Slot 1 : Ceramah Penulisan Sajak (Dr. Haidi)
10.00 pagi 10.30 pagi
Minum Pagi
10.30 pagi – 12.30 tengah hari 12.30 tengah hari – 2.00 petang 2.00 petang – 4.00 petang
Slot 2: Bengkel Penghasilan Sajak (En. Maniyamin)
4.00 petang – 5.00 petang
Majlis Penutup
5.00 petang – 8.00 malam
Pengurusan diri (rehat/makan/solat)
8.00 malam – 11.00 malam
Persembahan Deklamasi Sajak Terbuka di Rumah PENA
11.00 malam
Bertolak pulang ke IPG Kampus Bahasa Melayu
Pengurusan diri (rehat/makan/solat) Slot 3: Pembentangan Karya Peserta (En.Maniyamin)
12.0 SYOR Pelaksanaan program ini diharapkan akan dapat memberi manfaat kepada peserta daripada pengisian program yang dilaksanakan serta dapat membina semangat dan meningkatkan usaha peserta untuk kecemerlangan dalam akademik sekaligus menjadi seorang pendidik yang berguna, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Diharapkan juga para guru pelatih dapat membina asas komunikasi dan kemahiran interpersonal dalam setiap aktiviti yang dijalankan sebagai persediaan apabila memulakan kerjaya kelak.
Disediakan oleh,
______________ (Nur Faiqah Nasuha binti Muhd Zafrullah) Naib Pengerusi, Kelab Pengajian Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu.
Disemak oleh,
______________
__________________
(En.Maniyamin bin Ibrahim)
(Datin Mastura Binti Mohamed Berawi)
Penyelaras Program,
Ketua Jabatan,
Program Perkhemahan Bahasa Melayu 2018
Jabatan Pengajian Melayu
Disahkan oleh,
_______________ (Dr. Hjh. Maridah Binti Alias P.M.C, A.N.S) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu