KERTAS KERJA MAJLIS PERMAUFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH 2019 PERINGKAT SEKOLAH
1.0
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program JOM KE SEKOLAH pada tahun 2019. Program yang dilaksanakan ini adalah mengambil kira pelancaran secara serentak seluruh Malaysia. Program ini juga adalah inisiatif permuafakatan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia bagi menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan pendidikan berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal insan cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik untuk kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial yang tidak sihat serta merugikan usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi.
2.0
Objektif :
Menggalakkan pelajar hadir ke sekolah.
Mengelakkan berlakunya gejala negatif.
Menyemai sikap menghargai masa dalam kalangan pelajar.
Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Mencapai ETR kehadiran sekolah (95%)
3.0
TARIKH 18 Februari 2019
4.0
AHLI JAWATANKUASA Pengerusi
: Puan Jamilah Bt Ariffin (Guru Besar SK Jalan Gurney 2)
Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Mariam Bt Tahir (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Penyelaras program : Encik Mohd Sabri Bin Awang Setiausaha
: Puan Siti Norkhamsiah Bt Mohd Bakhir
Backdrop
: Puan Rohaya Bt Malek
Dokumentasi
: Puan Siti Norkhamsiah Bt Mohd Bakhir Encik Mohd Sabri B Awang
Siaraya
: Encik Mohd Farid B Abdullah
Buku Program
: Cik Nor Azrin Bt Mohd Zaki Adzhar
AJK
: Cik Nur Aqilah Cik Nor Hidayah Bt Kamaruzzaman Guru-guru disiplin Pengawas-pengawas
5.0
TENTATIF PROGRAM 1.10 Tengahari Perhimpunan murid, PIBG dan PDRM Nyanyian lagu Negaraku Wilayah Sekolah Bacaan Doa Bacaan Ikrar Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (PDRM) Ucapan Guru Besar Perasmian Majlis Permaufakatan KPM dan PDRM: Program Jom Ke Sekolah 2019 dan Pelancaran Papan PPS 2:10 ptg Majlis bersurai
6.0
PENUTUP
Diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan seperti yang dirancangkan dan menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratus kehadiran sekolah yang baik
Disediakan oleh,
(Mohd Sabri Bin Awang) Guru Disiplin
Disahkan oleh,
(Puan Jamilah Bt Ariffin) Guru Besar