Kertas Cadangan.docx

  • Uploaded by: liiiiia
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Cadangan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 900
  • Pages: 7
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI, 6800 AMPANG SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA PROJEK TARIAN JOGET MELAYU

PROJEK INTERNSHIP INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH NURLIANA BINTI ARIFFIN SISWA GURU SEMESTER 8 PISMP PENDIDIKAN MUZIK AMBILAN JUN 2015

DENGAN KERJASAMA SK TASEK PERMAI, AMPANG. 1

1.0

PENGENALAN

Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Dalam pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek dan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah atau tempat bertugas. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Untuk program Internship pada kali ini, siswa guru Semester 8 perlu merancang dan melaksanakan satu projek atau aktiviti di sekolah yang boleh melibatkan muridmurid di sekolah. Projek Tarian Joget Melayu merupakan satu aktiviti yang amat bersesuaian dan memenuhi terma dan syarat Program Internship ini selama satu bulan. Program Internship ini dapat menguji tahap kompetensi siswa guru dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu projek dengan berjaya. 2.0

MATLAMAT

Matlamat melaksanakan projek Tarian Joget Melayu adalah untuk menerapkan dan memperkenalkan tarian tradisional Melayu yang semakin kurang dipraktikkan oleh generasi muda. 3.0

OBJEKTIF

3.1

Memperkenalkan kepada warga sekolah mengenai Tarian Joget Melayu.

3.2

Murid dapat membuat gerakan asas tarian joget iaitu maju mundur, asas, penjuru, dan terancang.

3.3

Meningkatkan kemahiran siswa guru dalam merancang, melaksanakan dan mengurus sesuatu projek dengan berjaya.

2

4.0

CIRI-CIRI INOVASI DAN KREATIVITI

Inovasi merupakan idea, amalan dan objek yang dianggap baharu dan diperbaharui manakala kreativiti pula merupakan suatu proses pemikiran yang mendorong usaha ke arah mengaplikasi idea baharu hasil daripada gabungan idea lama dan baharu. Pembaharuan (inovasi) diperlukan bukan sahaja dalam bidang teknologi, tetapi dalam segala bidang termasuk bidang pendidikan khususnya pengetahuan dan aplikasi dalam pengajaran. Perubahan dan inovasi dalam pendidikan amat penting bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang telah berubah dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, bagi menjadikan pelajar lebih aktif, kreatif, motivatif dan dinamik pembelajaran perlu sentiasa diperbaharui. Budaya inovasi dan kreativiti ini amat dituntut demi menghadapi persaingan di peringkat global khususnya dalam pendidikan di negara Malaysia. Untuk perlaksanaan projek ini, inovasi dan kreativiti yang diimplementasikan adalah dari segi pergerakan tarian dan juga busana tarian. Koreografi tarian ini telah dicipta sendiri oleh siswa guru Nurliana binti Ariffin. Koreografi tarian ini telah dicipta dengan kreatif namun masih mengekalkan keaslian tarian Melayu. Memandangkan lagu yang digunakan dalam tarian ini bertajuk Joget Kereta Lembu, koreograf tarian lebih rancak dan ceria kerana lagu ini menceritakan hal usik menusik antara lelaki dan wanita. Dari aspek busana tarian pula, guru telah menggunakan bahan bahan terpakai seperti bunga hiasan sebagai sanggul untuk murid perempuan. Tarian ini akan dipersembah pada hari Mesyuarat PIBG SK Tasek Permai. 5.0

NAMA PROJEK

Tarian Joget Kereta Lembu

3

6.0

TEMA

Tarian Tradisional 7.0

TARIKH

25hb Februari 2019 – 15 Mac 2019

8.0

PELAN TINDAKAN

Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek Tarian Joget Melayu : Bil

Tarikh

Aktiviti 

Guru menyediakan koreografi tarian dan

25 Februari – 1 Mac 1

mendapatkan kelulusan

2019

Tindakan

dari guru pembimbing 

Pemilihan murid tarian.



Taklimat ringkas kepada

Mentor Internship & Siswa Guru Semester 8

murid yang terlibat dengan tarian joget  2

4 Mac – 8 Mac 2019

Latihan asas pergerakan tarian tanpa muzik.



Siswa Guru Semester 8 & Murid-murid SK Tasek Permai

Latihan mengikut koreografi tarian dan muzik.

4



Pemilihan busana dan aksesori dijalankan.



Hari Mesyuarat Agung PIBG.

3

9 Mac 2019



Warga SK Tasek Murid melakukan Permai persembahan Tarian Joget Kereta Lembu.

4

11 Mac – 15 Mac 2019



Penulisan laporan projek.

9.0

TEMPAT

Dewa Terbuka SK Tasek Permai.

10.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi projek ini adalah ahli Kelab Kebudayaan atau mana-mana murid yang berkebolehan dalam menari di SK Tasek Permai. 11.0

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat

:

Encik Zulkifli B Hassan (Guru Besar)

Guru Penasihat

:

Cikgu Rafidah binti Idris

Setiausaha

:

Cik Nurliana binti Ariffin

AJK Pelaksana

:

Cik Nurliana binti Ariffin

12.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan: Peruntukan Sekolah

5

Bil

Perkara

Kuantiti

Jumlah (RM)

1

Baju persalinan lelaki

4 x RM 60.00

240.00

2

Baju persalinan perempuan

4 x RM60.00

240.00

3.

Aksesori

4 x RM 20.00

80.00

4.

Alat solek

4 x RM50.00

200.00

JUMLAH

13.0

760.00

PENUTUP Semoga kertas kerja ini dapat diluluskan oleh pihak sekolah supaya aktiviti yang

dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Pengalaman yang diperolehi sepanjang perancangan dan pelaksanaan aktiviti dan projek ini diharapkan dapat jadi satu pengalaman yang bernilai dan berharga apabila berada dalam profesion ini. Aktiviti ini akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada murid-murid di sekolah tetapi kepada siswa guru dalam menguruskan sesuatu projek dengan berjaya. Saya juga berharap semoga dengan wujudnya pasukan tarian ini akan dapat memberikan suatu imej baru kepada Sekolah Kebangsaan Tasek Permai mempromosikan Sekolah Kebangsaan Tasek Permai sebagai sebuah pusat pendidikan yang mampu melahirkan pelajar kreatif, inovatif, seimbang dan unggul. Ianya boleh dimanfaatkan dalam perancangan pembangunan dan kecemerlangan dalam usaha memartabatkan muzik tradisional dan moden ke arah pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

6

Disediakan oleh,

(NURLIANA BINTI ARIFFIN) Siswa guru Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Disemak oleh,

(CIKGU RAFIDAH BINTI IDRIS) Guru Pendidikan Kesenian SK Tasek Permai

Disahkan oleh,

(ENCIK ZULKIFLI B. HASSAN) Guru Besar SK Tasek Permai

7

Related Documents

Kertas Kerja.docx
November 2019 30
Kertas Cadangan.docx
November 2019 14
Kertas Kerja.docx
December 2019 22
Secarik Kertas
June 2020 6
Kertas 1
June 2020 10

More Documents from "kamil muhammad"