Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU
SEKOLAH KEBAGSAAN BUKIT QUOIN PETI SURAT 60468, 91014, TAWAU SABAH.
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PROJEK INOVASI: DEBALICU
TARIKH : 18 FEBRUARI – 15 MAC 2019 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT QUOIN TAWAU SABAH ANJURAN:
SISWA GURU: EZLAN BIN MANSAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU 1.0
TAJUK INOVASI
DEBALICU 2.0 ABTRACT DEBALICU is a digital innovation for virtual learning materials (electronic learning) that help students to develop an understanding on the text passages of text books while helping them to pronounce words correctly. DEBALICU is actually an acronym for hear, read, see and try. This innovation was developed by using Microsoft Powerpoint and Filmora. This innovation contains video, original text from textbook and quizzes that test students' pronunciation and understanding of the text. Meanwhile, the video contained in this innovation was produced based on the original text in the textbooks by using Filmora. The quiz is produced by using Microsoft Powerpoint. The development of this innovation does not require high. Therefore, this innovation is extremely easy to use and accessible to all teachers and students. The activities contained in this innovation project includes watching videos, reading and record the reading and answer quiz that tests the students' understanding of the text that they read. DEBALICU is expected to help students especially their understanding and improve their skills of reading as well as teaching them to pronounce words correctly. ABSTRAK DEBALICU merupakan inovasi digital bagi bahan pembelajaran secara maya (pembelajaran elektronik) yang membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap petikan teks yang terdapat pada buku teks di samping membantu menyebut sesuatu perkataan dengan betul. DEBALICU sebenarnya akronim bagi dengar, baca, lihat dan cuba. Inovasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan Filmora. Inovasi DEBALICU ini mengandungi video, petikan teks asal dan kuiz yang menguji sebutan dan pemahaman murid terhadap petikan teks yang dibaca. Video yang terkandung dalam inovasi ini merupakan video yang dihasilkan berdasarkan petikan teks asal pada buku teks dengan menggunakan perisian Filmora. Manakala kuiz pula dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Inovasi yang dibangunkan ini juga tidak memperuntukkan kos yang tingi. Oleh itu, Inovasi ini sangat mudah digunakan dan boleh diakses oleh guru dan murid di mana-mana sahaja. Aktivitiaktiviti yang terdapat dalam projek inovasi ini termasuklah menonton tayangan video, membaca dan merekod bacaan teks serta menjawab kuiz yang menguji sebutan dan pemahaman murid terhadap petikan teks yang dibaca. Inovasi DEBALICU ini diharapkan dapat membantu murid-murid dari segi kemahiran memahami petikan teks yang dibaca di samping mengajar mereka menyebut sesuatu perkataan dengan betul.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU 3.0
PENGENALAN
Malaysia sentiasa berusaha untuk membentuk satu sistem pendidikan yang cemerlang dan hal ini semestinya memerlukan perancangan dan pelan yang rapi dan teliti. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM (2013-2025) dilihat sebagai suatu pelan yang signifikan dalam membentuk dan mencorakkan sebuah sistem pendidikan yang teratur dan mantap. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM (2013-2025) ini telah menggariskan 6 aspirasi murid dan salah satunya ialah pengetahuan yang mana setiap kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi serta mata pelajaran teras seperti bahasa Malaysia. Pada masa yang sama menerusi aspirasi ini juga turut ditekankan aspek kemahiran berfikir murid. Sejajar dengan kehendak dan kemahuan PPPM ini, inovasi dalam sistem pendidikan perlu dititikberatkan bagi meningkatkan lagi kemahiran berfikir murid. Sehubungan dengan itu, inovasi DEBALICU ini dicipta bagi membantu meningkatkan pemahaman dan kemahiran berfikir murid mengenai teks yang dibaca dan membantu murid dalam menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Kemahiran memahami teks dan menyebut sesuatu perkataan dengan jelas dan betul merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam standard pembelajaran yang terdapat dapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 iaitu iaitu 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard pembelajaran ini merupakan salah satu bahagian yang wajib dikuasai oleh murid. Kemahiran berbahasa merupakan isu yang penting dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Isu yang pernah diperkatakan termasuklah isu mengenai kewujudan sebilangan murid sekolah rendah yang masih tidak dapat mengusai kemahiran berbahasa, terutama kemahiran membaca walaupun mereka telah bersekolah selama enam tahun. Mereka juga dikatakan kurang mampu bertutur menggunakan bahasa dalam bentuk tersusun dan sempurna (Faridah Nazir, 2014). Justeru, bagi mengatasi kelemahan ini, guru bahasa terutamanya perlu bijak mencari segala jalan penyelesaian yang efektif. Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), kemahiran membaca bagi tujuan memahami dan sebutan yang betul merupakan kemahiran yang penting kerana kemahiran sebegini menyumbang kepada kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran membaca petikan teks bagi tujuan memahami di samping membantu murid menyebut sesuatu perkataan dengan betul bukanlah sesuatu perkara yang mudah ditambah pula dengan muridmurid yang mempunyai kemahiran kognitif yang rendah. Walau bagaimanapun, jika diajar dengan baik dan berkesan, ianya pasti akan menjadi lebih mudah. Malah murid juga dapat mencapai objektif yang ingin dicapai.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU Inovasi DEBALICU ini merupakan satu inovasi yang dihasilkan dalam bentuk bahan pembelajaran elektronik. Pembelajaran elektronik atau E-pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan
penggunaan
teknologi
untuk
meningkatkan
kebolehcapaian
dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Noriati Rashid, Sharifah Fakhriah & Wan Kamruddin, 2012). Umum mengetahui bahawa penggunaan E-pembelajaran dalam proses PdP atau di luar PdP dapat menarik minat murid untuk belajar sekaligus dapat meningkatkan tahap penguasaanya terhadap pelajaran tersebut. Mok Soon Sang (2009) menambah sekiranya murid berasa seronok terhadap sesuatu yang ajar, mereka akan dapat mengingatinya dengan lebih baik. Tambahan pula, Sariden (2006) menjelaskan dalam meniti zaman yang bertunjangkan arus pemodenan dan bagi memenuhi tuntutan pendidikan abad ke-21, kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat diperlukan. Hal ini demikian kerana untuk membolehkan murid bersaing dan meningkatkan kebolehpasaran mereka pada peringkat global, kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu kunci yang dapat membantu merealisasikan hasrat dan impian tersebut. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa Melayu untuk memastikan setiap murid diberikan ruang dan peluang untuk belajar dalam suasana pembelajaran abad ke-21 dengan memaksimakan penggunaan teknologi dalam Pdp dan hal ini mampu dicapai melalui inovasi yang telah dihasilkan iaitu inovasi DEBALICU.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU 4.0
KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN
Berikut merupakan situasi yang terjadi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum inovasi dilaksanakan : i.
Murid hanya membaca petikan teks secara terus daripada buku teks.
ii.
Murid menunjukkan minat yang kurang ketika membaca petikan pada buku teks.
iii.
Deria murid hanya tertumpu kepada tulisan pada buku teks dan kadangkala mendengar suara guru ataupun rakan yang membaca sahaja.
iv.
Penggunaan teknologi ketika penyampaian isi pelajaran terutama teknologi yang membantu pembacaan murid adalah pada tahap yang minimum.
v.
Guru hanya menerangkan secara lisan kepada murid mengenai petikan teks yang dibaca.
5.0
MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI
Idea penciptaan inovasi digital ini terhasil selepas melalui beberapa masalah iaitu: i.
Murid tidak dapat memahami isi kandungan petikan teks dengan jelas dan baik.
ii.
Murid menghadapi masalah untuk menyebut beberapa perkataan dengan betul.
iii.
Suasana pdp menjadi bosan.
iv.
Guru menghadapi masalah untuk menerangkan sesetengah perkara yang terdapat dalam petikan teks
v.
6.0
Murid tidak dapat mencapai objektif pdp yang ditetapkan oleh guru
OBJEKTIF
Objektif-objektif yang diharapkan dapat dicapai melalui inovasi digital ini ialah: i.
Murid dapat memahami isi kandungan petikan teks dengan baik
ii.
Murid dapat membaca petikan teks dengan sebutan yang betul.
iii.
Murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
iv.
Murid menunjukkan minat dan melibatkan diri dalam menggunakan bahan pembelajaran yang berasakan teknologi.
7.0
KUMPULAN SASARAN
Murid tahun 4 yang mempunyai masalah untuk memahami isi kandungan petikan teks dan sukar menyebut sesuatu perkataan dengan betul.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU 8.0
CADANGAN INOVASI YANG AKAN DILAKSANAKAN
8.1
Bentuk Bahan & Panduan Penggunaan
a) Bentuk bahan i.
Inovasi ini menggunakan perisian Microsoft PowerPoint sebagai medium utama.
ii.
Inovasi ini mempunyai video yang mengandungi petikan teks daripada buku teks, audio bacaan, gambar dan kesan bunyi yang sesuai yang dihasilkan melalui perisian Filmora.
iii.
Inovasi ini juga mengandungi kuiz ringkas yang diperbuat daripada perisian Microsoft PowerPoint.
iv.
Suara murid ketika membaca boleh dirakam melalui butang ‘record voice’ yang terdapat dalam inovasi ini bagi tujuan pembetulan guru terutama aspek sebutan.
v.
Bahan pembelajaran elektronik ini merupakan bahan pembelajaran yang mudah dikendalikan terutamanya oleh murid dan tidak memerlukan sambungan Internet.
b) Panduan penggunaan 1. Buka fail yang mengandungi bahan pembelajaran digital DE-BA-LI-CU 2. Paparan menu akan keluar pada skrin 3. Paparan menu tersebut akan memaparkan tajuk-tajuk petikan teks mengikut susunan dalam buku teks bahasa Malaysia tahun 4 4. Klik pada mana-mana tajuk yang hendak dipelajari 5. Selepas diklik, akan muncul tiga butang iaitu butang video, teks dan butang kuiz 6. Untuk permulaan dikehendaki menekan butang pertama iaitu butang video. 7. Video tersebut akan memaparkan petikan teks yang diambil daripada buku teks tetapi dalam bentuk bergerak, mempunyai gambar dan audio bacaan serta kesan bunyi yang sesuai. 8. Setelah menonton video tersebut, murid dikehendaki kembali ke pautan sebelumnya. 9. seterusnya, murid perlu menekan butang yang kedua iaitu butang teks asal. 10. Setelah diklik, teks asal yang terdapat dalam buku teks akan dipaparkan yang perlu dibaca oleh murid secara mekanis. 11. Murid akan menekan butang 'rakam suara' untuk merekod bacaan mekanis mereka. 12. Selanjutnya, murid akan menekan butang ketiga iaitu kuiz berkaitan teks yang dipelajari. 13. Murid akan menjawab latihan pengukuhan pada paparan skrin perisian tersebut dan menyemak jawapan masing-masing. 14. Murid atau guru boleh menekan pada mana-mana butang yang dikehendaki pada menu utama sekiranya ingin mengulang mana-mana bahagian yang diinginkan.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU 8.2
HUBUNG KAIT INOVASI DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebenarnya berteraskan lima kemahiran utama iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa. Justeru inovasi yang dihasilkan memfokuskan kepada salah satu kemahiran yang terdapat dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca. Abdul Aziz (2000) menjelaskan membaca bukanlah memindahkan tulisan kepada suara semata-mata sebaliknya menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Oleh sebab itu, inovasi digital DEBALICU ini dihasilkan bagi membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap petikan teks yang terdapat pada buku teks di samping membantu menyebut sesuatu perkataan yang terdapat pada buku teks dengan betul. Hal ini berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pembelajaran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 (SK) iaitu 2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Selain itu, inovasi yang dihasilkan ini juga berkait dengan model pembelajaran trialogikal yang menggariskan enam perkara iaitu menyatakan tujuan sebenar dan keperluan, menetapkan skop, had atau batasan, sediakan draf dan semakan berulang, uji kaji dan membuat refleksi, pemurnian dan spesifikasi serta guna semula. Keenam-enam perkara ini merupakan panduan bagi menghasilkan inovasi supaya dapat menghasilkan inovasi yang dapat membantu meningkatkan kualiti PdP. Teori imejan juga berkait dengan inovasi ini yang mana dalam teori imejan dijelaskan makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar. Oleh sebab itu, video yang terkandung dalam inovasi ini membantu murid untuk menterjemahkan teks yang dibaca kepada bentuk gambar, video dan bunyi bagi memastikan kesemua deria mereka dirangsang. Seterusnya, dalam PdP kemahiran membaca, salah satu model yang sering menjadi rujukan ialah model teori ‘Bottom-up’.
Menurut model teori ini, teks akan menentukan
pemahaman seseorang pembaca. Makna berasal dari bawah (teks) akan menuju ke atas (otak/kepala). Faridah (2014) pula menyatakan bahawa melalui proses Bottom-Up, pembaca terlebih dahulu perlu mengetahui tanda linguistik, kemudian menggunakan mekanisme pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna. Melalui model tersebut, inovasi yang dijalankan dalam bentuk video ini menggunakan konsep bacaan daripada perkataan, ayat kemudian barulah kepada teks penuh atau asal.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU Akhir sekali, inovasi ini berkait dengan teori pembelajaran sosial iaitu peniruan yang dipelopori oleh Albert Bandura. Menurut teori ini, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Dengan erti kata lain, kanak-kanak belajar melalui peniruan/role model. Maka, melalui inovasi yang dijalankan, elemen video yang mempunyai audio suara bacaan teks menjadi panduan buat murid untuk membaca dengan sebutan yang betul.
8.3
Butir-butir Lain
i.
Kumpulan Sasaran
Murid tahun 4 yang mempunyai masalah untuk memahami isi kandungan petikan teks dan sukar menyebut sesuatu perkataan dengan betul iaitu seramai 5 orang.
ii.
Kos Bil.
Jenis Bahan
Harga x Bilangan
Jumlah
1.
Perisian Microsoft PowerPoint
Percuma
-
2.
Perisian Filmora
Percuma
-
3.
CD Kosong
RM 1.50 x 5
RM 7.50
Jumlah Kos
RM 7.50
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU iii.
Carta Gant Berikut merupakan carta Gantt yang dihasilkan untuk dijadikan panduan dalam pembinaan inovasi DEBALICU :
Perkara
Minggu
Minggu
Minggu
Minggu
1
2
3
4
Minggu Merancang produk inovasi Penulisan Kertas Cadangan
Inovasi Pembentangan
Kertas
Cadangan Inovasi
Penghasilan Inovasi
Pengujian Inovasi
Promosi Inovasi Penulisan Laporan Projek
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU iv.
Promosi
Inovasi DEBALICU ini merupakan sebuah bahan pembelajaran yang dapat membantu guru dan murid dalam meningkatkan kemahiran membaca terutama dari segi pemahaman dan sebutan yang jelas dan betul. Oleh itu, inovasi DEBALICU ini mempunyai potensi yang besar untuk dikomersialkan. Bagi mempromosi dan mengkomersialkan inovasi ini, CD-ROM digunakan sebagai medium penyimpanan bahan pembelajaran untuk diakses oleh muridmurid dan guru-guru. Inovasi ini juga dipromosikan melalui media sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, Blogspot dan Wechat. Inovasi ini juga boleh dimuat naik ke internet untuk digunakan oleh guru-guru dan murid-murid secara percuma.
9.0
FAEDAH-FAEDAH INOVASI YANG AKAN DIPERKENALKAN
Antara faedah-faedah inovasi yang akan diperkenalkan ialah: 1. Bahan bantu mengajar yang menyeronokkan dan menarik minat murid. 2. Menarik minat murid untuk membaca dan memahami teks. 3. Meningkatkan kemahiran murid dari segi komunikasi menggunakan sebutan yang betul. 4. Menjimatkan masa guru untuk membuat penerangan mengenai sesuatu petikan teks. 5. Murid berpeluang untuk mengalami pembelajaran kendiri. 6. Pengurangan kos operasi.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU
Disediakan oleh,
-------------------------------------------(EZLAN BIN MANSAH) Siswa Guru, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tawau, Sabah.
Disokong oleh,
----------------------------------------(ROSSITA IBRAHIM) Guru Pembimbing Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Bukit Quoin Tawau, Sabah.
Diluluskan oleh,
--------------------------------------(SAPILI NURUSID) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bukit Quion Tawau, Sabah.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU 11.0
LAMPIRAN
Rajah 1: Cadangan Paparan Muka Depan Inovasi.
Rajah 2: Cadangan Paparan Menu Utama
Rajah 3: Cadangan Paparan Video
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU Rajah 4: Cadangan Paparan Teks Asal
Rajah 5: Cadangan Paparan Kuiz