GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
KERATAN AKHBAR; ISU GANTUNG SEKOLAH DAN PEMBUANGAN SEKOLAH AKIBAT DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DISIPLIN
GDU 6063 LEGAL ISSUE PENSYARAH: DR. ISHAK BIN SIN
NAMA
:
BAHIYAH BINTI OTHMAN
MATRIK
:
800447
I/C
:
721130095088
KURSUS
:
SARJANA SAINS (PENGURUSAN PENDIDIKAN)
1
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
Question
Lately there are a lot of malpractices in managing student’s affairs, curriculum, cocurricular activies, financial and staff published in the newspapers. Choose one area and find out at least 5 paper-cuttings of the area selected. Discuss why such things happen? In your opinion what should be done to avoid such problem?
Untuk memenuhi tugasan ini ,saya telah memilih tujuh artikel berkaitan isu pembuangan pelajar dari sekolah atas beberapa masalah disiplin. Tajuk artikel tersebut adalah: 1. Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah ? (Utusan Malaysia 20/8/2006) 2. Buang sekolah bukan penyelesaian. (Utusan Malaysia 18/8/2006) 3. Cuba hidupkan budaya samseng di sekolah berasrama :20 pelajar STAR disingkir. (Utusan Malaysia 22/8/2006) 4. 18 pelajar bawa parang panjang, pisau ‘rambo’ serang tiga orang. 6 pelajar MCKK disingkir. (Utusan Malaysia 29/8/2003) 5. Kes Farid : 6 pelajar dibuang sekolah sekolah.(Utusan Malaysia 6/4/2004) 6. Bapa Farid saman sekolah, kerajaan. (Utusan 9/ 4/2004) 7. 418 pelajar dibuang sekolah di N.Sembilan (Utusan Malaysia 16/2/2002)
2
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerap kita dengari kes dan gejala sosial yang berleluasa di sekolah. Terutamanya sekolah menengah. Ponteng, merokok, melawan guru sudah jadi perkara biasa dalam kehidupan sekolah kini.Hal ini adalah berkaitan masalah disiplin pelajar di sekolah. Kesalahan-kesalahan disiplin seperti ini jika berterusan dilakukan akhirnya boleh membawa kepada isu gantung sekolah dan buang sekolah.
Artikel bertajuk ’Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah” (Mingguan Malaysia 20 Ogos 2006), ada menyatakan bahawa sejumlah 7,000 pelajar di buang sekolah sementara 15,000 yang lain digantung sekolah.Persoalan yang timbul ialah adakah tindakan buang sekolah ini mendatangkan kesan baik atau sebaliknya?.
Artikel kedua iaitu ’Buang sekolah bukan penyelesaian’(Utusan Malaysia 18 Ogos 2006), menyentuh tentang kesan buruk mengenai masa depan pelajar tersebut. Ada di antara mereka menjadi penagih dadah, mat rempit dan melakukan pelbagai kerja jenayah. Akhirnya mereka akan membawa masalah yang lebih besar kepada negara.Oleh itu satu program pemulihan perlu dijalankan agar mereka insaf tentang kesalahan yang dilakukan dan menjadi rakyat yang berguna.
Berikut adalah senarai jenis-jenis kesalahan disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar, yang telah dipetik daripada tujuh artikel tersebut. a)
Buli
b)
Menghidupkan budaya samseng di sekolah (peras ugut)
3
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
c)
Menyerang guru
d)
Membunuh
e)
Ponteng sekolah
f)
Menagih Dadah
Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin boleh dikategorikan kepada melanggar disiplin sekolah . Sekiranya kesalahan yang dilakukan melibatkan peraturan sekolah , maka pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957.
Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah, 1959 ada menyatakan mengenai hukuman gantung dan buang sekolah iaitu: ”Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang sekolah.”
Lanjutan daripada Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959, Kementerian Pelajaran juga banyak mengeluarkan pekeliling yang berkaitan dengan disiplin di sekolah. Antara pekeliling tersebut adalah: a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/68- ”Pembuangan Murid-Murid daripada Sekolah kerana Kelakuan Curang.” b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/68 – Tatatertib di sekolah-sekolah
4
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 – Disiplin di Sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid. d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 – Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah. e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1996 – Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman di Sekolah. Kesatuan Perhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan sekiranya pengetua sekolah tidak mampu mengawal disiplin pelajar, mereka patut meletak jawatan. Ini kerana ada beberapa kes disiplin pelajar yang sebenarnya boleh dielakkan kerana pengetua sudah mengetahui latar belakang dan masalah yang pelajar timbulkan , tetapi biasanya pengetua hanya berdiam diri sehingga keadaan menjadi tidak terkawal.
PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGGANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah guru besar atau pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan guru besar atau
5
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.” Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar atau Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah : ”Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah” Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.
Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 PeraturanPeraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah guru besar atau pengetua. Tegasnya hanya guru besar atau pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain guru besar atau pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.
6
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu guru besar atau pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan guru besar atau pengetua sendiri. Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika
dicabar
di
mahkamah
maka
ianya
tidak
boleh
dipertahankan.
4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh pengetua atau guru besar.
Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan. etiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah. Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan
7
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan. Bagi keduadua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi. Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur. Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah. Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ). Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes. Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua. Setiap surat tatatertib hendaklah
8
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh. Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas.Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama. Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari. Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.
Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam
9
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera. Contoh Kes Pembuangan Sekolah Antara kes yang berkaitan dengan hukuman pembuangan sekolah yang telah di bawa ke mahkamah adalah kes pemakaian serban oleh Meor Atiqurrahman dan dua orang sepupunya . Mereka didakwa telah melanggar peraturan pemakaian seragam sekolah seperti yang terkandung dalam Peraturan Sekolah Kebangsaan Serting Negeri Sembilan. Kes ini bermula dengan Mahkamah Tinggi seremban dan berakhir dengan Mahkamah Persekutuan di mana plaintif yang pada mulanya menang kes kerana hakim yakin bahawa mereka tidak dapat dibuktikan bersalah melanggar Surat Pekeliling Pemakaian Pakaian Seragam Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Bil9/1975. Namun plaintif kalah di Mahkamah Persekutuan dan dibuang sekolah.
Persoalan Isu Gantung Dan Buang Sekolah Merujuk kepada artikel-artikel yang dinyatakan di awal tadi, banyak pihak kurang bersetuju dengan tindakan gantung atau buang sekolah dijalankan. Menurut artikel ini , tindakan ini akan membawa pelbagai kesan buruk kepada pelajar terbabit. Bagi pelajar yang suka ponteng sekolah, hukuman ini adalah perkara yang dinantikan kerana mereka mendapat kebebasan sebenar. Berpandukan kajian yang dijalankan oleh Mohd Ismail (2006), peringkat umur yang banyak terlibat dengan masalah disiplin adalah antara 13-15 tahun. Oleh itu jika pelajar ini dibuang sekolah maka, mereka mempunyai banyak masa
10
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
terluang untuk melibatkan diri dengan anasir-anasir negatif. Dengan umur yang masih muda ,mereka tidak dapat menceburkan diri dalam bidang pekerjaan dengan sah (pekerja bawah umur). Maka mudah untuk mereka melibatkan diri dengan kegiatan jenayah. Cadangan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin pelajar ini, di didik dalam pusat pemulihan akhlak adalah suatu cadangan yang baik, kerana di dalam pusat tersebut mereka akan di didik dengan cara hidup sihat dan diterapkan dengan nilai murni. Mereka akan diasuh sepanjang masa dan dikawal oleh sistem disiplin yang lebih ketat selama 24 jam. Di samping kawalan disiplin yang tinggi ,mereka juga diajar tentang nilai hidup dan diberi didikan agama yang secukupnya. Akhirnya mereka juga akan berubah menjadi insan yang berguna. Artikel pertama dan kedua ada mencadangkan agar sistem pendidikan kebangsaan dirombak supaya tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hal ini boleh menyebabkan kebosanan dan membawa kepada masalah ponteng sekolah. Artikel kedua ’Buang Sekolah Bukan Jalan Penyelesaian’ juga ada menyatakan bahawa terdapat sesetengah kes dimana pihak pentadbiran sekolah telah mengenakan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Hal ini terjadi kepada anak penulis dimana akhirnya setelah menyedari kesilapan membuat hukuman maka pihak sekolah telah meminta maaf dan memanggil pelajar itu bersekolah. Oleh itu , haruslah di ingatkan bahawa pihak sekolah perlulah melalui setiap prosedur yang telah ditetapkan
sebelum mengambil tindakan buang sekolah. Sessi
kaunseling juga perlu dijalankan sebelum tindakan itu diambil . Para pentadbir sekolah
11
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
haruslah faham segala aspek , dan kesan tindakan itu kepada pelajar sebelum hukuman djatuhi dan perkara ini harus ditangani dengan penuh hati-hati serta berhemah agar tidak menganiayai pelajar tersebut. Cadangan Untuk Mengelakkan Perkara Ini Bertambah Serius Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat serta kerajaan. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua orang menunding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah disiplin pelajar masa kini. Keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari luar menjajah minda para pelajar sekarang. Walaupun begitu institusi keluarga dan sahabat
merupakan
sumber
yang
paling
rapat
dapat
mempengaruhi
pelajar.
Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak yang dilahirkan bagai kain putih. Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri. Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba apa yang dilakukan dan disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan kehidupan ibubapa bekerja maka anak-anak ini biasanya diasuh oleh pembantu rumah.
12
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna. Ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan dalam
kekeluargaan itu dapat dieratkan.
Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang sedang meningkat remaja kearah hidup yang lebih sempurna .
Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.
Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Cuba fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak
13
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.
14
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2007). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Dan Kaedah-Kaedah Terpilih., Petaling Jaya : International Law Book Services Mohd Ismail Othman (2006). Undang-Undang Untuk Pengetua Dan Guru Besar,Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.
15
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447
LAMPIRAN
16