ELMK2013 KURIKULUM MORAL KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL Disediakan oleh: Grace Sally Glen Andrew Udan
PENGENALAN • Setiap individu seharusnya mempunyai nilai-nilai murni dalam diri. Hal ini kerana dalam kehidupan seharian kita mempunyai norma-norma masyarakat yang telah ditetapkan.
Bagaimana kita hendak mengikut dan tidak melanggar norma-norma masyarakat dan peraturan? • Jawapannya adalah dengan mengamalkan nilai nilai murni dalam kehidupan seharian. Nilai- nilai murni di bentuk melalui teladan dan pengajaran. • Landasan yang sesuai untuk mempelajari nilai-nilai murni tersebut adalah melalui pembelajaran pendidikan Moral. Melalui pendidikan moral, maka lahir insan bermoral yang mempunyai akhlak yang mulia dan keperibadian yang tinggi dari segi pemikiran, perasaan dan tingkah laku.
FALSAFAH PENDIDIKAN Pendidikan
di
Malaysia
adalah
suatu
usaha
berterusan
ke
arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab
dan
berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDIDIKAN MORAL • Pendidikan moral merupakan matapelajaran yang diajar di sekolah rendah dan menengah.
Semua pelajar yang bukan beragama Islam wajib mengambil subjek ini. Mata pelajaran ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad. • Pendidikan moral memberi tumpuan kepada pemupukan nilai dan membina kekuatan kerohanian dan moral melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum. • Melalui mata pelajaran ini, murid dapat membina panduan hidup supaya menjadi insan yang bermoral. Ini dapat menjadikan mereka individu yang bertanggungjawab moral dan sosial
terhadap segala keputusan dan tindakan moral.
Melahirkan insan yang berakhlak mulia
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL
Melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama
Mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL 1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia • Amalan nilai murni dalam kehidupan dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek •
Penerapan nilai-nilai murni perlulah dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah maka pelajar dapat didedahkan dengan nilai-nilai murni yang membentuk jati diri pelajar menjadi insan yang berakhlak mulia
•
Negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif. Untuk mencapai negara maju, kemajuan bukan sahaja diukur dari aspek pembangunan fizikal semata-mata malah kemajuan dari aspek rohaniah juga turut diutamakan.
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL 2. Melahirkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama •
Pegangan agama yang kukuh amat penting untuk melahirkan insan yang berakhlak.
•
Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh dan taat kepada Tuhan serta setia kepada negara
•
Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak
•
Tambahan pula nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang aman dan harmoni terutamanya negara kita yang terdiri daripada kepelbagaian dari segi agama, kepercayaan dan budaya
KEPENTINGAN PENDIDIKAN MORAL 3.Mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif •
Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat.
•
Pengaruh negatif seperti budaya Barat yang tidak bersesuaian dengan budaya kita, seperti hubungan sejenis, seks bebas dan sebagainya
•
Keruntuhan akhlak remaja juga berpunca daripada kelemahan jati diri remaja yang lemah yang mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.
•
Oleh itu, penerapan nilai-nilai murni adalah perlu agar dapat menjadikan pelajar berfikiran rasional dalam membuat pertimbangan tentang baik dan buruk, betul dan salah. Hal ini dapat mengelakkan pelajar terjebak dengan pengaruh negetif yang tidak sihat
Keruntuhan Akhlak, sekiranya amalan nilai moral tidak diamalkan.
KESIMPULAN Kesimpulannya, • Pendidikan moral sangat penting untuk pelajar supaya mereka boleh mengamalkan nilainilai murni dan menjauhi perkara yang negatif.
• Pemupukan nilai-nilai moral di dalam diri individu yang mempelajari pendidikan moral akan mempengaruhi pemikiran, perasaan dan tingkah laku untuk melakukan sesuatu yang positif dan bertingkah laku baik selaras dengan norma masyarakat.