Kelemahan Kurikulum Teknologi Kejuruteraan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelemahan Kurikulum Teknologi Kejuruteraan as PDF for free.

More details

  • Words: 3,068
  • Pages: 16
1.0 Pengenalan Istilah kurikulum berasal dari bahasa Latin, curere, iaitu track yang digunakan dalam balap kereta kuda. Istilah ini kemudian dipopularkan oleh John Franklin Bobbit dalam bukunya The Curriculum yang diterbitkan pada tahun 1918. Menurut Bobbit, kurikulum merupakan suatu naskah panduan mengenai pengalaman yang harus diperolehi oleh para pelajar. Kurikulum diibaratkan sebagai “jalur pacu” atau “kenderaan” untuk mencapai tujuan pendidikan dan kompetensi yang cemerlang oleh para pelajar. Menurut

Grayson

(1978),

kurikulum

adalah

suatu

perencanaan

untuk

mendapatkan keluaran (outcomes) yang diharapkan dari suatu pembelajaran. Perencanaan tersebut disusun secara berstruktur untuk suatu bidang pembelajaran, sehingga memberikan ilmu dan interaksi untuk mengembangkan strategi pembelajaran. Masteri di dalam kurikulum harus diorganisasikan dengan baik agar sasaran (goals) dan tujuan (objectives) pendidikan yang telah ditetapkan dapat tercapai. Sedangkan menurut Harsono (2005), kurikulum merupakan gagasan pendidikan yang digambarkan dalam praktik. Saat ini definisi kurikulum semakin berkembang, sehingga yang dimaksud kurikulum tidak hanya gagasan pendidikan tetapi juga termasuk seluruh program pembelajaran yang telah direncanakan dari setiap institusi pendidikan. Menurut Grundy, S (1987) kurikulum merupakan program yang melibatkan aktiviti antara guru dan murid yang dirancang sedemikian rupa sehingga para pelajar akan mencapai sebanyak mungkin tujuan akhir kegiatan pendidikan di sekolah. Kurikulum bukan hanya susunan sederhana mengenai perencanaan yang akan diimplementasikan, namun ia juga terdiri daripada proses yang aktif seperti perencanaan, perlaksanaan, dan evoluasi yang saling berhubungan timbal balik dan berintergrasi sebagai suatu proses. Di bawah konteks Pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, rohani,

1

jasmani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kandungan pelajaran dan sukatan pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform. (Abdullah Sani, 2005). 2.0 Kurikulum yang Dipilih Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Teknologi Kejuruteraan ialah satu mata pelajaran elektif yang merupakan set kandungan yang terdapat di dalam bidang Teknologi dan Vokasional. di peringkat sekolah menengah atas. Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa, bahasa grafik yang digunakan disampaikan dengan maklumat yang tepat dan terperinci bergantung kepada penerimaan, simbol dan penyelarasan yang spesifik dalam bidang kejuruteraan. Kandungan Sukatan Pelajaran Teknologi Kejuruteraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini merupakan

2

lanjutan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu manipulatif menengah rendah. 3.0 Siapa guna/peringkat? Kurikulum Teknologi Kejuruteraan ini telah diguna pakai oleh pelajar-pelajar menengah atas, iaitu terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 di sekolah menengah harian biasa, sekolah menengah asrama penuh, dan sekolah-sekolah menengah yang ada menawarkan mata pelajaran aliran teknik dan vokasional ini. Masyarakat yang tidak dapat menguasai sains dan teknologi merupakan masyarakat yang mundur kerana kualiti warganegara adalah merupakan aset kepada negara. Menurut Syed Jalaluddin Syed Salim dan Rahim M. Sail (Utusan Malaysia, Sabtu,16hb. Jun 2001) Pengajaran sains dan teknologi hendaklah menarik dan tidak membosankan agar dapat ditanam dalam minda pelajar bahawa sains dan teknologi mudah dipelajari dan sekali gus memperkukuhkan minat dan sikap positif terhadapnya. Guru yang berdedikasi serta berinovatif pendekatan pengajarannya amatlah perlu diperingkat sekolah menengah, demi meyakinkan pelajar-pelajar bahawasanya mereka mampu dan boleh menguasai ilmu sains dan teknologi. 4.0 Mereka yang terlibat dalam Kurikulum ini. (Stakeholder) Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran. Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun 2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) Pembangunan Kurikulum (BPK).

3

kini dikenali sebagai Bahagian

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di peringkat sekolah menengah atas. Matlamat mata pelajaran ini ialah menyediakan pelajar yang kenal, faham teknologi, produktif, inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat berfungsi dalam kehidupan harian dan berinteraksi dengan masyarakat berorientasi teknologi kita dengan berkesan. Selain pihak KPM, pihak sekolah, guru, para pelajar dan industri juga turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kurikulum ini. Pihak sekolah turut memainkan peranan dalam menguruskan jadual waktu yang telah diperuntukkan untuk mata pelajaran ini, selain ini memastikan infrastruktur yang diperlukan dalam menjayakan mata pelajaran ini disediakan. Bagi pelajar, mereka merupakan peneraju yang akan melaksanakan dan mempelajari mata pelajaran ini. Guru pula sebagai fasilitator yang akan memudah cara dan menyampaikan ilmu kepada para pelajar untuk memastikan kurikulum ini dapat dijalankan mengikut perancangan. Selain itu dimasa akan datang juga didapati sektor perindustrian akan menggunakan peralatan dan automasi yang cangih terutama daripada teknologi yang diimport. Maka negara ini memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi bagi mengendalikan alat-alat ini. Oleh itu jenis pekerja yang diperlukan adalah pekerjapekerja yang mempunyai kelulusan ijazah, diploma atau sijil lepasan SPM terutama dalam bidang vokasional dan teknologi. Selain ciri-ciri yang tersebut di atas sumber tenaga manusia perlu bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 ialah sumber tenaga manusia yang mempunyai motivasi tinggi, sanggup bekerja kuat, sanggup meningkatkan produktiviti. Kenyataan Ahamad Sipon (2001), jelas menunjukkan dalam memfokuskan ke arah sebuah negara maju, maka pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional merupakan satu cabang aliran pendidikan yang mampu untuk menampung kehendak tersebut.

4

5.0 Bila/bagaimana digubal Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan merupakan satu mata pelajaran yang baru diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah akademik pada tahun 1996 untuk pelajarpelajar tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran ini secara amnya adalah lanjutan daripada komponen kemahiran manipulatif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di peringkat menengah rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia ( 1996 ), menggariskan bahawa matlamat mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan bertujuan untuk menyediakan pelajar yang kenal faham dengan teknologi, produktif, inovatif dan kreatif serta mengamalkan nilai-nilai murni secara bersepadu supaya dapat berfungsi dalam kehidupan seharian dan berintraksi dengan masyarakat berorientasi teknologi dengan berkesan. Dalam tempoh dua tahun ( tingkatan empat dan lima) mempelajari Teknologi Kejuruteraan, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan lima bidang utama isi kandungan mata pelajaran ini iaitu bidang Pembuatan, Pengangkutan dan Kuasa, Perhubungan, Pembinaan serta bidang Rekabentuk Perindustrian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990). Kandungan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan yang merangkumi lima bidang ini akan disampaikan oleh guru dengan pelbagai kaedah dan pendekatan berpandukan objektif yang telah ditetapkan. Hasilnya diharapkan pelajar akan dapat menjadi pelajar yang berpengetahuan serta memahami perkembangan, kepentingan, kesesuaian dan relevannya teknologi. Selain itu, pengalaman pembelajaran Teknologi Kejuruteraan diharap dapat menjadikan pelajar berkenaan manusia yang produktif, inovatif dan kreatif. Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kurikulum matapelajaran ini diharapkan dapat diamalkan secara bersepadu oleh pelajar-pelajar dalam kehidupan seharian dan dalam interaksi mereka dengan masyarakat.

5

6.0 Jenis Reka Bentuk Pembetukan kurikulum melibatkan beberapa langkah yang sistematik iaitu bermula dengan pengenalpasti apakah komponen kurikulum, sumber pembentukan, konsep serta dimensi kurikulum

yang perlu diberi perhatian ( Rahim, 2007). Jenis reka bentuk

kurikulum terbahagi kepada tiga iaitu rekabentuk tumpuan subjek, rekabentuk tumpuan pelajar dan rekabentuk tumpuan masalah. Ketiga-tiga reka bentuk ini mempunyai cirri yang berbeza-beza antra satu dengan yang lain. Reka bentuk tumpuan subjek terbahagi kepada empat komponen. Pertama reka bentuk subjek yang melihat kurikulum atau subjek mata pelajaran sebagai terasnya, iaitu pelajar akan belajar mengikut subjek tertentu. Kedua rekabentuk disiplin ilmu yang melihat kurikulum menekankan subjek secara mendalam, dimana pelajar akan belajar sebagaimana pakar dalam subjek tersebut denan menjalankan ujikaji dan sebagainya. Ketiga rekabentuk bidang luas iaitu menggbungkan dua atau lebih subjek dalam satu kurikulum, contohnya dalam bidang sains sosial, ekonomi atau sains teras dalam KBSM. Keempat reka bentuk korelasi yang melihat kurikulum dihubungkan dengan aspek-aspek penting antara satu subjek dengan subjek yang lain dalam kurikulum. Contohnya dalam bidang sains yang melibatkan mata pelajaran fizik, kimia dan biologi dalam KBSM. Rekabentuk tumpuan pelajar juga melibatkan empat keadaan yang berbeza dalam pembentukan kurikulum. Pertama tumpuan kepada kanan-kanak dengan melihat keperluan pelajar sebagai asasnya. Kedua tumpuan pengalaman yang melihat pengalaman pelajar sebagai satu sumber. Ketiga, tumpuan melampau yang membiarkan kanak-kanak memilih apa yang perlu mereka belajar. Keempat, reka bentuk humanistik iaitu kurikulum yang menekan kepada perkembangan dan pencapaian pelajar. Rekabentuk tumpuan masalah pula mengambil kira suasana kehidupan semasa dan masalah utama dalam memberi pendidikan umum. Masalah

dalam masyarakat

digunakan untuk proses pembentukan kurikulum yang dikehendaki yang mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

6

Daripada penerangan berikut didapati kurikulum Teknologi Kejuruteraan menekankan rekabentuk kurikukum tumpuan pelajar dan tumpuan subjek dimana ianya menggabungkan penekanan terhadap pengalaman melakukan sesuatu serta pelajar perlu menguasai sesuatu bidang dengan kerja amali. Penekanan kedua-dua rekabentuk ini dalam kurikulum mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan membolehkan matlamat mata pelajaran ini yang ingin melahirkan pelajar yang produktif, inovatif dan kreatif akan tercapai. Justeru keberksanan kurikulum mata pelajaran ini menuntut pelajar menjadi manusia seimbang sejajar dengan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan boleh di capai dengan kesinambungan usaha bersama semua pihak yang terlibat bukan sahaja bergantung kepada kurikulum yang digariskan. 7.0 Kelemahan/Kekuatan Satu kajian yang bertujuan mengenalpasti permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi kejuruteraan : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak oleh Ahmad Zairi Hj Abas telah dijalankan oleh pada tahun 2002. Hasil kajian ini mendapati beberapa masalah yang menjadi kekangan kepada pelajar dalam menguasai mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan adalah ; i)

pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat ulangkaji diluar waktu persekolahan

ii)

peruntukan masa serta persediaan awal untuk mempelajari mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah masih kurang

iii)

keadaan fizikal bengkel yang tidak teratur dan tidak selesa

iv)

kaedah pengajaran guru yang membosankan

v)

guru jarang memberi latihan dan ujian

vi)

soalan yang dikemukakan oleh guru kurang jelas dan serta sukar untuk difahami oleh pelajar.

vii)

Sukar untuk mendapatkan bahan rujukan

7

Selain itu terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Panitia Teknologi Kejuruteraan peringkat daerah Mersing bagi tahun 2009. Antaranya adalah ; i)

kekangan masa untuk menyiapkan kerja kursus

ii)

guru kurang menguasai semua bab dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan kerana bukan opsyen

iii)

peralatan bengkel Teknologi Kejuruteraan tidak disenggara dengan berkala dan boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar

iv)

guru baru tidak diberi latihan untuk menggunakan kit bantu mengajar yang dibekalkan di sekolah-sekolah

v)

bahan pengajaran yang terhad. Rujukan hanya boleh dibuat menggunakan buku teks Pengajian Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal.

Melihat kepada persepsi guru serta pelajar mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan ini, pelbagai spekulasi tentang kelemahan kurikulum mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan boleh digambarkan. Namun realitinya memerlukan pembuktian yang jelas agar punca utama permasalahan ini dapat dikenalpasti. Jadual 1 merupakan ringkasan isi kandungan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan bagi tingkatan empat dan lima, masa yang diperuntukkan bagi setiap bab dan juga jumlah bilangan muka surat buku teks bagi bab tersebut. Jika dilihat secara menyeluruh kandungan yang terdapat dalam silibus ini sangat padat dan memerlukan guru membuat perancangan yang betul bagi memastikan setiap bab berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Bidang kejuruteraan yang ditawarkan pula menggabungkan tiga bidang iaitu awam, elektrik dan mekanikal. Justeru sehingga tahun 2007 tidak ada satu institusi pengajian pun yang mengeluarkan tenaga kerja yang berkepakaran dalam ketiga-tiga bidang kejuruteraan ini serentak. Dengan kata lain sejak diperkenalkan sehingga tahun 2007 guru yang mengajar mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan adalah pakar dalam salah satu bidang kejuruteraan dan meraka terpaksa mengajar sesuatu yang diluar bidang kepakaran mereka.

8

Bilangan Bil

Topik

mukasurat buku

Pengkhususan

teks

Jumlah masa

Pengenalan kepada bidang Teknologi Kejuruteraan 1.

Jadual 1

1- Pembangunan dalam

Awam , elektrik, 12

mekanikal

2 waktu

Teknologi Kejuruteraan Pembuatan 1- pengenalan kepada teknologi

10

pembuatan 2.

2- alatan

26

3- bahan-bahan kejuruteraan

12

4- proses pembuatan

34

5- kawalan alam sekitar

9

Mekanikal

65 waktu

Elektrik

54 waktu

Perhubungan 1- Pengenalan kepada proses

6

perhubungan 3.

2- Perhubungan Elektronik

23

3- Sistem Komputer

24

4- Teknologi Komunikasi Masa

21

Hadapan Pengangkutan dan Kuasa 1- Pengenalan kepada

7

pengangkutan dan kuasa 4.

2- Pengangkutan

8

3- Sumber tenaga

31

4- Kawalan

61

5- Teknologi pengangkutan dan

8

Awam , elektrik, mekanikal

62 waktu

kuasa dimasa hadapan 6- Kawalan alam sekitar Pembinaan

10

1- Pengenalan kepada

17

Teknologi Pembinaan 2- Persediaan untuk projek

20

pembinaan 3- Rekabentuk dan

14

perancangan projek 5.

4- Pengurusan aktiviti pembinaan

9

12

Awam

69 waktu

Isi kandungan kurikulum ini juga amat padat dan mempunyai sumber rujukan yang terhad. Bayangkan latar belakang pelajar yang mangambil mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan adalah kebanyakannya yang gagal menempatkan diri di Sekolah Menengah Teknik. Peringkat koognitif pelajar ini adalah pada tahap sederhana dan lemah. Justeru kurikulum ini dilihat sangat sukar untuk difahami kerana menggabungkan bidang pengajian teknikal yang mempunyai aras tinggi. Pembahagian mengikut topik tidak seimbang kerana ada bab yang sangat panjang dan sangat ringkas. Topik yang paling sukar bagi pelajar dan guru adalah sistem kawalan (hidrolik, pneumatik, elektrohidrolik, elektropneumatik) dan perhubungan elektronik ( isyarat, pemancar, gelombang, talian). Ini adalah disebabkan kandungan yang terlalu banyak dalam satu bab menyebabkan pelajar biasanya menjadi keliru. Walaubagaimana pun terdapat kelebihan bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran ini kerana mereka akan didedahkan dengan kemahiran ketukangan, pembinaan dan juga perhubungan yang dapat digunakan selepas tamat persekolahan. Aliran kemahiran yang terdapat di institusi latihan kemahiran tempatan menawarkan aliran yang pelbagai dimana sedikit sebanyak asasnya telah dipelajari dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di peringkat sekolah. Berikut merupakan contoh bidang yang ditawarkan di Industrial Training Institutes (ITIs), Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN).

Bil

Kesinambungan topik dalam

Bidang ditawarkan

Teknologi Kejuruteraan

1.

A02 Pemesinan Am

Pembuatan

2.

A03 Pemesinan CNC

Pembuatan

3.

A04 Pembuat Acuan & Alat Pemotong

Pembuatan

4.

A05 Pembuat Acuan Pembentuk

Pembuatan

5.

A06 Teknologi Foundri

Pembuatan

6.

A07 Pembuat Corak Foundri

Pembuatan

10

7.

A08 Kimpalan Arka & Gas

Pembuatan

8.

A09 Fabrikasi Logam

Pembuatan

9.

A11 Automotif

10 . 11 . 12 . 13 . 14 . 15 . 16 . 17 . 18 . 19 . 20 . 21 . 22 . 23 . 24 . 25

Pengangkutan dan Kuasa Rekabentuk Industri

A12 Rekabentuk Produk Industri A13 Kenderaan Perdagangan Berat

Pengangkutan dan Kuasa Pembuatan

A15 CADD Mekanikal

Perhubungan

B01 Juruelektrik B04 Teknologi Instrumen Perindustrian

Perhubungan Perhubungan

B05 Teknologi Elektronik Industri

Pembinaan

C06 Diploma Teknologi Binaan

Pembuatan

E01 Teknologi Plastik

Pembuatan

E02 Teknologi Seramik

Perhubungan

F01 Teknologi Komputer (Sistem) F02 Teknologi Komputer (Rangkaian) F03 Teknologi Perisian (Sistem Maklumat) F04 Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) F05 Teknologi Perisian (Multimedia) F06 Teknologi Komputer (Keselamatan) V02 Teknologi Pembuatan Bersepadu

. 26 V03 Automotif

Perhubungan Perhubungan Perhubungan Perhubungan Perhubungan Pembuatan Pengangkutan dan kuasa

11

27 . 28 . 29 . 30 . 31 . 32 . 33 . 34 . 35 . 36 . 37 . 38 . 39 . 40 . 41 . 42 . 43

Rekabntuk industri

V04 Pelukis Pelan Senibina

Pembinaan

V05 Penyenggaraan Bangunan

Pembinaan

V11 Teknologi Pembinaan

Perhubungan

V12 Teknologi Maklumat Pembuat Acuan dan Alat pemotong

Pembuatan Pembuatan

Mekanik Industri

Pembuatan

Kimpalan Gas dan Arka

Pembuatan

Pemesin Am

Pembuatan

Tool Design Draughtman

Pembuatan

Tek. Mekanikal – alatan & Acuan

Pembuatan

Tek. Mekanikal – Pemesinan

Pembuatan

Tek. Mekanikal – Senggaraan

Pembuatan

Pengeluaran Plastik

Pengangkutan dan Kuasa

Mekanik Kenderaan Motor

Pengangkutan dan Kuasa

Mekanik Motorsikal

Pengangkutan dan Kuasa

Mekanik Kenderaan Perdagangan

Pengangkutan dan Kuasa

Mekanik Jentera Berat

. 44 Juruelektrik Automotif Rendah

Pengangkutan dan Kuasa

12

45 . 46 . 47 . 48 . 49 . 50 . 51 . 52 . 53 . 54 .

Pembinaan

Jurubina Bangunan

Rekabentuk Industri

Perabot & Hiasan Dalam

Pengangkutan dan Kuasa

Operator Kren Menara

Perhubungan

Elektronik Industri

Perhubungan

Elektronik Audio

Perhubungan

Pendawaian Elektrik

Pengangkutan dan Kuasa

Penjaga Jentera Elektrik

Perhubungan

Teknologi Maklumat (Rangkaian) Teknologi Maklumat (Sistem Komputer)

Perhubungan Perhubungan

Multimedia

8.0 Cadangan Penambahbaikan Kurikulum mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan ini telah menjelaskan kita beberapa kelemahan dan juga kekuatan yang ada dalam perlaksanaan mata pelajaran ini di sekolah harian sejak tahun 1996. Justeru beberapa cadangan penambah baikan boleh dilakukan untuk membolehkan mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan ini mencapai matlmat yang digariskan dengan semaksima mungkin. Selaian itu ianya dapat membantu semua pihak yang berkenaan dalam memastikan penguasaan pelajar serta keberkesanan mata pelajaran ini dalam membantu pelajar mendapatkan pekerjaan yang diminati dimasa hadapan.

13

Antaranya cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah : i)

Menyeimbangkan kandungan mata pelajaran bagi setiap bab supaya pelajar tidak merasakan ada bab yang amat sukar bagi mereka fahami. Contohnya bab kuasa yang sangat panjang menggabungkan banyak topik yang sukar untuk difahami oleh pelajar serta memerlukan masa yang lama untuk menghabiskan bab tersebut.

ii)

Kandungan kurikulum ini

bukan sahaja perlu dipadatkan dan

diringkaskan dari gabungan ketiga-tiga bidang kejuruteraan, namun ia seharusnya dipermudahkan bagi membolehkan pelajar dari tahap sederhana dapat menguasai dan menyukai mata pelajaran ini kerana bersesuaian dengan tahap mereka.

iii)

Masa pengajaran perlu digabungkan dengan jangkamasa amali dan juga kerja kursus supaya guru dan pelajar mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalankan amali dan menyiapkan kerja kursus. Selain itu guru mampu fokus kepada topik dan membuat ulangkaji sebagai persediaan pelajar sebelum peperiksaan. Kebiasaannya kerja-kerja amali akan dilakukan pada waktu cuti atau diluar waktu P&P. Ini menyebabkan pelajar tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat persediaan untuk pelajaran seterusnya.

iv)

Guru perlu diberi latihan yang merangkumi semua bidang dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan supaya menjadi pakar dalam mata pelajaran ini. Kurikulum ini perlu menekankan keupayaan guru dalam menguasai semua bidang teori dan amali yang memakan masa yang lama.

14

9.0 Rujukan Abdul Rahim Hamdan, 2007. Pengajian Kurikulm, Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Ahmad Zairi Hj Abas, 2002 Permasalahan pembelajaran dalam mata pelajaran teknologi kejuruteraan : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Batang Padang, Perak Tengah dan Hilir Perak. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Laporan Jawatankuasa Kabinet. 1979. Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Daud Hamzah, 1994. Reka Bentuk Kurikulum Sekolah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. M S. Howard Nicholls dan Audrey Nicholls, 1987. Perkembangan Kurikulum: Satu Panduan Praktis (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Budaya dan Pustaka. Peter S Hlebowitsh. 2005. Designing the School Curriculum. Boston ; Pearson Education Inc. Grayson Lawrence, 1978, On a Methodology for Curriculum Design, Engineering Education Grundy, S., 1987, Curriculum: Product or Praxis? Lewes: Falmer Press. Abdullah Sani Yahya 2005. Mengurus Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

15

16

Related Documents