Kelebihan Ibadat Umrah Pada Ramadan

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelebihan Ibadat Umrah Pada Ramadan as PDF for free.

More details

  • Words: 220
  • Pages: 1
kelebihan ibadat umrah pada ramadan

umrah atau ziarah ke tanah suci makkah amat dituntut sepanjang ramadan. perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu makkah dan pada bulan mulia, ramadan. dalam hadis, rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita ansar, ummu sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan ini. baginda bersabda bermaksud: �apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?� wanita itu menjawab: �keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.� baginda bersabda lagi: �umrah pada ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.� dalam hadis lain rasulullah bersabda yang bermaksud: �apabila datang bulan ramadan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.� jemaah yang mengerjakan umrah pada bulan ini juga memperoleh banyak ganjaran disebabkan mereka mengerjakan ibadat lain di masjidil haram. masjidil haram ialah masjid paling mulia di sisi allah diikuti masjid nabawi, masjid al-aqsa dan masjid kiblatain. diriwayatkan, ganjaran pahala mengerjakan solat di masjidil haram menyamai 100,000 ganjaran. dalam hal ini, ulama mengkiaskan pahala solat seperti dinyatakan dalam hadis itu, bahawa ia turut meliputi ibadat lain seperti qiamullail, membaca al-quran dan iktikaf. di samping mengerjakan ibadat umrah seperti tawaf dan saie, jemaah berpeluang mengunjungi masjid nabawi. dalam hadis lain, rasulullah menjelaskan, ganjaran mengerjakan solat di masjid itu menyamai 1,000 pahala.

Related Documents

Ibadat
May 2020 35
Ibadat
November 2019 39