KEKUATAN DAN KELEMAHAN Kekuatan Antara kekuatan spesimen awet basah dan kering ialah bahan yang diperlukan untuk awet basah dan kering adalah mesra sumber. Bahan yang digunakan mudah dicari, kos rendah dan merupakan bahan terpakai yang digunakan dalam kehidupan seharian. Misalnya untuk menjalankan awet kering bahan yang diperlukan ialah spesimen tumbuhan yang boleh didapati di taman sains, kadboard kertas dan plastik pembalut sahaja manakala untuk awet basah, balang awet boleh menggunakan balang kaca daripada produk makanan sebagai alternatif. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengendalikan prosedur pengawetan kering dan basah di sekolah sebagai bahan bantu mengajar untuk murid. Seterusnya, spesimen awet basah dan awet kering juga merupakan bahan bantu mengajar yang realistik dan menarik. Hal ini kerana, spesimen awet tergolong dalam bahan bantu mengajar maujud dan konkrit yang boleh dipegang dan dirasa. Menurut Norzainariah (2004), bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan akan menarik minat murid terhadap isi pengajaran pada hari itu. Selain itu, bbm berupa spesimen juga boleh digunakan berulang kali dan tahan lama jika dibandingkan dengan spesimen hidup. Kemudian, spesimen yang telah diawet juga membolehkan murid untuk menganalisis dengan lebih terperinci dan mendalam spesimen tersebut berbanding dengan spesimen yang hidup. Spesimen haiwan misalnya yang telah diawet menunjukkan struktur yang sama dengan spesimen hidup tetapi bersifat pegun. Oleh itu, fokus murid terhadap sesuatu bahagian pada spesimen dapat dikekalkan. Malah, dalam mengendalikan spesimen ini, kemahiran manipulatif murid juga dapat diterapkan melalui cara mengendalikan spesimen dan penyimpanan semula spesimen selepas digunakan.
Kelemahan Antara kelemahan pengawetan ialah pengawetan kering mengambil masa yang lama. Apabila proses pengawetan mengambil masa yang lama, pengawetan perlu diajalankan awal sebelum pdp berlangsung dan perlu memeriksa dan menukar surat khabar pada spesimen secara kerap. Hal ini akan menganggu tugas guru dan fokus guru terhadap topik sebelumnya. Malah, dalam jangka masa yang panjang ini juga, spesimen yang diawet berisiko untuk berkulat jika tidak diperiksa secara kerap dan proses pengawetan tumbuhan akan mejadikan warnanya luntur. Oleh itu, murid tidak dapat melihat warna asli bahagian pokok seperti kelopak bunga dan daun. Seterusnya, untuk menjalankan pengawetan, risiko keselamatan perlu diambil kira. Misalnya untuk awet basah, penggunaan kit pembedahan yang tidak diselenggara boleh mengakibatkan kecederaan. Kemudian, penggunaan bahan kimia yang berbahaya seperti formalin dan clorofoam juga boleh menjejaskan keselamatan guru semasa proses mengawet. Balang awet yang perlu ditutup menggunakan lilin juga memerlukan guru untuk berhati-hati kerana larutan awet mudah terbakar. Aspek keselamatan ini menjadikan proses pengawetan hanya boleh dijalankan oleh guru dan murid hanya dapat melihat produk akhir pengawetan. Hal ini akan menjejaskan proses pdp kerana murid tidak dapat membedah dan melihat sendiri organ katak yang masih hidup. Tambahan lagi, dari aspek bahan, bahan yang digunakan untuk pengawetan basah kebanyakannya tidak mesra sumber. Penggunaan formalin sebagai larutan untuk mengawet haiwan verterbra disamping ethanol memakan kos yang tinggi. Hal ini harga ethanol di pasaran adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan formalin (Ellyza dan Rosmawati, 2015). Ethanol sering digunakan untuk mengawet spesimen yang bersaiz kecil manakala formalin pula untuk spesimen yang bersaiz besar. Namun begitu spesimen katak merupakan spesimen kecil dan penggunaan ethanol sudah mencukupi.
Kesimpulan Pengawetan kering bermaksud spesimen direndam dalam sebarang bahan pengawet manakala pengawetan basah bermaksud spesimen diawet dalam larutan pengawet yang sesuai. Mata pelajaran sains sangat berkait rapat dengan aktiviti
‘hands-on’ yang dalam hal ini memerlukan media pembelajaran iaitu dalam bentuk awet atau spesimen hidup (Roestiah, 2001). Hal ini kerana, sains merupakan Ilmu pengetahuan yang mempelajari selok belok makhluk hidup beserta lingkungan tempat hidupnya. Bagi mencapai matlamat pembelajaran dengan berkesan memerlukan ketekunan dan ketrampilan serta semangat juang yang tinggi dari guru sains, tanpa mengetepikan faktor yang mendukung proses pembelajaran. Salah satu yang mendukung pdp adalah dengan memanfaatkan media pembelajaran, karana dengan adanya media pembelajaran murid lebih mudah dan cepat untuk menguasai konsep sains yang disampaikan oleh guru.
Norzainariah Bt. Abu Hassan, 2004. “Kebolehgunaan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Meningkatkan Prestasi Pelajar: Satu Tinjauan Di Kuittho” Ellyza Karim & Rosmawati Shahruddin (2015). Pengurusan Makmal Sains Dan Sumber (Sains pendidikan rendah). Selangor:Sasbadi