Kebolehan Kognitif

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kebolehan Kognitif as PDF for free.

More details

  • Words: 415
  • Pages: 2
Kebolehan Kognitif (Cognitive Abilities) Konsep ini bermaksud kebolehan proses minda, iaitu bagaimana pelajar dapat mengalami dan memahami makna dan mengigati semua informasi dan semua ilmu pengetahuan yang di perolehi melalui proses kognitif yang di perolehi sejak kecil lagi melalui pembelajaran formal di sekolah dan tidak formal iaitu di persekitaran mereka. Konsep ini mengkaji bagaimana kebolehan mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seseorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Pelbagai definisi telah diberikan kepada konsep kebolehan kognitif. Menurut Spearritt (1996), kebolehan kognitif telah didefinisikan oleh Caroll (1993) sebagai sebarang

kebolehan

berkaitan

dengan

tugas

kognitif.

Sternberg

(1997)

mendefinisikan kebolehan kognitif sebagai kapasiti untuk memahami idea kompleks, belajar melalui pengalaman, menaakul, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri. Di dalam kajian ini, kebolehan kognitif secara operasional didefinisikan sebagai skor komposit dalam ujian kebolehan kognitif lisan (kosa kata dan ejaan), kuantitatif dan ruangan. Ketiga-tiga dimensi ini dipilih kerana semua kebolehan ini merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua pekerja hari ini dan akan datang. Kekurangan dalam semua kemahiran ini akan menyebabkan produktiviti menurun, peningkatan kadar kemalangan dan kesilapan besar dalam pengeluaran (ILO, 1997). Saya memilih konsep ini kerana dalam ilmu pendidikan kebolehan kognitif meninggalkan implikasi besar kepada teori dan praktisnya (Case dalam Slavin, 1997). Konsep ini berfokuskan kepada idea perkembangan pendidikan yang sepadan dan bersesuaian dengan kebolehan kognitif dan fizikal pelajar-pelajar. Jean Piaget dianggap ‘ever Green’ iaitu yang sesuai sepanjang zaman kerana idea beliau mempengaruhi

persekitaran

pembelajaran,

kurikulum,

bahan

dan

metodologi

pengajaran. Antara implikasi beliau ialah guru harus fokus kepada proses pemikiran dan bukan kepada hasil atau produk akhir bagi memastikan pelajar telah mengalami proses berfikir dengan betul. Pertanyaan yang harus dikemukakan adalah seperti:

apa jenis logik yang pelajar guna? Adakah pelajar hanya guna satu aspek situasi sahaja? Adakah mereka terpengaruh kepada aspek luaran sesuatu?. Pelajar digalakkan menggunakan strategi pemikiran yang mereka gunakan untuk menyelesaikan masalah. Pelajar merupakan sumber maklumat paling baik tentang kebolehan pemikirannya. Konsep yang berkenaan mempunyai perkaitan dengan pengajaran kepelbagaian pelajar melalui guru menganalisis dari segi perkembangan pemikiran pelajar, iaitu bagaimana kanak-kanak berfikir dan bertingkah laku. Keperluan guru memerhati pelajar

dengan

teliti

untuk

membantu

pembelajaran

yang

berdasarkan

perkembangan kognitif adalah menjadi asas yang kukuh dalam menterjemahkan idea Piaget dan Vygotsky dalam situasi pembelajaran dan pengajaran. Pemprosesan informasi membincangkan bagaimana pelajar menerima dan mengorganisasikan informasi dalam memori. Pendekatan pemprosesan informasi mengemukakan pelbagai model tentang bagaimana minda memproses, menerima dan mencungkil informasi. Pembelajaran dilihat sebagai suatu proses untuk menimba ilmu pengetahuan yang telah di manipulasikan melalui proses interaksi pada persekitaran yang menjelaskan bagaimana pelajar belajar dengan bantuan proses kognitif.

Related Documents

Kebolehan Kognitif
July 2020 16
Kebolehan Kognitif
May 2020 10
Kognitif
May 2020 21
Kognitif
October 2019 29
Teori Kognitif
November 2019 34
Pendekatan Kognitif
May 2020 24