Kebolehan Kognitif

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kebolehan Kognitif as PDF for free.

More details

  • Words: 5,435
  • Pages: 19
KEBOLEHAN KOGNITIF PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TEKNIK Dr. Sarimah binti Abd Razak Institut Perguruan Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bharu [email protected] Tel: 07-2364624 Fax:: 07-2379736 Profesor Madya Dr. Ramlah Hamzah Profesor Madya Dr. Rosini Abu Profesor Dr. Zakaria Kasa Jabatan Pendidikan Sains dan Teknikal Fakulti Pengajian Pendidkan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor [email protected] Tel: 03-89467909 Fax: 03-89468246 Abstrak Kebolehan kognitif telah didokumentasikan sebagai faktor yang boleh meramal dan menjadi penentu kepada kejayaan dalam pendidikan, pekerjaan dan latihan dalam pekerjaan. Dengan itu, kajian ini dijalankan dengan dua tujuan. Pertama, bagi mengenal pasti tahap kebolehan kognitif pelajar Sekolah Menengah Teknik dan kedua, bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kebolehan kognitif mengikut gender dan pengkhususan akademik pelajar ini. Kebolehan kognitif di dalam kajian ini diukur melalui tiga dimensi, iaitu lisan, kuantitatif dan ruangan. Data daripada kajian deskriptif ini dikumpul melalui kaedah tinjauan yang menggunakan ujian. Responden kajian terdiri daripada 578 orang pelajar yang dipilih dengan menggunakan prosedur persampelan pelbagai tahap. Statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan bagi menganalisis data kajian. Dapatan menunjukkan pelajar ini mempunyai tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan kebolehan kognitif keseluruhan sederhana. Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan mengikut gender. Perbezaan signifikan juga wujud dalam kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan kebolehan kognitif keseluruhan mengikut pengkhususan akademik. Hasil kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara gender dan kebolehan kognitif keseluruhan dan juga antara pengkhususan akademik dan kebolehan kognitif ruangan di kalangan pelajar ini. Keywords: Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kebolehan Kognitif, Sekolah Menengah Teknik, Gender Sub- theme – education for sustainable development Pengenalan Hari ini, usaha awal dalam memperkembang kebolehan kognitif pelajar di semua peringkat pendidikan telah menjadi satu agenda global dan matlamat setiap institusi pendidikan termasuk institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Pendidikan Teknikal dan Vokasional telah dikenal pasti sebagai komponen kritikal bagi pembangunan ekonomi

1

sesebuah negara (Muhammad Ashraf Qureshi, 1993). Di Malaysia, PTV telah diberi keutamaan dalam polisi dan perancangan pendidikan dan kini muncul sebagai satu bidang yang sangat penting bagi perkembangan ekonomi dan sosial. Kebolehan kognitif telah didokumentasikan sebagai faktor peramal dan penentu kepada kejayaan dalam pendidikan, pekerjaan dan latihan dalam pekerjaan. Menurut McDermott, Mordell dan Stoltzfus (2001), kebolehan kognitif boleh menyediakan satu gambaran tepat tentang prestasi pelajar di sekolah. Mereka mendapati pelajar yang berkebolehan kognitif baik berkemahiran tinggi dalam memproses maklumat dan seterusnya mempertingkatkan ingatan dan pengekalan maklumat. Gagne dan St Pere (2002) pula mendapati, kebolehan kognitif merupakan peramal terbaik bagi pencapaian akademik di sekolah. Kebolehan kognitif juga mempunyai hubungan dengan prestasi di tempat kerja (Hernstein & Murray, 1994). Kesimpulan daripada meta-analisis Hunter (1986) ke atas beratus-ratus kajian menunjukkan kebolehan kognitif menjadi peramal terbaik bagi prestasi kerja dalam semua jenis pekerjaan manual dan pekerjaan yang menggunakan mental. Mengikut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO, 1997), perkembangan pembangunan sumber manusia menjelang abad ke-21 akan dipengaruhi oleh kemahiran kognitif yang akan menggantikan kemahiran manual. Ekonomi baru abad ini akan menjana pekerjaan baru yang semakin kompleks yang memerlukan kemahiran membaca, menulis, matematik, dan menaakul (Ollhoff & Waidelich, 1989). Thomas (1992) telah memperlihatkan bagaimana PTV berperanan dalam memperkembang kebolehan kognitif. Menurut beliau, pekerjaan sekarang semakin bergantung kepada kapasiti kognitif. Pendidikan Teknikal dan Vokasional pula menyediakan konteks dunia sebenar bagi perkembangan kognitif. Dengan itu, PTV bukan pendidikan sempit yang berfokuskan pekerjaan semata-mata tetapi berperanan sebagai alat bagi memperkembang kebolehan kognitif yang diperlukan bagi kehidupan yang produktif, lengkap dan memuaskan sepertimana yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8, 2001-2005). Di Malaysia, kepentingan kebolehan kognitif dalam PTV adalah berkaitan dengan permintaan terhadap tenaga kerja teknikal dan vokasional dalam kumpulan mahir dan separa mahir. Dokumen kerajaan yang berkaitan dengan kebolehan kognitif ialah RMK8 dan Rancangan Rangka Jangka Panjang Ketiga (RRJP3, 2001 – 2010). Kedua-dua dokumen ini telah menggariskan ciri sumber manusia terutama dalam bidang teknikal dan vokasional yang diperlukan di tempat kerja Malaysia. Mereka perlu mempunyai antaranya, kapasiti bagi pemikiran lateral, kritis dan kreatif serta kemahiran menyelesaikan masalah selain daripada

2

kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Pendidikan asas yang kukuh pula dilihat sebagai teras bagi melahirkan sumber manusia sebegini. Sekolah akan bertindak sebagai tapak memupuk semua ciri ini. Bagi tenaga kerja teknikal dan vokasional pula, Sekolah Menengah Teknik (SMT) akan bertindak sebagai tapak tersebut. Definisi Kebolehan Kognitif Pelbagai definisi telah diberikan kepada konsep kebolehan kognitif. Menurut Spearritt (1996), kebolehan kognitif telah didefinisikan oleh Caroll (1993) sebagai sebarang kebolehan berkaitan dengan tugas kognitif. Sternberg (1997) mendefinisikan kebolehan kognitif sebagai kapasiti untuk memahami idea kompleks, belajar melalui pengalaman, menaakul, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri. Di dalam kajian ini, kebolehan kognitif secara operasional didefinisikan sebagai skor komposit dalam ujian kebolehan kognitif lisan (kosa kata dan ejaan), kuantitatif dan ruangan. Ketiga-tiga dimensi ini dipilih kerana semua kebolehan ini merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua pekerja hari ini dan akan datang. Kekurangan dalam semua kemahiran ini akan menyebabkan produktiviti menurun, peningkatan kadar kemalangan dan kesilapan besar dalam pengeluaran (ILO, 1997). Kebolehan kognitif lisan adalah berkaitan dengan semua komponen penggunaan bahasa antaranya kefasihan lisan, kefahaman bacaan, tugasan sinonim dan antonim, struktur ayat, kesediaan membaca, ejaan, kosa kata dan bacaan. Di dalam kajian ini, kebolehan kognitif lisan didefinisikan sebagai kebolehan pelajar membaca dan memahami kosa kata dengan menggunakan bahan bergambar serta kebolehan pelajar mengeja perkataan dengan betul. Kebolehan kognitif kuantitatif juga dikenali dengan kebolehan kognitif matematik. Menurut Torres (1993), Beggs dan Mouw mendefinisi kebolehan ini sebagai ukuran kefahaman fungsional operasi matematik, konsep asas geometri dan kebolehan menggunakan prinsip matematik dalam menyelesaikan masalah. Kebolehan kognitif ini juga berkaitan dengan kemahiran menganggar nisbah, kira-kira, pencapaian matematik, penaakulan matematik, penyelesaian masalah, penambahan, penolakan, pengiraan, penyusunan nombor, algebra dan algoritma. Di dalam kajian ini, kebolehan ini mengukur kefahaman pelajar berkaitan hubungan antara nombor dan kecekapan mengendalikan konsep nombor. Kebolehan kognitif ruangan pula meliputi pelbagai aktiviti seperti membaca peta, melakukan susunsuai gambar, mengesan rajah mudah dalam rajah kompleks dan memutar objek tiga dimensi secara mental. Kebolehan kognitif ini juga merujuk kebolehan seseorang mengesan sesuatu objek dalam ruangan, menyusun semula objek secara mental, mengenal pasti

3

bentuk dan sebagainya (Lips, 1978). Bagi tujuan kajian ini, kebolehan pelajar membayangkan (dua dan tiga matra) dan mengorientasi ruangan mewakili kebolehan ini. Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah untuk: 1.

mengenal pasti tahap kebolehan kognitif pelajar SMT

2.

menentukan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kebolehan kognitif mengikut gender dan pengkhususan akademik pelajar SMT

Metodologi Kaedah tinjauan telah digunakan bagi mengumpul data kajian. Populasi sasaran kajian ialah pelajar tingkatan empat aliran Pendidikan Teknikal SMT, Malaysia bagi tahun 2003 yang berjumlah 18,300 orang. Pelajar mengkhusus dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Sains Pertanian, Perdagangan, Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan Makanan), dan Ekonomi Rumah Tangga (Pengajian Pakaian). Reka bentuk persampelan pelbagai tahap digunakan dalam menentukan sampel. Saiz sampel ditentukan berdasarkan jadual Bartlett, Kotrlik dan Higgins (2001) (Lampiran 1). Daripada sampel 635 orang, sejumlah 578 responden menduduki ujian yang ditadbirkan. Instrumentasi Data demografi responden didapati dengan menggunakan soal selidik. Bagi mengukur kebolehan kognitif responden, tiga jenis ujian telah digunakan, iaitu Ujian Kebolehan Kognitif Lisan (UKKL), Ujian Kebolehan Kognitif Kuantitatif (UKKK) dan Ujian Kebolehan Kognitif Ruangan (UKKR). Ujian Kebolehan Kognitif Lisan terdiri daripada dua jenis ujian, iaitu Ujian Kebolehan Kognitif Kosa Kata (UKKKK, Bahagian A) dan Ujian Kebolehan Kognitif Ejaan (UKKE, Bahagian B). Bahagian A merupakan ujian kosa kata yang menggunakan format sub-ujian Vocabulary, Wide Range Intelligence - Personality Test (Jastak, 1978). Dalam ujian ini, terdapat enam gambar yang diikuti dengan 21 perkataan. Responden mesti boleh membaca dan mengenal pasti maksud kosa kata tersebut melalui keenam-enam gambar. Ujian ini merupakan ujian membaca dan kefahaman dengan menggunakan bahan bergambar. Responden dikehendaki memadankan perkataan dengan gambar yang sesuai dan menjawab bahagian ini dalam masa empat minit. Bahagian B ialah ujian ejaan. Ujian ini menggunakan format sub-ujian Spelling, Differential Aptitude Test (DAT) for Personnel and Career Assessment (PCA) (Bennett, Seashore & Wesman, 1989). Terdapat 55 perkataan yang sebahagiannya dieja dengan betul dan sebahagian lagi salah dieja. Pemilihan perkataan di dalam sub-ujian ini adalah berdasarkan

4

kepada kesilapan mengeja yang kerap dilakukan oleh pelajar berdasarkan dapatan dan pemerhatian guru dan pemeriksa kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).dan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (Dewan Bahasa & Pustaka, 1996). Responden dikehendaki mengenal pasti ejaan bagi setiap perkataan dengan membulatkan abjad “B” bagi ejaan yang betul dan abjad “S” bagi ejaan yang salah. Had masa ujian ialah enam minit. Setiap jawapan betul diberi skor “1” dan setiap jawapan salah, skor “0” diberikan. Jumlah skor betul mewakili kebolehan kognitif kosa kata serta ejaan dan seterusnya, kebolehan kognitif lisan. Bagi mengukur kebolehan kognitif kuantitatif, sub-ujian Numerical Ability yang merupakan salah satu daripada lapan sub-ujian di dalam DAT for PCA (Bennet et al., 1989) telah digunakan. Ujian ini mengukur kefahaman berkaitan hubungan antara nombor dan kecekapan mengendalikan konsep nombor. Sub-ujian ini diterjemah ke dalam Bahasa Melayu menggunakan kaedah translation/back translation. Sub-ujian ini mengandungi 25 soalan dengan lima pilihan jawapan. Had masa ialah 20 minit. Bagi setiap jawapan betul, responden diberikan skor “1” dan skor “0” bagi setiap jawapan salah. Jumlah skor jawapan betul mewakili kebolehan kognitif kuantitatif. Instrumen Spatial Ability Test (SAT, Wong, 1992) digunakan bagi mengukur kebolehan kognitif ruangan. Ujian ini mengukur dua komponen utama kebolehan ruangan, iaitu pembayangan ruangan (dua dan tiga dimensi) dan orientasi ruangan. Spatial Ability Test mengandungi 11 sub-ujian, iaitu kubus (mengira bilangan kubus dalam sesuatu susunan), pembentukan corak I (memilih kumpulan rajah yang betul apabila satu siri corak dua dimensi dikumpulkan semula, akan membentuk corak asal), pembentukan corak II (memilih corak yang mengandungi bahagian tepat yang membentuk corak asal), pantulan (kebolehan melihat imej cermin), putaran (membayang putaran kad berbentuk rombus yang mempunyai tebukan lubang), lipatan dan pengguntingan kertas (membayang rajah akhir apabila sehelai kertas dilipat dan ditebuk dengan pelbagai bentuk), rajah tersembunyi (menentukan rajah di mana rajah lain yang telah dikenal pasti lebih awal tersembunyi di dalamnya), lipatan kotak I (kebolehan melihat bagaimana sebuah kotak tiga dimensi boleh dibuka ke dalam rajah dua dimensi), lipatan kotak II (memilih satu daripada empat kotak yang diberi yang boleh dibentuk daripada melipat rajah dua dimensi), pelunjuran ortografik (kebolehan melihat sesuatu objek daripada pandangan atas) dan pemotongan blok (membayang potongan blok selepas bahagian hadapan blok ini dipotong). Tugasan pembayangan ruangan (dua dan tiga matra) diwakili oleh tugasan dalam kubus, pembentukan corak I, pembentukan corak II, pantulan, lipatan dan guntingan kertas, lipatan

5

kotak I, lipatan kotak II, pelunjuran ortografik dan pemotongan blok. Tugasan orientasi ruangan diwakili oleh tugasan putaran dan rajah tersembunyi. Setiap sub-ujian mengandungi enam item dengan jumlah keseluruhan 66 item. Setiap item diikuti dengan empat pilihan jawapan. Had masa ialah satu setengah jam. Responden dikehendaki memilih jawapan betul daripada empat pilihan. Skor “1” bagi jawapan betul dan “0” bagi jawapan salah. Jumlah skor betul mewakili kebolehan kognitif ruangan. Kesahan kandungan dan gagasan instrumen kajian ditentukan oleh panel penilai seramai lima orang Pekali α digunakan bagi mengukur ketekalan dalaman instrumen kajian. Pekali α bagi UKKKK, UKKE, UKKK dan UKKR ialah masing-masing .64, .75, .77 dan .79. Penyelidik telah mentadbir sendiri instrumen kajian berdasarkan peraturan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1996). Statistik deskriptif digunakan bagi menerangkan Objektif 1. Ujian-t dan ANOVA digunakan bagi menerangkan Objektif 2. Bagi semua analisis, tahap α telah ditetapkan pada .05. Dapatan Daripada 578 responden, 63% (364 orang) adalah perempuan dan 37% (214 orang) adalah lelaki (Jadual 1). Mengikut pengkhususan akademik pula, 16.6% responden mengkhusus dalam Kejuruteraan Awam, 17.5% Kejuruteraan Mekanikal dan 19.0% dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. Perdagangan diwakili sejumlah 12.3% responden, Sains Pertanian 13.1%, Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan Makanan) 10.9% dan Pengajian Pakaian 10.6% responden. Jadual 1: Taburan Responden Berdasarkan Pengkhususan Akademik Mengikut Gender (n = 578) Pengkhususan Akademik Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Perdagangan Sains Pertanian ERT (Pengurusan Makanan) ERT (Pengajian Pakaian)

n 96 101 110 71 76 63 61

Lelaki (%) Perempuan (%) % (n = 214) (n = 364) Keseluruhan 22.9 77.1 16.6 80.2 19.8 17.5 69.1 30.9 19.0 11.3 88.7 12.3 18.4 81.6 13.1 12.7 87.3 10.9 8.2 91.8 10.6

Objektif 1 - Tahap Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan Dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan Skor Ujian Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan skor komposit dalam ketigatiga ujian ini dikategorikan ke dalam tiga tahap, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Jadual 2

6

menunjukkan nilai skor bagi ketiga-tiga tahap dalam ketiga-tiga dimensi kebolehan kognitif dan kebolehan kognitif keseluruhan. Jadual 2: Skor Bagi Tahap Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan Kebolehan Kognitif Lisan Kuantitatif Ruangan Keseluruhan

Skor bagi Tahap Sederhana 50 - 59 10 - 17 27 - 44 93 - 117

Rendah 41 - 49 3-9 11 - 26 68 - 92

Tinggi 60 - 69 18 - 25 45 - 61 118 -142

Jadual 3: Taburan Responden Mengikut Tahap Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan (n = 578) Kebolehan Kognitif Lisan Rendah (41 – 49) Sederhana (50 – 59) Tinggi (60 – 69)

Skor Kekerapan Min Mak 41 69 53 371 154

Kuantitatif Rendah (3 - 9) Sederhana (10 - 17) Tinggi (18 - 25)

3

Ruangan Rendah (11 - 26) Sederhana (27 - 44) Tinggi (45 - 61)

11

Kebolehan Kognitif Keseluruhan Rendah (68 - 92) Sederhana (93 - 117) Tinggi (118 - 142)

68

%

Min

SP

56.10

4.81

16.98

3.91

34.48

8.18

9.2 64.2 26.6

25 27 272 279

4.7 47.1 48.2

96 410 72

16.6 70.9 12.5

61

142

107.51 12.21 68 390 120

11.7 67.5 20.8

Taburan responden mengikut tahap kebolehan kognitif lisan, kuantitatif, ruangan dan kebolehan kognitif keseluruhan dirumuskan dalam Jadual 3. Julat skor sebenar UKKL ialah antara 0 hingga 76; namun julat skor responden ialah antara 41 hingga 69 (M = 56.10, SP = 4.81). Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden (64.2%) mempunyai tahap kebolehan kognitif lisan sederhana dan 26.6% pula mempunyai tahap tinggi. Bagi kebolehan kognitif kuantitatif, julat skor sebenar UKKK ialah antara 0 hingga 25; namun julat skor responden ialah antara 3 hingga 25 (M = 16.98, SP = 3.91). Sejumlah 48.2% responden mempunyai tahap kebolehan kognitif kuantitatif tinggi dan 47.1% tahap sederhana. Walaupun julat skor sebenar UKKR ialah antara 0 hingga 66; julat skor responden ialah antara 11 hingga 61 (M = 34.48, SP = 8.18). Majoriti responden (70.9%) mempunyai tahap

7

kebolehan kognitif ruangan sederhana. Responden yang bertahap kebolehan kognitif ruangan rendah pula ialah 16.6%. Julat skor sebenar ketiga-tiga ujian ialah antara 0 hingga 167; namun julat skor responden ialah antara 68 hingga 142 (M = 107.51, SP = 12.21). Analisis skor menunjukkan majoriti responden (67.5%) mempunyai tahap kebolehan kognitif keseluruhan sederhana.

Objektif 2 - Perbandingan Kebolehan Kognitif Mengikut Gender dan Pengkhususan Akademik Gender Bagi menentukan perbezaan kebolehan kognitif responden mengikut gender, Ujian-t telah digunakan. Aras keyakinan ditetapkan pada .05. Di mana terdapat perbezaan signifikan, magnitud perbezaan ditentukan dengan menggunakan saiz kesan. Keputusan Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan signifikan secara statistik mengikut gender dalam skor min bagi tiga dimensi kebolehan kognitif – lisan, kuantitatif dan ruangan (Jadual 4). Responden perempuan didapati mempunyai kelebihan dalam kebolehan kognitif lisan (M = 57.02, SP = 4.65, t (576) = -6.194, p < .05) dan kuantitatif (M = 17.42, SP = 3.59, t = -3.372, p < .05). Bagi kebolehan kognitif ruangan, responden lelaki (M = 35. 96, SP = 8.69, t = 2.678, p < .05) mengatasi responden perempuan. Tidak terdapat perbezaan signifikan mengikut gender dalam skor min kebolehan kognitif keseluruhan. Jadual 4: Keputusan Ujian-t Bagi Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan Responden Mengikut Gender (n = 578) Kebolehan Kognitif Lisan Lelaki Perempuan

n

Min

SP

Nilai-t

p

214 364

54.54 57.02

4.68 4.65

-6.194

.000*

d 0.53 0.33

Kuantitatif Lelaki Perempuan

214 364

16.24 17.42

4.31 3.59

-3.372

Ruangan Lelaki Perempuan

214 364

35.69 33.76

8.69 7.78

2.678

.008*

Keseluruhan Lelaki Perempuan

214 364

106.41 108.15

13.05 11.66

-1.659

.098

*p < .05

df = 576

.001* 0.22

SP = Sisihan Piawai

8

Bagi kebolehan kognitif lisan, kuantitatif dan ruangan, saiz kesan telah ditentukan bagi menentukan

magnitud

perbezaan

yang

wujud.

Menurut

Cohen

(2001),

bagi

menginterpretasi nilai d bagi ujian-t, garis panduan yang diikuti ialah .20 bagi kesan kecil, .50 bagi kesan sederhana dan .80 bagi kesan besar. Dengan itu, magnitud perbezaan min bagi kebolehan kognitif lisan ialah sederhana (.53) dan kecil bagi kuantitatif (.33) dan ruangan (.22). Pengkhususan akademik Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan secara statistik pada aras p < .05 bagi skor min kebolehan kognitif lisan [F(6, 578) = 4.466, p = .0001], kuantitatif [F(6, 578) = 6.623, p = .0001] dan kebolehan kognitif keseluruhan [F(6, 578) = 3.730, p = .001] mengikut pengkhususan akademik. Tiada perbezaan signifikan secara statistik bagi kebolehan kognitif ruangan (Jadual 5). Keputusan ANOVA juga menunjukkan responden Perdagangan (M = 57.73, SP = 4.45) dan Sains Pertanian (M = 57.68, SP = 5.88) mempunyai kebolehan kognitif lisan paling tinggi. Responden Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik mempunyai kebolehan kognitif lisan paling rendah (M = 54.86, SP = 4.79). Responden Perdagangan juga didapati mempunyai kebolehan kognitif kuantitatif (M = 19.13, SP = 3.44) dan kebolehan kognitif keseluruhan paling tinggi (M = 112.41, SP = 12.15). Sementara responden Kejuruteraan Mekanikal menunjukkan kebolehan kognitif kuantitatif paling rendah (M = 15.77, SP = 3.75), responden ERT (Pengajian Pakaian) pula mempunyai kebolehan kognitif keseluruhan paling rendah (M = 105.03, SP = 8.45). Menurut Cohen (2001), bagi menginterpretasi nilai η2 bagi ANOVA, garis panduan yang diikuti ialah .01 = kesan kecil, .06 = kesan sederhana dan .14 = kesan besar. Dengan itu, saiz kesan (η2) bagi kebolehan kognitif lisan dan kebolehan kognitif keseluruhan ialah kecil (masing-masing .04) dan kuantitatif ialah sederhana (.07).

9

Jadual 5: Keputusan ANOVA Bagi Kebolehan Kognitif Lisan, Kuantitatif, Ruangan dan Kebolehan Kognitif Keseluruhan Mengikut Pengkhususan Akademik n

Min

SP

F

p

η2

Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kej. Elektrik & Elektronik Perdagangan Sains Pertanian ERT(PM) ERT(PP)

96 101 110 71 76 63 61

55.86 55.46 54.85 57.73 57.68 56.03 55.98

4.62 4.52 4.79 4.45 5.88 4.44 4.00

4.466

.000*

.04

Kuantitatif

Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kej. Elektrik & Elektronik Perdagangan Sains Pertanian ERT(PM) ERT(PP)

96 101 110 71 76 63 61

16.19 15.77 16.75 19.13 17.50 17.43 17.03

3.92 3.75 3.94 3.44 4.24 3.89 3.07

6.623

.000*

.07

Ruangan

Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kej. Elektrik & Elektronik Perdagangan Sains Pertanian ERT(PM) ERT(PP)

96 101 110 71 76 63 61

34.10 35.56 33.83 35.55 34.45 35.62 32.03

8.53 8.54 9.20 8.18 7.20 7.67 6.13

1.777

.101

.04

Keseluruhan

Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Mekanikal Kej. Elektrik & Elektronik Perdagangan Sains Pertanian ERT(PM) ERT(PP)

96 101 110 71 76 63 61

106.11 106.81 105.37 112.41 109.47 108.98 105.03

11.96 12.49 12.26 12.15 13.67 11.81 8.45

3.730

.001*

Kebolehan Kognitif Lisan

Pengkhususan Akademik

*p < .05 Nota: ERT(PM) ERT(PP)

df = 6

SP = Sisihan Piawai

Ekonomi Rumah Tangga (Pengurusan Makanan) Ekonomi Rumah Tangga )Pengajian Pakaian)

Perbincangan Apa yang paling membimbangkan daripada dapatan kajian ini ialah lebih tiga perempat pelajar aliran Pendidikan Teknikal mempunyai tahap kebolehan kognitif keseluruhan sederhana dan rendah sedangkan pelajar ini merupakan kumpulan pelajar terpilih yang mendapat keputusan baik dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Oleh kerana kebolehan kognitif menyediakan satu gambaran tepat tentang prestasi pelajar di sekolah, dapatan kajian ini menyediakan gambaran tentang pencapaian akademik pelajar aliran

10

Pendidikan Teknikal pada masa ini. Mereka ini seolah-olah sedang menempa kegagalan dan akan tercicir dalam pelajaran jika tiada usaha dilakukan dalam memperkembang kebolehan kognitif mereka mulai sekarang. Ini adalah kerana, kebolehan kognitif yang rendah juga dikaitkan dengan keciciran dan kegagalan dalam pendidikan. Matlamat pendidikan Malaysia untuk menghasilkan tenaga kerja teknikal berpengetahuan tinggi, mempunyai pemikiran bertahap tinggi, berkemahiran menyelesaikan masalah dan cekap dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan tidak akan tercapai kecuali SMT bertindak sebagai tapak memperkembangkan kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira. Pertumbuhan kosa kata berlaku secara tidak langsung melalui pendedahan bahasa dan jumlah bacaan merupakan sumber utama perbezaan dalam kosa kata di kalangan pelajar (Cunningham & Stanovich, 1991). Ini bermakna, peluang untuk memperoleh kosa kata baru berlaku lebih kerap melalui bacaan. Sepertimana kosa kata, ejaan juga berkembang secara berterusan melalui pembacaan meluas. Daripada dapatan kajian, berkemungkinan pelajar aliran Pendidikan Teknikal ini kurang mendapat pendedahan bahasa atau kurang membaca. Pembacaan mereka hanya terikat dengan buku-buku teks sahaja dengan tujuan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Kekurangan dalam kebolehan kosa kata pelajar ini boleh menyebabkan mereka tidak mampu mengutarakan dan meluahkan idea atau gagasan dengan jelas dan tepat serta menyelesaikan masalah. Dengan itu, selain bantuan guru, pelajar ini perlu berusaha dalam meningkatkan jumlah bacaan dan pendedahan bahasa bagi memperkembangkan kebolehan lisan mereka. Kurangnya kekuatan dalam kemahiran asas matematik di kalangan pelajar SMT aliran Pendidikan Teknikal ini digambarkan oleh dapatan kajian yang menunjukkan lebih daripada separuh pelajar ini mempunyai tahap kebolehan kognitif kuantitatif sederhana dan rendah. Kekuatan dalam asas matematik adalah penting bagi melakukan tugasan ujian yang diberi dan seterusnya sehingga ke bidang pekerjaan teknikal yang bakal diceburi pelajar ini. Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting kerana ini akan mempengaruhi persepsi dan sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik sepanjang hayat mereka. Berkemungkinan pembinaan pemahaman konseptual awal matematik pelajar ini tidak diberi perhatian oleh guru mereka di peringkat awal persekolahan. Apabila ini berlaku, sukar bagi pelajar ini membina kemahiran dan konsep matematik peringkat tinggi. Pendekatan pengajaran guru Matematik SMT juga berkemungkinan menyumbang kepada dapatan kajian. Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Pembelajaran Kontekstual di Sekolah Menengah Teknik (JMPPKSMT, 2001) mendapati guru Matematik SMT menggunakan

11

pendekatan

pengajaran

yang

menekankan

penghafalan,

mengingat

kembali

dan

menggunakan soalan retorik. Konsep pembelajaran matematik tradisional berdasarkan kapur dan tulis, latih tubi dan praktis, mengira menggunakan tangan, penghafalan serta kuliah dan demonstrasi tidak membantu perkembangan kebolehan kuantitatif pelajar ini. Daripada ketiga-tiga dimensi kebolehan kognitif, pelajar yang dikaji menunjukkan prestasi terendah dalam kebolehan ruangan di mana hampir 90% pelajar berada di tahap sederhana dan rendah. Dapatan ini sangat membimbangkan kerana kecekapan dalam kemahiran ruangan telah dikaitkan dengan kejayaan dalam pendidikan dan pekerjaan seperti kejuruteraan, perniagaan, dan industri bangunan (Halpern, 1992; Shea, Lubinski & Benbow, 2001). Lynn (1995) pula melaporkan kebolehan ruangan yang tinggi merupakan prasyarat bagi kejayaan dalam matematik lanjutan dan kursus teknikal. Kebolehan ini juga penting dalam pemikiran bertahap tinggi seperti penyelesaian masalah, membuat keputusan, pemikiran saintifik dan pemikiran kritis dan kreatif. Wong (1992) mendapati kebolehan ini mempunyai hubungan kuat dengan prestasi dalam pelbagai pekerjaan teknikal dan dianggap sebagai salah satu peramal terbaik kejayaan dalam mata pelajaran teknikal. Dengan itu, persoalan yang timbul ialah bolehkah pelajar ini berjaya dalam pendidikan dan pekerjaan teknikal ini jika kebolehan ruangan mereka tidak diperkembangkan dan kekal seperti sekarang? Dapatan Wan Hasnah (2000), Busrah (1999), Kartini (1998), Nair (1998) dan Raman (1995) mendapati pengajaran bilik darjah di negara ini masih didominasi oleh aktiviti, soalan dan tugasan beraras rendah. Noraini (1998) pula mendapati, pelajar diberi sedikit atau tiada aktiviti pengajaran dalam pembayangan ruangan. Keadaan yang berlaku ini kurang mencabar minda pelajar. Analisis huraian sukatan pelajaran aliran ini menunjukkan sebahagian besar objektif pengajaran dan pembelajaran hanya memerlukan penggunaan kemahiran kognitif beraras rendah seperti menamakan, menyenaraikan dan mengklasifikasi. Bagi mencapai objektif ini, guru akan menggunakan aktiviti, soalan, tugasan dan sistem penilaian yang berpadanan. Keadaan ini tidak membantu pelajar memperkembangkan kebolehan kognitif ruangan mereka. Oleh kerana kebolehan ruangan boleh diperkembangkan melalui latihan dan pengalaman (Lips, 1978; Brannon, 1999; Maizam, 2000), berkemungkinan kekurangan dalam kedua-dua faktor ini turut menyumbang kepada dapatan kajian. Laporan JMPPKSMT (2001) seterusnya mendapati pengajaran guru di bilik darjah kejuruteraan SMT masih berasaskan kuliah. Sebahagian besar masa di dalam makmal digunakan bagi membuat latihan kemahiran manual yang merupakan lanjutan daripada program vokasional dan hanya berkait dengan

12

sedikit kandungan teori sahaja. Kekurangan latihan dan pengalaman ini menyebabkan kebolehan ruangan pelajar ini tidak diperkembangkan ke tahap yang sepatutnya. Terdapat perbezaan signifikan secara statistik mengikut gender bagi semua dimensi kebolehan kognitif kecuali kebolehan kognitif keseluruhan. Bagi ketiga-tiga dimensi ini, perbezaan min antara gender didapati kecil. Perbezaan min purata kecil dengan nilai sisihan piawai yang besar akan menghasilkan nilai-t yang kecil. Nilai-t yang kecil ini menyebabkan nilai p bagi kebolehan kognitif keseluruhan menjadi tidak signifikan. Kajian ini menyokong dapatan pengkaji-pengkaji (Halpern, 1992; Lee, 2002; Maccoby & Jacklin, 1974) yang mendapati perempuan masih mengatasi lelaki dalam kebolehan lisan (kosa kata dan ejaan) dan menolak kesimpulan meta-analisis Hyde dan Linn (1988) yang menyatakan tidak wujud lagi perbezaan gender dalam kebolehan ini. Magnitud perbezaan pelajar ini agak besar (.53) dan masih memihak kepada pelajar perempuan. Pelajar perempuan didapati mempunyai himpunan kosa kata lebih besar dan kelebihan dalam ejaan. Menurut Halpern (1992) dan Lee (2002), secara purata kanak-kanak perempuan bercakap lebih awal daripada lelaki dan perbezaan gender dalam kebolehan ini wujud seawal kanak-kanak boleh bercakap. Kelebihan ini dikekalkan sepanjang pendidikan di sekolah rendah dan menengah. Ini berkemungkinan dapat menerangkan dapatan kajian ini. Perbezaan dalam tugasan yang mengukur kebolehan kuantitatif menyebabkan dapatan kajian ini tidak konsisten dengan dapatan pengkaji terdahulu (Berinderjeet Kaur, 1991; Mills, Ablard & Stumpf, 1993; Sorel & Yael, 1995; Robinson, Abbot, Berninger & Busse, 1996) yang mendapati lelaki mempunyai kelebihan dalam kebolehan ini. Pada masa yang sama, hasil kajian ini menyokong kesimpulan meta-analisis Hyde, Fennema dan Lamon (1990) serta Lee (2002) yang mendapati pelajar perempuan mengatasi pelajar lelaki dengan magnitud perbezaan yang kecil (d = .33). Jenis tugasan yang mengukur kebolehan ini berkemungkinan menyumbang kepada perbezaan yang wujud. Kebolehan matematik berkait dengan kebolehan ruangan. Dalam kebolehan ruangan, pelajar lelaki mempunyai kelebihan. Begitu juga dalam tugasan matematik yang mempunyai komponen ruangan seperti geometri dan penaakulan matematik. Disebabkan tugasan yang diberikan mempunyai kurang komponen ruangan di dalamnya, ini mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki dalam ujian yang diberi. Steinberg(1993) mendapati perbezaan gender yang konsisten ialah dalam kebolehan ruangan sahaja di mana lelaki menunjukkan kelebihan. Dapatan kajian ini menyokong

13

dapatan pengkaji terdahulu dan konsisten dengan dapatan kajian Voyer (1996) dan Voyer, Voyer dan Bryden (1995) dengan magnitud perbezaan yang kecil. Selain faktor fisiologi dan biologi (Kimura, 1992; Deming, 1999; Lee, 2002), pengalaman dan latihan (Brannon, 1999) semasa kecil berkemungkinan membantu dalam memperkembang kebolehan ruangan di kalangan pelajar lelaki yang dikaji. Menurut Lee (2002), kebolehan kognitif ruangan diperkembangkan lebih awal di kalangan kanak-kanak lelaki. Pengalaman bermain dengan permainan seperti kepingan LEGO dan permainan video berkemungkinan membantu dan menggalakkan perkembangan kebolehan ini. Kanak-kanak perempuan pula diberi permainan yang berkaitan dengan peranan gender seperti anak patung dan peralatan memasak yang kurang membantu dalam memperkembangkan kebolehan ruangan. Analisis keputusan peperiksaan PMR (2002) pelajar ini menunjukkan pelajar Perdagangan mempunyai pencapaian terbaik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM), Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB), Matematik dan Sains. Pelajar Perdagangan pada asasnya terdiri daripada pelajar cemerlang yang mempunyai asas kuat dalam semua mata pelajaran. Ini berkemungkinan dapat menerangkan mengapa pelajar Perdagangan mempunyai kelebihan dalam semua dimensi kebolehan kognitif dan kebolehan kognitif keseluruhan. Hasil kajian juga mendapati pelajar kejuruteraan menunjukkan pencapaian terendah dalam semua dimensi kebolehan kognitif.

Dapatan ini sangat membimbangkan

kerana bidang

kejuruteraan banyak memerlukan tugasan kognitif bertahap tinggi. Pelajar pengkhususan kejuruteraan ini pada asasnya bukan merupakan pelajar cemerlang. Berkemungkinan mereka diterima masuk kerana kurangnya jumlah pelajar lelaki berpencapaian cemerlang yang boleh diambil untuk memasuki pengkhususan ini. Jumlah pelajar lelaki juga lebih ramai bersesuaian dengan tanggapan yang bidang ini merupakan satu bidang yang sesuai dengan dan dikuasai oleh kaum lelaki. Ini berkemungkinan dapat menerangkan mengapa pelajar kejuruteraan mempunyai pencapaian terendah dalam semua ujian diberi.

Sebagai kesimpulan, kegagalan dalam meningkatkan kebolehan kognitif pelajar aliran Pendidikan Teknikal mempunyai impak yang besar kepada kejayaan akademk, masa depan dan kerjaya mereka. Bagi semua mata pelajaran terutama matematik, sains dan kejuruteraan serta dalam proses penyelesaian masalah, semua kebolehan kognitif ini sangat diperlukan. Kesedaran semua pihak terutamanya tenaga pelajar SMT diperlukan bagi membantu pelajar ini. Pemilihan bahan pengajaran, objektif, kandungan kurikulum dan teknik penilaian perlu dirancang agar berpadanan dan menggambarkan pemahaman yang

14

semua pelajar tidak berfungsi di tahap kognitif sama. Pengalaman pembelajaran pelajar perlu distruktur dan direka cipta dengan menggunakan aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang mencabar dan menekankan penglibatan aktif secara fizikal dan mental pelajar. Akhir sekali, sistem pendidikan SMT tidak boleh mengeluarkan bakal sumber manusia teknikal yang berkebolehan kognitif rendah kerana ini akan memberi impak yang besar kepada sistem ekonomi Malaysia. Jika keadaan ini berterusan, pelajar ini tidak akan boleh dan tidak dapat menyumbang dengan berkesan dalam pembangunan diri sendiri dan seterusnya pembangunan sumber manusia negara. RUJUKAN Behling, O, & Law, K.S. (2000). Translating questionnaires and other research instruments: Problems and solutions. Sage University Papers Series on Quantitave Applications in the Social Sciences, 07-131. Thousands Oaks, CA:Sage. Bartlett, II, J.E., Kotrlik, J.W., & Higgins, C.C. (Spring, 2001). Organizational research: Determining appropriate sampel size in survey research. Information Technology, Learning, and Performance Journal, 19(1), 43 -50. Bennett, G.K., Seashore, H.G., & Wesman, A.G. (1989). Differential Aptitude Tests For Personnel and Career Assessment. Technical Manual. San Antonio: The Psychological Corporation, Harcourt Brace & Company. Bennett, G.K., Seashore, H.G., & Wesman, A.G. (1989). Differential Aptitude Tests For Personnel and Career Assessment. General Cognitive Ability Tests. Verbal Reasoning and Numerical Ability. San Antonio: The Psychological Corporation, Harcourt Brace & Company. Bennett, G.K., Seashore, H.G., & Wesman, A.G. (1989). Differential Aptitude Tests For Personnel and Career Assessment. Clerical and Language Tests. Spelling, Language Usage, and Clerical Speed and Accuracy. San Antonio: The Psychological Corporation, Harcourt Brace & Company.

Cohen, B.H. (2001). Explaining psychological statistics (2nd ed.). New York: John Wiley & Sons, Inc. Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Edisi Kedua. (1996). Kuala Lumpur: Dewan dan Pustaka.

Bahasa

Gagne, F. & St Pere, F. (January – February, 2002). When IQ is controlled, does motivation still predict achievement? Intelligence, 30(1), 71 -100. Herrnstein, R.J., & Murray, C. (1994). The bell curve. Intelligence and class structure in American Life. New York: The Free Press. Hunter, J.E. (1986). Cognitive ability, cognitive aptitudes, job knowledge, and job performance. Journal of Vocational Behavior, 29, 340 - 362. International Labour Organisation (1997). Human resource development in Asia and the Pacific in the 21st century: Issues and challenges for employers and their

15

organisations. Kertas kerja yang dibentangkan di ILO Workshop on Employers’ Organisations in Asia-Pacific in the Twenty-First century, Turin, Italy. http://www.ilo.org/public/english/dialogue/actemp/papers/1998/tanhrd2.htm. Diakses pada 15 September 2005 Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Maklumat kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik. Jastak, J.F. (1978). Jastak Assessment Systems. Wide Range Intelligence - Personality Test. Wilmington, Delaware: Jastak Associates, Inc. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku panduan pengendalian pusat peperiksaan (Pin. 2/98). Lembaga Peperiksaan, Kementerian pendidikan Malaysia. Lips, H.M. (1978). The psychology of sex differences. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Malaysia. (2001). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001 – 2010) Muhammad Ashraf Qureshi. (September, 1993). Technical and vocational education in Asia and The Pacific: Regional overview and recent inovations. Dalam Proceedings of the International Symposium on Technical and Vocational Education (ms 1-8). Beijing: United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Norusis, M.J. (2000). SPSS 10.0 Guide to data analysis. New Jersey: Prentice Hall. Ollhoff, B. & Waidelich, W. (November/December, 1989). Attacking illiteracy. Vocational Education Journal, 46. Pallant, J. (2001). SPSS survival manual. A step by step guide to data analysis using SPSS. Buckingham: Open University Press. Rancangan Malaysia Kelapan. (2001 – 2005). Ucapan YAB Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 23 April 2001. http://www.epu.jpm.my/RM8/rm8-ucapan.pdf. Diakses pada 10 April 2002. Spearritt, D. (1996). Carroll’s model of cognitive abilities: Educational implications. International Journal of Educational Research, 25(2), 107 - 198. Sternberg, R.J. (1997). The concept of intelligence and its role in life long learning and success. American Psychologists, 52, 1030 -1037. Thomas, R.G. (1992). Cognitive theory-based teaching and learning in vocational education. Information Series No. 349. Columbus: ERIC Clearinghouse on Adult Career and Vocational Education. (ED 345 109). Thorndike, R.M. (1997). Measurement and evaluation in psychology and education (6th ed.). New Jersey: Prentice-Hall. Inc. Torres, R.M. (1993). The cognitive ability and learning style of students enrolled in The College of Agriculture at The Ohio State University. Tesis PhD. Ohio State University.

16

Wong, C.K. (1992). Validation of a test of spatial ability and a study of some of its correlates. Master tesis yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

17

18

Lampiran 1

Jadual Penentuan Saiz Sampel yang Dikembalikan Bagi Sesuatu Saiz Populasi bagi Data Selanjar dan Kategori Saiz Populasi

100 200 300 400 500 600 700 800 900 1000 1500 2000 4000 6000 8000 10000 (Sumber:

Saiz sampel Data selanjar Data kategori (ralat margin = .03) (ralat margin = .05) α = .10 α = .05 α = . 01 α = .50 α = .50 α = .50 t = 1.65 t = 1.96 t = 2.58 t = 1.65 t = 1.96 t = 2.58 46 55 68 74 80 87 59 75 102 116 132 154 65 85 123 143 169 207 69 92 137 162 196 250 72 96 147 176 218 286 73 100 155 187 235 316 75 102 161 196 249 341 76 104 166 203 260 363 76 105 170 209 270 382 77 106 173 213 278 399 79 110 183 230 306 461 83 112 189 239 323 499 83 119 198 254 351 570 83 119 209 259 362 598 83 119 209 262 367 613 83 119 209 264 370 623 Bartlett, II, J.E., Kotrlik, J.E., & Higgins, C.C. (Spring, 2001). Organizational research: Determining appropriate sample size in survey research. Information Technology, Learning, and Performance Journal, 19(1), 43 – 50.

19

Related Documents

Kebolehan Kognitif
July 2020 16
Kebolehan Kognitif
May 2020 10
Kognitif
May 2020 21
Kognitif
October 2019 29
Teori Kognitif
November 2019 34
Pendekatan Kognitif
May 2020 24