Kebaikan Perdagangan Antarabangsa -kebaikan perdagangan antarabangsa boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kebaikan kepada pengguna(1,2,3), kebaikan kepada pengusaha(4,5,6,7) dan kebaikan kepada negara(8,9). 1.Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negeri -Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang kerana terdapatnya pelbagai halangan seperti perbezaan iklim, tanih dan sebagainya. Oleh itu, perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang yang tidak dikeluarkan oleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber tersebut apabila menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia 2.Menawarkan pilihan yang pelbagai -Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport. Ini dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan kemampuannya. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta, sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkan taraf hidup para pengguna. 3.Menikmati barang dengan harga yang murah -Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkan secara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikeluarkan pada harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik. 4.Meluaskan pasaran -Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport ke luar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luas berbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan firma memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara. 5.Menggalakkan penggunaan teknologi -Melalui perdagangan antarabangsa, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin dan alat-alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan. 6.Meningkatkan kecekapan pengeluaran -Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, maka wujudlah terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan. Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih bermutu dengan kaedah pengeluaran yang lebih cekap. Sebagai kesannya, persaingan dapat menghalang firma monopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di samping itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan teknologi baru. 7.Menambah peluang pekerjaan -Dalam ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini akan menggalakkan pengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. Justeru peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah pengangguran dalam negeri akan dapat dikurangkan. 8.Menggalakkan pelaburan -Apabila sesebuah negara menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Malaysia membernarkan aliran masuk
pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsian ekuiti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasional dan penerbangan awam. 9.Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang -Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasam antara negara. Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dan kebudayaan antara rakan dagang.