Kayak

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kayak as PDF for free.

More details

  • Words: 3,190
  • Pages: 76
LIN

SYIKIN

ZATI

SHIRA

KAYAK

SEJARAH KAYAK Kayak yang membawa maksud `bot lelaki’ atau `bot pemburu’ mulanya dijadikan pengangkutan air bagi masyarakat Orang Asli Eskimo untuk mencari sumber pendapatan. Rekaan kayak menjalani perubahan daripada aspek pembuatannya. Penggunaan kepingan kayu dan fabrik untuk kayak menguasai pasaran pada 1950-an. Namun, kayak daripada bahan jenis gentian kaca tahan lasak yang mendominasi pasaran menjelang 1970-an meningkatkan lagi fungsi kayak sebagai aktiviti rekreasi popular sehingga kini.

 Kayak pada masa kini dikategorikan dalam pelbagai jenis dengan bahan

daripada kayu, plastik, gentian kaca, gentian karbon dan kerangka aluminium yang sesuai untuk pelbagai aktiviti sukan rekreasi dan ekstrim.

Selain menjadi pilihan untuk aktiviti bersantai di tengah tasik, terdapat juga pelbagai jenis kayak untuk sukan air iaitu kayak laut, kayak whitewater (atau kayak sungai), kayak luncur ombak, kayak polo dan kayak lumba.

 Kayak jenis ini juga terbahagi kepada tiga

kategori iaitu K1, K2 dan K4. Kayak jenis K1 dikhususkan untuk seorang pengendali, sementara K2 dan K4 masing-masing untuk dua dan empat jurumudi. Pada Sukan Olimpik, kayak perlumbaan dipertandingkan bagi kategori 200 meter (m), 500m dan 1000m bagi lelaki, manakala 200m dan 500m untuk kategori wanita. Saiz kayak K1 ialah sepanjang 5.2 meter (17 kaki) manakala, K2 pula sepanjang 6.2 meter

Perbezaan Kayak dan Kannu  Kayak

sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur.  Kannu sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka, menggunakan satu bilah mata dayung dan didayung secara berlunjur.

 Mandesta (Berbentuk V)

Bahagian bawah (hull) berbentuk V, bertujuan untuk memudahkannya memotong air dan bergerak dengan laju pada garis/lintasan lurus. Menggunakan perahu jenis ini memerlukan keseimbangan yang tinggi, dan perahu jenis ini digunakan dalam pertandingan.



Ottersport (Berbentuk U) Bagian bawah perahu jenis ini berbentuk U atau rata. Perahu jenis ini amar stabil untuk semua kegiatan air dan sangat memadai bagi mereka yang baru pemula dalam olahraga dayung. Karena bawahnya rata, pergerakan agak lambat sehingga mudah memindahkan haluan depan. Slalom (Berbentuk O) Bagian bawah dan atas perahu ini berbentuk O atau bulat. Perahu jenis ini selalu digunakan di arus deras. Dari bentuknya memudahkan untuk melakukan Teknik Eskimo Roll.

KATEGORI KAYAK.

  a)sea kayak (KAYAK LAUT)

- direka khusus untuk aktiviti kembara sama ada untuk satu atau dua jurumudi dengan reka bentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut lepas.

b) whitewater kayak -menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak

c ) Kayak luncur ombak atau surf skis - direka khusus lebih kecil dan memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak

d ) kayak jenis perlumbaan - menampilkan rekaan yang lebih tirus dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah paling sukar untuk dikendalikan.

General Recreation

Touring

Whitewater

Racing/Special Purpose

ANATOMI KAYAK 

Kayak

mempunyai

bahagian

yang

penting

dalam

menentukan

prestasinya. Kayak mempunyai 10 bahagian iaitu:

1. BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN)

Bahagian muncung hadapan dan belakang kayak yang berbentuk tajam dan bulat. Bow adalah muncung bahagian hadapan manakala stern

ialah

muncung

bahagian

belakang.

Bahagian

ini

boleh

ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak. Fungsinya adalah memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak.

2. HULL Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak. 3. DECK (GELADAK ATAS) Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit. Ia berfungsi menutup dan

melindungi

memudahkan

bahagian

kemahiran

bahagian atas kayak

kaki

pendayung

gulingan.

Deck

serta

hadapan

dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil aftdeck.

4. TOGGLES Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat di bahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya ialah untuk

memudahkan

mengangkat

sesebuah

kayak,

berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ke tebing. Toggles

terbahagi

dua

iaitu

toggles

yang

terdiri

daripada tali yang diikat kepada sejenis pemegang yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Ia lebih selamat dan selesa digunakan. End Loops pula terdiri daripada seutas gulungan tali yang terletak di hujung bow dan stern. Ia murah dan mudah disediakan tetapi berbahaya kerana di kawasan arus deras, end loop yang

terperangkap

mencederakan tangan.

dalam

pusaran

air

boleh

5. COCKPIT Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Behagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan Bahagian

melihat

kepada

hadapannya

bahagian

berbentuk

cockpit.

lebih

kecil

berbanding bahagian belakang. Tempat duduk kayak yang terdapat dalam cockpit pula selalunya hampir dengan bahagian belakang cockpit.

6. SEAT (TEMPAT DUDUK) Tempat duduk pedayung yang terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi standard

kepada

beberapa

(mempunyai

saiz

jenis yang

iaitu

tempat

duduk

tetap,

tempat

duduk

sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketatuntuk aktiviti rodeo dan arus deras dan tempat duduk boleh laras. Tempat duduk yang tinggi akan memberikan kesan terhadap daya dayungan dan menambahkan kelajuan kayak tetapi rendah tahap imbangannya. Tempat duduk yang rendah pula stabil imbangannya namun menghasilkan daya dayungan yang rendah.

7. COAMING Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit. Berfungsi untuk menghalang air daripada memasuki cockpit dan tempat untuk mengikat spray cover. 8. KNEE BRACE Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck. Fungsi utamanya

ialah

untuk

menyokong

lutut

pedayung

dan

memberi cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya.

Ia

memudahkan

kemahiran

gulingan

dan

mengelakkan pedayung daripada terkeluar apabila terbalik. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.

9. TOWLINE/DECKLINE Tali yang diikat dari hujung bow ke sisi kiri dan kanan coaming hingga ke bahagian stern.ia berfungsi sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan

dan

mengikat

kayak.

semua kayak memiliki towline.

Tidak

10. KEEL Terletak di bahagian geladak bawah kayak. Fungsi utamanya ialah untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesbuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel . Selain keel, terdapat juga beberapa alatan yang mempunyai fungsi sama dengan keel iaitu skeg, sejenis kemudi yang boleh dipasang dan dilucutkan. Rudder pula merupakan sejenis keel yang boleh laras atau dikawal pergerakan kemudinya. Selalunya rudder terdapat pada kayak laut dan kayak pertandingan pecut.

11. FOOTREST Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung . Ia berfungsi memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan , bahu, lowerback dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi mengeluncur pelanggaran.

pedayung kehadapan

daripada

terhentap

atau

akibat

hentakan

atau

 Secara umum terdapat 3 jenis footrest iaitu

i. Berbentuk bar yang dipasang pada bahagian sisi

port dan starboard kayak ii. Bentuk pasangan pedal yang terletak juga disisi port

dan starboard kayak iii. Bentuk bulk head yang memenuhi bongkah rata dan

memenuhi bahagian bow sesebuah kayak.

12.BUOYANCY ( BAHAN AMPUNGAN) Bahan ampungan terdapat di dalam kayak.

Ia

bahagian

terletak bow

dan

di

bawah stern.

deck Fungsi

utamanya ialah untuk mengapungkan kayak apabila terbalik dan dimasuki air. Selain itu ia juga mengukuhkan dan menyokong bahagian geladak atas dan bawah.

Secara amnya terdapat tiga jenis buoyancy a) Beg udara

Sejenis beg yang dibuat daripada kanvas dan diletakkan di dalam kayak di bahagian bow dan stern. Udara dipamkan kedalamnya . Ia boleh dibawa dan keluar dari kayak dengan mudah. Ia mempunyai daya apungan yang amat tinggi namun mudah bocor

b)

Foam ( Gabus/ getah lembut)

Diperbuat daripada jenis buih getah/ plastik yang dimampatkan. Ia memiliki daya apungan

yang

tinggi

dan

menyokong

bahagian geladak atas dan bawah dengan kuat. Bentuknya yang nipis memudahkan banyak masuk kedalam kayak berbanding beg udara.

c) Polisterin

Bahan

yang

amat

polpular

digunakan

dalam kayak buatan tempatan. Harganya amat murah dan mempunyai daya apungan yang

tinggi

serta

boleh

menyokong

bahagian geladak atas dan bawah dengan baik. Kekurangan ialah rapuh dan mudah rosak.

13. DECK EYE/ EYE CLEAT Lubang atau besi yang terdapat di atas geladak berfungsi untuk mengikat towline di kawasan atas geladak.

14. EYE PIT Lubang yang terdapat di hujumg bow dan stern

sesetengah

jenis

kayak.

Berfungsi

untuk memegang loop atau toggle yang dipasang padanya.

15. HATCHES Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck. Fungsinya

ialah

untuk

menyimpan

peratlatan

diri

dan

perkhemahan. Saiz hatches ini bergantung kepada saiz dan bentuk kayak itu sendiri. Ia hanya terdapat pada kayak laut. 16. BACK STRAP Sejenis tali dan lapisan getah yang diikatkan pada bahagian belakang tempat duduk. Ia mempunyai berbagai-bagai bentuk. Ia memberikan keselesaan kepada pedayung untuk untuk menyandarkan bahagian mereka sewaktu berdayung. Ia juga bertinbdak

sebagai

alat

keselamatan

yang

berfungsi

melindungi bahagian belakang pendayung tercedera akibat hentakan dari belakang.

PENDAYUNG  Berfungsi untuk mengerakkan kayak dan untuk

mempratikkan teknik-teknik kayak.  Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya berlawanan kedudukan. Teknik ini dinamakan feathering dan berfungsi untuk mengurangkan rintangan angin terhadap mata dayung yang berada di udara sewatu berdayung.

Anatomi Pendayung 1. Blade (Bilah mata dayung)

kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Berfungsi untuk mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. 2. Tip (Pelindung mata dayung) kepingan logam yang berada di hujung mata dayung. Berfungsi untuk melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)

3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)

bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung. 4. Neck (Leher pendayung) bahagian percantuman antara blade dan shaft. 5. Drip ring (bulatan getah) diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan neck. Fungsinya ialah untuk menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring.

6. Front of blade (muka dayung)

bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Unfeathered Paddle Paddle

Feathered

Bahan Buatan Pendayung  Kayu  Plywood  Fibreglass  Kevlar/karbon  Plastik

Jaket Keselamatan  Ia merupakan alatan keselamatan

yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Terdapat dua jenis alatan apungan yang popular digunakan dalam aktiviti berkayak iaitu jaket keselamatan dan buoyancy aid.

1. Jaket keselamatan

Bahan apungan yang disarungkan melalui bahagian kepala dan menggunakan bahan luaran seperti udara atau pun gas. Didalam air, ia akan mengapungkan dalam kedudukan 45 darjah dengan muka menghadap ke atas. Ia mempunyai daya apungan yang tinggi dan dalam jangka masa yang lama iaitu selama beberapa hari bergantung kepada jenis gas yang digunakan.

2. Buoyancy aid

bahan bantuan apungan. Berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

TEKNIK MENYIMPAN KAYAK  Kayak boleh disimpan di atas rak.  Sistem rak ini menjimatkan ruang dan

kawasan.  Antara sistem rak yang sering dipakai guna ialah : 1. Sistem rak sarang burung merpati. 2. Teknik kerusi 3. Teknik gantungan.

SISTEM RAK SARANG BURUNG MERPATI  Sistem rak ini adalah sistem yang

paling popular.  Sistem ini dibina pepara secara bertingkat-tingkat.  Pepara ini boleh diperbuat daripada kayu atau besi.  Kayak boleh diletak secara mendatar atau mengiring bergantung kepada keluasan pepara.

SISTEM RAK SARANG BURUNG MERPATI

TEKNIK KERUSI  Kayak yang ringan dan diperbuat

dari komposit (karbon, kevlar, gentian kaca) boleh disimpan dengan menggunakan teknik kerusi.  Melalui teknik ini, kayak diletakkan di atas penyangga yang berbentuk kerusi di bahagian bow dan stern.  Ia merupakan teknik menyimpan kayak yang mudah alih serta tidak melibatkan sebarang struktur kekal.

 Teknik ini kerap digunakan pada

kayak perlimbaan.  Ia juga amat sesuai digunakan dalam proses memeriksa dan juga membaik pulih kayak.

SISTEM RAK SARANG BURUNG MERPATI

TEKNIK KERUSI

TEKNIK GANTUNGAN  Teknik sesuai digunakan sekiranya mempunyai

kawasan yang terhad keluasannya.  Melalui teknik ini, kayak digantung bertingkattingkat dengan menggunakan sama ada tali atau pita lebar (strap) yang diperbuat dari bahan sintetik.  Kos teknik gantungan ini amat murah selain menjimatkan ruang penyimpanan.

TEKNIK GANTUNGAN

PANDUAN LANGKAH KESELAMATAN  Berikut digariskan beberapa

langkah keselamatan yang perlu anda ambil sebelum melaksanakan aktiviti kayak. Antara langkah yang boleh anda ambil atau laksanakan ialah: 1. Tetapkan kualiti keselamatan aktiviti yang kaan dijalankan. 2. Ketua aktiviti seharusnya mahir dengan situasi persekitaran di mana aktiviti dijalankan 3. Sediakan pelan bertindak kecemasan.

4. Jangan biarkan pedayung yang tidak

berpengalaman berkayak bersendirian. 5. Pastikan semua ahli berada dalam kumpulan dan mengawasi rakan mereka. Situasi ini pastinya membolehkan kerja menyelamat dijalankan dengan cepat. 6. Kenal pasti umur, kebolehan dan kemampuan serta saiz kumpulan untuk setiap aktiviti yang dijalankan. 7. Pastikan penggunaan peralatan yang selamat dan berkualiti.

8. Jangan mudah cuai dan melakukan

pergerakan yang membahayakan diri sendiri atau ahli kumpulan yang lain. 9. Nisbah ahli dan tenaga pengajar bagi aktiviti arus deras mestilah tidak melebihi 1:5 manakala bagi aktiviti di laut, nisbahnya mestilah tidak melebihi 1:10. 10. Berhubunglah dengan pihak keselamatan setempat sebelum menjalankan sebarang aktiviti kayak.

Teknik Dayungan Asas  1. Dayungan ke hadapan (Forward Stroke) Aplikasi teknik dayungan ini terbahagi kepada beberapa tahap iaitu;  Firming  Peringkat permulaan dayungan dibuat. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan mata memandang tepat ke arah sasaran.  Bahagian torso kanan digerakkan ke hadapan. Jangkaukan tangan kanan ke hadapan dan jangkau mata dayung seberapa jauh yang boleh.  Tangan kiri dibengkokkan separas bahu dan pergelangan tangan kiri seelok-eloknya separas bahu.

 Catch  Peringkat mata dayung dimasukkan ke dalam air.

Jangkau seberapa jauh yang mungkin dan benamkan seluruh mata dayung.  Pull/Draw/Power  Peringkat mata dayung digerakkan dari hadapan ke belakang bagi menghasilkan daya pergerakan.  Gerakkan torso kanan anda ke belakang dan tangan kanan seharusnya menarik mata dayung ke belakang.  Tangan kiri memberikan tekanan dan tambahan tenaga kepada mata dayung yang berada di dalam air.  Tarik pendayung sehingga berada di sisi pinggang .

 Exit  Peringkat di mana mata dayung dikeluarkan

dan diatur untuk membuat dayungan di sisi yang bersebelahan.  Mata dayung dikeluarkan dari dalam air.  Pergelangan tangan kana haruslah memutar batang pendayung ke atas agar mata dayung menghadap permukaan air.  Cengkaman tangan kiri pula dilonggarkan supaya bahagian batang pendayung boleh dipusingkan. Apabila mata dayung kiri telah dipusingkan sebanyak 90⁰ menghadap permukaan air, kemaskan semula pegangan tangan kiri.  Masukkan pula mata dayung kiri ke dalam air dan ulangi pergerakan menarik dan menolak mata dayung bagi menghasilkan dayungan ke hadapan dengan lancar.

2. Dayungan Mengundur (Backword Stroke)  Teknik ini merupakan teknik dayungan yang berlawanan dengan teknik dayungan ke hadapan. Tujuan utamanya ialah untuk mengundurkan kayak tanpa perlu menukarkan tempat duduk, arah dayungan dan kedudukan badan. 3. Berhenti  Teknik yang betul untuk memberhentikan kaya yang sedang bergerak ke hadapan ialah dengan memasukkan sebahagian sahaja mata dayung ke dalam air di sisi kiri dan kanan kayak dan dilakukan dengan mengundur yang pantas.  Bagi memberhentikan kayak yang sedang mengundur ke belakang dengan laju, dayungan ke hadapan yang pantas perlu dilakukan.

4. Dayungan sapuan hadapan (Forward sweep stroke)  Tindakan ini berkesan bagi membelok atau memusingkan kayak yang sedang berhenti atau yang sedang bergerak.  Dayungan ini dimulakan dengan meletakkan blade sejauh yang boleh ke depan tanpa membengkokkan badan ke hadapan. Dayung mestilah diletakkan dalam keadaan yang rendah dan rata.  Dayungan ini dilakukan dengan memusingkan dayung sejauh yang boleh ke depan. Tarik dayung ke belakang dan dilakukan dalam bentuk separuh bulatan dengan mengekalkan tangan kiri di dalam posisi yang lurus.

MERAPATKAN KAYAK. Untuk merapatkan kayak selari dengan objek seperti untuk tujuan berkumpul( raft-up) maka dayungan tarikan( draw) hendaklah digunakan. Katakan anda ingin merapatkan kayak ke kiri maka tindakan –tindakan berikut hendaklah diperhatikan: I. Pusingkan badan ke kanan dengan bahu kiri ke depan dan bahu kanan ke belakang II. Awas kayak anda dari terbalik jika dayungan ini dilakukan oleh kedua-dua peserta . Untuk lebih selamat, “sternman” hendaklah melakukan dayungan tolakan( push-over) jika “bowman” melakukan dayungan tarikan ini III. Siku masih dibengkokkan dengan dayung dalam keadaan menegak di dalam air dan sama dengan pinggang. Kekalkan tangan /lengan atas seperti ini sepanjang dayungan ini dilakukan IV. Dengan keaddan “blade” dayung yang mempunyai jarak yang sama di antara satu sama lain dari kayak, tarik tangan yang di bawah itu lurus ke dalam dan seterusnya ke arah pinggang anda. Selepas itu putarkan “blade” dayung anda keluar 90 darjah. 

RESCUE 1) Cara Menyelamatkan Diri Sendiri 2) Teknik “X” Rescue 3) Teknik “H” Rescue 4) Teknik “Hi” Rescue

Cara Menyelamatkan Diri Sendiri:  Ikut kayak terbalik dan relak,luruskan kaki dan keluar dari kayak.  



 

Di dalam air cuba pegang mana-mana bahagian kayak. Ketika di dalam air, cari bahagian ‘cockpit’ dan masuk semula ke dalam kayak. Anda boleh bernafas dari dalam kayak. Depakan tangan dan ketukan bahagian bawah kayak( hull) . Ini akan memberikan isyarat kepada rakan lain bahawa kita berada dalam keadaan selamat . Seterusnya rakan mereka akan merancangkan pergerakan menyelamat. Jika kayak tidak dipenuhi dengan air, secara serentak kedua-dua peserta hendaklah mengangkat kayak sedikit dari paras air dan menolak tangan dengan pantas. Ini akan membetulkan semula kayak Seorang peserta akan menjaga stabiliti kayak sementara rakannya akan cuba memanjat untuk menaiki kayak. Setelah rakan depan( bowman) berada di dalam kayak , rakan belakang ( strenman) akan mula memanjat kayak

Teknik “HI” rescue  “Sternman” kayak A dan B merentangkan

pendayung kepada satu sama lain  Anjakkan kayak C agar tertiarap di atas pendayung yang telah di rentangkan  Buang air dengan menggunakan cara meninggi dan merendahkan hujung kayak.  Letakkan semula kayak C kepada kedudukan asal dan turunkan semula di dalam air.

Teknik H I Rescue

Teknik “X” rescue  Cara ini dilakukan jika hanya sebuah kayak sahaja 

  

yang datang membantu Kedua-dua mangsa akan berpaut pada kayak penyelamat, seorang di bahagian “bow” dan seorang lagi di bahagian “stern” “Bowman”penyelamat akan menarik kayak ke atas semantara “sternman”mengimbangkan kayak Ketika kayak berada di atas , air akan keluar dari bahagian hadapan kayak Setelah semua air keluar, ia dibetulkan semula dengan membalikkannya . Ketika mangsa yang berada di bahagian depan hendaklah membantu dengan kaki untuk menyelakan hentakan kayak

Teknik X rescue

Teknik “H” rescue  Ini akan dilakukan jika terdapat dua atau lebih   

 

kayak penyelamat yang ada. Jika banyak, boleh dibuat “rafting” untuk tujuan menyelamatkan kayak. Jika hanya dua, kedua-dua kayak penyelamat akan berada di sisi kayak yang terbalik seolaholah membuat huruf “ H”. “Bowman” pada kedua-dua kayak penyelamat akan memegang hujung kayak yang terbalik itu dan seterusnya membalikkan semula kayak itu sambil mengeluarkan airnya “Sternman” akan membantu dalam mengimbangkan kayak Jika ramai , mereka akan membantu membuat “rafting” di sebelah kanan dan kiri.

Teknik H rescue

CARA MENGANGKAT KAYAK.  Pikulan di bahu

berseorangan.  Kelekan di pinggang berpasangan.  Pikulan di bahu berpasangan.

 Pikulan di bahu berseorangan.

- Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak yang ringan ataupun kayak solo. Bahagian tengah cockpit diletakkan pada bahu yang dominan bagi mengekalkan keseimbangan kayak. Tangan yang dominan pula memegang hujung cockpit bagi menyelaraskan keselesaan dan keseimbangan berat kayak, manakala sebelah tangan lagi memegang pendayung.

 Kelekan di pinggang berpasangan.

- Digunakan untuk mengangkat kayak yang berat ataupun kayak berpasangan. Dua orang diperlukan untuk menggunakan teknik ini. Pengangkat mestilah berada di bahagian bow dan stern serta berlawanan arah. Tangan pengangkat mestilah memegang bahagian bow dan stern ataupun toggle dengan kemas. Kayak diinjak ke atas dan dikepitkan di pinggang. Sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang dekat.

 Pikulan di bahu berpasangan.

- Tekniknya adalah sama seperti kelekan di pinggang. Namun, kedudukan pengangkat mestilah selari ataupun sama arah. Ini bertujuan untuk membolehkan mereka berkomunikasi dan mengelakkan kecederaan berlaku sekiranya kayak yang dipikul terjatuh. Teknik ini sesuai untuk mengangkat kayak dalam jarak yang jauh.

Related Documents

Kayak
June 2020 7
Kayak
June 2020 10
Featherweight Kayak
May 2020 5
Definasi Kayak
June 2020 6
Kayak Plans
November 2019 9
Kayak Cart
May 2020 12