Kawan Baik Saya.docx

  • Uploaded by: Bethany Freeman
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kawan Baik Saya.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 304
  • Pages: 2
Kawan baik adalah orang yang rapat dengan kita.Tidak kiralah sama ada di sekolah atau di luar.Kawan baik juga merupakan orang yang boleh dipercayai.Kita boleh saling berkongsi masalah atau rahsia dengan kawan baik.Dengan itu,kita akan berasa lega selepas berkongsi masalah atau rahsia yang ada.

Saya juga mempunyai kawan baik.Nama kawan baik saya ialah Nur Aishah Sulliely bt Mohd Lee atau lebih mesra dipanggil Sullie.Saya dan Sullie berkongsi umur dan tarikh lahir yang sama iaitu berumur 12 tahun dan lahir pada 14 September 2001.Sullie merupakan anak sulung dari 4 orang adikberadik.Dia merupakan seorang kakak yang baik hati,prihatin dan bertanggungjawab.Dia dan keluarga tinggal di Taman Seri Indah,Damansara dan berasal dari Seoul,Korea Selatan.

Sullie yang berdarah kacukan Malaysia dan Korea ialah seorang pendengar yang setia.Dia juga merupakan seorang murid yang pandai.Walaupun kerap mendapat tempat pertama dalam peperiksaan,Sullie tidak pernah sombong atau berlagak.Malah dia sering membantu rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran termasuk saya.

Sullie amat cemerlang dalam matapelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.Oleh itu,saya sering berkunjung ke rumahnya untuk mempelajari Sains dan Bahasa Inggeris,manakala dia pula akan datang ke rumah saya untuk belajar Matematik dan Bahasa Melayu dari saya.Sullie tidak pernah mementingkan diri.Sebelum membuat apa-apa,dia akan memikirkan kesan terhadap dirinya dan orang lain.Oleh sebab itulah dia dipilih sebagai Ketua Murid.

Rekod disiplin Sullie bersih sejak mula masuk ke sekolah lagi.Begitu juga dengan rekod kehadirannya.Jarang sekali Sullie tidak hadir ke sekolah.Dalam setahun,dia cuma tidak pernah hadir ke sekolah kira-kira sekali hingga lima kali sahaja.Maka,tidak hairanlah dia sering dipuji oleh guru-guru dan menjadi idola para pelajar.

Sullie juga aktif dalam sukan.Dia telah menyandang gelaran Olahragawati Sekolah bagi tahun 2013 pada temasya sukan yang lalu.Saya amat berbangga dan kagum akan sikap yang dimiliki Sullie yang sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa.Saya berharap agar saya dan Sullie akan menjadi kawan baik buat selama-lamanya.Saya berdoa agar Sullie akan dipanjangkan umur dan tidak berubah sikap.

Related Documents

Kawan Baik Saya.docx
December 2019 18
Kawan
December 2019 37
Kawan-kawan
November 2019 42
Kawan
December 2019 32
Kawan#
November 2019 37
Kawan
November 2019 36

More Documents from "RAHIMAH ISMAIL"

Kata Kerja Bergambar.docx
December 2019 29
Nota Kata Ganda.docx
December 2019 19
Kawan Baik Saya.docx
December 2019 18
Pj Pelan.docx
December 2019 32
Herman Hollerith
May 2020 23