Kasih Jualan.docx

  • Uploaded by: Azlina Ahmad
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kasih Jualan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 711
  • Pages: 3
hhjRtyuiop[]\KASIH JUALAN (PANTUN EMPAT KERAT) Maksud Pantun : Burung kekek burung di hutan, Terbang naik berlegar-legar; Mari encik marilah tuan, Barang baik baru keluar.  Penyajak memberitahu penjual mempelawa pembeli membeli barang yang baru keluar. Hari Jumaat pergi memukat, Orang menangguk ikan di kali; Minta maaf belum berhajat, Datang menengok, bukan membeli.  Pembeli memberitahu dia tidak berhajat untuk membeli Cuma datang tengok dahulu. Empat lima kuda di medan, Kuda tengkot ke depan juga; Bukan panglima rupanya tuan, Makanya takut masuk berniaga.  Penjual memberitahu dia bukanlah orang yang suka memaksa, dia hanya menawarkan barang jualan. Kuda tengkot menang berlumba, Lompat bertangkup keempat kaki; Mengapa takut masuk berniaga? Kurangkah sanggup sifat lelaki.  Pembeli menyindir penjual yang tidak berani untuk membeli dan memerli pembeli tiada sifat lelaki. Penakut sungguh rupanya ikan, Umpan di kail lari menepi; Kedekut sungguh tuan nak makan, Makanan baik tidak terbeli!  Penjual memberitahu pembeli adalah seorang yang kedekut untuk membeli walaupun untuk barang yang baik dan berpatutan. Kalau mengail ikan tenggiri, Umpan di taut ikannya bilis; Makanan baik tidak terbeli, Sayang takut duitnya habis!  Pembeli memberitahu kepada penjual dia seorang yang berjimat-cermat dalam berbelanja. Air hangat air bertapis, Tuangkan saya agak secawan; Sayang sangat duitnya habis,

Kurang tenaga tidak melawan.  Penjual menyindir pembeli yang berkira-kira untuk membeli dan tidak pandai untuk tawar menawar dalam harga. Pasang panjut keliling rumah, Bunga api di tengah laman; Bukan kedekut, bukannya lemah, Cuma hati belum berkenan.  Pembeli memberitahu secara ikhlas dia tidak ingin membeli kerana hati belum berkenan. Dari Medan ke Sibolga, Padi di Langkat bawa ke Deli; Kasih bukan barang berniaga, Hati tak dapat dijual beli.  Penjual memberitahu pembeli bahawa dalam berniaga hati manusia(kasih sayang) sememangnya tidak boleh dijual beli. Tema Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat) bertemakan peradaban manusia dalam dunia perniagaan. Contohnya mereka ada peraturan hidup dalam urusan jual beli. Persoalan 1) Sikap bertolak ansur dalam masyarakat. Contohnya; dalam urusan jual beli penjual dan pembeli saling tawar menawar dengan bermain bahasa, kiasan dan sindiran. 2) Masyarakat peniaga yang gigih berusaha. Contohnya; Penjual yang sangat berbakat dalam berkata-kata untuk menarik pembeli memberi barangan yang mereka jual. 3) Sikap berjimat cermat. Sikap berjimat cermat dapat dilihat pada pembeli yang menyatakan dia hanya datang untuk melihat dan memilih barang dahulu sebelum membelinya. 4) Sikap ikhlas dan jujur dalam urusan jual beli. Hal ini dapat dilihat apabila penjual menjual pembeli menolak dengan baik dan sopan, penjual juga ikhlas dan jujur dalam berkata begitu juga dengan pembeli. 5) Harga diri tidak boleh dijual beli. Nilai harga diri dan kasih sayang diungkapkan dalam pantun ini untuk meletakkan taraf tertinggi perkara yang sememangnya bukan mudah dijual beli. 6) Berpendirian. Pembeli adalah orang yang ada pendirianya sendiri dalam membeli dan memilih barang, walaupun disindir kedekut namun pembeli tidak mudah tergugat dengan pendiriannya. Bentuk 1) Pantun ini terdiri daripada 9 rangkap. 2) Setiap rangkap mempunyai 4 baris (kerat).

3) Pantun ini juga mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan sebaris. 4) Puisi ini juga mempunyai 9 hingga 10 suku kata dalam sebaris. 5) Rima akhir terikat iaitu abab. Gaya Bahasa & Unsur Bunyi 1) Kata ganda – R1B2 2) Personifikasi – R5B1 3) Repetisi – R7B1 4) Sinkope – R9B4 5) Asonansi – R1B1 6) Aliterasi – R1B2 Nilai 1) Bertolak ansur. Penjual seorang yang bertolak ansur dengan pembeli contohnya; penjual menggunakan bahasa sindirian dan mempelawa dengan baik. 2) Kegigihan. Contohya; penjual gigih berusaha untuk mendapatkan keuntungan dalam urusan jual beli. 3) Kesopanan. Sikap kesopanan dan budi bahasa penjual dan pembeli terserlah apabila mereka tawar menawar dengan baik dan menggunakan bahasa yang elok. 4) Keikhlasan. Penjual memberitahu pembeli dia ikhlas dalam melakukan urusan jual beli. 5) Berjimat-cermat. Pembeli adalah seorang yang berjimat cermat dalam berbelanja dan membeli. 6) Harga diri. Penjual mengakui bahawa kasih sayang dan harga diri tidak boleh dijual beli. Pengajaran 1) Kita mestilah bertolak ansur dalam urusan jual beli. Contohnya; peniaga bertolak ansur dalam urusan jual beli. 2) Kita hendaklah bersopan-samtun dalam urusan jual beli. Contohnya; pembeli bersopan santun dengan menolak pelawaan penjual dengan baik. 3) Kita mestilah mempunyai sikap keikhlasan dalam urusan jual beli. Contohnya peniaga tidak menipu pembeli. 4) Kita hendaklah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya; penjual bersungguhsungguh untuk menjual ikan yang dijual. 5) Kita mestilah berjimat-cermat ketika membeli belah. Contohnya; pembeli berjimat cermat dalam membeli sesuatu barang.

Related Documents

Kasih
November 2019 58
Kasih Sayang.docx
May 2020 34
Selingkar Kasih
November 2019 40
Kasih Ibu
May 2020 39
Kasih Ibu
October 2019 51
Kasih Ibu
December 2019 41

More Documents from "Mozais Mozalina"