Kajian Perkembangan Seni Kanak-kanak.docx

  • Uploaded by: akid
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Perkembangan Seni Kanak-kanak.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 3,233
  • Pages: 18
http://www.pdfcoke.com/doc/88571823/Kajian-Perkembangan-Seni-KanakKanak-mengikut-Teori-Victor-Lowenfeld

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek “Kajian Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak Victor Lowenfeld”

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PensyarahPendidikan Seni Visual kami iaitu Tn. Hj. Mohd Jamel bin Hj. Ismail di atas tunjuk ajardan bimbingan beliau serta bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyiapantugasan ini. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada keluarga saya yangbanyak memberi sokongan moral serta sentiasa mendoakan kejayaan saya.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasihkepada sahabat-sahabat yang turut sama membantu dalam menyiapkan tugasan kerjakursus pendek ini. Terima kasih buat semua

ABSTRAK

Kajian peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak ini merupakan sebuah hasil kajianyang melibatkan lukisan kanak-kanak dari umur 2 tahun hingga ke 17 tahun. Kajian iniberdasarkan kepada teori Victor Lowenfeld dan Britain (1982).

Sebanyak 6 lukisan kanak-kanak telah digunakan sebagai sampel kajian bagi mewakilisetiap peringkat perkembangan seni kanak-kanak. Kajian ini dapat menunjukkanbahawa perkembangan seni kanak-kanak yang berkembang dari satu peringkat keperingkat yang lain terutamanya aspek-aspek kemahiran penggunaan bahan dan mediaserta pendedahan kepada persekitaran mereka.

Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada guru-guru pelatih seni di dalamperancangan kurikulum kelak.

PENDAHULUAN

Definisi Pendidikan Seni

Pendidikan Seni Di Dalam Sistem Pendidikan Formal Negara bermaksud programpendidikan yang bersistem, terancang dan boleh diukur prestasinya bagi memenuhikeperluan individu dan aspirasi negara. Ia merangkumi idea-idea yang dicetuskanmelalui lukisan, ukiran dan pelbagai kemahiran tangan yang lain yang diadunkandaripada pengalaman murid dan apa yang telah dipelajari.

Feldman ( 1996 ) memberikan pendefinisian pendidikan seni sebagai usaha yangmelibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di sampingmengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Seni yang dimaksudkan disini adalah meliputi apa jua cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, rekabentuk industri, grafik komputer, serta apa jua yang berkaitan dengan seni, baik yangberupa seni tampak tradisional mahupun seni moden.

Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalampenghasilan produk seni, mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakanmakna seni serta melihat nilai produk seni individu. Lantaran itu, pendidikan seni lebihmenitik beratkan pemikiran, perbuatan dan penilaian yang original di samping memberikesempatan untuk individu itu memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat perkembangan yang artistik.

Kesimpulannya,

pendidikan

seni

merupakan

suatu

sistem

pengajaran

danpembelajaran seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta matlamatbermatlamat melahirkan individu yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya K

PENGENALAN

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaianyang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, didalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yangdifikirkan paling efektif.

Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yangmenggembirakan, menyenangkan. Selain itu, seni juga telah diberi banyak definisi oleh pelbagai pihak. Antaranya, seni adalah “Pernyataan sesuatu perasaan dan melahirkan apa yang dirasakan”. Definisi ini telah diberi oleh Emerson. Seni juga sesuatu yang dihasilkan melalui daya imaginasi, ciptaan, atau apa yang terlintas dan terfikir melaluipemikiran kreatif. Seni juga adalah sesuatu yang berunsur indah, halus dan penuhbermakna. Seni juga adalah sesuatu yang memiliki lebih dari sifatsifat yang biasa,secara melahirkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat, didengar dan jugaberdasarkan pengalaman yang lalu.

LATAR BELAKANG

Kanak-kanak dan Seni Visual

Kanak-kanak

dilahirkan

dengan

mempunyai

sifat

yang

dinamik

serta

berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yangdihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Kepentingan Pendidikan Seni Visual Kepada Kanak-kanak

(a) Aspek Kognitif Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanakkanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuatpenilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otottangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

(c) Aspek Kreativiti Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untukmengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan senivisual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deriamelalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat disekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi Murid

boleh

berinteraksi

dan

meningkatkan

keupayaan

bersosial.

Selain

meningkatkankeyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangatbekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Keinginan Asas Kanak-kanak I. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dandisanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan) II. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) III. Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagipeluang kepada mereka meneroka dan bereksperimentasi)

Kanak- Kanak dan Seni Lukis

Melukis sebagai Medium Komunikasi. Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakanbentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianyadijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, merekamencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satubentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisanmengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkankeamanan dan kedinginan. Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingindisampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu halatercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakandalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi danmeningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaranpendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktivitiberkumpulan yang dibentuk:

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri. Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanakkanak.Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapatmembina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan dayaintuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal. Semakin tinggi tahapperkembangan diri kanak-kanak, semakin penguasaan dalam menghasilkan sesuatukarya dengan mempelbagaikan teknik dan bahan yang digunakan. Penggunaan alatdan

bahan

memberikan

satu

bentuk

latihan

tangan(psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

berkesan

kepada

otot

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem). Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkanapa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unikmengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapatmeningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Latihan dan projek yang bersifat terbukadapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti danprojek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding denganhasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaanpancaindera dan deria melalui prosespenghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapatmerangsang

daya

imaginasi

mereka.

Kreativiti

dapat

dihasilkan

denganmemanipulasikan objek alam.

TOKOH PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK

LATAR BELAKANG VICTOR LOWENFELD Victor Lowenfeld telah dilahirkan di Linz, Austria pada tahun 1903. Dr. Lowenfeldmerupakan lulusan daripada College of Applied Arts di Vienna dan Academy of FineArts di bandar yang sama. Tidak lama kemudian beliau telah memperoleh IjazahSarjana dalam Pendidikan dari University of Vienna dan telah bertugas sebagaiseorang guru sekolah menengah. Ketika di Vienna, beliau juga telah dilantik menjadipengarah kesenian kepada Blind Institute. Pada tahun 1938, Lowenfeld telah berhijrahke England sebelum kembali ke United States. Beliau telah bersara pada tahun 1946 selepas berkhidmat sebagai „wartime visual aids consultant‟ dalam

tentera laut. Lowenfeld telah menyertai Hampton Institute di Virginia pada tahun 1939 sebagaipembantu professor di Industrial Arts dan juga telah berkhidmat sebagai guru seni diinstitut ini. Tidak lama kemudian beliau telah dilantik menjadi Pengerusi “Art Department” di institut yang sama. Lowenfeld kemudiannya berhijrah ke ThePennsylvania State University sebagai professor Pendidikan Seni pada tahun 1946. Selepas 10 tahun beliau telah menjadi “head of the newly founded Department of Art Education”.Beliau kekal dalam posisi ini sehinggalah beliau meninggal dunia padatahun 1960. Dr. Lowenfeld juga terkenal dengan “Visual-Haptic theory in Art Education”yang juga merupakan asimilasi daripada kebudayaan Vienna. Beliau juga merupakanseorang ketua yang aktif dalam National Art Education Association dan The NationalCommittee dalam Pendidikan Seni.

TEORI PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH VICTOR LOWENFELD

IAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLIa) Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar menerokadan penuh dengan perasaan ingin tahu.

b) Victor Lowenfeld–menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukurmelalui empat komponen utama iaitu kelancaran (secara spontan serta pantas),fleksibel (mampu menyesuaikan diri denganpelbagai keadaan dan situasi), keaslian(mencari idea baru dan asli), kepekaan (penggunaan deria pancaindera seperti melihat,merasa, mendengar, menghidu, dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagaiproses pengamatan dan merekod). Victor Lowenfeld dalam bukunya „Teori Perkembangan Kanak-kanak‟ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunyalebih

besar

dari

ayahnya,

mempunyai

maksud

tersirat.

Gambaran

sebenarnyamemperlihatkan kasih saying kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunyadiberi penekanan sebegitu rupa.

Victor Lowenfeld mengkaji beribu-ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersuratdan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli bidang psikologi mengakui kepentinganterapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK MENGIKUT TEORIVICTOR LOWENFELD

Victor Lowenfeld telah membuat kajian beribu-ribu lukisan kanak-kanak dan telahmenentukan tahap-tahap perkembangan artistik mereka. Enam tahap-tahap ini adalahseperti berikut:

PENGENALAN TEORI VICTOR LOWENFELD

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkatperkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkatscribbling, peringkat

preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringkatpseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

Peringkat Scribbling (2-4 tahun) Kanak-kanak

menghasilkan

contengan

secara

rawak

dan

tidak

terkawal.

Prosesmenconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi ototmoto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan danbadan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus danmelintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun ) Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertamauntuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisanContoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyaikarakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yangberbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun ) Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkatawal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekananlebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusiadan objek yang terdapat di sekelilingnya.Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang padakertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangansatah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara puladibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah denganlukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun ) Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahanpada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imejlukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikaldengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakansebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun ) Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Merekamenitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukismelalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusiimaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya danperasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidakmenarik.

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun ) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya senidan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuatkeputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni

KAJIAN

&

ANALISA

LUKISAN

KANAK-KANAK

MENGIKUT

PERINGKATPERKEMBANGAN

Peringkat Scribbling (Contengan) (2 tahun 9 bulan)

Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangankerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hinggalima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapatdi dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahandan medium seperti krayon, pensel warna serta bahan-bahan lain. Penghasilan karyapada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagimenggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencubadan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melaluipelbagai media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan mencontengsangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di

antara matadan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yangpelbagai. .Adik Fakrul ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiriapabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diridisekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna penseldan terus membuat lukisan. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalahseekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakakkakaknyasedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanakkanakmempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantungkepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

Peringkat Pre-schematic (6 Tahun)

Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukisbentukbentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruhbesar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alatpermainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis telah mula dikenali imejnya sepertiobjek awan, matahari, pokok dan sebagainya. Imej yang digambarkan berasaskan apayang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yangdihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objekpertama (imej pokok). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikapmereka pada seni dan persekitaran. Adik Fatin merupakan kanak-kanak yang sangatpetah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya untukmenghasilkan lukisan di atas, ini kerana beliau cuba untuk melukis persekitaran rumahnya. Melalui lukisannya di atas beliau sedang mencuba dan menghasilkanpemandangan mengikut imaginasi yang terlintas olehnya walaupun imej yang terhasiladalah tidak logik bagi orang dewasa. Menurut teori Victor Lowenfeld tanda-tandacontengan mula hilang dan bentuk-bentuk yang dihasilkan adalah rumah, pokok,matahari, kereta. Imej yang pertama dihasilkan adalah adalah rumah kerana ianyaadalah objek yang menjadi tempat tinggal ianya sekeluarga. Perhatikan objek-objekyang dilukis beliau memang terdapat dalam pelbagai saiz.

Peringkat Schematic (8 Tahun lebih)

Puteri Nurul Umayrah (8 tahun lebih)

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yangmenarik perhatian mereka. Lukisan adik Umayrah ini banyak menggunakan bentukgeometri seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat hiasan(dekoratif).

Adik Umayrah merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik inimenggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siapdiubahsuai

secara

tidak

langsung

beliau

menjadi

teruja

untuk

menggambarkanrumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagimenghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga pasu bunga.Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan iniamat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hamper memenuhi ¾ ruangkertas lukisan

Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahunini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Umayrah terus mengambil pensel danmelakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakanlukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukistanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age(11 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak mula menyedari tentang diri sebagai seorang ahli rakansebaya dan masyarakat. Kumpulan rakan sebaya lebih menarik perhatian mereka.Perbezaan jantina mula dirasakan dan sebab itu mereka mula bergerak mengikut rakansebaya sama jantina. Lukisan mereka juga menampakkan ciri-ciri perbezaan jantinamelalui ciri rambut dan pakaian. Objek atau gambar yang dilukis berdasarkan kepadakesedaran tampak sahaja bukan melalui pengamatan. Menggunakan warna bagimenggambarkan sesuatu objek seperti hijau untuk pokok, biru untuk awan dansebagainya. Kanak-kanak pada tahap ini memasukkan lebih banyak objek

dalamlukisan

mereka.

Garisan

yang

digunakan

oleh

adik

Fatihah

bagi

menghasilkanlukisannya ialah garisan halus dan juga garisan tebal. Garisan tebal yang digunakanbertujuan untuk memberi fokus kepada objek yang dilukis di dalam garisan tersebut. .Penggunaan warna pula ialah warna-warna yang menunjukkan suasana ceria, terdapat juga warna-warna panas seperti merah, jingga dan kuning digunakan serta warna sejuk seperti warna biru. Warna yang digunakan juga merupakan warna yang harmoni. AdikFatihah ini menggunakan pemandangan pantai kerana kampungnya berdekatandengan pantai lalu melalui imaginasinya beliau melukis pemandangan sebuah keluargayang sedang berkelah di tepi pantai sambil memberi ikan-ikan makan.

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning (13 tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak lebih menyedari tentang bentuk-bentuk sebenar sepertiapa yang diperhatikan. Peringkat ini peralihan zaman kanak-kanak ke zaman remajadan bersifat lebih kritikal. Lukisannya diolah lebih natural dan mula memahami konsepruang. Objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding yang dekat. Adik ini merupkanseorang yang sangat aktif di sekolah mempunyai stamina yang cergas. Adik Farizirahturut menghasilkan lukisan yang bertema persekitaran alam semula jadi. Dalam lukisanadik ini beliau membahagikan ruang-ruang tertentu seperti sawah padi, dan gunungyang menampakkan harmoni bagi pemandangan di kampung. Ruang objek dibuatmengikut saiz dan jarak. Disini dapat dilihat adik ini begitu gemar kepada pemandanganalam semulajadi kerana beliau juga telah membesar di persekitaran yang sedemikian.

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School (17 tahun)

Individu peringkat ini telah mula membuat kritikan diri, idealistik dan menyedariperanannya dalam masyarakat. Kefahaman tentang ruang, objek dan perlambanganmenjadi lebih matang. Lukisan di peringkat ini menjadi penting kepada mereka sebagaimedia melahirkan emosi, perasaan, respon terhadap sesuatu dan penyataan fikirannya.Mula mengembangkan minat dan kemahuan untuk mendapatkan kemahiran seni. AdikWong ini merupakan pelajar pintar dan gemar kepada subek pendidikan seni disekolah. Beliau telah menghasilkan sebuah catan yang menarik bertemakanpemandangan alam dengan pengalaman dan kemahiran yang beliau ada. Warna yangdigunakan memberi

keharmonian kepada catan ini. Selain itu, imej yang dihasilkancukup realistik dan mempunyai kematangan di dalam membuat keputusan danpemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Bahan yang dipilih untuk mewarna adalah warna air. Pemilihan warna yang cuba diterapkan adalah warna-warnayang harmoni dengan alam semulajadi.Konsep perspektif yang begitu jelas diperlihatkan melalui susunan air dan angsa putihyang sedang bermain dengan anak-anaknya berada di ruang hadapan diikuti olehrumah dan dibelakang sekali kelihatan hutan gunung. Begitu juga konsep ruang,kerharmonian juga kesatuan, penegasan, jalinan dan diadaptasikan melalui catan ini.Adik Wong ini menghasilkan karya ini kerana beliau amat gemar dengan keindahanpemandangan alam semula jadi.

KESIMPULAN Setelah

dianalisis

berdasarkan

kepada

contoh-contoh

lukisan

dari

pelbagai

peringkatumur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyakdipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaranyang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yangpositif.

Kanak-kanak

dilahirkan

dengan

mempunyai

sifat

yang

dinamik

serta

berkembangmengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasilkerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangankreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahapperkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akanberlaku dengan sihatnya tanpa disedari.

Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagaiaktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak sertakemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupayamerancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.

KAJIAN PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK DPLI-PSV25 REFLEKSI Pada 19 Januari yang lalu, kami kumpulan DPLI (Pendidikan Seni Visual) telah diberisatu tugasan kerja kursus bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kamidikehendaki membuat kajian terhadap hasil lukisan kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat perkembangan umur mereka iaitu berumur 2 hingga 17 tahun. Kami jugadiminta menghuraikan hasil lukisan mereka berpandukan Teori Perkembangan ArtisitikKanakkanak oleh Vicktor Lowenfeld.

Perkara pertama yang saya lakukan ialah membahagikan tugasan mengikut masasupaya tidak berlaku percanggahan waktu untuk menyiapkan tugasan yang lain.Sepanjang cuti perayaan yang lalu saya telah mengambil kesempatan untukmengumpulkan beberapa lukisan melalui saudara-mara serta anak murid di sekolahberdekatan. Saya juga meminta anak-anak jiran yang berbeza dari segi umur melukisdan mewarna.

Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat lain melalui blog-blog pelajar seni serta jurnal-jurnal yang terdapat di dalam internet.

Rujukan

Mohd Azhar Abdul Hamid (2004).Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis. UniversitiTeknologi Malaysia.

Donald

Herberholz,

Barbara

Herberholz –9thed

(2002).

Artworks

For

ElementaryTeachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness. Mc Graw Hill.

Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. PearsonLongman.

Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005). Psikologi Kanakkanakdan Remaja. Universiti Putra Malaysia.

http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-senikanak.html

http://www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf

http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24.pdf

http://en.wikipedia.org/wiki/Viktor_Lowenfeld

http://www.pdfcoke.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak

http://itukamibudakseni.blogspot.com/2009/08/attention-num2.html

Related Documents


More Documents from ""

Academic Writing 1.docx
December 2019 23
08 Tajuk 1.docx
December 2019 19
Borang_pembacaan_buku.docx
December 2019 16
Tokoh Seni Barat.docx
December 2019 8
Tags Language Camp..docx
December 2019 16