1.0 PENDAHULUAN Imam al-Turmudhī merupakan salah seorang Imam hadith yang masyhur dengan periwayatan hadith samada hadith şahīh, hasan, dacif dan sebagainya dan beliau merupakan pelopor pengunaan istilah hasan dalam menghukum sesebuah hadis serta gadingan hukum samada şahīh (lagi) hasan atau şahīh (lagi) hasan (lagi) dacīf dan sebagainya. Di dalam kitabnya terkandung pelbagai jenis isyarat yang menunjukkan kepakarannya dalam bidang ilmu hadith. Cara yang digunakan oleh Imam Al-Turmudhī dalam menghimpun hadith dalam kitabnya ialah dengan meriwayat hadith-hadith disertai dengan sanad-sanad serta hadith yang dikeluarkannya disusun berdasarkan empat keadaan iaitu hadith yang şahīh kemudian diiringinya dengan hadith yang şahīh, hadith yang şahīh diiringi dengan hadith yang tidak şahīh, hadith yang dipertikaikan atau dacīf diiringnya dengan hadith yang şahīh dan hadith yang dacif dikemukakan dengan hadith yang dacif. Cara seterusnya dengan menggunakan isyarat kepada hadith-hadith tertentu yang semakna atau munasabah dengan hadith yang dikemukakan dalam tajuk bab dengan menyebut perwai-perawi hadith daripada kalangan sahabat, seumpama kata Imam alTurmudhī yang bermaksud ”Dan dalam bab ini (sehubungan dengan bab ini) diriwayatkan juga daripada pulan dan si pulan. Dalam penulisan ini penulis hanya mengeluarkan hadith yang terdapat di dalam isyarat wa fi bāb bagi tujuan untuk menzahirkan lafaz-lafaz tambahan yang terdapat dalam matan hadith. Selain dari itu bagi maksud mengemukakan pencanggahan riwayat di kalangan perawi berhubung dengan matan hadith serta mengetahui bilangan syawahid serta mutābacāt hadith tersebut bagi tujuan menguatkan hadith tersebut atau bagi mengklasifikasikan hadith tersebut samada hadith masyhur, ’aziz dan gharib. Selain daripada isyarat wa fī al-bāb penulis juga akan mengkaji isyarat lain yang digunakan oleh Imam al-Tirmidhī iaitu Asahh Shay’ Fi al-Bab Aw Ahsan di mana penulis akan mengeluarkan hadith yang disyarahkan dengan mengunakan isyarat tersebut bagi mengetahui maksud dan tujuan diaplikasikan isyarat tersebut.
1
2.0 MATAN HADITH HADITH A
باب ما جاء ف صلة الرحم حدثنا بن أب عمر حدثنا سفيان حدثنا بشي أبو إساعيل وفطر بن خليفة عن ماهد1908 عن عبد ال بن عمرو عن النب صلى ال عليه وسلم قال )) ليس الواصل بالكافئ ولكن الوا صل الذي إذا انقط عت رح ه و صلها(( قال أ بو عي سى هذا حد يث ح سن صحيح و ف الباب عن سلمان وعائشة وعبد ال بن عمر
Maksudnya: 1908. Dari Abdillah bin Amr dari Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Tidaklah disebut orang yang menyambung tali hubungan orang yang membalas perbuatan kerabatnya, tetapi yang disebut orang yang menyambung tali hubungan adalah orang yang jika kerabatnya memutuskan tali hubungan maka ia menyambung tali hubungan dengannya.1
Hadith ini berstatus Hasan Sahih, Hadith yang sesuai dalam bab ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh Salman dan cAisyah dan cAbdullah bin cAmru. HADITH B
حدث نا بن أ ب ع مر ون صر بن علي و سعيد بن ع بد الرح ن قالوا حدث نا سفيان عن1909 الزهري عن ممد بن جبي بن مطعم عن أبيه قال قال رسول ال صلى ال عليه وسلم ))ل ((يدخل النة قاطع 1
Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, Juz keenam, Bab Kebajikan dan hubungan, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan.
2
قال بن أب عمر قال سفيان يعن قاطع رحم قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح
:Maknanya 1909. Ibnu Abi Umar dan Nashr bin Ali dan Said bin Abd al-Rahman al-Makhzumi menceritakan kepada kami, mereka berkata: ” Sufyan menceritakan kepada kami dari alZuhri dari Muhammad bin Jubair bin Mutcim dari ayahnya berkata:”Rasulullah s.a.w. bersabda ”Orang yang memutuskan tali hubungan kerabat tidak masuk syurga” Ibnu Umar berkata: Sufyan berkata maksudnya orang yang memutuskan tali hubungan kerabat. .Hadith ini adalah hasan sahih
حدثنا أبو بكر بن أب شيبة وزهي بن حرب واللفظ لب بكر قال حدثنا وكيع عن2555 معاوية بن أب مزرد عن يزيد بن رومان عن عروة عن عائشة قالت قال رسول ال صلى ال ((2عليه وسلم ))الرحم معلقة بالعرش تقول من وصلن وصله ال ومن قطعن قطعه ال حدثنا ممد بن كثي أخبنا سفيان عن العمش والسن بن عمرو وفطر عن ماهد
5532
عن عبد ال بن عمرو قال سفيان ل يرفعه العمش إل النب صلى ال عليه وسلم ورفعه حسن وفطر عن النب صلى ال عليه وسلم قال ليس الواصل بالكافئ ولكن الواصل الذى إذا قطعت .رحه وصلها
3
2 3
Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Bab al-Silah wa al-Bir, Dar wa Maktabah al-Hilal, Beirut, Lubnan. Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, al-Yamamah, Beirut 1987-1407.
3
3.0 PENJELASAN Dua hadith pertama di atas adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidhi yang dapat diambil di dalam kitab jamicnya. Imam al-Tirmidhi menghukum kedua-dua hadith tersebut sebagai hasan sahih yang bermaksud sanad-sanad hadith ditemui berbilangbilang hingga mencapai darjat sahih. Imam al-Tirmidhi menghimpunkan lafaz hasan kepada lafaz sahih bertujuan menerangkan hadith tersebut terkeluar daripada had gharib. Hadith pertama di atas bukan hadith munqatic tetapi muttasil dan marfuc yang mana mempunyai tiga syawahid iaitu Salman, cAisyah dan cAbdullah bin cAmru justeru itu hadith ini diklasifikasikan sebagai hadith masyhur. Dalam hadith ini penggunaan kalimah haddathana dalam menyampaikan hadith menguatkan lagi kekuatan hadith tersebut. Tajuk bab ini ialah mengenai hubungan persaudaraan. Tajuk lain yang boleh dibuat bagi bab ini ialah hakikat kebajikan, keutamaan berkasih sayang dan mengalakkan berkasih sayang sesama Islam, keutamaan menghubung tali persaudaraan, Akibat tidak menghubung tali persaudaraan. Perkara yang menghalang masuk syurga dan sebagainya. Hadith yang kedua merupakan sunnah qawliyah yang diriwayatkan secara muttasil serta marfuc . seperti mana hadith pertama di atas.
Imam al-Tirmidhi
menghukum hadith ini hasan sahih sebagaimana hadith di atas juga. Walaupun Abu cIsa tidak menyatakan isyarat wa fii bab bagi memberitahu syawahid bagi hadith ini tetapi apabila diselidiki didapati hadith ini mempunyai seramai tiga perawi dari peringkat sahabat iaitu Jubair bin Mutcim, Mutcim, dan Abu Hurairah (r.a.hum). Selain daripada Imam al-Tirmidhi Imam al-Bukhari, Muslim, Abi Daud dan Ahmad turut serta meriwayatkan hadith tersebut. Tajuk lain yang boleh dinamakan bagi hadith ini selain daripada hubungan silaturahim ialah Syarat masuk syurga, dosa pemutus tali persaudaraan, dosa-dosa besar, sifat ahli neraka dan kesalahannya, apa yang membatalkan amalan seseorang dan menghapuskannya daripada buku amalan serta lainlain lagi.
4
Hadith yang diambil dari wa fii bab tersebut terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim. Perawi bernama cAbdullah bin cAmru dan cAisyah dapat dicari tetapi perawi bernama Salman tidak dapat dikesan.
Di dalam Kitab Tuhfah al-Ahwazi penulis
menyuruh mencarinya sendiri. Walaupun dengan mengunakan peralatan CD saya tidak dapat mengenal pasti hadith yang diriwayatkan oleh Salman. Apakah yang dapat diambil daripada kajian wa fii bab bagi hadith di atas? Perkara pertama ialah dapat mengklasifikasikan sesebuah hadith samada hadith tersebut berstatus gharib dengan cara mentakhrij hadith tersebut bagi mendapatkan syawahidnya dengan mengaplikasikan bantuan elektronik CD al-Fiyyah dan Kutub al-Tiscah atau dengan memeriksanya di dalam kitab hadith seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibnu Majah, al-Muwata Imam Malik, Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, Sunan al-Darimi, al-Sunan al-Kubra Imam al-Bayhaqi, Majma c alZawaid dan Mancbac al-Fawacid oleh al-Hafiz Nur al-Din cAli Ibn Abu Bakr al-Haithami, al-Talkhis al-Kabir oleh Ibn Hajar, Nasb al-Rayahfi Takhrij Ahadith al-Hidayah oleh Muhammad bin Abd Allah bin Yusuf al-Zaylaci dan Jamic al-Usul oleh Ibn al-Athir serta banyak lagi. Setelah dikaji hadith pertama mempunyai tiga syawahid dan matan serta sanad mereka ternyata muttasil dan marfuc serta boleh diterima. Hadith kedua juga mempunyai persamaan dengan hadith yang pertama. Selain dari dapat mengetahui darjat sesuatu hadith ianya membolehkan kita mendapat hukum atau fakta yang baru apabila terdapat penambahan matan pada hadith yang diriwayatkan oleh sahabat yang terdapat dalam syawahid. Fakta yang boleh diambil daripada kajian hadith di atas ialah i.
Orang yang membalas keburukan terhadap saudarannya yang membuat keburukan terhadap dirinya dengan tujuan untuk memutus tali persaudaran dikira orang yang memutuskan tali persaudaraan. Kalau mengikut hadith yang kedua orang ini tidak akan masuk syurga.
ii.
Orang yang berusaha berbaik dengan saudaranya bagi tujun untuk mengikat kembali tali persaudaraan sedangkan saudaranya tetap menyakitinya bagi
5
memutuskan
tali
persaudaraan
dikira
orang
yang
menyambung
tali
persaudaraan. iii.
Rahim akan mendoakan kebaikan dengan memohon kepada Allah supaya Allah bersama dengannya bagi mereka yang berusaha mengikat tali persaudaraan. Begitu pulak sebaliknya.
Kita dapati hadith di atas tidak mempunyai percanggahan sebaliknya mempunyai maksudnya yang sama. Kalau kita mengkaji wa fii bab pada hadith Imam al-Tirmidhi yang lain kita dapati banyak istinbat hukum yang boleh dibuat berdasarkan hadith dalam bab tersebut dan kita juga boleh mengenali matan hadith mana yang dacif iaitu tidak boleh dipakai dan matan hadith mana yang tidak boleh diterima dan dalam masa yang sama kita boleh mengenal perawi dacif yang dihukum oleh ulama yang terdapat dalam kitab tersebut serta mengetahui sebab perawi itu dilemahkan oleh ulama’. Menguatkan lagi kesahihan hadith dengan membuka hadith yang terdapat di dalam isyarat wa fi bab. Hadith A dan B dihukum hasan sahih oleh imam al-Tirmidhi, hukum tersebut menjadi lebih kuat apabila terdapat hadith yang sama yang mana diriwayatkan oleh Imam Muslim. Dengan itu hadith tersebut menjadi sahih kerana riwayat sokongan daripada Imam Muslim. Selain daripada dapat menguatkan status hadith, isyarat tersebut dapat mengetahui tidak ada percanggahan dalam maksud hadith tersebut. Kadang-kadang kita dapati hadith mempunyai percanggahan maksud sesama mereka seperti hadith ganjaran salat berjamaah terdapat riwayat yang mengatakan 25 dan ada riwayat lain 27. Akan tetapi selepas dilihat hadith di dalam isyarat tersebut tidak ada percanggahan maksud yang mana hadith tersebut bermaksud ’orang yang membalas keburukan saudaranya yang membuat keburukan kepadanya bagi tujuan memutuskan tali persaudaraan tetap dikira memutus tali persaudaraan, orang yang memutuskan tali persaudaraan tidak boleh masuk syurga dan fakta ini tidak bercanggah.
6
4.0
KAJIAN TERHADAP ISYARAT ASSAHH SHAY’ FI AL-BAB AW AHSAN باب ما جاء أي الشراب كان أحب إلى رسول ال صلى ال عليه وسلم .Bab : Minuman apakah yang paling disukai Rasulullah s.a.w
Hadis A
حدث نا سفيان بن عيي نة عن مع مر عن الزهري عن عروة عن, حدث نا ا بن أ ب ع مر-1957 هكذا.)) ((كان أحب الشراب إل رسول ال صلى ال عليه وسلم اللو البارد:عائشة قالت .رواه غيش واحشد عشن ابشن عيينشة مثشل هذا عشن معمشر عشن الزهري عشن عروة عشن عائششة .والصحيح ما روى الزهرى عن النب صلى ال عليه وسلم مرسل
4
Maksudnya Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Umar,
telah menceritakan kepada kami
Sufyan bin Uyaynah dari Ma’mar dari Al-Zuhri dari ‘Urwah dari ‘Aisyah beliau telah berkata : ((“Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w. adalah air manis yang sejuk”)). Riwayat ini diriwayatkan juga oleh Ibnu ‘Uyainah dari Ma’mar dari Al-Zuhri dari ‘Urwah dari ‘Aisyah. Dan yang sahih apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Zuhri dari Nabi Muhammad s.a.w. secara mursal. Hadis B
(( حدثنا معمر ويونس عن الزهري, حدثنا عبد ال بن البارك, حدثنا أحد بن ممد-1958 وهكذا روى.)) اللو البارد: أي الشراب أط يب؟ قال:أن ال نب صلى ال عل يه و سلم سئل
4
Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, Juz keenam, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan.
7
وهذا أ صح من.ع بد الرزاق عن مع مر عن الزهري عن ال نب صلى ال عل يه و سلم مر سل .حديث ابن عيينة
5
Maksudnya 1958- Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Al-Mubarak, telah menceritakan kepda kami Ma’mar dan Yunus dari Al-Zuhri (( Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. ditanya apakah minuman yang paling baik? Baginda bersabda minuman manis yang sejuk)). Inilah hadis yang telah diriwayatkan ‘Abd Al-Razak dari Ma’mar dari Zuhri dari Nabi s.a.w. secara mursal. Hadis ini (hadis B) lebih sah dari hadis Ibnu Uyainah (hadis A).
4.1
PENERANGAN
Apakah maksud isyarat Asahh Shay’ Fi al-Bab Aw Ahsan di atas? Adakah ia bertindak sebagai hukum kepada kesahihan hadith B atau hasan dan sebagainya?. Imam Nawawi menyebutkan dalam al-Adhkar bahawa tidak semestinya ungkapan tersebut menunjukkan kesahihan hadith B. Imam Nawawi mengulas lagi bahawa yang dikehendaki dengan ungkapan haza hadith asahh min hadith ialah yang paling rajih atau yang paling kurang keda’ifannya atau melebihkan hadith B dengan hadith A. Walaubagaimanapun penulis tidak mengetahui sebab yang menyebabkan hadis B yang diriwayatkan oleh Ma’mar dan Al-Zuhri ini lebih tinggi kedudukannya dari hais A yang marfu’ sedangkan hadis B adalah hadis mursal yang bermaksud hadith yang akhir sanadnya terputus diperingkat perawi selepas al-Tabi’ein. Al-Zuhri merupakan seorang tabien pertengahan yang mana tidak disebutkan nama sahabat yang diambil darinya hadis B tersebut. Ulasan yang diberikan oleh Imam al-Tirmizi dan Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri menunjukkan bahawa hadith B lebih rendah kedhaifannya dan 5
Ibid
8
lebih rajih berbanding hadith A dan isyarat Asahh Shay’ Fi al-Bab Aw Ahsan yang terdapat di dalam kitab jamic Imam al-Tirmidhi bukan bermaksud menghukum hadis tertentu lebih sahih iaitu sahih yang boleh diterima hadith tersebut tetapi bermaksud melebihkan kedudukan sesebuah hadith dari hadith yang lain dari bab yang sama dari contoh dua buah hadith yang dacif dibandingkan antara keduanya mana yang lebih rendah kedacifannya dan sebagainya. Dengan bantuan alat elektronik CD kita dapat menilai sesuatu hadith itu lebih sahih daripada hadith yang lain dalam bab tersebut. Terdapat juga hadith yang dihukum oleh Imam al-Tirmidhi lebih sahih berbanding hadith kedua dalam bab tersebut tetapi setelah diselidiki hadith kedua yang dianggap oleh Imam al-Tirmidhi sebagai rendah daripada hadith pertama menjadi lebih sahih berbanding hadith yang pertama dengan bukti-bukti yang nyata seperti mana yang telah dibuat oleh pengarang kitab Tuhfat alAhwazi. Perkara seegi memerlukan masa yang lama bagi menguasai ilmu tersebut tetapi menpunyai nilai yang tinggi bagi tujuan syariat. 5.0 PENUTUP Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah kitab Jamic Imam al-Tirmidhi merupakan kitab mempunyai pelbagai isyarat yang mempunyai maknannya yang tersendiri. Oleh yang demikian oleh yang demikian setiap orang yang ingin membaca kitab ini dikehendaki mempelajari fiqh Imam al-Tirmidhi bagi mengelakkan daripada tersalah memahami maksud yang dikehendaki oleh penulis. Selain daripada itu kitab ini sesuai digunakan bagi tujuan latihan praktikal memahami ilmu mustalah hadith kerana di sini mempunyai pelbagai isyarat, jenis-jenis hadith serta pelbagai darjat hadith yang terdapat di dalamnya.
9
6.0 RUJUKAN Muhammad ‘Abd Rahman Ibn ‘Abd Rahim al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, Juz keenam, Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, Beirut, Lubnan. Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, al-Yamamah, Beirut 19871407. Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, , Dar wa Maktabah al-Hilal, Beirut, Lubnan. Abi cAbd al-Rahman sharf al-haq Muhammad Asyarf al-şadiqi, cAun al-Macbūd Syarh Sunan Abi Daud, Cetakan Pertama, 2000M/1421H, Dar al-Ehya al-Turath al-cArabi.
10