Satu Kajian Terhadap Kesedaran Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Dalam Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Program Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester ( 6 ), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Muhammad Usamah Bin Jusoh Ahmad Hambali Bin Mat Daud
Kertas projek ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk memperolehi Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan
Sekolah Pengajian Pendidikan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin Gong Badak 2005
BAB 1 PENGENALAN Penggunaan teknologi elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang selaras dengan kemajuan teknologi tersebut. Bermula dengan penggunaan radio dalam pendidikan pada tahun 1930-an diikuti dengan penggunaan televisyen pada tahun 1950-an, dan komputer pada tahun 1960-an (Mohamad, 2004). Pengunaan komputer, khususnya, telah mengalami perkembangan yang pesat setelah terciptanya komputer peribadi atau PC pada akhir tahun 1970-an. Kemampuan teknologi komputer dalam mengendalikan maklumat digital terutamanya dalam bentuk multimedia dan diintegrasikan dengan kemampuannya dalam komunikasi atau rangkaian digital menjadikan teknologinya begitu penting dalam pengendalian maklumat dan komunikasi (ICT) (Mohamad, 2004). ICT ialah singkatan daripada information and communication technology iaitu teknologi maklumat dan komunikasi yang bermaksud satu kepelbagaian set alat-alat dan sumber teknologi untuk berkomunikasi, mencipta, menyimpan dan juga untuk menguruskan maklumat. Teknologi ini merangkumi komputer, internet, teknologi penyiaran (radio, dan televisyen), dan aspek-aspek telekomunikasi terutama telefon.
Beberapa aplikasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mendapat maklum balas yang baik kepada organisasi (Paul, 2001). Perkembangan teknologi di seluruh dunia secara berperingkat akan memaksa komuniti untuk mengikut perkembangan teknologi dengan menggunakan ICT apabila melaksanakan strategistrategi diorganisasi. Maklumat
dan
teknologi
komunikasi
dalam
pengurusan
pembelajaran
mendatangkan sedikit sebanyak kontroversi (Paul, 2001). Iaitu akibat daripada anjakan zaman dari zaman dahulu ke zaman moden iaitu zaman era teknologi. Pelbagai cabaran yang timbul dalam dunia pendidikan berikutan dengan perubahan masa tersebut. Munculnya era teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih ini, kehidupan manusia semakin mencabar dan memaksa manusia bersaing dan bergerak seiringan dengan perkembangan teknologi untuk mencapai cita-cita masing-masing. Latar Belakang Masalah Kajian ini cuba mengupas beberapa isu tentang ciri-ciri penggunaan ICT serta tahap kepenggunaannya dalam proses pembelajaran pelajar. Isu-isu ini secara langsung berkaitan dengan kesediaan pengetahuan ICT kepada guru pelatih di KUSZA sebelum bergelar guru. Seperti mana yang kita ketahui perkembangan ICT dalam dunia pendidikan masa kini sangat hebat. Oleh yang demikian, para guru pelatih perlu mengetahui cara penggunaan ICT demi masa depan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran serta corak pembelajaran pelajar melalui penggunaan ICT. Satu kajian yang menyeluruh untuk melihat sejauh manakah fenomena teknologi maklumat yang
berkembang dengan pesatnya di negara ini mempengaruhi pembelajaran pelajar. Hal ini adalah kerana kebanyakan para pelajar masih menggunakan ICT untuk tujuan-tujuan tertentu, tidak begitu meluas lagi seperti mana yang diharapkan. Tumpuan corak penggunaan ICT di Institusi penagajian tinggi lebih kepada untuk menyiapkan kerja kursus yang diberikan oleh para pensyarah. Dari segi penggunaan ICT untuk tujuan berkomunikasi, kebanyakan para pelajar menumpukan corak penggunaan kepada ‘chit-chat’ sahaja. Namun begitu, segelintir pelajar sudah mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian komputer. Penggunaan ICT tidak terbatas di kalangan pelajar sahaja, bahkan penggunaannya turut meliputi sebahagian besar sistem pentadbiran KUSZA. Oleh yang demikian, penggunaan ICT telah lama wujud di kalangan pelajar KUSZA. Penggunaan ICT didapati agak meluas di kalangan pelajar KUSZA sama ada yang mengambil kursus khas dalam bidang teknologi maklumat yang menggunakan khidmat komputer secara menyeluruh ataupun yang mengambil kursus dalam bidang keagamaan. Walaupun terdapat ramai di kalangan pelajar yang mempunyai pengetahuan serta mahir dalam bidang ICT, masih ada pelajar-pelajar yang tidak mengaplikasikan kemudahan penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka. Walaupun wujud kursus yang disediakan oleh pihak KUSZA bagi mereka yang bukan dalam bidang IT , ianya masih lagi tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pelajar yang masih ‘mentah’ dalam penggunaan komputer. Ini disebabkan kursus yang diserapkan kepada para pelajar ini hanya menekankan aspek pengetahuan asas komputer sahaja. Asas-asas yang diajarkan
kepada pelajar masih belum mencukupi untuk menjadikan pelajar berani mendekati penggunaan kemudahan ICT. Begitu juga apa yang berlaku dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan oleh para pensyarah KUSZA, di mana para pelajar hanya menggunakan khidmat ICT untuk mencari bahan serta menyiapkan kerja khusus semata-mata. Tiada inisiatif untuk mereka menggunakan kelebihan yang terdapat dalam ICT untuk dimanfaatkan dalam keseluruhan pembelajaran mereka. Demikian hal terjadi disebabkan sistem pembelajaran yang berteraskan kepada buku dan kitab sahaja. Keadaan sedemikian di KUSZA adalah berlainan berbanding situasi di sekolah sama ada di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, di mana penggunaan ICT walaupun tahapnya telah diperkembangkan namun, masih lagi tidak memberangsangkan. Masih terdapat pihak sekolah yang belum menyediakan kemudahan ICT yang secukupnya bagi para pelajar. Perbezaan penekanan dalam penggunaan ICT di kalangan sekolah-sekolah didapati agak ketara di kawasan bandar berbanding di kawasan luar bandar. Malahan kalau dikaji secara mendalam akan terdapat pelajar khususnya yang berasal dari kawasan luar bandar yang ternyata masih belum menyentuh hatta belum lagi mengenal komputer walaupun telah menghabiskan alam persekolahan mereka. Permasalahan Kajian Beberapa permasalahan yang timbul dalam kajian ini telah digariskan oleh penyelidik dalam mengkaji lebih jauh tentang penggunaan ICT di kalangan pelajar
Diploma
Bahasa
Arab
Dengan
Pendidikan
KUSZA,
semester
(6).
Antara
permasalahannya ialah: Kekurangan sokongan teknikal Sebahagian besar pelajar menghadapi masalah kekurangan sokongan teknikal dan kualiti aplikasi serta perkongsian maklumat yang sangat terbatas. Kurangnya sokongan teknikal iaitu kurangnya juru teknik dalam membaik pulih peralatan ICT. Ini menyebabkan pembaik pulih mengambil masa yang lama dan mendatangkan masalah kepada pelajar untuk menggunakan kemudahan tersebut. Kekurangan sokongan teknikal dari tenaga pengajar atau pihak yang terbabit dalam menyediakan kemudahan ICT ini menyebabkan pelajar kurang mahir menggunakan ICT dalam pembelajaran. Adalah menjadi cabaran kepada pentadbiran KUSZA untuk menyelaraskan dan menyepadukan pembangunan ICT dengan lebih berkesan kerana pada masa ini pelajar membina aplikasi ICT masing-masing untuk keperluan pembelajaran mereka. Kemudahan peralatan Satu lagi isu yang berkaitan dengan pembinaan aplikasi ICT dan menuntut pihak KUSZA menanganinya segera adalah tentang penyelenggaraan komputer dari segi kemudahan peralatan dan integriti sistem, aplikasi, dan maklumat selaras dengan keperluan penggunaan pelajar yang ramai. Pihak KUSZA perlu menyediakan kemudahan ICT yang lengkap untuk para pelajar. Kemudahan ini perlu diselaraskan dengan bilangan pelajar agar tidak
mewujudkan ketegangan penggunaan ICT di kalangan pelajar seperti mana yang berlaku sekarang ini. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kadar pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka. Justeru itu, pihak pentadbir perlu menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam aspek penggunaan ICT agar dapat membantu dan meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar. Selain itu, ia juga dapat membentuk dan menghasilkan pelajar yang berkualiti selaras dengan kehendak dunia yang sedang menuju era globalisasi dan menjadikan pelajar yang berintelektual tinggi dalam mengejar dunia berteknologi.
Penggunaan di kalangan para pensyarah Pensyarah didapati masih kurang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran mereka bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Bagi membolehkan pelajar akses kepada portal yang menyimpan bahan pembelajaran, maklumat yang berkaitan dan kemas kini perlu disalurkan kepada semua pelajar. Di samping itu, semua bentuk latihan dalam bidang ICT perlu diperkukuhkan bagi mengatasi masalah majoriti pensyarah yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan kurang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kenyataan Masalah Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), sebuah institusi pengajian tinggi yang telah dilengkapi dengan kemudahan ICT sebagai satu usaha membantu dalam meningkatkan tahap pembelajaran dan pengetahuan pelajar. Persoalannya ialah sejauh
manakah penggunaan ICT dalam pembelajaran telah diterima dan diamalkan oleh pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester (6) di institusi ini. Oleh kerana tidak ramai orang mengambil berat isu ini, maka kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi dan tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran oleh pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester (6) Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Kuala Terengganu. Secara umumnya kajian ini cuba meneliti sejauh manakah tahap penggunaan ICT dalam pembelajaran pelajar. Selain itu, kajian ini juga tertumpu kepada aspek kesedaran pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester (6) dalam penggunaan ICT dalam pembelajaran. Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut: i)
Sejauh manakah kesedaran pelajar terhadap aplikasi ICT dalam proses pembelajaran?
ii)
Sejauh manakah kefahaman pelajar terhadap penggunaan ICT dalam proses pembelajaran?
iii)
Bagaimanakah corak penggunaan ICT dikalangan pelajar dalam proses pembelajaran?
Persoalan kajian
Melalui permasalahan kajian tersebut, penyelidik dapat mengemukakan beberapa persoalan utama yang timbul sebagai jalan penyelesaian dan cara untuk mengatasinya. Antaranya :Pengetahuan tentang ICT dan aplikasinya dalam proses pembelajaran. Persoalan yang ditimbulkan oleh penyelidik ialah ingin mengetahui sejauh manakah tahap penggunaan ICT dikalangan para pelajar. Selain itu, penyelidik juga ingin merungkai persoalan mengenai tahap kemahiran penggunaan ICT di kalangan para pelajar. Adakah mereka mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk membantu dalam proses pembelajaran mereka. Penyelidik juga ingin mengetahui apakah corak penggunaan ICT di kalangan pelajar dalam pembelajaran. Adakah mereka hanya tertumpu kepada pembelajaran sahaja atau kegunaan luar seperti hiburan, mengisi masa lapang dan lain-lain. Penyelidik akan merungkai segala persoalan yang digariskan seperti yang telah dinyatakan oleh penyelidik. Tahap kepenggunaan sesuai dengan taraf pendidikan Persoalan kedua yang diutarakan oleh penyelidik disini ialah ingin mengetahui adakah tahap kepenggunaan ICT sesuai dengan taraf pendidikan mereka sekarang ini. Jika taraf pendidikan mereka sekarang ialah Diploma, wajarlah mereka lebih mengetahui kepenggunaan ICT daripada mereka yang berpendidikan biasa seperti tamat persekolahan, STPM dan sebagainya. Penggunaan ICT ini boleh meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar Persoalan yang terakhir yang akan dikupas oleh penyelidik ialah untuk mengetahui adakah dengan menggunakan kemudahan ICT ini boleh meningkatkan
prestasi pembelajaran mereka atau tidak. Adakah dengan menggunakan ICT ini membantu dan memudahkan proses pembelajaran pelajar? Definisi Istilah ICT : Information and Communication Technology atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Iaitu satu kepelbagaian set alat-alat dan sumber teknologi untuk berkomunikasi, mencipta, menyimpan dan juga untuk menguruskan maklumat seperti komputer, internet dan lain-lain (Blurton, 2004). Komputer : sebuah alat yang boleh diarahkan untuk menerima data (input) dan mengeluarkan maklumat (output) iaitu alat elektronik yang boleh menerima data, menyimpannya dan melaksanakan arahan berbentuk matematik, logik dan memanipulasikan data secara automatik dan melaporkan hasil perlaksanaan ini (Zoraini Wati, 1993). E-mel : electronic mail (mel elektronik) iaitu proses pengiriman surat atau teks penyataan menggunakan rangkaian komputer (Kamus Ensiklopedia, 1997). Internet : rangkaian komputer (network) yang membentuk satu rangkaian yang lebih besar antara satu sama lain (internetwork). Ia merupakan suatu rangkaian global yang menghubungkan berjuta unit komputer di seluruh dunia (Basri Hasyim, 1999). Kepentingan Kajian
Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik telah menggariskan beberapa kepentingan kajian untuk kepentingan umum. Antara kepentingannya adalah seperti berikut: Kepentingan pertama adalah untuk para pelajar yang mana penggunaan ICT akan memudahkan cara pembelajaran mereka. Selain itu, ia satu kaedah tambahan kepada pelajar dalam pencarian maklumat untuk pembelajaran. Ia juga menjimatkan masa untuk pelajar dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, dengan kajian ini boleh menyedarkan pelajar tentang kepentingan ICT supaya pelajar boleh bersaing dalam bidang pembelajaran selarasa dengan era globalisasi. Kedua, kepentingan kajian ini adalah untuk para guru dan pensyarah. Dengan menggunakan ICT ini, akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Ini sekaligus menjadikan suasana dalam kelas menarik serta menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga boleh menambah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang baru kepada para guru atau pensyarah. Diharapkan kajian ini boleh memberi kesedaran tentang keupayaan dan manafaat ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga, kepentingan penyelidikan ini adalah untuk pihak pentadbiran Kolej Agama Sultan Zainal Abidin ( KUSZA ). Kajian ini membolehkan pihak pengurusan KUSZA menilai sejauh mana kelemahan dalam menyediakan kemudahan ICT kepada pelajar. KUSZA juga boleh menaik taraf menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang berkembang mengikut arus perkembangan teknologi masa kini. Selain itu, KUSZA juga
boleh melahirkan para graduan yang berkaliber serta mahir dengan selok-belok teknologi masa kini. Keempat, penyelidikan ini juga penting kepada Sekolah Pengajian Pendidikan yang mana pihak sekolah boleh mengetahui sejauh mana tahap kecekapan dan kemahiran pelajar dibawah jagaannya menggunakan ICT. Ia juga membantu pihak sekolah mengadakan kursus yang berkaitan dengan ICT untuk para pelajar. Selain itu, jika pelajar betul-betul mahir dalam menggunakan ICT, kemungkinan besar pelajar boleh memasyhurkan nama sekolah di Kusza ini dengan melahirkan bakal guru yang pakar dalam bidang ICT. Kelima, selain kepentigan kepada pihak sekolah pengajian, kajian ini juga penting kepada masyarakat sekeliling. Kajian ini boleh mendedahkan kepada masyarakat bahawa ICT sangat penting pada masa kini dan akan menjadi persaingan dalam menempuhi cabaran ke arah era globalisasi. Oleh yang demikian, masyarakat akan sedar dan berusaha membawa perubahan dan manafaat kepada negara agar ia sentiasa berkembang maju dan mencapai matlamat dunia berteknologi. Batasan-Batasan Kajian Setiap penyelidikan semestinya wujud batasan atau halangan yang telah ditempuhi oleh penyelidik dalam menyiapkan penyelidikan ini. Oleh yang demikian, penyelidik mengutarakan beberapa batasan yang telah ditempuhi oleh penyelidik sepanjang tempoh menjalankan kajian.
Antara batasan utama dalam penyelidikan ini ialah batasan instrumen iaitu batasan dari segi kos, masa, kerjasama dengan responden serta jawapan dari responden yang kabur atau palsu. Penyelidik
memerlukan kos yang tinggi untuk menyiapkan
penyelidikan ini yang mana ia telah menelan kos yang tinggi untuk mencetak sumber atau bahan rujukan, borang soal-selidik, dan lain-lain. Masa juga amat terhad dan singkat bagi penyelidik dalam menyiapkan penyelidikan ini. Hal ini adalah kerana kekangan jadual masa belajar penyelidik yang ketat dan padat. Oleh yang demikian, ia telah menjejaskan masa dalam menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang diberikan. Jawapan dari responden juga menjadi batasan kepada penyelidik yang mana penyelidik mendapati bahawa wujud kekaburan dan kepalsuan jawapan dari responden berdasarkan daripada analisis data yang telah dilakukan. Ia telah menimbulkan masalah kepercayaan dalam proses dapatan kajian dan analisis data dari responden. Kajian ini telah dilakukan di kalangan pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan semester 6, KUSZA. Dapatan daripada kajian ini hanya benar di lokasi yang mana kajian ini hanya boleh digunakan untuk memahami isu-isu tersebut secara terhad. Oleh yang demikian, ia tidak boleh digunakan untuk memahami masalah kajian di tempat dan masa lain.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing (Fatimah, 1997). Dalam era sebaran maklumat, perlumbaan untuk menguasai bidang maklumat dan komunikasi telah mengalihkan pendangan masyarakat dunia kepada penguasaan teknologi yang berkaitan dengan sistem maklumat yang serba canggih dan kompleks. Malaysia juga tidak terkecuali dalam persaingan ke arah era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dunia ini. Menurut Ding Chong Ming (1997) menyatakan bahawa tercetusnya perkembangan ICT yang pesat di Malaysia adalah sepanjang tahun 1990-an. Beliau menyatakan lagi bahawa perkembangan dinamik ini adalah disebabkan semakin luas tersebarnya rangkaian telekomunikasi dan semakin ramai pengguna peralatan teknologi maklumat dan komunikasi ICT seperti telefon, komputer, internet dan pelbagai lagi. Oleh kerana pertumbuhan dan perkembangan ICT yang begitu pesat, Malaysia telah menyenaraikan pembangunan ICT di tangga teratas sebagai eleman terpenting bagi
memacu pembangunan negara dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun (Sarah, Abdul Ghani 2002). Perubahan ini disemarakkan oleh ledakan maklumat, revolusi teknologi multimedia dan revolusi komunikasi dalam jaringan rangkaian perhubungan antarabangsa. Selain itu, dalam pembentangan Bajet 2004, menyatakan bahawa kerajaan telah memberi penekanan besar dalam pembangunan dan perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Malaysia dengan pelbagai insentif dan program akan diperkenalkan oleh kerajaan dalam menggalakkan pertumbuhan ICT. Antaranya adalah seperti pengurangan caj akses Internet, peruntukan RM 637 juta untuk program pengkomputeran sekolah, dan memansuhkan cukai bateri komputer. Ini bertujuan agar Malaysia akan menjadi laluan kepada pengaliran maklumat daripada pelbagai penjuru negara sebagai salah satu prasyarat untuk menjadi sebuah negara yang maju. Oleh itu, segala aspek yang berkaitan dengan ICT telah dititik beratkan agar selaras dengan ledakan maklumat dan perkembangan komunikasi yang melanda dunia dewasa ini. Disini jelas menunjukkan ICT semakin berkembang maju di Malaysia. Akibat dari perkembangan ICT ini, pelbagai langkah telah
diambil oleh kerajaan dalam
menigkatkan perkembangan ICT di Malaysia agar rakyat Malaysia sentiasa terdedah kepada dunia ICT dan tidak ketinggalan zaman. ICT dalam pendidikan Penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat wawasan negara. Menurut Mohd Khalit dan Siti Asiah (2003), penggunaan ICT dalam pendidikan membolehkan pelajar
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ICT untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat. Berikutan dari kemajuan ICT di dunia ini, kerajaan dan masyarakat awam telah memberikan perhatian yang mendalam tentang perkara tersebut kerana menyedari hakikat tentang peranan dan fungsi ICT yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan. Mengikut Dr. Zoraini Wati (1996), pelbagai perisian ICT telah muncul dan diaplikasikan dalam bidang pendidikan seperti multimedia, internet, e-mail, homepage, web dan pelbagai lagi. Sallehudin Salim (1997) pula menyatakan bahawa pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan dalam penyerapan ICT dalam pendidikan agar ia mengikuti perubahan dalam pembangunan dan perkembangan dunia pada hari ini. Berikutan dari itu, sistem pendidikan telah diperkemas dan diubah agar selaras dengan perkembangan semasa. Ia termasuklah memperkemaskan sistem pendidikan diperingkat pengajian tinggi selain diperingkat sekolah. Iaitu dengan memperkenalkan kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang teknologi dan komunikasi. Akibat dari perubahan sistem pendidikan yang berlandaskan ICT, masyarakat sekarang ini telah berubah menjadi sebuah masyarakat yang berteknologi. Apabila ICT digunakan dalam bidang pendidikan, pembaharuan tersebut diterima dan diguna pakai oleh guru dan pelajar dengan meluas secara outomatik masyarakat telah menerima perkembangan ICT secara tidak langsung. Ini kerana dunia pendidikanlah yang boleh menyebarkan cara penggunaan kemudahan ICT dalam masyarakat secara lansung dan formal seperti pengajaran berpandukan komputer (PBK), pembelajaran melalui on-line,
pendidikan jarak jauh dan pelbagai kaedah yang berteraskan ICT digunakan dalam pendidikan. Penggunaan ICT dalam pembelajaran Proses pendidikan telah mengalami banyak perubahan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bermula dengan menulis dengan menggunakan pensil, pen dan mesin taip, kini perisian pemproses perkataan amat popular dan digunakan dengan meluas dalam pembelajaran. Penggunaan ICT dalam pembelajaran telah berkembang selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi di Malaysia masa kini. Menurut Mohammad (2004), perkembangan ICT dalam pembelajaran bermula dengan penggunaan radio dalam pendidikan pada tahun 1930-an diikuti dengan penggunaan televisyen pada tahun 1950an, dan komputer pada tahun 1960-an. Pengunaan komputer, khususnya, telah mengalami perkembangan yang pesat setelah terciptanya komputer peribadi atau PC pada akhir tahun 1970-an. Oleh yang demikian, penggunaan ICT sangat penting dalam proses pembelajaran sejajar dengan dengan matlamat Malaysia yang mahukan pelajar yang berpengetahuan dalam dunia ICT. Menurut web Kementerian Pelajaran Malaysia (2004), penggunaan ICT dalam pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan besesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran. Penggunaan ICT yang begitu meluas dalam pembelajaran mestilah terkawal dan tersusun seperti yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran pendidikan.
Micheal (2004) pula menyatakan bahawa pelajar perlu mempunyai kemahiran dan keyakinan diri bagi menggunakan keupayaan teknologi ini dengan cara yang paling berkesan. Suasana pembelajaran yang interaktif, lebih menggalakkan komunikasi aktif antara pelbagai hala. Justeru itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran adalah dengan matlamat meningkatkan mutu dan keberkesanan pembelajaran. Pelbagai kaedah dan cara yang berkesan yang boleh diaplikasikan dengan ICT dalam pembelajaran. Munir dan Halimah (2000) mengatakan bahawa multimedia adalah salah satu alat ICT yang biasa digunakan dalam kaedah dan pendekatan untuk membuatkan komunikasi di antara pendidik dengan pelajar semasa proses pembelajaran. Dengan itu, penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh menarik minat pelajar kerana pelajar sentiasa inginkan pendedahan baru. Selain itu pembelajaran berbantukan komputer (PBK) juga sangat berkesan dan memudah cara bagi pendidik dan pelajar dalam proses tersebut. Menurut Mohd Khalit dan Siti Asiah (2003), dalam penggunaan ICT dalam pembelajaran, komputer adalah alat yang mudah digunakan dan senang diuruskan kerana komputer boleh dianggap sebagai tutor atau pendidik. Oleh yang demikian, pembelajaran dengan menggunakan ICT adalah satu strategi untuk menguasai seluruh atau sebahagian daripada isi kandungan mata pelajaran dengan berkesan. Begitu juga dengan pelajar, menurut Fatimah (1997), perubahan radikal yang dibawa oleh teknologi ini ialah inidividu boleh belajar mengikut kemampuan masingmasing dan pelajar boleh mencari butiran dan bahan-bahan pelajaran bila-bila masa sahaja. Jelas ia menunjukkan bahawa penggunaan ICT seperti internet, komputer,
homepage, pendidikan on-line dan pelbagai lagi memudahkan pembelajaran pelajar dan memudahkan pengurusan pelajaran mereka. Oleh yang demikian, penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat membantu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Selain itu ia juga mampu melahirkan individu yang berintelektual dan membantu pelajar dalam pengurusan pembelajaran dan pelajaran. Implikasi ICT dalam pembelajaran Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam arus globalisasi telah membawa kepada perubahan drastik dalam proses pentadbiran sesebuah organisasi. Begitu juga dalam proses pembelajaran, akibat dari perkembangan ICT dalam pembelajaran, pelbagai implikasi yang timbul dan banyak mengubah situasi dan struktur pembelajaran. Semakin jauh kita berada dalam masyarakat yang berteknologi tinggi dan berorientasikan maklumat, semakin rendah struktur sistem pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, kesan dari perkembagan ICT ini mengubah cara pentadbiran, pendekatan dan cara pembelajaran untuk disesuaikan dengan arus perkembangan ICT kini. Munir, Halimah Badioze Zaman (2000) mendakwa bahawa antara kesan penggunaan ICT dalam pembelajaran ialah pelajar dapat lebih memberikan motivasi untuk belajar. Ia memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap sesuatu permasalahan dan memudahkan mengulangkaji, mengadakan latihan dan mengukur kemampuan kerana ICT membolehkan pelajar untuk interaktif dengan pakej pembelajaran.
Oleh demikian itu, kita dapat lihat bahawa pelajar yang menggunakan ICT boleh meningkatkan motivasi belajar yang tinggi secara tidak langsung. Oleh yang demikian, pelajar terbabit mampu menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan tanpa sebarang masalah dan menguatkan lagi motivasi diri mereka dalam menempuh era globalisasi. Hizamnuddin (1997) pula menyatakan bahawa pembelajaran melalui ICT menjadikan pelajar lebih aktif dalam pembelajaran. Kaedah sebegini membantu pelajar memperolehi pengetahuan dalam tempoh yang singkat dan tidak membebankan mereka dalam pembelajaran. Dengan kaedah pembelajaran yang baru dan menarik, pelajar boleh meningkatkan kefahaman yang tinggi dalam sesuatu pembelajaran. Berbeza dengan kaedah pembelajaran biasa yang tidak menggunakan
bahan sokongan dalam
pembelajaran, menjadikan pelajar cepat hilang tumpuan dalam pembelajaran. Menurut Khalit dan Asiah (2003), implikasi penggunaan ICT
dalam
pembelajaran akan meningkatkan pembelajaran kendiri pelajar. Penggunaan ICT dalam pembelajaran memenuhi kebolehan dan keperluan individu dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bantuan orang lain. Justeru itu, dengan menggunakan ICT, pelajar mampu berdikari dan sekaligus menjadi pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Oleh yang demikian, seseorang pelajar boleh menjalani proses pembelajaran masing-masing dengan kadar yang cepat dan padat. Menurut mereka lagi, kesan dari penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh meningkatkan pencapaian pelajar dan menambah keseronokan belajar serta menjana daya kreativiti pelajar. Oleh yang demikian, ICT juga dapat menyediakan pembelajaran yang konsisten dan terjamin dan sekaligus membantu pelajar meningkatkan prestasi dalam pembelajaran. Selain itu, keseronokan dari pembelajaran melalui ICT, pelajar
dapat belajar dengan lebih baik, banyak dan berkesan selain dapat berkembang dengan lebih cepat dan yakin. Oleh yang demikian, implikasi penggunaan ICT dalam pembelajaran telah mengubah sistem pendidikan pada masa lalu. Sistem pada masa lalu lebih kepada lebih mengamalkan pembelajaran secara konvensional iaitu pembelajaran dalam suasana bilik darjah sahaja dan proses komunikasi lebih kepada satu hala sahaja. Namun akibat dari perkembangan ICT dalam pembelajaran, kita dapat lihat bahawa perbezaan terjadi dalam sistem dan proses pembelajaran dari sistem masa lalu dengan sistem pembelajaran masa kini yang lebih efisyen dan interaktif dengan menggunakan ICT dalam pembelajaran.
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN Metodologi adalah salah satu aspek yang terkandung dalam kajian ini kerana ia merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran kajian. Ia merupakan satu jalan kepada penyelidik untuk melicinkan proses kajian yang dijalankan yang mana ia untuk memudahkan penyelidik dalam mencari sumber atau maklumat kajian, cara memilih responden, menganalisis dapatan kajian dan lain-lain.
Metodologi kajian ini telah menerangkan secara terperinci tentang kaedah atau jalan yang digunakan penyelidik sepanjang proses kajian dijalankan. Oleh yang demikian, sepanjang proses kajian ini, penyelidik telah menggariskan beberapa kaedah atau cara yang mana difikirkan sesuai untuk kajian ini. Ia bertujuan untuk mengukuhkan lagi aspek-aspek kajian yang dijalankan serta memperjelaskan persoalan kajian yang telah digariskan penyelidik sebelum ini. Beberapa metodologi kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah seperti berikut: Reka bentuk kajian Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk diskriptif. Data-data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai kaedah yang utama. Segala maklumat dan data yang diperolehi telah dianalisa, dikumpul dan disusun dalam bentuk sesuai seperti graf, carta, dan jadual yang mudah difahami. Data yang dikumpul ini telah memperjelaskan isu-isu yang dikaji oleh penyelidik. Responden Responden bagi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan KUSZA semester (6) sesi 2004/05. Jumlah keseluruhan mereka ialah 43 orang
yang mana terdiri daripada
7 orang pelajar lelaki dan 36 orang pelajar
perempuan. Pelajar-pelajar ini dipilih memandangkan mereka telah didedahkan dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran mereka selama 6 semester mereka belajar di kolej ini.
Responden ini juga dikenali sebagai guru pelatih yang mana mereka akan bergelar sebagai guru apabila tamat pengajian mereka di KUSZA. Oleh yang demikian, mereka mudah untuk memberi maklumat tentang penggunaan ICT dalam pembelajarn mereka. Ini kerana jurusan mereka adalah berkaitan dengan pendidikan yang mana mereka akan mendidik anak bangsa ke arah era globalisasi. Lokasi Lokasi penyelidikan yang telah dijalankan di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Gong Badak, Kuala Terengganu. KUSZA merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terdapat di Terengganu. Secara khususnya, semua para pelajar KUSZA merupakan beragama Islam dan KUSZA juga merupakan institusi pengajian tinggi berteraskan agama Islam.
Penyelidik telah memilih lokasi ini kerana
mempermudahkan pergerakan dan kelicinanan proses penyelidikan sepanjang kajian dijalankan. Memandangkan masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini begitu singkat, ia juga telah menjadi satu faktor kepada penyelidik untuk memilih lokasi ini kerana ia membantu penyelidik untuk menepati masa yang diberikan. Instrumen kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat utama untuk mendapatkan maklumat daripada para responden. Borang soal-selidik telah disediakan dan ia merangkumi objektif kajian iaitu kesedaran, kefahaman dan penggunaan ICT di kalangan pelajar. Penyelidik telah menggunakan kaedah soal selidik untuk memudahkan penyelidik mendapatkan maklumat dan menganalisa segala data-data yang dikumpul.
Borang soal-selidik ini telah diedar kepada responden iaitu pelajar Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan, semester 6, KUSZA. Pembinaan item untuk soal selidik ini adalah merangkumi 4 bahagian iaitu:i.
Bahagian A : Latar belakang responden Bahagian ini merangkumi soalan yang berkaitan dengan jantina, umur, penempatan,
pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga responden. Bahagian ini juga ingin mendapat maklumat mengenai responden pernah atau tidak mengikuti sebarang kursus yang berkaitan dengan ICT sebelum dan sepanjang pengajian mereka di KUSZA. Selain itu, soalan pemilikan komputer juga dikemukakan kepada responden untuk mengetahui berapa perkembangan responden terhadap ICT. ii.
Bahagian B : Kekerapan penggunaan kemudahan ICT Bahagian ini merangkumi soalan yang berkaitan dengan kekerapan penggunaan
kemudahan ICT di kalangan responden. Responden hanya perlu tandakan dalam ruang yang diberikan berdasarkan kekerapan penggunaan kemudahan ICT dalam satu minggu. Ruang yang disediakan adalah berkaitan dengan penggunaan ‘chit-chat’, web pendidikan, internet, web Arabic serta e-meil. Oleh yang demikian, responden hanya perlu tandakan pada ruang yang disediakan sama ada selalu, kadang-kadang atau tidak pernah menggunakannya. iii.
Bahagian C : Tujuan penggunaan kemudahan ICT
Dalam bahagian ini, penyelidik telah mengemukakan soalan yang berkaitan dengan kemudahan yang paling utama bagi responden menggunakannya. Soalan
dalam
bahagian ini adalah untuk mengetahui tujuan sebenar responden menggunakan kemudahan ICT serta corak penggunaan ICT dalam pembelajarannya. Secara umumnya, soalan ini terdiri daripada perkhidmatan ICT yang selalu digunakan serta tujuan utama penggunaan ICT dalam pembelajaran. iv.
Bahagian D : Kesedaran penggunaan ICT Bahagian ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah kesedaran responden terhadap
ICT dalam pembelajaran mereka. Soalan dalam bahagian ini merangkumi aspek umum dalam penggunaan ICT di kalangan pelajar. Soalan ini adalah berbentuk jadual yang mana responden hanya perlu bulatkan pada nombor yang disediakan sama ada responden setuju, tidak pasti atau tidak setuju. Pengedaran borang telah dilakukan sendiri oleh penyelidik dan tempoh yang diberikan kepada responden untuk mengisi borang tersebut adalah selama beberapa 1 minggu. Selepas tamat tempoh yang diberikan, penyelidik telah mengutip borang soal selidik yang diedarkan serta memulakan tugas dalam penganalisian data untuk memperjelaskan persoalan kajian. Analisis data Apabila data daripada instrument dikumpulkan, penyelidik telah menyusunnya mengikut tema objektif kajian ini. Analisis data telah dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik. Untuk kajian ini analisis data dimulai dengan menetukan kandungan
objektif yang pertama dahulu. Kemudian telah disusuli dengan objektif yang kedua dan yang terakhir. Setelah data-data ini dikategorikan, penyelidik telah menganalisa dan membuat rumusan daripada data yang dikategorikan tadi. Data yang dikumpulkan telah dipindahkan ke dalam jadual atau graf yang sesuai dan dianalisa dengan menggunakan kaedah statistik yang berkaitan untuk memudahkan penyelidik membuat laporan. Jangka masa kajian Jangka masa untuk menyiapkan kajian ini adalah selama 3 bulan iaitu 1 semester sepertimana tempoh yang diberikan pihak jawatankuasa Sekolah Pengajian Pendidikan. Penyelidik dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan walaupun banyak batasan atau halangan yang timbul. Namun demikian, kajian ini telah disempurnakan dengan jayanya.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan keputusan-keputusan yang telah diperolehi daripada daripada kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesedaran dan pengetahuan terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran. Kajian telah memilih seramai 43 responden iaitu, 7 lelaki dan 36 perempuan yang terdiri daripada pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, semester (6) di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Dapatan kajian adalah bertujuan untuk mengetahui tahap penggunaan, penguasaan, serta tujuan dan aplikasi ICT oleh pelajar dalam pembelajaran mereka. Pandangan mereka berkenaan tahap kesedaran ICT telah dikumpulkan melalui pengedaran borang soal selidik. Soal selidik merangkumi 4 bahagian iaitu, latar belakang responden, kekerapan penggunaan kemudahan ICT dalam pembelajaran responden, tujuan dan aplikasi terhadap kemudahan ICT serta tahap kesedaran penggunaan ICT. Sebanyak 43 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden dalam membendung situasi mereka selama 1 minggu untuk mmemberikan respon. Sebanyak 40 borang soal selidik telah dikembalikan kepada penyelidik mengikut tempoh yang diberikan . Jumlah 40 borang soal selidik mewakili 100% responden. Jadual-jadual berikut adalah pecahan keputusan yang diperolehi berdasarkan soal selidik:
Penganalisa Data
Pengumpulan data telah dilakukan berdasarkan skor-skor yang diperolehi daripada jawapan keseluruhan aspek. Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan data dengan peratusan sebagai penilaian statistik. Berikut adalah dapatan yang diperolehi daripada data tersebut:i.
Latar belakang responden Latar Belakang Responden Umur : 20 21 22 25 Jantina : Lelaki Perempuan Penempatan : Bandar Luar Bandar
Bilangan
Peratus (%)
19 15 5 1
47.5 37.5 12.5 2.5
40
100.0
6 34
15.0 85.0
40
100.0
23 17
57.5 42.5
40
100.0
Jadual 1 : Latar Belakang Responden Profil para responden dalam jadual ini terdiri daripada 40 orang pelajar iaitu 6 orang pelajar lelaki dan 34 orang pelajar perempuan. (47.5%) daripadanya berumur 20 tahun dan (37.5%) berumur 21 tahun. Manakala baki yang selebihnya adalah sebanyak (12.5%) yang berumur 22 tahun dan (2.5%) yang berumur 25 tahun. Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 21 ke bawah. Dari segi penempatan pula, sebanyak (57.5%) ataupun seramai 23 orang pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Dan yang selebihnya sebanyak (42.5%) atau 17 orang pelajar lagi tinggal di kawasan luar bandar.
ii.
Taraf sosio-ekonomi responden
Berikut pula adalah dapatan kajian mengenai taraf sosio-ekonomi para responden : Tahap Sosio-ekonomi Responden Pekerjaan Bapa : Kerajaan Pesara Petani Sendiri Swasta Tiada Pekerjaan Ibu Kerajaan Petani Sendiri Suri rumah Pendapatan (RM) : 500-1000 1001-2000 2001-3000 3001-4000 Lain-lain
Bilangan
Peratus (%)
14 7 4 11 3 1
35.0 17.5 10.0 27.5 7.5 2.5
40
100
8 2 2 28 40
20.0 5.0 5.0 70.0 100.0
21 6 5 4 4 40
52.5 15 12.5 10.0 10.0 100.0
Jadual 2 : Tahap Sosio-ekonomi Responden Berdasarkan jadual di atas, pekerjaan bapa responden mencatat angka tertinggi dalam bekerja dengan kerajaan iaitu sebanyak (35%) angka terendah pula adalah sebanyak (2.5%) dalam bidang swasta. Manakala bagi pekerjaan ibu responden pula angka tertinggi iaitu sebanyak (70%) mewakili suri rumah, dan angka terendah adalah dalam bidang petani dan sendiri dengan masing-masing (5%). Dari segi pendapatan pula, kebanyakan responden meletakkan sebanyak (52.5%) yang mewakili RM500-RM1000 perolehan sebulan.
Keseluruhannya responden adalah terdiri dari kalangan mereka yang taraf sosioekonomi
dipertengahan dan golongan yang sederhana berdasarkan data-data yang
diperolehi oleh penyelidik. iii.
Pendedahan responden terhadap ICT Penyertaan Kursus ICT Sebelum KUSZA
38%
62%
Ya
Tidak
Rajah 1: Menyertai kursus berkaitan teknologi maklumat sebelum memasuki KUSZA
Kepentingan teknologi maklumat dan kemahiran komputer telah lama disedari oleh kebanyakan pelajar. Oleh itu, didapati sebahagian besar daipada responden (62.5%) pernah mengikuti kursus kemahiran dan pendedahan komputer sebelum memasuki KUSZA. Kemungkinan responden telah mendapat pendedahan awal melalui pihak sekolah, ibu bapa atau rakan-rakan. Jika pelajar telah mendapat pendedahan awal, ia mungkin membantu pembelajaran mereka setelah memasuki KUSZA. Amat penting bagi seseorang pelajar mendapat pendedahan awal mengenai ICT sebelum memasuki pengajian diperingkat tinggi kerana kaedah pembelajaran di pusat pengajian tinggi amat berbeza berbanding di peringkat sekolah.
Namun demikian, penyelidik mendapati bahawa sebanyak (30%) responden tidak pernah mengikuti kursus sebelum mengikuti KUSZA dan boleh dikatakan responden tidak mendapat pendedahan awal pada peringkat sekolah. Tetapi mungkin selepas memasuki KUSZA baru mendapat pendedahan mengenai dunia ICT. Penyertaan Kursus ICT Sepanjang Pengajian Di KUSZA
10%
90% Ya
Tidak
Rajah 2: Menyertai kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat sepanjang pengajian di KUSZA Sepanjang menjalani kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan, pelajar telah didedahkan dengan kursus atau program yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi berdasarkan (90%) bersamaan 36 orang responden mengakui pernah mengikuti kursus tersebut. Namun demikian, terdapat beberapa kecelaruan dalam maklumat yang diterima daripada responden (4%) yang menyatakan bahawa tidak pernah menjalani atau mengikuti mana-mana kursus berkaitan dengan teknologi maklumat sepanjang menjalani pembelajaran di KUSZA. Namun begitu, penyelidik mendapati bahawa setiap pelajar yang mengikuti kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan di KUSZA telah diwajibkan mengambil
satu kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu, kemungkinan responden yang mengatakan tidak pernah mengikuti kursus ini semasa masih tidak mengambil kursus tersebut semasa menjawab borang soal selidik yang diedarkan kepada responden tersebut.
iv.
Lokasi penggunaan kemudahan ICT
Kajian mendapati responden mempunyai citarasa yang berlainan dalam pemilihan lokasi ketika menggunakan kemudahan ICT sepertimana yang terdapat dalam jadual berikut :
30
26
25 20 15 10
8 4
5
1
1
0 Makmal Komputer Kusza Cyber-Café Rumah Hostel lain-lain
Rajah 3 : Lokasi penggunaan kemudahan ICT Secara keseluruhannya, pelajar selalu menggunakan kemudahan ICT di makmal komputer KUSZA iaitu sebanyak (65%) atau 26 orang responden telah memilih lokasi makmal komputer KUSZA sebagai tempat yang ideal ketika menggunakan kemudahan
ICT. Ini menunjukkan KUSZA telah menyediakan kemudahan ICT untuk para pelajar demi membantu pelajar dalam pembelajaran mereka. Selebihnya telah memilih Cyber Cafe iaitu sebanyak 20%, di rumah sebanyak 10%, di hostel sebanyak 2.5% dan di lain-lain lokasi juga adalah sebanyak 2.5%. Lokasi yang dipilih oleh kebanyakan responden berkemungkinan mengikut kemudahan dari segi infrastruktur serta jarak yang berdekatan dengan asrama responden. v.
Pemilikan komputer
Pemilikan Komputer
48% 52%
Ya
Tidak
Rajah 4 : Perbandingan pelajar yang memiliki dan tidak memiliki komputer. Sebanyak (48%) menyatakan memiliki komputer dan yang selebihnya sebanyak (52%) tidak memiliki komputer peribadi. Data ini menunjukkan perbezaan tahap penggunaan ICT di kalangan pelajar yang mana pelajar yang memiliki komputer berkemungkinan lebih terdedah kepada dunia ICT berbanding dengan pelajar yang tidak memiliki komputer. Kemungkinan pelajar yang tidak memiliki komputer sendiri adalah berlatar belakangkan keadaan yang menyukarkan sama ada sebab taraf sosio-ekonomi ataupun
minat mereka sendiri. Pemilikan komputer sendiri sedikit sebanyak mempengaruhi penguasaan responden terhadap penggunaan ICT. Selain itu, pelajar yang memiliki komputer sendiri lebih mempunyai ruang masa yang banyak dalam menggunakan komputer dan pastinya ilmu berkenaan komputer atau bidang ICT yang berkaitan komputer akan lebih mudah dikuasai dan diperkembangkan berbanding pelajar yang tidak memiliki komputer.
vi.
Jenis dan perisisan komputer
Berikut adalah jadual yang berkaitan maklumat tentang jenis dan perisian yag terdapat pada komputer yang dimiliki responden. Oleh yang demikian sebanyak (52.5%) atau seramai 21 orang responden tidak terlibat dalam jadual di bawah : Perkara Tahap kelajuan pemproses komputer : Intel Pentium II Intel Pentium III Intel Pentium IV Intel Centrino Lain-lain Tiada Kategori Sistem Operasi (OS) yang digunakan : Windows 95 Windows 98 Windows ME Windows XP Tiada Kategori
Bilangan
Peratus (%)
5 3 6 1 4 21 40
12.5 7.5 15.0 2.5 10.0 52.5 100.0
1 6 4 8 21 40
2.5 15.0 10.0 20.0 52.5 100.0
Kelengkapan modem : Ya Tidak Tiada Kategori
11 7 22 40
27.5 17.5 55.0 100.0
Jadual 3 : Jenis dan perisisan komputer yang digunakan oleh pelajar. Intel Pentium II dan Windows XP masing-masing menjadi jenis pemprosesan sistem operasi asas yang paling banyak digunakan oleh para responden dalam kategori tahap kelajuan komputer dan Sistem Operasi (OS) setelah mencatat angka yang tinggi. Namun begitu, ia juga berkemungkinan bermaksud responden tidak mementingkan kelajuan komputer mereka kerana hanya sekadar Pentium II yang nyata tidak setanding dengan Pentium IV dalam aplikasinya. Penggunaan perkakasan modem juga satu cara pengaliran ICT kepada responden. Modem adalah peralatan untuk menghubungkan manusia dengan dunia luar melalui program internet. Oleh yang demikian, merujuk kepada jadual diatas, kebanyakan responden mempunyai kelengkapan modem dalam komputer mereka iaitu sebanyak (27.5%) bersamaan 11 orang responden. Jelas disini menunjukkan bahawa perkembangan ICT boleh dilihat melalui jenis dan perisian komputer yang digunakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai kelengkapan komputer yang canggih menunjukkan bahawa pelajar tersebut mempunyai cakna terhadap perkembangan ICT dalam pembelajaran mereka. vii.
Kekerapan penggunaan kemudahan ICT
Jadual di bawah menunjukkan kekerapan responden terhadap penggunaan kemudahan ICT dalam seminggu : Perkara
Bilangan
Peratus (%)
(Chit-Chat) Tidak pernah Kadang-Kadang Selalu (Web Pendidikan) Tidak pernah Kadang-Kadang Selalu (Web Arabic) Tidak pernah Kadang-Kadang Selalu (E-Mail) Tidak pernah Kadang-Kadang Selalu (Internet) Tidak pernah Kadang-Kadang Selalu
20 17 3 40
50.0 42.5 7.5 100.0
3 27 10 40
7.5 67.5 25.0 100.0
7 29 4 40
17.5 72.5 10.0 100.0
11 23 6 40
27.5 57.5 15.0 100.0
4 17 19 40
10.0 42.5 47.5 100.0
Jadual 4 : Kekerapan penggunaan kemudahan ICT Berikutan daripada data yang telah dikutip dari responden terhadap kekerapan penggunaan kemudahan ICT dalam seminggu, penyelidik telah mendapati bahawa ratarata responden hanya kadang-kadang sahaja menggunakan kemudahan ICT ini dalam seminggu. Berikutan itu juga terdapat juga responden yang tidak pernah menggunakan kemudahan ICT ini iaitu sebanyak (10%) daripada keseluruhan responden. Kemudahan yang paling kerap digunakan oleh responden adalah Internet (47.5%) dan diikuti dengan pelayaran laman Web Pendidikan. Jelas disini menunjukkan bahawa responden banyak mencari maklumat melalui Web Pendidikan. Namun begitu, penyelidik mendapati bahawa responden kadang-kadang sahaja menggunakan laman Web Arabic ini
dalam pembelajaran. Oleh yang demikian, ia menunjukkan bahawa responden jarang mencari maklumat untuk mata pelajaran bahasa Arab melalui Web Arabic. Angka paling kecil bagi kekerapan ‘Selalu’ adalah bagi penggunaan ‘Chit-Chat’ iaitu sebanyak (7.5%) sahaja manakala, angka terbesar adalah bagi penggunaan Internet dengan angka (47.5%). Bagi kekerapan ‘Kadang-Kadang’ pula, angka terkecil adalah bagi Internet dan ‘Chit-Chat’ dengan masing-masing sebanyak (42.5%) dan angka terbesar pula adalah bagi Web Arabic dengan catatan sebanyak (72.5%). Yang terakhir adalah kekerapan ‘Tidak Pernah’ di mana, kekerapan yang terendah adalah Web Pendidikan dengan catatan angka (7.5%) dan yang tertinggi adalah ‘Chit-Chat’ sebanyak (50%). Justeru itu, penyelidik mendapati bahawa rata-rata pelajar kurang menggunakan perkhidmatan ICT ini. Oleh yang demikian, para pelajar kurang mendedahkan diri dengan dunia berteknologi dan boleh menjejaskan status sebagai bakal guru yang perlu kepada pengetahuan teknologi untuk mendidik anak bangsa. viii.
Tujuan utama penggunaan perkhidmatan ICT
5%
13%
35%
37% 10% E-mail
Internet
Bermain game
Menyiapkan tugasan
Lain-lain
Rajah 5 : Perkhidmatan utama penggunaan komputer Jadual di atas menunjukkan pemilihan perkhidmatan yang diutamakan oleh responden ketika menggunakan komputer. Sebanyak (37.5%) daripada responden yang telah mengutamakan perkhidmatan internet, diikuti dengan menyiapkan tugasan, (35%). Perkhidmatan yang lainnya adalah e-mail (5%), bermain game (4%), dan lain-lain tugasan (2%). Pelajar
lebih
menumpukan
kepada
penggunaan
internet
sahaja.
Besar
kemungkinan pelajar hanya mengetahui perkhidmatan ICT adalah internet sahaja. Padahal internet hanyalah salah satu daripada komponen ICT. Oleh yang demikian, tujuan pelajar menggunakan ICT dalam pembelajaran adalah lebih tertumpu kepada internet semata-mata dan jarang menggunakan kemudahan ICT yang lain.
ix.
Tujuan penggunaan kemudahan internet
5%
10%
23%
57% 5%
Mencari bahan rujukan
Bermain game
Mencari sesuatu maklumat terbaru
Untuk hiburan
Lain-lain
Rajah 6 : Tujuan utama penggunaan Internet. Daripada data yang dikumpulkan, penyelidik mendapati bahawa tujuan utama penggunaan internet adalah
mencari bahan rujukan untuk pembelajaran. Oleh yang
demikian, pelajar hanya menggunakan internet hanya untuk pembelajaran sahaja. Hanya segelintir sahaja pelajar yang mencari sesuatu maklumat baru sama ada menambah pengetahuan atau sekadar hiburan sahaja. Jelas disini para pelajar kurang meneroka maklumat yang terdapat dalam kemudahan ICT ini. Justeru itu, statistik menunjukkan tujuan utama ketika menggunakan Internet oleh responden. Sebanyak (65.0%) daripada responden lebih menjurus dalam pencarian bahan rujukan, diikuti dengan pencarian maklumat baru iaitu, sebanyak (27.5%), bermain game sebanyak (5.0%), dan lain-lain tujuan sebanyak (2.5%).
x.
Tujuan penggunaan e-mail Tujuan Penggunaan
Menyebarkan maklumat Berinteraksi dengan pensyarah Berhubung dengan rakan-rakan Mencari sumber subjek pembelajaran Lain-lain Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
4 2 23 5 6 40
10.0 5.0 57.5 12.5 15.0 100.0
Jadual 5 : Tujuan utama penggunaan e-mail
E-mail merupakan salah satu perhubungan komunikasi ICT yang telah lama wujud untuk kemudahan semua manusia. E-mail merupakan surat elektronik yang paling pantas dihantar dan diterima oleh seseorang individu. Oleh yang demikian itu, daripada dapatan kajian, sebahagian besar pelajar menggunakan e-mail adalah untuk berhubung dengan rakan-rakan sahaja. Oleh itu, pelajar tidak pernah berhubung dengan pensyarah dengan menggunakan e-mail. Kemungkinan pelajar jarang berurusan dengan pensyarah masing-masing dan sekadar berhubung dalam dewan kuliah sahaja. Berikutan dari itu, data di atas menunjukkan statistik tujuan utama terhadap penggunaan E-mail oleh responden. Sebanyak (57.5%) daripada responden lebih senang dalam menggunakan khidmat e-mail untuk berhubung dengan rakan-rakan berbanding dengan lain-lain penggunaan. Ini terbukti apabila penggunaan-penggunaan lainnya mencatat angka yang sedikit iaitu, dalam menyebarkan maklumat hanya mencatat angka sebanyak (10.0%), manakala bagi berinteraksi dengan pensyarah pula hanya (5.0%),
pencarian sumber bagi sesuatu subjek pula mencatat (12.5%) dan bagi lain-lain tujuan sebanyak (12.5%).
Jadual seterusnya (11–15) menyatakan kesedaran responden terhadap isu yang dibangkitkan berkenaan dengan bidang ICT dalam pembelajaran. xi.
Kesedaran terhadap kemahiran dalam penggunaan ICT Kesedaran Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
20 19 1
50 47.5 2.5
40
100
Jadual 6 : Mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk menggunakan ICT secara berkesan Jadual di atas menyatakan sebanyak (72.5%) responden mengatakan tidak pasti terhadap pernyataan bahawa mereka mempunyai kemahiran yang secukupnya untuk menggunakan ICT secara berkesan. Ini membuktikan bahawa pengetahuan serta penggunaan ICT di kalangan pelajar Bahasa Arab Dengan Pendidikan, semester (6), KUSZA masih lagi di peringkat yang tidak memuaskan. Para pelajar masih lagi terawang-awangan dalam mengaplikasikan kemudahan ICT dengan tujuan yang betul disebabkan tidak pasti tahap kemahiran dalam diri berkenaan penggunaan ICT. Ini dijelaskan lagi apabila hanya (15%) ataupun seramai 6 orang responden sahaja yang yakin dan bersetuju memiliki kemahiran yang secukupnya tentang penggunaan ICT.
xii.
Kesedaran terhadap pengetahuan asas ICT Kesedaran Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
23 13 4
57.5 32.5 10
40
100.0
Jadual 7 : Mengetahui pengetahuan asas dalam ICT dan ingin mempelajari dengan lebih mendalam Sebanyak 82.5% dari kalangan responden menyatakan bersetuju mengetahui pengetahuan asas dan ingin mempelajari dengan lebih mendalam berkenaan bidang ICT. Ini menunjukkan bahawa sepertimana perkaitan fakta yang ditunjukkan dalam jadual 11, kebanyakan responden hanya memiliki pengetahuan asas dan menyatakan minat bagi mendalami dengan lebih khusus berkenaan bidang ICT. Manakala selebihnya iaitu sebanyak (17.5%) menyatakan tidak pasti. Selain itu, keseluruhannya mengetahui pengetahuan asas ICT dan tidak ada seorang responden pun yang tidak bersetuju. xiii.
Kesedaran manafaat ICT terhadap pembelajaran Bahasa Arab Kesedaran Setuju Tidak Pasti
Bilangan
Peratus (%)
23 16
57.5 40.0
Tidak Setuju Jumlah
1
2.5
40
100.0
Jadual 8 : ICT memberi manfaat dalam pembelajaran Bahasa Arab Kemudahan bagi penggunaan ICT boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran jika digunakan dengan baik. Oleh disebabkan pelajar yang mengambil kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan di KUSZA lebih banyak diterapkan dengan subjek yang mengutamakan bahasa Arab, maka wajarlah pelajar-pelajar tersebut didedahkan pula dengan penggunaan ICT bagi memberi manfaat dalam memajukan pembelajaran Bahasa Arab mereka. Sebanyak (57.5%) menyatakan setuju bahawa ICT memberi manfaat dalam pembelajaran Bahasa Arab, manakala sebanyak 40% menyatakan tidak pasti dan 2.5% lagi menyatakan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. xiv.
Kesedaran motivasi pelajar dengan penggunaan ICT Kesedaran Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
20 19 1
50 47.5 2.5
40
100
Jadual 9 : ICT mampu memotivasikan untuk belajar
Kaedah pembelajaran yang pelbagai akan lebih membantu pelajar dalam memotivasikan diri dan lebih membuatkan pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam memajukan pembelajaran mereka. Penggunaan ICT adalah salah satu
cabang kemudahan dalam membantu meningkatkan prestasi pembelajaran selain mengikut arus teknologi masa kini. Sebanyak (50%) dari kalangan responden bersetuju dengan pernyataan bahawa penggunaan ICT mampu memotivasikan pelajar untuk memajukan pembelajaran mereka. Sebanyak (47.5%) dari responden pula menyatakan tidak pasti dan selebihnya iaitu, sebanyak (2.5%) menyatakan tidak bersetuju. Fakta tersebut membuktikan bahawa kebanyakan responden yakin bahawa pembelajaran mereka dapat dimajukan dengan penggunaan kemudahan ICT.
xv.
Kesedaran ICT dalam kaedah pembelajaran Kesedaran Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Jumlah
Bilangan
Peratus (%)
23 13 4
57.5 32.5 10
40
100.0
Jadual 10 : Penggunaan ICT lebih berkesan berbanding pembelajaran tradisonal Peredaran arus teknologi masa kini turut mengundang perubahan dalam bidang pendidikan di mana teknik pengajaran dan pembelajaran telah berubah berbanding masa dahulu. Kaedah pembelajaran secara tradisional tidak lagi berapa digunakan oleh para pelajar sekarang, sebaliknya cara yang lebih efektif dan moden lebih banyak digunakan seperti kemudahan ICT yang dilihat banyak memberi manfaat terhadap sistem pembelajaran. Seramai 23 orang responden bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam pembelajaran lebih berkesan berbanding secara pembelajaran tradisional.
Namun demikian, masih terdapat yang kabur dengan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Pelajar ini kemungkinan masih lagi kabur cara pembelajaran moden dan pembelajaran tradisional iaitu sebanyak (32.5%) tidak pasti dengan penyataan ini. Manakala sebanyak (10%) atau seramai 4 orang responden yang tidak bersetuju dan ia menunjukkan pelajar ini tidak sedar tentang penggunaan ICT dalam pembelajaran. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati bahawa para pelajar kurang menggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran dan kurang kesedaran mengenai penggunaan ICT. Pelajar masih lagi kabur mengenai konsep ICT dalam pembelajaran dan tidak pernah untuk mengambil berat dalam perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini dalam pembelajaran harian mereka. Justeru itu, pelajar perlu meneroka bidang teknologi ini untuk masa depan sebagai bakal pendidik.
BAB 5
PEBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
Pendahuluan Dalam menuju era Wawasan 2020, masyarakat di negara ini khususnya masyarakat Melayu perlu meningkatkan taraf hidup mereka serta memajukan kemampuan mereka dari segala aspek sama ada dari segi teknologi, ekonomi ataupun sosial setaraf dengan bangsa-bangsa lain agar dipandang tinggi di mata dunia. Oleh yang demikian, semua aspek tersebut akan hanya tercapai jika masyarakat kita mempunyai
ilmu yang secukupnya dan memiliki kemajuan dalam aspek pendidikan.
Kemajuan
dalam bidang pendidikan masa kini selari dengan perkembangan pantas sistem teknologi dan maklumat yang mana mula bertapak di negara dan mula bertumbuh dengan hebat bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ada saja perkembangan dalam bidang tersebut yang diperkenalkan kepada masyarakat, bermula dengan pengenalan sistem internet hinggalah teknologi canggih telefon bimbit yang sudah mula diguna pakai oleh semua peringkat umur bermula golongan kecil hingga dewasa mahupun golongan kebanyakan hinggalah golongan berada.
Semua lapisan masyarakat mula menerima kemajuan teknologi
tersebut dalam kehidupan mereka dan masing-masing tidak mahu ketinggalan serta saling berlumba-lumba memiliki teknologi yang terbaru. Maka, selayaknya dalam bidang pendidikan juga diberi penerapan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi agar dapat meningkatkan taraf ilmiah masyarakat kita. Dalam membincangkan aspek teknologi maklumat dan komunikasi tersebut, seharusnya jangan dibelakangkan soal pecahan teknologi tersebut dan cara bagaimana mengaplikasikannya dalam bidang pendidikan serta impak yang akan dihadapi selaras dengan penggunaannya. Jika dilihat secara realitinya, perkembangan sistem pendidikan di negara ini bermula dari Institut Pengajian Rendah sehingga Institut Pengajian Tinggi, semuanya mula menampakkan penerampilan dalam mengubah suasana pembelajaran pelajarnya agar tampil sebagai pelajar berwawasan dan berinovatif dalam bidang pendidikan. Selain itu aspek pengajaran dalam bidang pendidikan juga tidak harus lari dari perkembangan teknologi tersebut. Ini kerana, pengajaran yang efektif mengikut arus zaman akan memberi impak yang baik terhadap pembelajaran pelajar. Jika kaedah
pengajaran masih lagi di peringkat tradisional dan tidak berkembang, maka hancurlahlah harapan untuk melihat pembelajaran yang mengikut arus masa dan seterusnya, pelajar yang menjadi pelapis masyarakat akan ketinggalan dan hanyut berbanding dengan bangsa di negara-negara luar. Ini akan menyekat kemajuan pantas yang harus ditempuhi oleh negara kita supaya setanding atau melebihi negara-negara yang memiliki kemajuan yang besar di mata dunia. Berdasarkan situasi di atas satu kajian telah dijalankan bagi mengetahui dan mengenal pasti tahap kemajuan sistem teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terdapat pada pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Untuk itu, pelajarpelajar semester (6) yang mengikuti kursus Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan telah dijadikan responden bagi menjawab semua persoalan yang berkaitan. Selain itu responden yang dipilih juga adalah begitu ideal dan bertepatan dalam aspek pembelajaran dan pengajaran memandangkan mereka adalah bakal guru yang akan mendidik anak bangsa suatu hari nanti.
Perbincangan Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesedaran penggunaan ICT di kalangan pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester 6 di KUSZA di samping aspek pengetahuan, tujuan dan kesannya dalam pembelajaran. Hasil dari kajian yang telah dijalankan akan dibincangkan satu persatu berdasarkan objektif kajian sebagaimana yang telah dicatat dalam bab 1 terdahulu. Perkara-perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :-
i. Pengetahuan responden tentang ICT dan aplikasinya dalam proses pembelajaran. ‘Ilmu tanpa amal adalah ibarat pohon tidak berbuah’. Perumpamaan tersebut adalah berkaitan tentang apa jua yang kita lakukan mestilah berbekalkan ilmu dan jikalau ilmu penuh di dada tapi tidak diguna akan menjadi sia-sia. Dalam konteks pembelajaran, kita seharusnya mempelbagaikan cara serta kaedah bagi memajukannya. Sebagai salah satu alternatif, ICT mampu dimanfaat sepenuhnya untuk kebaikan dalam mempelbagai skill dalam pembelajaran. Oleh itu, salah satu objektif yang ditekankan oleh penyelidik terhadap resonden adalah mengetahui sejauh manakah pengetahuan responden dalam bidang ICT serta bagaimanakah mereka dapat mengaplikasikan ICT dalam proses pembelajaran. Berdasarkan maklumat yang diterima oleh penyelidik, pengetahuan responden masih lagi di peringkat asas dalam berkenaan ICT pada awalnya. Namun begitu, responden kebanyakannya telah didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan ICT sebelum memasuki KUSZA dan ketika mengikuti program Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan di KUSZA. Ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan responden dalam bidang tersebut. Dalam penggunaan ICT bagi, dari aspek penggunaan komputer atau Internet keseluruhannya, responden dilihat banyak tertumpu bagi tujuan pembelajaran iaitu, sebagai tempat untuk mencari rujukan, dan bagi menyiapkan tugasan. Namun begitu, bagi penggunaan e-mail pula, responden tidak menggunakan sepenuhnya perkhidmatan tersebut sebagai pemangkin dalam menyebarkan sumber pembelajaran atau tempat berkongsi ilmu pengetahuan. Namun begitu lain pula situasinya bagi kekerapan responden yang menunjukkan keseluruhannya bahawa mereka hanya kadang-kadang
melayari laman web berkaitan dengan pendidikan. Walaupun mereka bertumpu dengan tujuan bagi hal yang berkaitan dengan pembelajaran tetapi, ia terbatas dengan penggunaan minima yang ditunjukkan. Dapat dinyatakan di sini bahawa responden masih lagi dalam tahap minima dalam mengaplikasikan kemudahan ICT dalam memajukan aspek pembelajaran mereka. Keadaan sebegini tercetus berkemungkinan kebanyakan responden masih lagi kaku dalam penerokaan terhadap ICT. Kekurangan terhadap pengetahuan dalam bidang ICT boleh menjejaskan masa depan responden yang mana perubahan teknologi akan mengikuti masa. Sebagai bakal pendidik, responden perlu menguasai bidang ICT secukupnya sebagai pelengkap diri ke arah era globalisasi untuk mendidik anak bangsa.
ii. Tahap kepenggunaan ICT responden tidak bersesuaian dengan tahap pendidikan mereka. Tahap penerimaan dan kepenggunaan terhadap sesuatu perkara akan berubah dan berlainan bergantung kepada faktor usia dan perkembangan minda penggunanya. Begitu jua dalam kepenggunaan terhadap ICT di mana bagi penggunanya yang sudah di peringkat dewasa sepatutnya berjaya mengaplikasikannya dengan lebih hebat berbanding penggunanya yang lebih muda berbanding mereka. Dalam kajian yang telah dijalankan, penyelidik mendapati bahawa tahap kepenggunaan ICT responden amat lemah serta tidak bersesesuaian dengan taraf
pendidikan mereka sebagai pelajar diploma. Tambahan lagi, mereka bakal bergelar guru dan akan menamatkan pengajian mereka dalam kursus perguruan. Setelah itu, mereka akan diletakkan segunung harapan bagi mendidik anak bangsa dalam mengharungi dunia pendidikan dengan kaedah pengajaran yang terkini. Namun begitu, sikap tidak mengambil cakna dalam kepenggunaan ICT akan melemahkan tahap pengajaran mereka dan bersalahan dengan saranan yang menekankan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan. Selain itu, akibat dari kelemahan pelajar terhadap kepenggunaan ICT akan menjejaskan nama baik institut yang akan dianggap melahirkan bakal guru yang lemah serta mundur dalam teknik pengajaran terkini. Apa yang harus ditekankan di sini adalah apakah faktor-faktor yang menyebabkan para responden gagal dalam mengaplikasikan ICT agar dapat digunakan bagi membantu pembelajaran selanjutnya membantu meningkatkan ‘skill’ pengajaran yang dipelajari mereka sepanjang menjalani kursus di KUSZA.
iii. Penggunaan ICT boleh meningkatkan prestasi pembelajaran responden Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya bijak dalam mempelbagaikan ‘skill’ dan teknik dalam meningkatkan mutu pelajaran. ICT merupakan salah satu cabang teknik dalam memajukan pembelajaran seseorang. Oleh itu dalam bab ini, seharusnya tidak dipinggirkan tentang kesan disebalik penggunaan ICT dalam pembelajaran. Sepertimana maklumat yang diperolehi berdasarkan fakta yang diberi oleh responden,
penyelidik
mendapati
keseluruhan
responden
menyatakan
bahawa
penggunaan ICT dapat meningkatkan ‘skill’ serta memberikan manfaat dalam pembelajaran mereka. Ini menunjukkan penggunaan ICT masa kini amat penting dalam memberikan kemudahan bagi pelajar untuk memajukan pembelajaran mereka selain menjadikan sistem dan teknik pembelajaran bertambah efektif dan kreatif.
Rumusan Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah berkembang di negara kita sejak sekian lama. Malah kewujudannya dalam semua aspek dan sektor dalam membangunkan negara ini memang tidak diragui lagi. Kepentingannya mula dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Adapun, terdapat segelintir di kalangan masyarakat kita telah menyalahgunakan kemudahan yang ada dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, dan ada pula yang hanya menggunakan ICT dengan satu tujuan sahaja tanpa mengetahui pengaplikasiannya yang boleh didapati dalam aspek lain. Malah lebih menyedihkan, terdapat segelintir golongan yang langsung tidak menyedari kepentingan ICT tambahan lagi tiada inisiatif yang diambil untuk mengetahui tentang bidang ICT.
Berdasarkan penyelidikan yang telah dibuat, penyelidik dapat membuat rumusan berkenaan tahap kesedaran terhadap kepenggunaan ICT dalam pembelajaran di kalangan pelajar Diploma Bahasa Arab Dengan Pendidikan Semester 6 di KUSZA. Tahap kesedaran terhadap kepenggunaan ICT di kalangan kebanyakan responden masih lagi di peringkat rendah dan mereka masih lagi di peringkat amatur dalam mengaplikasikan kemudahan terhadap penggunaan ICT bagi membantu mereka dalam pembelajaran.
Cadangan Susulan isu yang timbul berdasarkan keseluruhan kajian yang telah dibuat berkenaan tentang tahap kesedaran responden terhadap kepenggunaan ICT dalam pembelajaran mereka, penyelidik telah menggariskan beberapa langkah serta cadangan bagi memantap serta memperkukuh lagi tahap penggunaan ICT bagi pihak responden agar mereka menyedari kepentingannya dalam pembelajaran mereka. Antara cadangancadangannya ialah:-
Cadangan kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) i.
Memupuk tabiat penerokaan dalam dunia ICT Sebagai seorang penuntut di pusat pengajian tinggi, seseorang pelajar haruslah
mempunyai
tahap pengetahuan ICT yang setaraf dengan tahap pendidikan mereka.
Tambahan lagi mereka adalah hasil pengeluaran daripada sebuah pusat pengajian yang terkenal dalam Malaysia, tidak wajarlah jika mereka ini tidak tahu sesuatu pun mengenai ICT kerana ia boleh dianggap ketinggalan dalam mengejar dunia berteknologi. Oleh itu, cara yang terbaik untuk membuka fikiran dan pengetahuan mereka adalah dengan memupuk tabiat penerokaan mengenai dunia ICT. Seperti mana yang kita ketahui bahawa ruang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sangat luas dan dianggap ruang perhubungan tanpa sempadan. Oleh kerana ruang yang tersedia wujud ini sangat luas, maka ia perlu diterokai untuk mengetahui perkembangan terbaru yang muncul dalam dunia ICT. Dengan penerokaan ini, para pelajar dapat menambah dan mengaplikasikan pengetahuan ICT yang semakin berkembang tanpa batasan. Penerokaan ini akan
membantu
pelajar
untuk
memperkembangkan
pemikiran
yang
telus
dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan selepas tamat pengajian masing-masing. Pelajar yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi atau ICT ini akan memudahkan mereka untuk mensesuaikan diri dengan dunia luar apabila mereka mempuyai bidang kerjaya masing-masing. Oleh itu, dengan pengetahuan yang mencukupi para pelajar ini tidak mempunyai sebarang masalah dan halangan dalam penggunaan kemudahan ICT dalam dunia kerjayanya. Oleh yang demikian itu, cara penerokaan adalah terserah kepada para pelajar sendiri sama ada melalui pembacaan, penggunaan kemudahan ICT seperti internet, email, penggunaan alat komunikasi yang terkini dan lain-lain. Justeru itu, pelajar haruslah mengambil cakna terhadap sesuatu maklumat terbaru dalam dunia ICT agar membolehkan pengetahuan dalam bidang ini sentiasa berkembang mengikuti arus perdana. ii.
Menggunakan kemudahan ICT setiap masa dan tempat Kemudahan adalah pembuka ruang kepada pengaplikasian ICT yang telah
disediakan untuk kemudahan pelajar disamping pelajar sendiri yang menyediakan kemudahan tersebut untuk penggunaan peribadi atau lain-lain. Apa yang dicadangkan disini adalah supaya para pelajar sentiasa menggunakan kemudahan ini tidak mengira waktu dan tempat. Kemudahan ICT sangat banyak dan kepenggunaanya boleh merangkumi setiap aspek dalam pembelajaran seperti mencari bahan rujukan, meyiapkan tugasan, berinteraksi dengan rakan-rakan atau pensyarah dan lain-lain. Penggunaan ICT adalah untuk memudahkan pelajar dalam pengurusan diri, masa, belajar dan lain-lain.
Oleh itu, pelajar yang kurang menggunakan ICT boleh dikatakan kurang bijak dalam pengurusan masa dan pembelajaran. Sebagai contoh, dalam mencari sesuatu bahan rujukan, pelajar yang menggunakan internet lebih cepat mendapat bahan rujukan berbanding pelajar yang mencari rujukan dengan memilih sebuah demi sebuah buku di perpustakaan. Justeru itu, dengan menggunakan kemudahan ini pelajar boleh menjimatkan masa serta mendapat lebih banyak maklumat yang ada dalam dunia ICT tanpa wujud sebarang batasan. Tambahan lagi, kemudahan yang ini semakin berkembang kewujudannya dan boleh didapati di merata-rata tempat. Berikutan daripada itu, pelajar harus membuka mata dan fikiran seluas-luasnya dalam pengaplikasian ICT agar sentiasa memenuhi ruang pegetahuan ICT yang ada serta menjadikan pelajar mahir dalam penggunaan ICT dalam semua aspek kehidupan. Ia bertujuan supaya pelajar dapat membina konsep kendiri dalam menguasai bidang ICT untuk pembelajaran. Kepenggunaan kemudahan ICT ini haruslah diaplikasikan oleh pelajar tanpa ada sifat takut dan malu agar perkembangan selari dengan tahap pembelajaran pelajar.
iii.
Peka terhadap kewujudan dan perkembangan maklumat dalam dunia ICT Penyebaran maklumat di seluruh dunia sentiasa berubah-ubah mengikuti arus
teknologi. Pelajar haruslah peka terhadap dengan penyebaran dan perkembangan
maklumat ini untuk menjatikan diri dengan pengetahuan yang baru. Perkara ini dapat menambahkan pengetahuan dan mendekatkan diri pelajar dengan dunia ICT. Jika perkara tersebut dapat dipupuk, konsep kendiri pelajar akan terbina dalam diri mereka tanpa ada bantuan hanya sekadar sokongan. Begitu juga dengan pemikiran, ia membantu pemikiran pelajar menjadi sensitif dan kreatif terhadap penyebaran maklumat yang baru sekaligus membentuk sikap kecaknaan dalam pembelajaran. Pelajar yang mempunyai kepekaan yang tinggi dalam sebaran maklumat berteknologi juga mampu membina minda yang informatis dan kritis serta mencapai matlamat sebuah negara yang berubah ke arah kemajuan berteknologi. Pencaknaan dalam ruang komunikasi juga membantu pelajar merapatkan jurang perhubungan dengan dunia luar tanpa ada halangan. Justeru itu, pelajar haruslah mencaknakan diri dalam sebaran maklumat dan komunikasi digital setiap masa agar sentiasa berkembang dari segi minda dan pemikiran yang intelek dan informen untuk mencapai objektif sebagai seorang insan yang kamil. Mengikuti arus perkembangan maklumat sangat penting untuk membantu pelajar dalam pengurusan pembelajaran agar menjadi pelajar yang berjaya dan berkebolehan dalam semua aspek kehidupan untuk mencapai Wawasan 2020.
Cadangan kepada pihak pensyarah Bagi membantu pelajar supaya lebih banyak menggunakan khidmat ICT dalam pembelajaran mereka, para pensyarah juga memainkan peranan yang penting. Antara langkah yang boleh disarankan kepada pihak pensyarah adalah seperti :-
i.
Memberikan tugasan yang menggunakan kemudahan ICT Para pensyarah seharusnya lebih banyak memberikan tugasan yang menjurus
kepada penggunaan ICT seperti memerlukan pencarian bahan dalam Internet, penghantaran kerja khusus melalui E-mail dan sebagainya. ii.
Menekankan teknik pengajaran yang berdasarkan kemudahan ICT Selain memberikan tugasan yang berkaitan dengan kemudahan ICT, pensyarah juga perlu meningkat mutu pengajaran mereka terhadap pelajar, seperti menggunakan kemudahan ‘Microsoft Power Point’ atau perisian yang berlatarkan ICT dalam kuliah mereka.
Cadangan kepada pihak pentadbir KUSZA Untuk pihak pentadbir kolej pula, penyelidik menyarankan agar memberikan perkhidmatan yang lebih efektif dan berpatutan kepada pelajar dalam bidang ICT. Khidmat yang disediakan dalam makmal komputer dilihat masih belum mencukupi kepada pelajar. Ini kerana penggunaan komputer dan Internet di makmal tersebut telah dimonopoli oleh golongan pelajar yang mengambil program IT. Manakala pelajar-pelajar lain pula terus terhimpit dan terpaksa menunggu sehingga mendapat masa yang sesuai. Di tempat kediaman pelajar pula, pihak pentadbir harus menyediakan perkhidmatan ICT dengan selengkapnya seperti menyediakan kemudahan teknologi jalur lebar dan sebagainya.
Penutup
Secara keseluruhannya, pengetahuan dan penggunaan ICT di kalangan pelajar masih lagi ditahap yang rendah dan boleh dikatakan pelajar langsung tidak sedar kewujudan ICT yang boleh membantu pembelajaran mereka. Kurangnya penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh menyebabkan pelajar ketinggalan dalam dunia ICT dan berupaya menjejaskan profil diri sebagai seorang bakal pendidik. Tahap kemampuan dan pengaplikasian ICT juga masih ditahap yang rendah. Kurangnya penggunaan kemudahan ICT dalam pembelajaran boleh membataskan pelajar kepada persediaan kognitif pelajar untuk menerima perubahan yang drastik dalam dunia ICT. Cabaran pada masa sekarang ini sangat kuat sehinggakan manusia berlumba-lumba dalam
memperkembangkan
dan
menambah
pengetahuan
ICT
dengan
mengaplikasikannya sama ada dalam bentuk penggunaan atau penerokaan maklumat yang baru. Selain itu, ketidakwujudan kesedaran terhadap penggunaan ICT dalam pembelajaran
juga
boleh
membantutkan
perhubungan
dan
kestabilan
dalam
pembelajaran. Pelajar yang masih lagi tidak faham mengenai konsep ICT yang sebenarnya. Perkara ini boleh menyebabkan pelajar ketinggalan dalam dunia siber ini. Tambahan lagi ia boleh menjejaskan profesyen sebagai pendidik yang mana kita perlu sedari bahawa untuk mendidik anak bangsa haruslah mepunyai pengetahuan yang secukupnya dalam pelbagai aspek termasuklah aspek teknologi maklumat.
RUJUKAN
Ahmad Basri Hasyim (1999), Pendidikan Dalam Internet, Utusan Publications & Distributors Snd Bhd, Kuala Lumpur. Blurton, C., New Directions Of ICT-Use In Education, (Online) (Cited On 6 July 2004), Available From : . Ding Chong Ming (1997), Kerajaan Elektronik Dalam Persekitaran Internet, Dewan Budaya, Mei 1997, Kuala Lumpur. Fatimah Mohd Arshad (1997), Pendidikan On-Line Melalui Komunikasi Komputer (KBK), Dewan Masyarakat, Mei 1997.
Berantarakan
Hizammnudin Awang (1997), Kaedah Pembelajaran Aktif Dengan Teknologi Maklumat, Dewan Kosmik, Ogos 1997, Mimos Berhad. Hj Hasan Hj Hamzah (1997), Kamus Ensklopedia Jilid1&2, Anzgain Snd Bhd, Shah Alam, Selangor. Mahathir Mohammad (2003), Bajet 2004: Penggalak Pertumbuhan ICT Dan Teknologi Tinggi, http://www.bajet 2004.blogspot.com/2003_09_01_bajet2004_archive.html Micheal Yoon Poh (2004), ICT Dan Peranannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia, http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm Mohd Khalit Othman, Siti Asiah Ishak (2003), Pendekatan Konsep Multimedia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran: Sorotan Kajian Ke Atas Pendidikan Tulisan Jawi Prasekolah, Jurnal Yadim, April 2003, Bil.4, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohamad bin Ibrahim (2004), ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Halatuju dan Cabaran, http:www.malaysia.net/people/rkho/kertas_sem.htm. Munir, Halimah Badioze Zaman (2000), Aplikasi Multimedia Dalam Pendidikan, Jurnal Pemikir, Januari-Mac 2000, Bil.19, Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur. Paul H. J. Hendriks (2001), Many Rivers To Cross: From Ict To Knowledge Management System. Journal Of Information Technology. Sallehudin Salim (1997), Pendidikan Dalam Teknologi Maklumat, Dewan Masyarakat, April1997.
Sarah Aziz, Abdul Ghani Aziz (2002), The Communications And Multimedia Act 1998; Of Challenges And Possible Remedies. Kertas Kerja Seminar Technology In Development. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://www.smpke.jpm.my/NewsMPKE/mainSMPKE.htm
Unit Komputer Dalam Pendidikan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2004), Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. (Jaringan Pendidikan: http://www.kdp.ppk.kpm.my 2004) Yusup Hashim (1998), Teknologi Pengajaran. Siri Pendidikan Fajar Bakti Snd Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Zoraini Wati Abas (1993), Komputer Dalam Pendidikan, Penerbit Fajar Bakti Snd Bhd, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Zoraini Wati Abas (1996), Pilih Perisian Berpendidikan, Utusan Malaysia 12 Ogos 1996.