Huraikan strategi, kaedah, teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran jawi. Pilih satu kaedah dan huraikan cara perlaksanaanya di dalam kelas.
1. PENGENALAN
Masalah penguasaan jawi di kalangan murid-murid menjadi isu hangat yang diperkatakan. Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi murid-murid yang lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian saya, didapati mereka mengalami masalah dalam banyak perkara. Antara masalah-masalahnya ialah mereka seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Jadi,persediaan secara teori dan amali membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal, pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi mencapai matlamat yang sebenar. 2. OBJEKTIF 2.1 Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan aktif dalam pelajaran. 2.2 Dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal. 2.3 Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih menarik dan menyeronokkan. 2.4 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui Seni dalam Pendidikan melalui kaedah permainan
1
KELAS PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF
•
Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurangkurangnya dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup
Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid, mudah dan tidak membebankan. Pendekatan tersebut hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan muridmurid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca dan menulis jawi.
2
KAEDAH PENGAJARAN JAWI Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.
KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN
KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN 1.
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '. Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.
3
Contoh Pelaksanaan di dalam kelas Tahun Bilangan Murid Masa Tajuk
1 Kreatif & 1 Inovatif 25 orang 60 minit Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf
Objektif
ba dan ta I. Murid boleh membaca suku kata terbuka daripada hurufl ba dan ta II. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang disambung dengan huruf vokal
Strategi Cadangan aktiviti
alif, wa dan ya
Dari mudah kepada susah Langkah 1 1.1 Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk huruf (a) Menggunakan
‘mounting
board’
(kad
imbasan) (b) Membentuk
huruf
ba
dan
ta
dengan
menggunakan plastesin 1.2 Menyebut huruf secara latih tubi, individu, jantina dan kumpulan 1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan ya 1.4 Latih tubi membaca suku kata Langkah 2 Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik 2.1 Tunjuk cara- teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu
4
sebelum aktiviti sebenar dijalankan Contoh:
بو = بوبو+ بو بو = ابو+ ا تو = باتو+ با 2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari II.2Penyelesaian
masalah-
guru
menyediakan
beberapa perkataan baru di dalam tulisan rumi. Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan kemahiran yang telah dipelajari tadi.
Langkah 3 Bermain permainan pancing ikan. Alatan: Objek ikan dikerat dua Batang pancing Kad suku kata Persediaan Objek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad manila Letakkan magnet pada ikan dan tali pancing
5
Cara permainan: •Permainan dijalankan secara berkumpulan •Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor ikan bagi membentuk perkataan •Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira sebagai pemenang.
Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari. Contohnya :
ووكل دان سوكو كات اير قاسغ مالم: إيراما ا اونتوق ابو، ا بويي اي اونتوق ايبو, اي بويى او اونتوق اوبي, او بويي
6
او سنعغ هاتيكو, اي,ا ماريله اديق ماري مغيجا دغر كورو اجر سبوت سوكو كات بتول جاغن تك باج-سبوت بتول بيل قنداي جاوي تنتو كورو وك )ا ب و )ابو( ا و ب ي )أوبي بيل سوده فهم بارو كيت اوجي.
KEKUATA N Murid tidak merasa bosan atau jemu Penglibatan daripada semua murid. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka. Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan mereka. Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
KELEMAHA N Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru. Sedikit membebankan guru menyediakan BBM. 7
Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah ini. Memerlukan peruntukan kewangan
2
KAEDAH PANDANG SEBUT
KEKUATA N Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru. Semua murid terlibat. Murid berani mencuba. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah. Mengasah potensi di kalangan murid-murid. Menambah minat membaca Al-Quran. Melahirkan kepimpinan murid.
KELEMAHA N Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini. Perancangan dan persediaan yang teliti.
8
Murid yang lemah rasa rendah diri.
KAEDAH LATIH TUBI 3.
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
KEKUATA N Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru. Keyakinan diri murid bertambah. Mengasah potensi murid-murid. Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid. Penglibatan semua murid. Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid. Menambah minat
KELEMAHA N Menghadkan kebebasan berfikir murid
9
Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiri Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti. 4)
KAEDAH IMLAK
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain. Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana.
KEKUATA N Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. Penglibatan daripada semua murid. Mengukuhkan ejaan. Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat. Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas. Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
KELEMAHA N
10
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini. Perancangan dan persediaan yang teliti. Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat mengikuti dengan baik.
KAEDAH MENGEJA
5.
KEKUATA N Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. Penglibatan daripada semua murid.
KELEMAHA N Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru. Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.
11
KAEDAH KEFAHAMAN 6.
KEKUATA N
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru. Keyakinan diri murid bertambah. Mengasah potensi murid-murid. Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid. Penglibatan semua murid. Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.
KELEMAHA N Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini semasa mengajar Jawi ini. Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti. Murid yang lemah rasa rendah diri. 12
7)
KAEDAH HURUF
KEKUATA N Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru. Semua murid terlibat. Murid berani mencuba. Keyakinan diri pelajar semakin bertambah. Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
KELEMAHA N Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini. Perancangan dan persediaan yang teliti. Murid yang lemah rasa rendah diri.
13
KAEDAH PENGAYAAN 8)
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu.
KEKUATA N Dapat mengembangkan sifat ingin tahu dalam diri murid. Mengembangkan semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka Murid dapat menggunakan masa lapang untuk memperkembang minat dan bakat mereka.
KELEMAHA N Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru. Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka buat. 14
REFLEKSI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI
Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu alternatif yang harus diberi pujian kerana ia adalah usaha murni untuk memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia. Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama dengan lebih mudah. Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang lemah, dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan kelemahannya. Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk kaedah pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Ini manyebabkan guru
15
tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat permainan juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian .Ini menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada itu peruntukan masa untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu, pada pendapat saya ia tidak mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi penulisan. Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. Bilangan murid yang ramai tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.
PENUTUP Alhamdulillah dengan keizinanNya tugasan ini dapat disiapkan. Harapan saya semoga tugasan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pembelajaran jawi yang dijalankan di sekolah.
16
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan cacat cela yang terdapat dalam folio ini.
BIBLIOGRAFI
Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran dan Kokurikulum,( 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.
17