2.0 PENGENALAN
Di Malaysia, sejarah kad kredit bermula sekitar tahun 1980-an dan dipelopori oleh bank asing seperti Standard Chartered Bank. Kemudian ianya diikuti oleh bankbank lain seperti Bank Bumiputra (sekarang dikenali sebagai CIMB), Citibank, Maybank dan lain-lain. Pada awal kemunculannya, penggunaan kad kredit hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kini, penggunaannya semakin meluas meliputi kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. (Fadillah Mansor, 2004)
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), sehingga April 2009, bilangan kad kredit dalam edaran mencapai 9.7 juta kad bagi kad utama manakala bagi kad tambahan pula mencapai 1.3 juta kad. Ini menunjukkan kad kredit yang suatu ketika dahulu dilihat begitu ekslusif dan menjadi lambang kemewahan masyarakat moden kini bagaikan tidak bernilai lagi. Apatah lagi operandi permohonannya kian dipermudahkan dengan hanya memohon melalui internet, telefon atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan transaksinya pula boleh dilakukan secara faks sahaja. Dalam masa yang singkat tidak kurang daripada 24 jam, keputusan dan status permohonan dapat diketahui. Begitu mudah sekali!
Namun begitu, dalam keghairahan masyarakat masa kini menggunakan kemudahan kad kredit terutamanya yang dikeluarkan oleh bank-bank konvensional, masih ramai di kalangan umat Islam seakan terlepas pandang terhadap hukum penggunaannya menurut perspektif Islam. Persoalan riba yang dikaitkan dengan produk kad kredit konvensional yang membelenggu pengguna-pengguna kad kredit bukanlah suatu perkara baru. Justeru, usaha Kumpulan AmBank Berhad dalam memperkenalkan kad kredit Islam berlandaskan syariah yang pertama di Malaysia pada tahun 1996 adalah sangat tepat. Kad kredit yang dinamakan al-Taslif iaitu bermaksud kontrak penjualan barangan secara pembayaran ansuran ini juga merupakan kad kredit Islam yang pertama di Asia Tenggara dan di dunia amnya. Pengeluaran kad kredit ini sejajar dengan desakan dan kehendak masyarakat khususnya umat Islam pada hari ini yang memerlukan alat transaksi yang mampu menawarkan perkhidmatan kredit berasaskan kehendak syarak. 24
2.1
PENGERTIAN KAD KREDIT
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan kredit bermaksud kemudahan
membayar
terkemudian
daripada
penerimaan
barang
atau
penangguhan pembayaran bagi barang yang dibeli. Manakala kad kredit pula didefinisikan sebagai kad yang menunjukkan keterangan seperti nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yang membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian sesuatu barangan, perkhidmatan dan sebagainya secara kredit.
Dalam Bahasa Arab, perkataan kad kredit diistilahkan sebagai Bitaqah alItman atau Bitaqah al-I’timad. Manakala pengertian kad kredit yang dipersetujui dalam Majma’ Al-Fiqh Al-Islami ialah satu akuan yang dikeluarkan oleh satu pihak pengeluar kepada seseorang individu atau badan tertentu berdasarkan akad yang dilakukan antara kedua-dua pihak tersebut bagi membolehkan pihak kedua membeli barangan atau mendapat perkhidmatan dari pihak yang menerima akuan tanpa perlu membuat bayaran secara tunai berdasarkan jaminan dari pihak pengeluar akuan.
Mengikut seksyen 14 (1), Akta Kredit Pelanggan 1974 atau Consumer Credit Act 1974, kad kredit didefinisikan sebagai kad, cek, baucer, kupon, setem, buku kecil atau dokumen atau barang lain yang diberikan kepada seseorang individu iaitu pemegang kad, dengan perkara-perkara di atas, pemegangnya mempunyai kuasa untuk mendapatkan tunai, barangan atau perkhidmatan secara kredit. Manakala pihak yang memberi kemudahan kredit akan memperolehi pembayaran daripada pihak ketiga iaitu syarikat pengeluar kad yang sebelum itu telah membuat perjanjian dengan pihak pengguna atau pemegang kad.
Kesimpulannya, kad kredit dapat difahami sebagai kad yang membolehkan pemegangnya memperolehi barangan, perkhidmatan dan wang tunai melalui kontrak dan perjanjian yang dipersetujui antara pemegang kad dan syarikat pengeluar kad berdasarkan syarat-syarat tertentu melalui pengeluar kad kredit utama seperti MasterCard atau VISA, pemegang kad dibenarkan melakukan transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan secara kredit iaitu salah satu kaedah pembayaran alternatif selain pembayaran secara tunai atau cek. 25
2.2
JENIS-JENIS KAD KREDIT
Menurut Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan (2002), kad kredit terbahagi kepada dua jenis iaitu kad kredit bayaran bulanan atau kad caj (charge card) dan kad kredit bayaran beransur atau kad kredit (credit card). Kedua-dua kad tersebut mempunyai peraturan dan tatacara penggunaan yang sedikit berlainan. Peraturan dan tatacara penggunaan bagi setiap jenis kad adalah seperti berikut:
a. Kad Kredit Bayaran Bulanan atau Kad Caj (Charge Card)
Kad caj ialah kad bayaran dengan had perbelanjaan yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan digunakan untuk membuat bayaran bagi sebarang perkhidmatan ataupun barangan yang dibeli daripada peniaga yang mempamerkan jenama kad caj pemegang kad sama ada di dalam atau luar negara. Di Malaysia, kad caj yang dikeluarkan adalah berasaskan konsep konvensional ataupun prinsip Islam. Contoh kad caj ialah American Express, Diners Club International dan HSBC Amanah Mastercard. (Buku Panduan Kad Kredit, 2007)
Kad kredit bayaran bulanan mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Pemegang kad tidak disyaratkan membuka akaun simpanan di bank pengeluar atau pihak pengeluar kad. Pemegang kad juga tidak disyaratkan untuk mengemukakan apa-apa jaminan tunai kepada bank pengeluar bagi menjelaskan jumlah hutang hasil penggunaan kad.
ii. Pengeluar kad mungkin mengenakan yuran penyertaan yang dikenakan sekali sahaja dan yuran tahunan yang wajib dibayar setahun sekali walaupun pemegang kad tidak pernah menggunakan kad caj tersebut. Yuran penyertaan mungkin perlu dibayar beserta yuran tahunan bagi tahun pertama dan jumlah yang dikenakan berbeza mengikut pengeluar kad. Walau bagaimanapun, sesetengah pengeluar kad mungkin memansuhkan yuran penyertaan atau yuran tahunan bagi tahun pertama sebagai promosi untuk menarik pemohon kad baru. 26
iii. Pemegang kad diberi had tertentu (credit line and limit) dan dia berhak menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek' yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib menjelaskan bayaran bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut tentang transaksi urusniaga yang telah dilakukan.
iv. Sesetengah pengeluar kad mungkin menyediakan kemudahan pendahuluan wang tunai dengan had maksimum pengeluaran tertentu. Pemegang kad yang menggunakan kemudahan ini akan dikenakan yuran pendahuluan wang tunai bergantung kepada jumlah wang tunai yang dikeluarkan ataupun caj minimum sebanyak RM15 hingga RM30 mengikut nilai yang lebih tinggi.
v. Pemegang kad perlu menjelaskan bayaran bil kad sepenuhnya sebelum atau pada tarikh tamat tempoh dan tiada faedah dikenakan. Caj bayaran lewat akan dikenakan jika pemegang kad gagal untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya pada tempoh yang ditetapkan atau hanya membayar sebahagian daripada jumlah dalam bil. Sesetengah pengeluar kad mungkin mengenakan caj tambahan di samping caj bayaran lewat jika pemegang kad gagal menjelaskan baki sepenuhnya pada bulan kedua dan seterusnya. Pengeluar kad juga mungkin akan membatalkan perkhidmatan kad jika pemegang memungkiri jadual pembayaran balik untuk beberapa bulan bergantung pada polisi dalaman yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kad.
b. Kad Kredit Bayaran Beransur atau Kad Kredit (Credit Card)
Kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang membolehkan pemegang kad membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Apabila mereka menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak pemegang kad dan kemudiannya meminta bayaran daripada mereka dalam bentuk penyata bulanan.
27
Walaupun fungsi kad kredit mempunyai banyak persamaan dengan kad caj dari sudut fungsi dan penggunaannya, namun kad kredit mempunyai ciri-ciri utama yang dapat membezakannya daripada kad caj iaitu:
i. Sebaik sahaja menerima penyata bulanan, pemegang kad dikehendaki menjelaskan sekurang-kurangnya amaun pembayaran minimum sebelum tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan memberikan suatu tempoh tanpa faedah di mana tiada faedah dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan. Pengeluar kad kredit akan mengenakan faedah ke atas baki yang belum dijelaskan, jika ada, selepas tarikh tamat tempoh. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18-25 % setahun. Inilah riba yang amat jelas malah amat membebankan dan menindas.
ii. Kad ini mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak mana yang disukai selagi dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari amaun keseluruhan yang tertera dalam penyata bil (sekitar 5% sahaja). Sekiranya bayaran baki ditangguhkan sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah.
iii. Kebanyakan pengeluar kad kredit menawarkan kemudahan pendahuluan wang tunai atau pemindahan baki kepada pemegang kad. Caj kewangan dan yuran bagi pendahuluan wang tunai akan dikenakan bagi setiap pengeluaran.
iv. Pada amnya, terdapat tiga jenis kad kredit iaitu Klasik, Emas dan Platinum. Kad-kad
kredit
tersebut
dikeluarkan
berdasarkan
tahap
pendapatan
seseorang dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kad. Terdapat juga kad kredit dwijenama iaitu kad yang dikeluarkan secara bersama oleh pengeluar kad kredit dan saudagar di bawah satu jenama yang terkenal. Peniaga tersebut biasanya menawarkan manfaat tambahan lain kepada pemegang kad seperti diskaun ke atas barangan tertentu dan mata ganjaran untuk setiap pembelian. Contoh kad kredit dwijenama termasuk Maybank Petronas Visa dan CIMB Touch ‘n Go Visa. 28
Jadual 2.1 Perbandingan di antara ciri-ciri utama kad kredit dan kad caj (Buku Panduan Kad Caj, Info Perbankan, 2007) Ciri-ciri Kad Kredit Kad Caj Had Kredit Had maksimum ditetapkan Lazimnya, had perbelanjaan bagi setiap pemegang kad. yang ditetapkan oleh pengeluar kad tidak dimaklumkan kepada pemegang kad, melainkan pemegang kad sendiri memohon untuk mengetahuinya. Walau bagaimanapun, nilai urus niaga yang melebihi had maksimum mungkin dibenarkan, bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengeluar kad. Bayaran Minimum Bayaran minimum sebanyak Baki belum jelas perlu dibayar 5% atas baki belum jelas. sebelum tarikh tamat tempoh. Yuran Penyertaan Bayaran dikenakan sekali Bayaran dikenakan sekali sahaja. Yuran berbeza-beza sahaja. Yuran berbeza-beza bergantung kepada pengeluar bergantung kepada pengeluar kad atau dimansuhkan. kad atau dimansuhkan. Caj Kewangan Caj maksimum sebanyak 18% Tidak berkaitan kerana baki setahun atas baki belum jelas. belum jelas harus dibayar sepenuhnya sebelum tarikh tamat tempoh. Yuran Tahunan Lazimnya di antara RM60 Lazimnya di antara RM80 hingga RM90 untuk kad klasik. hingga RM160 untuk kad klasik. Caj Bayaran Caj maksimum sebanyak 1% Lazimnya di antara 3% dan Lewat sebulan atas baki belum jelas 3.5% sebulan (atau 36% atau RM5, mengikut mana hingga 42% setahun) atas yang lebih tinggi. baki belum jelas atau jumlah tetap minimum, mengikut mana yang lebih tinggi. Lazimnya, kad caj berasas prinsip Islam mengenakan jumlah tetap maksimum sebanyak RM70 sebulan. Yuran Lazimnya di antara 3% hingga Lazimnya 3% hingga 4% Pendahuluan 5% atas pendahuluan wang bergantung kepada pengeluar Wang Tunai tunai sebagai tambahan kad caj. Sesetengah kepada caj kewangan. pengeluar kad caj tidak menyediakan kemudahan pendahuluan wang tunai. Bagi kad caj berasas prinsip Islam, jumlah tetap tidak melebihi RM15 lazimnya dikenakan. 29
2.3 FUNGSI DAN PENGGUNAAN KAD KREDIT
Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan pemegangpemegang kad memperoleh barangan dan perkhidmatan tanpa melibatkan aliran pengeluaran wang tunai. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana kedai atau institusi perniagaan yang mempamerkan jenama kad kredit yang dimiliki, sama ada di dalam mahupun luar negara.
Operasi kad kredit melibatkan tiga pihak utama iaitu pemegang kad, peniaga dan pengeluar kad. Pemegang kad terdiri daripada sesiapa sahaja yang memenuhi syarat yang boleh melayakkan mereka menjadi pemegang kad. Biasanya syarat utama yang ditetapkan adalah dari segi umur dan pendapatan individu. Pemegang kad akan memperolehi kemudahan kredit iaitu penangguhan bayaran kepada perkhidmatan
dan
barangan
yang
dibeli.
Di
samping
itu,
mereka boleh
menggunakan kemudahan kad sebagai alternatif pembayaran selain tunai dan cek. Manakala peniaga selaku pihak kedua yang terlibat dalam operasi kad kredit pula merupakan pihak yang menerima bayaran bagi barangan atau perkhidmatan yang dijual melalui kad kredit. Pihak ketiga pula iaitu pengeluar kad kredit adalah terdiri daripada syarikat atau bank yang akan membuat pembayaran kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak pemegang kad. Penyata bulanan yang mengandungi maklumat mengenai urusniaga kad kemudiannya akan dihantar kepada pemegangpemegang kad. Di sinilah biasanya keuntungan diperolehi iaitu melalui caj perkhidmatan yang telah ditetapkan.
Secara umumnya, operasi kad kredit melibatkan dua fungsi utama iaitu fungsi transaksi dan fungsi kredit. Fungsi transaksi ialah apabila kad kredit ditunjukkan kepada peruncit sebagai ganti wang ketika membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. Manakala fungsi kredit pula berlaku apabila kad kredit digunakan sebagai instrumen pusingan hutang. Ia bertindak sama seperti akaun simpanan, cek atau kad ATM. Dengan kata lain, pemegang kad boleh mendapatkan pendahuluan wang tunai dengan pengeluaran wang melalui mesin ATM atau di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit.
30
2.4 HUKUM PENGGUNAAN KAD KREDIT
Zaharudin Abd Rahman (2008) menjelaskan selain daripada semua jenis produk pinjaman
konvensional
dan
akaun
pelaburan
konvensional
di
bank-bank
konvensional, umat Islam pada hari ini turut terdedah dengan transaksi yang mengandungi unsur-unsur riba dalam penggunaan kad kredit konvensional. Menurut beliau, terdapat dua ciri utama yang menunjukkan berlakunya amalan riba dalam penggunaan kad kredit konvensional iaitu:
i.
Sebaik sahaja menerima penyata bil, pemegang kad tidak wajib menjelaskan bayaran keseluruhan ‘kos guna’ dalam tempoh izin yang diberikan. Sebaliknya, pemegang kad hanya dikehendaki menjelaskan sekurangkurangnya amaun pembayaran minimum iaitu nisbah kecil daripada penyata bil yang dikemukakan sebelum tarikh tamat tempoh. Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan samada ingin menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh izin yang diberikan ataupun ditangguhkan bayarannya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang ditangguhkan.
ii.
Kad ini mempunyai had tertinggi penggunaan. Oleh itu, pemegang kad hanya dibenarkan berbelanja sebanyak mana yang disukai selagi tidak mencapai kadar maksimum yang dibenarkan dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil iaitu sekitar 5% sahaja. Sekiranya bayaran baki ditangguhkan melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18 hingga 25% setahun. Inilah riba yang amat jelas malah amat membebankan dan menindas.
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang menetapkan syarat-syarat berunsur riba sambil berazam untuk sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum dikenakan faedah, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23 hingga 28 September 2000 telah
31
memfatwakan sebagai tidak harus apatah lagi dengan kewujudan alternatif kad kredit Islam pada masa kini.
Hal ini kerana produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang ditawarkan oleh bank-bank islam berlesen termasuklah bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan di bawah Skim Perbankan Islam (SPI) adalah berlandaskan syariah mengikut kaedah fiqh muamalat. Bagi memastikan dasar ini terlaksana, semua bank Islam dan bank-bank SPI di Malaysia perlu menubuhkan Jawatankuasa Syariah bagi membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak syarak. Selain daripada itu, nasihat Majlis Penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di Bank Negara Malaysia (BNM) boleh diperoleh bagi memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan. Dengan ini aktiviti seperti riba, gharar (ketidakpastian yang berlebihan), perjudian dan penipuan dapat dielakkan termasuklah produk kad kredit Islam yang ditawarkan. Oleh itu, hukum penggunaan kad kredit Islam adalah diharuskan memandangkan ketelusan produk tersebut dipantau oleh Jawatankuasa Syariah bank pengeluar kad dan Majlis Penasihat Syariah yang terdiri daripada para cendekiawan dan pakar Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.
Terdapat juga keputusan dalam persidangan yang lain yang mengharuskan penggunaan kad kredit konvensional sekiranya pengeluar kad tidak meletakkan sebarang
syarat
berunsur
riba
dalam
kontrak
yang
ditetapkan.
Walau
bagaimanapun, pemegang kad disyaratkan untuk menjelaskan bayaran keseluruhan ‘kos guna’ sebelum dikenakan faedah. Kad ini sebenarnya bukanlah kad kredit tetapi merujuk kepada penggunaan kad caj. Berikut disertakan hukum penggunaan kad kredit konvensional menurut pandangan Islam dari beberapa aspek:
2.4.1 Kontrak dan Hubungan antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.
Perbahasan awal dalam menilai kesesuaian amalan kad kredit konvensional dari sudut syarak dilihat dari aspek pembentukan kontrak iaitu perbincangan tentang persoalan dari aspek manakah kontrak pembentukan kad kredit itu bertepatan dengan jenis kontrak dan syarat kontrak dalam syariah. Jika kontrak dalam 32
pembentukan kad kredit bertepatan dengan kontrak dalam syariah maka kebolehterimaan
kontrak
dalam
pembentukan
kad
kredit
tidak
diragukan.
Sebaliknya, jika kontrak dalam pembentukan kad kredit tidak bertepatan dengan mana-mana jenis kontrak dalam syariah maka kebolehterimaannya boleh diragukan. Kontrak dalam pembentukan kad kredit sebenarnya melibatkan persetujuan di antara banyak pihak iaitu di antara pihak syarikat pemilik had kad kredit dengan wakilnya (biasanya pihak bank) sebagai pihak pertama, kontrak di antara pihak pertama (syarikat pemilik had kad kredit atau wakilnya) dengan pihak kedua (individu pemegang kad) serta kontrak di antara pihak pertama dengan pihak ketiga (syarikat perdagangan atau pekedai).
Di dalam perbahasan penggunaan kad kredit konvensional, kontrak yang lazimnya dibahaskan ialah kontrak di antara pihak pertama dengan pihak kedua. Kontrak ini melibatkan kebolehterimaan penggunaan kad kredit oleh individu sebagai pemegang dan pengguna kad kredit. Kontrak di antara pihak pertama dengan pihak kedua berkemungkinan boleh dikategorikan dalam beberapa jenis kontrak yang terdapat dalam syariah antaranya seperti kontrak jaminan (kafalah), kontrak pindah hutang, kontrak wakil dan kontrak hutang. Walau bagaimanapun, ketepatan kontrak tersebut sebagai kontrak pembentukan kad kredit untuk diiktiraf oleh syarak telah dipertikaikan banyak pihak. Perincian kesesuaian kontrak tersebut dengan kontrak pembentukan kad kredit akan dibahaskan satu persatu seperti berikut: i.
Aqad Kafalah - Dhoman (Jaminan)
Menurut M.K Sharbini (1958), aqad kafalah didefinisikan sebagai satu aqad yang menuntut iltizam untuk membawa sesuatu barang yang telah dijamin atau iltizam untuk membawa datang seseorang yang sepatutnya datang. Md. Akhir Hj. Yaakob (1987)
pula
mendefiniskan
aqad
kafalah
sebagai
mencampurkan
sesuatu
tanggungan kepada suatu tanggungan berhubung dengan sesuatu permintaan. Berdasarkan kepada definisi tersebut, ada pendapat yang mengatakan bahawa aqad kad kredit adalah aqad kafalah. Di sini, pengeluar kad, (bank) dianggap sebagai ‘kafil’ atau penjamin kepada pemegang kad ke atas hutangnya kepada peniaga di mana ia menjamin akan membayar hutang yang dibuat oleh pemegang 33
kad. Secara tidak langsung, pemegang kad menjadi ‘makful’ atau pihak yang dijamin manakala ‘makful lahu’ adalah peniaga.
Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2003), aqad kafalah merupakan aqad paling hampir dalam amalan kad kredit masa kini dan kontrak ini diiktiraf serta sah di sisi Islam. Kesannya, peniaga tidak berhak menuntut sebarang pembayaran daripada pemegang kad atas semua transaksi pembelian yang dilakukan dengan kad kredit kerana ia dipindahkan kepada pihak pengeluar kad. Adapun bayaran yuran yang dikenakan dianggap sebagai ganjaran atau upah ke atas jaminan yang dilakukan kerana bagi mereka upah adalah harus pada akad jaminan. Walau bagaimanapun, ketepatan akad pembentukan kad kredit dengan aqad kafalah masih boleh dipertikaikan. Ini kerana terdapat beberapa perkara dalam kontrak kad kredit yang sebenarnya berbeza dengan aqad kafalah.
Mengikut fuqaha’ Hanafi, kafalah adalah gabungan tanggungjawab dengan erti kata kedua-dua pihak iaitu pihak penjamin (bank) dan pihak yang dijamin (pemegang kad) sama-sama bertanggungjawab membayar hutang. Orang yang dijamin tidak terlepas dari membayar hutangnya kepada peniaga. Sebaliknya, dalam amalan kad kredit, pemegang kad tidak bertanggungjawab untuk membayar hutangnya kepada peniaga manakala peniaga pula tidak berhak unuk menuntut hak hutangnya dari pemegang kad tetapi hanya boleh menuntut hutangnya daripada pihak bank selaku penjamin kepada pemegang kad.
Dalam akad kafalah, ada disyaratkan bahawa harta yang dijamin hendaklah di bawah kemampuan penjamin iaitu sesuatu yang diketahui. Malangnya dalam akad kad kredit, pemegang kad dijamin oleh pihak bank sebelum mereka membuat apa-apa transaksi atau perbelanjaan yang belum diketahui jumlahnya. Ini bermakna bahawa jaminan yang dilakukan adalah atas sesuatu yang belum tetap dan tidak diketahui. (Sanep Ahmad dan Surtahman Kastin Hasan, 2002)
34
ii.
Aqad Al-Hiwalah (Pindah Hutang)
Aqad Hiwalah didefinisikan oleh fuqaha’ Hanafi sebagai aqad memindahkan tuntutan hutang dari tanggungan si berhutang kepada tanggungjawab orang lain yang sanggup beriltizam dengannya. Ulama’ selain Hanafi pula mendefinisikan aqad hiwalah sebagai satu aqad yang memindahkan sesuatu hutang dari tanggungan seseorang kepada seseorang yang lain. Selepas aqad dilakukan, ‘muhil’ iaitu pemegang kad terlepas dari tanggungan membayar hutang kepada ‘muhal’ iaitu peniaga. Di dalam aqad hiwalah, disyaratkan ‘muhal ‘alaih’ iaitu pihak yang beriltizam untuk membayarkan hutang telah berhutang kepada pihak yang dijamin untuk dibayarkan hutangnya. Jika tidak, maka aqad ini menjadi aqad jaminan (dhoman). Berdasarkan kepada definisi di atas maka terdapat sesetengah golongan mengelaskan aqad kad kredit sebagai aqad hiwalah.
Mereka berpendapat bahawa dalam aqad kad kredit pemegang kad dikira sebagai telah memindahkan hutang mereka kepada pihak pengeluar kad. Oleh itu, dalam aqad ini pemegang kad dianggap sebagai si berhutang, peniaga sebagai si pemberi hutang dan pengeluar kad (bank) sebagai penerima pindah hutang. Ini bermakna pemegang kad sebagai si berhutang (walaupun belum lagi berhutang tetapi akan berhutang) dianggap telah memindahkan hutangnya terlebih dahulu kepada pengeluar kad. Oleh yang demikian, aqad kad kredit boleh dikategorikan sebagai bertepatan dengan aqad hiwalah.
Pandangan ini walau bagaimanapun mempunyai beberapa kekurangan yang menyebabkan ia dipersoalkan, Jika diteliti aqad kad kredit terdapat beberapa perkara yang berbeza atau tidak sepenuhnya memenuhi syarat dalam aqad hiwalah. Perbezaan tersebut menyebabkan pengkategorian aqad kad kredit sebagai aqad hiwalah menjadi kurang tepat. Perbezaan tersebut di antaranya ialah:
i.
Aqad kad tidak menepati aqad hiwalah jika bank tidak berhutang dengan pemegang kad. Oleh kerana bank tidak mungkin berhutang dengan pemegang kad, maka syarat ini mengkehendaki supaya pemegang kad mempunyai simpanan di dalam bank. Jika pemegang kad tidak mempunyai 35
simpanan di dalam bank maka aqad tersebut bukanlah aqad hiwalah sebaliknya aqad kafalah. (M.K Sharbini, 1958) ii.
Potongan harga yang dilakukan oleh penerbit kad atas bayaran hutang pemegang kad kepada peniaga, akan bertukar menjadi riba kerana dalam aqad hiwalah tidak boleh dikenakan bayaran atau tambahan ke atas apa yang dibayarnya sekalipun ia dianggap sebagai upah. Ini berbeza dengan wakalah yang dibolehkan mengambil bayaran upah.
iii. Dalam aqad kad kredit walaupun pemegang kad terlepas dari membayar hutangnya kepada peniaga tetapi ia tidak terlepas dari membayar hutangnya kepada bank sebagai pengeluar kad (muhal). Ini bersalahan dengan aqad hiwalah yang melepaskan muhil (pemegang kad) daripada membayar hutangnya kepada muhal dan muhal ‘alaih iaitu peniaga.
Ini bermakna bahawa dalam proses pembentukan kad kredit ketiga-tiga pihak terlibat dalam perjanjian iaitu perjanjian persetujuan yang berasingan di antara mereka. Perjanjian di antara ketiga-tiga pihak terlibat yang dilakukan secara berasingan ini masing-masing mempunyai syarat tersendiri. iii.
Aqad Wakil (Al-Wakalah)
Di dalam Mazhab Syafi’e, aqad wakalah didefinisikan sebagai aqad mewakilkan sesuatu yang boleh dilakukannya kepada seseorang lain untuk melakukannya semasa hidup pewakil. Fuqaha’ Hanafi pula mendefinisikan aqad wakalah sebagai melantik seseorang yang lain berada pada tempatnya untuk melakukan sesuatu kerja bagi pihaknya yang diharuskan oleh syarak. (Wahbah Az-Zuhayli, 1999) Dalam istilah fiqh, wakalah didefinisikan sebagai perlantikan seseorang mengambil tempat orang yang melantiknya bagi melaksanakan sesuatu yang tugas bagi pihaknya.
Berdasarkan kepada definisi di atas, maka terdapat segolongan fuqaha’ yang mengkategorikan aqad dalam pembentukan kad kredit sebagai aqad wakalah. Golongan ini berpendapat bahawa wakil boleh dipandang dari dua sudut iaitu pertama, pemegang kad sebagai wakil yang mewakilkan pengeluar kad (bank)
36
supaya membayarkan hutangnya kepada peniaga, atau kedua pemegang kad adalah wakil kepada bank untuk membeli barang.
Namun, pengkelasan aqad kad kredit sebagai aqad wakalah juga mempunyai beberapa keraguan untuk disamakan dengan aqad kad kredit. Beberapa perkara yang boleh menimbulkan keraguan adalah seperti berikut:
i.
Bagi pandangan yang mengatakan bahawa pemegang kad adalah wakil kepada bank untuk membeli barang, maka pandangan ini terdapat keraguan kerana sebenarnya pemegang kad yang memerlukan barang dan bukannya pihak bank.
ii.
Dalam akad yang dibuat tidak disebut langsung perkataan wakil sama ada bagi pihak bank, peniaga atau pemegang kad. iv.
Aqad Al-Qard atau Al-Dayn (Hutang / Pinjaman)
Al-Qard dari segi bahasa bermakna potong. Ini adalah kerana harta yang diserahkan kepada orang lain yang berhutang merupakan satu potongan daripada harta orang yang memberi hutang. Dari segi istilah, menurut fuqaha Hanafi, Al-Qard didefinisikan sebagi pemberian sesuatu harta (mithly) oleh seseorang kepada orang lain supaya ia membayarnya semula. (Wahbah Az-Zuhaili, 1996) Di sini, peminjam disyaratkan memulangkan kembali harta mithly yang sama sepertinya. Al-Qard adalah tidak sah pada barang qimmy dan barang yang berbeza saiznya. Al-Dayn (hutang) walaupun mempunyai persamaan dengan Al-Qard tetapi berbeza kerana istilah Al-Dayn adalah lebih umum.
Merujuk kepada definisi di atas, maka terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa aqad pembentukan kad kredit dikatakan sebagai aqad Al-Qard. Dalam kes ini, pemegang kad dikatakan sebagai berhutang kepada bank atas suruhannya supaya membayar terlebih dahulu hutangnya kepada peniaga. Mereka berpandangan bahawa tujuan kad kredit dibentuk adalah untuk berhutang iaitu bank terlebih dahulu mengizinkan pemegang kad untuk berhutang kepadanya sejumlah yang tertentu. Pemberian hutang oleh bank kepada pemegang kad adalah dianggap 37
sebagai perkhidmatan ‘qardul hasan’ dalam tempoh yang tertentu kerana dalam tempoh tersebut pemegang kad tidak akan dikenakan apa-apa bayaran tambahan.
Namun, demikian, jika dibandingkan aqad qard dengan aqad kad kredit terdapat beberapa keraguan yang menjadikan ia mungkin kurang sesuai dikategorikan sebagai akad hutang. Beberapa keraguan tersebut ialah:
i.
Aqad qard adalah aqad ‘tamlik’ (memiliki) tetapi hal ini tidak berlaku dalam aqad kad kredit. Pemegang kad dalam kebanyakan kes langsung tidak mengambil tunai dari bank yang boleh dianggap sebagai hutang.
ii.
Aqad pemilikan kad kredit antara pemegang kad dan bank bukanlah aqad hutang tetapi menghampiri aqad jaminan kerana bank yang menyuruh pemegang kad berhutang di mana bank menjamin akan membayarnya terlebih dahulu kepada peniaga. Pemegang kad perlu membayarnya kemudian secara ansuran atau tunai kepada bank.
Selain perbahasan mengenai aqad atau kontrak yang diamalkan dalam produk kad kredit, masalah riba dalam aqad turut ditimbulkan. Dalam permohonan mendapatkan kad kredit, pemohon dikehendaki menandatangani satu surat perjanjian yang secara jelas menyatakan adanya unsur riba iaitu peratusan yang akan dikenakan sebagai denda jika hutang lewat dibayar. Ini bermakna pemegang kad telah bersetuju untuk bermuamalat denagn riba iaitu membayar faedah atas hutang
yang
diperolehinya.
Semasa
perjanjian
dilakukan,
pemegang
kad
sememangnya tidak membayar faedah tetapi awal-awal lagi telah bersetuju untuk melakukan riba sebelum pembayaran riba dilakukan. Berkemungkinan juga pemegang kad bertekad tidak akan terlibat dengan riba iaitu dengan niat akan membayar setiap kredit yang didapatinya sebelum tamat tempoh. Jika sedemikian sekalipun, apakah hukum akad tersebut yang dengan jelas menyatakan adanya pembayaran riba. Adakah dibolehkan menyetujui yang haram secara lisan walaupun dalam hati kita akan cuba untuk tidak melaksanakannya?
Terdapat dua pandangan yang berbeza dalam masalah ini iaitu pandangan yang mengharuskan aqad sedemikian dan pandangan yang mengharamkannya. 38
Golongan yang mengharuskan aqad sedemikian berpandangan bahawa jika pemohon benar-benar berazam untuk tidak terlibat dengan riba dan berazam akan membayar hutangnya dengan segera agar ia tidak terlibat dengan riba kerana sedar akan haramnya riba maka aqad tersebut adalah harus. Syarat adanya riba dianggap sebagai syarat batil iaitu syarat yang bertentangan dengan syarak maka apa-apa syarat yang batil adalah tidak dikira dan tidak perlu dipatuhi. Mereka berhujah bahawa mana-mana aqad yang mengandungi syarat batil adalah sah aqadnya tetapi syaratnya terbatal dan tidak dipenuhi. Kaedah ini adalah bertepatan dengan pandangan Mazhab Hanafi. Ini bermakna bahawa aqad kad kredit dibolehkan walaupun dinyatakan dengan jelas akan bayaran riba kerana syarat yang batil tidak perlu dilaksanakan.
Pandangan kedua mengatakan bahawa tidak harus melakukan aqad untuk bersetuju melakukan yang haram walaupun ia berazam untuk tidak terjerumus ke dalamnya. Niat untuk tidak melakukan sesuatu yang haram tidak dapat mengubah hukum akad yang haram yang telah dipersetujui. Ini bermakna kita tidak dibolehkan membuat sesuatu aqad dalam sesuatu perkara yang haram. Oleh itu, kad kredit yang jelas menyatakan riba adalah tidak harus. Pandangan ini adalah bersandarkan kepada pandangan ulama selain dari golongan Hanafi iaitu ulama Syafi’e dan Maliki yang menyatakan bahawa aqad batal jika disertai oleh syarat yang batil.
Perbahasan tentang penggunaan kad kredit turut menyentuh tentang perubahan syarat aqad dalm kontrak yang dimeterai. Pengeluar kad biasanya menetapkan di dalam surat perjanjian bahawa pihaknya boleh mengubah apa-apa syarat aqad jika perlu tanpa notis kepada pemegang kad. Perubahan syarat tersebut tentunya akan memberi faedah kepada pihak pengeluar kad, manakala pemegang kad pula terpaksa menerimanya tanpa banyak pilihan. Aqad bentuk ini adalah ditegah oleh syarak dan syarat ini termasuk dalam syarat yang batil kerana ia memberi faedah kepada satu pihak sahaja.
Mungkin di dalam operasinya tidak berlaku apa-apa perubahan syarat kerana pengeluar kad tidak merasa apa-apa keperluan untuk berbuat demikian. Syarat tetap kekal sebagaimana telah dipersetujui semasa perjanjian awal ditandatangani. 39
Namun demikian, adanya syarat ini menjadikan ia satu aqad yang mengandungi syarat batil di mana pada pandangan ulama Syafie dan Maliki ia menyebabkan aqad dianggap batal. Golongan ulama Hanafi walau bagaimanapun berpandangan adanya syarat batil di dalam akad tidak membatalkan aqad. Aqad tetap sah tetapi syarat batil tersebut terbatal dengan sendirinya dan tidak perlu dipatuhi. 2.4.2 Yuran
Selain daripada perbahasan mengenai kesesuaian aqad kad kredit konvensional, terdapat beberapa isu lain yang turut ditimbulkan terhadap pro dan kontra penerimaan kad kredit di sisi syarak. Salah satu isu tersebut adalah dari segi keharusan yuran keahlian yang dikenakan ke atas pemegang kad. Secara umumnya, terdapat dua pandangan berbeza tentangnya iaitu pandangan yang mengharuskan dan pandangan yang mengharamkan.
Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2003), yuran keahlian yang dikenakan kepada pemegang kad dianggap sebagai harga khidmat, kos pengurusan, harga kad, kos pengendalian dan sebagainya oleh pihak pengeluar kad. Perkara sedemikian dianggap lumrah dalam mana-mana urusan bagi menampung perbelanjaan perkeranian. Malah perbezaan jumlah khidmat juga adalah harus bergantung kepada perbezaan jenis perkhidmatan yang ditawarkan dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan. Sekiranya melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah riba yang diharamkan. Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma’ Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986. Bayaran yuran juga boleh dianggap sebagai bayaran sewa kad. Pemegang kad dianggap sebagai penyewa kad dalam tempoh tertentu untuk membolehkannya membuat kredit. Oleh kerana bayaran sewa dibolehkan, maka yuran dalam kes kad kredit juga dibolehkan.
Namun demikian, terdapat pandangan yang berbeza mengatakan bahawa bayaran yuran keahlian adalah tidak harus. Hal ini menyebabkan amalan kad kredit tertolak dari sudut syariah. Ini diperkuatkan dengan beberapa alasan iaitu: 40
a. Bayaran yuran dikatakan mempunyai syubhat riba kerana ia boleh dianggap sebagai lebihan faedah yang diperolehi oleh pihak bank atas usaha dan pengorbanannya
memberi
hutang
kepada
pemegang
kad.
Faedah
sedemikian hukumnya adalah haram. b. Bayaran yuran yang dikenakan dianggap sebagai mempunyai unsur gharar, penipuan dan tidak jelas. Pemegang kad sebenarnya tidak jelas untuk apakah kegunaan bayaran tersebut. Oleh itu, yuran ini dianggap sebagai satu bentuk tipuan dan keuntungan sebelah pihak iaitu pihak yang menerima bayaran (bank) terutama jika bayaran keahlian tersebut tinggi. Perbuatan sedemikian jelas dilarang oleh syarak.
2.4.3 Denda Lewat
Semasa akad dilakukan telah dinyatakan dengan terang bahawa denda lewat akan dikenakan ke atas mana-mana bayaran yang melampaui tempoh masa yang diberikan. Bayaran ini merupakan faedah atau bunga atas kelewatan bayaran hutang.
Bayaran tambahan ini adalah riba al-nasiah iaitu bayaran atas sebab
tambahan masa hutang yang jelas haram di sisi syarak. Demikian merupakan keputusan hasil persidangan fiqh bagi kad kredit di Bahrain pada November 1998. Oleh itu, dari segi aqad jelas menunjukkan penggunaan kad kredit konvensional diharamkan kerana mengandungi unsur-unsur riba.
Namun demikian, ada juga pandangan yang mengatakan bahawa sekiranya pemegang kad berniat untuk menjelaskan segala kredit dengan segera supaya ia tidak terlibat dengan riba dalam bayaran lewat, maka penglibatannya dengan kad kredit diharuskan. Walau bagaimanapun, pandangan ini masih dipersoalkan kerana kadar bunga yang akan dikenakan sebagai denda lewat dinyatakan dengan jelas dalam kontrak. Penerimaan kontrak ini bermakna seseorang itu menerima satu perjanjian yang mengandungi unsur riba. Justeru, pemegang kad telah meletakkan dirinya berada dalam keadaan yang mudah terlibat dengan riba. Kredit yang mudah diperolehi menggalakkan pemegang kad membuat pinjaman dan ini telah meletakkan dirinya berada dalam keadaan kemungkinan mudah melakukan riba 41
khususnya dalam keadaan tertentu di mana ia tidak dapat menjelaskan keseluruhan hutangnya.
Selain itu, Zaharuddin Abd Rahman (2003) menyatakan bahawa terdapat keputusan yang sama iaitu mengharuskan penggunaan kad kredit konvensional dari Persidangan Ekonomi Islam AL-BARAKAH ke-12 pada tahun 1996 dengan syarat jumlah denda tersebut mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan. Ini dibolehkan berdasarkan kelemahan fahaman agama dan sengaja melewatkan dalam urusan melangsaikan bayaran bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan Mazhab Maliki dan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Namun begitu, pandangan yang lebih kuat dalam hukum penggunaan kad kredit konvensional adalah haram. 2.4.4 Komisen bagi Pengeluaran Wang Tunai
Selain daripada dibolehkan membeli barang daripada peniaga secara kredit, pemegang kad juga dibolehkan mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM atau kaunter-kaunter pengeluar kad. Pengeluaran wang daripada kad kredit dianggap sebagai hutang pemegang kad dengan bank dan kebiasaannya bank akan mengenakan komisen ke atas pengeluaran wang yang dilakukan. Beberapa kaedah lazimnya digunakan untuk mengenakan bayaran komisen antaranya ialah:
i. Komisen dikenakan setiap kali transaksi dilakukan dengan perkiraan jumlah tetap misalnya RM50 untuk setiap kali transaksi. ii. Komisen dikenakan berdasarkan peratus tertentu dari jumlah wang dikeluarkan atau jumlah minimum, yang mana yang lebih tinggi, misalnya untuk setiap transaksi bayaran dikenakan sebanyak RM50 atau 3% hingga 5% daripada jumlah wang yang dikeluarkan, mana yang lebih tinggi. iii. Komisen dikenakan berdasarkan faedah bermula daripada tarikh wang dikeluarkan dengan kiraan sama ada harian, mingguan atau bulanan.
Para ulama’ berbeza pendapat dalam menyatakan hukum kepada tiga kaedah komisen yang ditetapkan bagi urusan pengeluaran wang tunai daripada kad 42
kredit. Bagi kaedah pertama, ulama’ bersepakat menyatakan ia dibolehkan sebagai satu bayaran pengurusan manakala bagi kaedah ketiga pula, ulama sepakat menyatakan bahawa ia diharamkan kerana berlaku riba. Walau bagaimanapun, bagi kaedah kedua, terdapat keraguan dan perbezaan pendapat iaitu dibolehkan jika berdasarkan nilai tetap tetapi diharamkan jika ia menggunakan peratusan dari jumlah wang yang dikeluarkan.
Bagi Zaharuddin Abd Rahman (2003), hukum pengeluaran wang tunai daripada kad kredit adalah berbeza mengikut beberapa keadaan iaitu:
i.
Diharuskan jika pemegang kad mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad dianggap hanya mengeluarkan wangnya. Begitu juga jika diambil dari bank lain. Diharuskan bagi pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.
ii.
Diharamkan jika bank pengeluar kad mensyaratkan faedah hasil pinjaman yang diberikan kerana termasuk dalam kategori Riba Al-Qurudh (riba disebabkan oleh hutang) kecuali jika pihak bank pemberi pinjaman hanya mengambil kos kecil yang tetap iaitu hasil khidmat pemprosesan yang dibuatnya sahaja. Dalam keadaan sedemikian, hukumnya adalah harus sebagaimana qarar Majma’ Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya yang ketiga pada tahun 1986.
iii. Jika pemegang kad tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sebarang akaun, pengeluarannya dianggap sebagai pinjaman terhadap pihak bank. Oleh itu, semua hukum pinjaman (AlQardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu dan setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman dikira sebagai riba selaras dengan kaedah ‘Kullu Qardhin Jarra Naf’an Fahuwa Riba’.
Hal ini jelas berbeza dengan kaedah pengiraan komisen apabila seseorang mengeluarkan wang tunai daripada kad kredit Islam. Pemegang kad lazimnya hanya dikenakan yuran pengeluaran wang tunai secara tetap iaitu tidak melebihi RM15 bagi setiap transaksi yang dilakukan.
43
2.5.5 Komisen dari Peniaga kepad Pengeluar Kad
Amalan kebanyakan pengeluar kad sebagai orang tengah semasa menjelaskan bayaran yang dituntut oleh peniaga ialah tidak akan membayar sepenuhnya jumlah kredit yang dituntut. Potongan tertentu d antara 1% hingga 8% dilakukan berdasarkan perjanjian awal di antara pengeluar kad dan peniaga. Potongan ini dianggap sebagai komisen iaitu salah satu sumber pendapatan utama pihak pengeluar kad sedangkan pengeluar kad akan menuntut jumlah kredit penuh daripada pemegang kad. Dalam hal ini, ulama’ telah berselisih pendapat tentang kebolehterimaan komisen tersebut.
Zaharuddin Abd Rahman menyatakan hukum komisen dari peniaga kepada pihak pengeluar adalah harus berdasarkan pendapat Mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah. Pendapat yang mengharuskan komisen bentuk ini berpandangan bahawa komisen ini dianggap sebagi upah (jualaah) daripada pihak ketiga. Upah ini meliputi:
i.
Upah ke atas usaha pihak pengeluar kad mencari pelanggan untuk peniaga (upah broker). Biasanya pengeluar kad akan menyatakan kedai-kedai yang sedia menerima kad kredit. Langkah ini mendorong pemegang kad ke kedai tersebut. Terdapat ramai para fuqaha’ yang menganggap ia adalah upah wakil (ujrah wakalah) kepada bank kerana menjadi wakil bagi peniaga dalam mempromosikan barangan serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai diskaun khas daripada peniaga kepada pengeluar kad.
ii.
Upah atas usaha penerbit kad mengizinkan laluan dan pengeluaran kad, mengedar nama peniaga dan menjamin pemegang kad.
iii. Potongan sebagai komisen di sini adalh kecil jika dibandingkan dengan kadar bunga. Oleh itu, ia dianggap sebagi upah dan bukan kadar bunga.
Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan yang mengharamkan komisen tersebut dan seterusnya menolak penggunaan kad kredit. Pandangan ini merasakan bahawa komisen atau potongan tersebut adalah:
44
i. Manfaat yang diperolehi oleh bank daripada hutang yang diberikan kepada pemegang kad. Oleh kerana hutang yang mendatangkan manfaat dianggap riba, maka komisen di sini adalah haram. ii. Meragukan pembayarannya iaitu sama ada ia benar dibayar oleh peniaga atau pemegang kad. Pada amalan zahirnya, ia seolah-olah dibayar oleh peniaga tetapi pada hakikatnya ia dibayar oleh pemegang kad kerana peniaga menerima bayaran yang kurang daripada yang dituntut tetapi pemegang kad membayar sepenuhnya. Ini bermakna bahawa ia merupakan manfaat daripada hutang yang diberi oleh bank kepada pemegang kad dan bukan upah daripada peniaga. Oleh itu, ia adalah dilarang oleh syarak. Disebabkan hal ini juga, tidak hairanlah jika terdapat sesetengah peniaga mengenakan 2% hingga 3% bayaran lebih ke atas belian yang menggunakan kad kredit, lebih-lebih lagi bagi urusniaga barangan jualan murah atau ‘mega sales’ di kedai terbabit. Mengenakan tambahan 2% hingga 3% oleh peniaga merupakan cara yang digunakan oleh peniaga bagi menutup potongan yang dikenakan oleh pengeluar kad. iii. Amalan syubhat yang menghampiri haram. Jika dipandang daripada tujuan bank mencipta kad kredit ini maka ia dianggap sebagai helah untuk membolehkan ia mendapat untung bukan dengan nama riba tetapi operasi yang sebenarnya menyamai riba. 2.5.6 Hadiah Kad Emas
Pada amnya, terdapat tiga jenis kad kredit iaitu Klasik, Emas dan Platinum. Kad-kad kredit tersebut dikeluarkan berdasarkan tahap pendapatan seseorang dan kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh pihak pengeluar kad kredit. Bagi menarik golongan atasan dan berpendapatan tinggi menyertai skim kad emas, pengeluar kad mungkin menawarkan hadiah-hadiah, skim insurans percuma atau insuran kemalangan perjalanan.
Di samping itu, dalam program hadiah ahli (membership rewards), pemegang kad akan memperolehi satu mata ganjaran atas setiap ringgit yang dibelanjakan menggunakan kad emas. Mata ganjaran ini akan bertambah setiap kali kad emas 45
digunakan untuk berbelanja dan jumlah mata ganjaran yang terkumpul mengikut jumlah tertentu akan membolehkan pemegang kad menikmati ganjaran istimewa dan menarik seperti program melancong percuma, penginapan di hotel-hotel secara percuma, diskaun di restoran-restoran terpilih dan sebagainya.
Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2003), diharuskan bagi pemegang kad emas menerima hadiah-hadiah dan ganjaran yang ditawarkan oleh pihak pengeluar kad. Tidak dinafikan, insurans konvensional telah diputuskan oleh Sidang Majma’ Fiqh Islami yang pertama pada 1397 sebagai haram kerana mengandungi unsur riba, gharar, jahalah, judi dan lain-lain yang dilarang syarak. Namun demikian, dalam situasi ini, diharuskan kepada pemegang kad untuk menerima hadiah atau ganjaran berupa skim perlindungan insurans yang diberikan oleh pihak pengeluar kad. Hal ini kerana pemegang tidak disyaratkan untuk membayar apa-apa kepada syarikat insurans bagi melayakkan diri menerima skim perlindungan insurans tersebut sebaliknya ia hanya dianggap sebagai hadiah galakan semata-mata. Dengan erti kata lain, skim perlindungan insurans tersebut bukanlah bermaksud pemegang kad perlu menandatangani sebarang kontrak dengan pihak insurans tetapi tawaran skim perlindungan insurans tersebut dikira sebagai tabi’ iaitu perkara sampingan yang terhasil daripada perjanjian sebagai telah diiktiraf dalam kaedah fiqh bahawa dimaafkan yang berlaku pada tawabi’ dan tidak pada lainnya.
Dari sudut yang lain pula, diharuskan bagi pemegang kad menerima tawaran hadiah dan ganjaran yang diberikan oleh pihak pengeluar kad atas dasar sumbangan, derma dan galakan asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat bank konvensional yang secara jelas mengamalkan elemen-elemen riba dalam amalan perbankan. Selain itu, hadiah yang diterima juga disyaratkan terdiri daripada perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak. Bagaimanapun dalam hal seumpama ini, ulama’ Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai’ iaitu menutup jalan haram dari berlaku.
46
2.5.7 Membeli Emas Dan Perak Majoriti fuqaha’ telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang tunai hendaklah diserahkan kedua-dua item ribawi tersebut ketika muamalah dilakukan tanpa sebarang penangguhan. Dalam istilah fiqh, perkara ini disebut sebagai ‘at-taqabud fil hal’. Matawang merupakan salah satu barangan yang dikategorikan sebagai item harta ribawi dan pada masa kini, kad kredit sebagai ganti wang tunai turut dikategorikan sebagai item ribawi. Pembayaran bertangguh dalam dua item ribawi boleh menyebabkan berlakunya Riba An-Nasi’ah sedangkan jelas Allah telah mengharamkan sebarang urusniaga yang mengandungi unsur riba berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyunghayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 275)
Persoalannya, adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan? Dalam hal ini, para fuqaha’ semasa 47
menyatakan bahawa At-Taqabud sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat. Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke pihak bank pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Oleh itu menurut pendapat fuqaha’, diharuskan pembelian emas dan perak menggunakan kemudahan kad kredit kerana telah berlaku At-Taqabud secara hukmi sebagaimana harus membeli emas dan perak menggunakan cek. Demikian qarar dan fatwa dari Simposium Ekonomi Islam ke-12 anjuran Dallah Al-Barakah pada 1996.
Walau bagaimanapun, pandangan baru Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC memfatwakan hukum membeli emas dan perak menggunakan kad kredit sebagai haram berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000. Justeru, adalah lebih baik sekiranya umat Islam menjauhi transaksi yang meragukan ini sebagaimana tuntutan dalam
kaedah Fiqh yang
menyatakan “Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan”.
2.5 PENYELESAIAN KEPADA KAD KREDIT
Kini, bukan sahaja Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Arab Malaysia Bank (AMBank) tetapi juga bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan di bawah Skim Perbankan Islam (SPI) telah memperkenalkan kad kredit Islam yang kebanyakannya berasaskan kontrak perniagaan “Bai Al-Inah”. Walau bagaimanapun, masih ada golongan yang mempersoalkan ketelusan Aqad Bai AlInah, ini kerana kad kredit yang dikeluarkan masih bergantung kepada penerbit konvensional seperti Mastercard, Visa dan American Express.
Bai al-inah merujuk kepada jual beli yang berlaku antara penjual dengan pembeli. Penjual (pihak bank) menjual asetnya kepad pembeli (pelanggan) dengan harga tangguh lebih tinggi, kemudian penjual membeli semula aset tersebut dari pembeli dengan harga tunai yang lebih rendah.
Sebahagian besar fuqaha’ berpendapat bahawa Aqad Bai Al-Inah sebagai helah untuk membenarkan riba, oleh itu aqad ini tidak sah. Ini mengikut pendapat 48
Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali. Manakala Mazhab Syafie dan Mazhab Zahiri berpendapat harus aqad ini berpandu kepada kepada zahir aqad yang jelas sah iaitu dengan hanya melihat kepada aktiviti menjual dan membeli semula oleh bank atau membeli dan menjual semula oleh pihak pelanggan. Namun begitu, pandangan ini tidak melihat niat aqad tersebut, kerana niat bagi mereka adalah urusan Allah s.w.t. Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk tidak mengetahui niat bank dan pelanggan dalam Aqad Bai Al-Inah yang berlaku dalam kes kad kredit. Apa yang jelasnya, memang mereka saling memahami tujuan sebenar Aqad Bai Al-Inah iaitu ‘hutang’ bagi pihak pelanggan.
Oleh itu, organisasi dan umat islam perlu melahirkan satu idea bagi merealisasikan penggunaan satu kad bagi memudahkan pengguna Islam dalam urusan perbelanjaan harian mereka. Di sini terdapat dua jalan penyelesaian kad kredit berasaskan aqad kafalah dan kad debit.
i. Kad Kredit Berasaskan Kafalah
Kafalah adalah aqad yang mencampurkan sesuatu tanggungan kepada suatu tanggungan berhubung dengan sesuatu permintaan, iaitu satu tanggungan yang dikongsi oleh sekumpulan orang yang berlainan. (Md. Akhir Hj. Yaakob, 1987)
Dalam konteks kad kredit, pihak pengeluar kad (bank) bertindak sebagai penanggung (penjamin) kepada pemegang kad ke atas hutangnya kepada peniaga. Pengeluar kad akan membayar hutang pemegang kad. Walau bagaimanapun, pemegang kad tidak boleh bergantung penuh kepada bank untuk membayar semua hutangnya, sebaliknya ia juga akan sama-sama menjelaskan hutang tersebut.
Mengikut pendapat az-Zuhayli, upah boleh dikenakan dalam aqad kafalah, dan dalam konteks ini, yuran boleh dikenakan ke atas pelanggan sebagai balasan kepada jaminan yang telah dibuat oleh penjamin.
Walaupun Mazhab Syafie mensyaratkan bahawa barang yang dijamin mestilah diketahui dari segi jenis, kadar sifatnya, namun jumhur tidak pula 49
mensyaratkan begitu. Oleh itu, sah bank (pengeluar kad kredit) menjamin pelanggannya (pemegang kad kredit) jumlah hutang tertentu (had kad kredit) dalam aqad kafalah dengan tanpa mempericikan jenis, kadar atau sifat barang yang dibeli.
ii. Kad Debit
Kad debit adalah kad serbaguna, laku untuk urusan transaksi dan jual beli. Cuma ia bukan dalam bentuk hutang atau ‘kredit’, sebaliknya berpandu kepada jumlah deposit wang yang disimpan di dalam bank. Kad debit kini telah diterima secara meluas. Kad ini adalah lebih realistik kerana pemegang kad dapat memperuntukkan perbelanjaan secara betul dan cermat berpandu kepada kemampuan depositnya. Berbeza dengan kad kredit yang membolehkan pemegang kad berbelanja mengikut kemahuannya walaupun tidak memiliki tunai. Penggunaan kad debit akan menjadikan individu lebih merdeka dan tidak terikat dengan beban hutang. Tambahan pula ia lebih sesuai dengan nilai akhlak Islam yang memandang rendah mereka yang berhutang berbanding mereka yang memberi hutang. Tetapi kini bukan sahaja yang berhutang itu dipandang rendah tetapi yang memberi hutang itu sendiri terdiri daripada lintah darat yang kerjanya mencari keuntungan melalui aktiviti kredit.
2.6 PENUTUP
Kad kredit yang sesuai dengan kehendak Islam mungkin lebih wajar berasaskan kepada aqad kafalah. Kad kredit yang berasaskan pemadanan kepada aqad seperti hiwalah, wakalah dan al-qard atau al-dayn lebih mengundang banyak permasalahan dari segi kebolehterimaan dan kesesuaian syarat-syarat akad yang terdapat di dalamnya. Langkah yang mendasari kepada penggunaan Akad Kafalah merupakan jalan keluar kepada kad kredit yang berasaskan Akad Bai Al-Inah yang diamalkan oleh beberapa pengeluar kad kredit Islam yang ada di Malaysia. Ini kerana aqad tersebut masih mengundang kontroversi dan kesahannya dalam urusniaga Islam masih dipersoalkan. Oleh itu, lebih baik sekiranya masyarakat menggantikan kad kredit dengan kad debit dan berbelanja dengan lebih cermat kerana ia akan melepaskan dan membebaskan pengguna Islam dari menjadi hamba hutang.
50