Journal Critique For Curriculum Development In Tvet.docx

  • Uploaded by: KHAIRUNISA
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Journal Critique For Curriculum Development In Tvet.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 698
  • Pages: 3
Assignment 1: Kritikan Jurnal, Khairunisa Binti Mohd Kadir, GS52920 1.0 Pengenalan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau dikenali sebagai TVET merupakan satu platform di dalam sistem pendidikan Malaysia bagi membentuk individu atau modal insan yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional yang tinggi seperti yang diperlukan oleh industri-industri pada masa kini. Jurnal bertajuk ‘Pengaruh Pendidikan Asas Vokasional terhadap Kebolehkerjaan Murid Sekolah Menengah Harian di Sabah’ yang dihasilkan oleh Ghazali@Hassan Sulaiman dan Abdul Said Ambotang bertujuan mengenal pasti pengaruh Pendidikan Asas Vokasional (PAV) terhadap kebolehkerjaan murid di sekolah menengah harian yang terpilih di Sabah sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di institusi kemahiran ataupun untuk menyediakan pelajar memasuki alam pekerjaan. Penyelidik juga ingin mengenalpasti perbezaan kebolehkerjaan murid PAV berdasarkan demografi dan mengenal pasti pengaruh faktor penyumbang, iaitu kemahiran vokasional dan strategi pembelajaran terhadap kebolehkerjaan murid PAV. Ghazali@Hassan dan Abdul Said (2017) menjalankan kajian tinjauan untuk menyatakan keboleherjaan murid PAV dengan mengambil kira demografi dan faktor-faktor penyumbangnya. Populasi yang dipilih bagi kajian ini adalah murid menengah rendah di sekolah harian di Sabah yang mengambil jurusan PAV. Persampelan diambil daripada murid Tingkatan 2 dan 3 yang mengambil program tersebut iaitu seramai 123 orang bagi mengkaji pengaruh PAV terhadap kebolehkerjaan murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara kebolehkerjaan murid dengan beberapa faktor – faktor yang menyumbang kepadanya. 2.0 Kritikan Jurnal 2.1 Pernyataan Masalah Penyelidik menghuraikan dapatan-dapatan kajian yang lepas sebelum membuat pernyataan masalah sebenar kajian yang beliau jalankan. Pernyataan masalah telah diulas dengan baik sebelum objektif dan hipotesis dinyatakan di dalam kajian yang dijalankan. Terdapat tiga objektif penting yang perlu dicapai oleh pengkaji di dalam kajian ini dan hipotesis-hipotesis berkaitan objektif diwujudkan bagi menyokong kajian yang dijalankan.

1

Assignment 1: Kritikan Jurnal, Khairunisa Binti Mohd Kadir, GS52920 2.2 Sorotan Kajian Penyelidik mengemukakan banyak fakta melalui kajian-kajian lepas namun penyelidik tidak menyusun fakta dan maklumat mengikut kesinambungan subtopik. Justifikasi terhadap tajuk juga kurang diberi penekanan di dalam sorotan kajian tersebut. Namun begitu, pengolahan teori Modal insan dan Model Lankard dapat menarik minat pembaca terhadap kajian yang dijalankan. 2.3 Metodologi Kaedah kajian yang digunakan adalah kajian kuantitatif yang melibatkan kajian tinjauan terhadap faktor-faktor yang dikemukakan. Populasi yang dipilih terdiri daripada murid-murid menengah rendah sekolah harian biasa yang mengikuti program PAV. Pengkaji telah memilih murid Tingkatan 2 dan 3 untuk dijadikan sampel kajian kerana beranggapan murid-murid tersebut telah mempelajari kemahiran teknikal dan vokasional di Tingkatan 1. Walau bagaimanapun, kelemahan yang terdapat di dalam metodologi ini adalah kaedah persampelan tidak dinyatakan dengan jelas kepada pembaca. Selain itu, pengkaji hanya menggunakan 123 orang murid sebagai sampel sedangkan pada jadual Cohen, Manion & Morrison (2001), sampel yang perlu digunakan adalah diantara 79 hingga 132 dengan aras keyakinan 95%. Pengkaji juga boleh menggunakan aras kepercayaan 99% yang dinyatakan di dalam jadual bagi memperoleh kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Intrumen yang digunakan pengkaji adalah borang soal selidik yang menggunakan skala Likert sebagai jawapan. 2.4 Dapatan Kajian Pengkaji telah menerangkan secara terperinci tentang dapatan kajian yang dijalankan di dalam jadual. Akan tetapi, pengkaji boleh menerangkan dengan lebih jelas dan mudah dengan menggunakan graf atau gambarajah. Pembaca akan lebih tertarik melihat perbezaan yang ditunjukkan melalui graf tersebut. Selain itu, pengukuran tahap prestasi pelajar tidak hanya diukur melalui kajian kuantitatif sahaja, malahan lebih tepat diukur melalui kajian kualitatif yang melibatkan instrument temubual pelajar dan guru PAV tersebut. Pengkaji telah menolak hipotesis Ho1 dan Ho4 setelah dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh dan perbezaan yang signifikan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dinyatakan.

2

Assignment 1: Kritikan Jurnal, Khairunisa Binti Mohd Kadir, GS52920 3.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa tahap kebolehkerjaan murid PAV di sekolah menengah harian di Sabah memerlukan perhatian dan penambahbaikan yang berterusan daripada pihak-pihak berwajib dan berkepentingan. Pengkaji

juga perlu

menambahbaik cara penulisan jurnal ini dengan menitikberatkan aspek-aspek seperti penyusunan subtopik jurnal yang tepat dan kesinambungan ayat-ayat serta penceritaan di dalam sorotan kajian supaya pembaca lebih mudah memahami kajian yang dijalankan dan lebih tertarik untuk membaca keseluruhan kajian. 4.0 Bibliografi Ghazali@Hassan Sulaiman & Abdul Said Ambotang. (2017). Pengaruh Pendidikan Asas Vokasional terhadap Kebolehkerjaan Murid Sekolah Menengah Harian di Sabah. MANU Bil. 26, 211-236. Sidek Mohd. Noah. (2002). Reka bentuk penyelidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Panduan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional (PAV). .

3

Related Documents


More Documents from ""