Jenis Makna Idiomatikal Dan Peribahasa

  • Uploaded by: Ni'
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jenis Makna Idiomatikal Dan Peribahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 325
  • Pages: 2
Jenis Makna Idiomatikal dan Peribahasa Untuk kita memahami apa yang dimaksudkan idiomatikal terlebih dahulu kita perlu ketahui apa yang dimaksudkan dengan idiom. Idom adalah satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) yang maknanya tidak dapat “diramalkan” dari makna leksikal unsur-unsurnya mahupun makna gramatikal satuan tersebut. umpamanya, menurut kaedah gramatik katakata ketakutan, kesedihan, keberanian, dan kebimbangan memiliki makna hal yang disebut bentuk bentuk dasarnya. Tetapi kata kemaluan tidak memiliki makna seperti itu. Oleh sebab makna idiom ini tidak lagi berkaitan dengan makna leksikal atau makna gramatik, maka bentuk-bentuk idiom ini ada juga yang menyebutkan sebagai satuansatuan leksikal tersendiri. Idiom ini mempunyai dua jenis bentuk idiom iaitu idiom penuh dan idiom sebahagian. Idiom penuh adalah idiom yang unsur-unsurnya secara keseluruhan sudah merupakan satu kesatuan dengan satu makna. Manakala, idiom sebahagian masih ada unsur yang memiliki makna leksikalnya sendiri. Namun terdapat kekeliruan terhadap penggunaan istilah idiom, ungkapan dan metafora. Ketiga-tida istilah ini mencakupi bidang yang hampir sama. Hanya segi pandangannya yang berlainan. Idiom dilihat dari segi makna iaitu ”menyimpang” makna idiom ini dari makna leksikal dan makna gramatik dalam pembentukannya. Ungkapan dilihat dari segi ekspresi kebahasaan, iaitu dalam usaha penutur untuk menyampaikan fikiran, perasaan, dan emosinya dalam bentuk satuan bahasa tertentu yang dianggap paling tepat. Sedangkan metafora dilihat dari segi penggunaanya dalam perbandingan seperti matahari dikatakan atau dibandingkan sebagai raja siang, pahlawan sebagai bunga bangsa, dan bulan sebagai puteri malam. Oleh sebab peribahasa ini bersifat membandingkan atau mengumpamakan, maka lazim juga disebut dengan nama perumpamaan. Kata-kata seperti, bagai, bak ,laksana, dan umpama sering digunakan dalam peribahasa. Memang banyak juga peribahasa yang tidak menggunakan kata-kata tersebut, namun kesan peribahasanya itu tetap nampak. Misalnya, Tong kosong nyaring bunyinya. Peribahasa ini dapat diertikan ’orang yang tiada berilmu itu dibandingkan dengan tong yang kosong’. Apabila tin kosong yang diketuk akan menghasilkan bunyi nyaring manakala tin yang berisi penuh tentu tidak akan berbunyi. Sebaliknya orang yang bijak pandai biasanya pendiaam dan menunduk. Keadaan ini disebutkan dengan peribahasa yang berbunyi Bagai padi, semakin kecil, semakin berisi.

Related Documents

Jenis Jenis Makna
October 2019 21
Peribahasa
May 2020 26
Peribahasa
May 2020 17
Peribahasa
June 2020 17

More Documents from ""