ASSALAMUALAIKUM
JENAYAH QISAS
Terjemahan ayat 178.Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas(balasan yang seimbang)dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu:orang-orang yang merdeka,dan hamba dengan hamba dan perempuan dengan perempuan .Maka sesiapa (pembunuh)yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh),maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik(dalam menuntut ganti nyawa)dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu dengan sebaik-baiknya.Yang demikian adalah satu keringinan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan.Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas(untuk membalas dendam),maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 179.Dan dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-arang berakal fikiran supaya kamu bertakwa.
ASBABUL NUZUL Diriwayatkan dari Said bin Jubari bahawasannya terjadi bunuhmembunuh antara dua suku arab pada zaman jahilliyah dan sehingga datang islam masih terjadi bunuh-membunuh diantara dua suku kaum itu.Ada dikalangan wanita dan hamba dibunuh,kemudian suku kaum yang terbunuh (hamba dan wanita)ingin menuntut bela diatas kematian tersebut dengan bersumpah”kami tidak akan rela sehingga kami membunuh lelaki dan orang merdeka sebagai pengganti mereka yang dibunuh itu.
Keterangan ayat secara terperinci 1-Konsep Qisas a)Qisas ialah hukuman bunuh balas yang ditetapkan oleh syarak setimpal dengan kesalahan seseorang. b)Kesalahan yang dikenakan Qisas ialah bunuh dengan sengaja tanpa hak dan mencederakan anggota. 2-Pelaksanaan Qisas -Pelaksanaan Qisas boleh dijalankan dengan 3 syarat: a)Orang yang berakal dan sihat b)Para wali yang kena bunuh sepakat untuk melaksanajan hukum Qisas c)Tidak membahayakan orang lain,jika membahayakan orang lain,maka tidak
3-Hak menuntut Qisas a) Wali kena bunuh dan untuk mejalankan hukuman Qisas hakim tidak boleh pihak lain,atau individu,atau wali yang kena bunuh menjalankan hukuman Qisas mengikut kehendah sendiri. 4- Hak pengampunan a) Hak memberi pengampunan adalah hak seluruh ahli keluarga yang kena bunuh kerana kamaafan adalah lebih baik disisi Allah. 5- Ganti Qisas a) Qisas boleh digantikan dengan diyat jika ahli keluarga yang kena bunuh memaafkan.
6-Hikmat Hukum Qisas a)Hukum Qisas melindungi nyawa manusia dari dibunuh b)Hukum Qisas menjadi pengajaran dan peringatan kepada orang ramai. c)Hukum Qisas menjadikan masyarakat aman dari gangguan dan pertumpahan darah. d)Hukum Qisas menjauhkan rasa marah,dendam dan dengki serta menuntut bela diatas kematian
Pendapat salah tentang hukum qisas serta jawapan diatas kekeliruan yang timbul
7-Ada segolongan manusia yang tidak percayakan hukum Allah bahawa qisas itu zalim dan tidak berperikemanusiaan.Pendapat ini salah sama sekali kerana apabila Allah mensyariatkan sesuatu hukum itu,sudah tentu mempunyai tujuan dan hikmat dan nyatalah kapada kita bahawa ia memberi kehidupan kepada orang lain seperti firman Allah: “pada hukum qisas itu memberi peluang untuk kamu hidup.” -Jika hukum qisas itu tidak dijalankan kemungkinan akan timbul bunuh-membunuh yang berterusan sehingga banyak nyawa akan terkorban. -Jika hukuman qisqs dijalankan pihak yang kana bunuh akan berpuas hati dengan hukuman yang dijalankan maka tiadalah pihak yang membuat tindakan sendiri-
Pengajaran ayat 1) Pensyariatan hukum qisas adalah ketetapan dari Allah kepada hamba-hambanya yang mukmin demi kebaikan dan kebahagian hidup mereka. 2- Hukum qisas boleh mengurangkan jenayah bunuh dan mejauhkan dari sifat dendam mendendam. 3- Hukum qisas memberi jaminan hidup kepada individu dan masyarakat 4- Hendaklah diperhatikan kesamaan didalam hukum qisas seperti perempuan dengan perempuan dan lelaki dengan lelaki. 5- Wajib membayar diyat dengan segera tanpa bertangguh-tangguh apabila mndapat
Sekian Terima kasih
Disediakan oleh: Suliza bt Zamaleshari Nur Hazwani bt Razali Nurul Farihah bt Hashim