Jelaskan apa yang anda faham tentang pendekatan pendidikan moral. Mengapakah pendekatan moral penting diaplikasikan oleh guru semasa mengajar matapelajaran tersebut?
Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral diperkenalkan sejak
tahun 1960an. Pendekatan dalam Pendidikan Moral
digunakan oleh kebanyakan negara di seluruh negara. Walau bagaimanapun pendekatan-pendekatan perlulah disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat.
Konsep pendekatan bermaksud cara mempelajari dan menilai
sesuatu dengan lebih dekat. Pendekatan memberi beberapa alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang seharusnya merangkumi ketiga-tiga dimensi, iaitu:
1. penaakulan/pemikiran moral, - kognitif 2. perasaan/emosi moral dan - afektif 3. perlakuan/ tindakan moral. - psikomotor
Pendekatan dalam Pendidikan Moral merangkumi teori dan prinsip-prinsip tentang bagaimana untuk membangunkan dan mengukuhkan perkembangan Moral. Ia juga membantu kita untuk memahami dan mempraktikkan Pendidikan Moral dengan lebih berkesan.
Penggunaan
pendekatan
yang
sesuai
dalam
penyampaian
ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan moral adalah penting, kerana banyak perkara yang berkaitan dengan moral, khasnya tentang nilai-nilai moral adalah agak subjektif, bagaimana pandangan tentang sesuatu perkara moral yang dianggap sebagai positif dapat juga diterima oleh orang lain sebagai positif bergantung kepada pendekatan penyampaian maklumat kepada orang tersebut. Dalam pendidikan moral, guru bukan hanya hendak menyampaikan ilmu
pengetahuan tentang moral, tetapi juga dapat mempengaruhi murid supaya mereka dapat memahami, menghayati dan mengamalkan apa yang mereka tahu tentang moral, supaya objektif pembelajaran Pendidikan Moral tercapai, iaitu membentuk insan yang benar-benar bermoral dari segi pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral dalam insan yang dididik. Sehubungan itu, guru subjek Pendidikan Moral perlu menguasai pelbagai pendekatan Pendidikan Moral supaya setiap topik moral dapat disampaikan kepada murid dengan berjaya dan berkesan.
Oleh itu, seorang guru disarankan mengguna pelbagai pendekatan dan berinovatif, berkreatif serta berkebolehan dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam P&P Pendidikan Moral di sekolah. Pendekatan yang sesuai akan memudahkan lagi guru Pendidikan Moral menyampaikan ilmu pengetahuan moral, khasnya penghayatan nilai-nilai murni dengan lebih eksplisit dan berkesan. Percubaan dengan pendekatan P&P yang baru membenarkan guru menguasai teknik pengajaran yang lebih mencabar, sekiranya didapati pendekatan yang dicuba adalah tidak sesuai, guru boleh bersikap proaktif dengan mengubahsuaikan teknik-teknik dalam kaedah penyampaian ilmu moral secara inovatif dan kreatif.
Dengan percubaan demi percubaan, guru dapat
menguasai semua pendekatan dengan lebih mahir dan lancar.
Nyatakan dan terangkan empat kebaikan menggunakan pendekatan elektik semasa mengajar pendidikan moral di dalam bilik darjah.
Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar untuk mencapai objektifnya.
Kamarudin Husin (1998), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan suatu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata pelajaran diolah oleh guru dan juga ditentukan oleh kriteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelaran. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin ( 2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.
Gestalt ( 2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudiannya mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka kita boleh dijadikan sebagai satu pendekatan dan pengajaran.
Menurut laman web http//www.potralpendidikan.com, elektif berasal daripada istilah bahasa Inggeris “elective” bermakna pemilihan. Ia merupakan gabungan
pendekatan induktif dan deduktif dan digunakan sebagai strategi untuk mengajar rumus, prinsip, hukum, konsep dan teorem. Pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan (aktiviti pengayaan dan pemulihan). Guru boleh menggunakan pendekatan ini dalam strategi berpusatkan bahan (sebagai aktiviti pengayaan). Sebenarnya pendekatan eklektik adalah satu pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan pendidikan moral seperti pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbang rasa, pendekatan projek yayasan Farmington, pendekatan pembinaan rasional, pendekatan tindakan sosial, pendekatan penjelasan nilai, pendekatan analisis nilai, pendekatan projek kurikulum manusia dan pendekatan kognitif moral.
Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu menungkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.
Dalam pendekatan ini terdapat beberapa ciri-ciri iaitu pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kecerdasan dan kebolehan. Ciri yang kedua ialah murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan atau memberikan contoh. Guru akan menggunakan kreativiti sendiri dan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan (induktif/deduktif) yang khusus pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu. Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti dengan kesimpulan.
Selain itu, proses P&P boleh diakhiri dengan memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada pendekatan induktif. Jika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi diikuti
dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif.
Generalisasi
Contoh Induktif
Contoh Deduktif
Generalisasi Induktif
Rajah 1. 0 : Penggunaan pendekatan eklektik dalam pengajaran
Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran daripada gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu mendengar, bertutur, menulis, membaca, memahamhi dan menulis. Kaedah ini juga lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi. Situasi yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan bertutur (lisan), membaca kuat serta bersoal jawab.
Menurut Kamarudin Hj Husin
(1988: 98), tujuan bagi kaedah eklektik ini
adalah sama seperti kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara mengajar bagi kaedah ini ialah guru dapat mengelakkan pengajaran kurang tepat serta tidak jelas dengan memberikan penjelasan dalam bahasa ibunda murid-murid. Selain itu, guru perlu menggunakan pola-pola struktur untuk melatih tubi struktur ayat murid. Manakala kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan menggunakan teknik-teknik yang paling baik daripada kaedah pengajaran di sekolah. Kaedah ini turut mempertimbangan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih dahulu.
Kesimpulannya, pendekatan eklektik ini sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. pendekatan ini, guru menjadi lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut kehendak dan keperluan murid.